{"id":11393,"date":"2019-09-06T09:49:19","date_gmt":"2019-09-06T09:49:19","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11393"},"modified":"2019-09-06T09:49:19","modified_gmt":"2019-09-06T09:49:19","slug":"surat-terbuka-kepada-tun-dr-mahathir-isham-jalil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11393","title":{"rendered":"SURAT TERBUKA KEPADA TUN DR MAHATHIR &#8211; ISHAM JALIL"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Assalamualaikum Tun,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selepas solat Jumaat tadi saya baru terbaca penulisan Tun yang disiarkan tadi berkenaan orang-orang Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dahulu Tun kerap berkata Melayu pemalas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekarang Tun kata Melayu masih enggan bekerja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun juga masih bernostalgia dan terkenang zaman dahulu kala di zaman British.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun kata, &#8220;British membuka ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Yang anehnya tidak ada orang Melayu yang bekerja dalam ladang dan lombong ini. Pekerja terdiri dari orang India dan Cina. Perniagaan kedai runcit dan aneka jenis tukang-tukang semuanya terdiri dari orang Cina.&#8221;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun tentunya tahu British buat begini sebab dasar pecah dan perintah, bukan sebab orang Melayu malas bekerja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun juga kata, &#8220;Tidak ada orang Melayu yang bekerja sebagai buruh kasar, dan orang Melayu rela serah segala kerja kepada orang asing.&#8221;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun kata, &#8220;Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarangpun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja.&#8221;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan, &#8220;Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini.&#8221;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepada Tun, saya tidak pernah hidup semasa zaman British atau zaman Jepun seperti Tun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan saya juga bukannya seorang <em>billionaire<\/em> seperti anak-anak Tun, yang mendapat manfaat dari banyak kontrak kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semasa saya muda, saya pernah buat kerja buruh kasar, kerja kilang, jadi <em>waiter<\/em>, jaga kaunter, buat air dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selepas saya tamat pengajian dari universiti pada tahun 1999, keadaan ekonomi amat teruk semasa pentadbiran Tun sebagai PM-4, beratus-ratus ribu orang hilang kerja dan graduan-graduan baru seperti saya sukar untuk mendapat kerja walaupun saya kembali ke tanahair dengan ijazah kelas pertama dari salah sebuah universiti terkemuka di dunia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya telah buat macam-macam kerja yang tidak memerlukan ijazah untuk mencari sesuap nasi termasuk sebagai buruh kasar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila saya ingin berkahwin dan memulakan keluarga pada awal tahun 2000, keadaan kewangan amatlah sukar kerana ekonomi negara yang telah ranap semasa pentadbiran Tun, saya terpaksa membuat dua kerja selama lebih dua tahun untuk mengumpul wang untuk berkahwin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada ketika itu, pada siang hari saya berkerja di pejabat dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang dan selepas itu terus ke kerja kedua pada malam hari dari pukul 6 petang sehingga pukul 10 malam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Setiap hari saya berkerja sekurang-kurangnya 14 jam, tidak termasuk masa perjalanan dan menempuh kesesakan jalan raya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini keadaan ekonomi menjadi semakin teruk dan menuju ke arah krisis seperti tahun 1997-1999 dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ramai orang hilang kerja dan graduan-graduan terutama graduan Melayu sukar untuk mendapat kerja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya amat faham masalah yang dihadapi oleh orang-orang muda sekarang sebab saya pernah mengharunginya dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya rasa Tun dan keluarga Tun yang kaya-raya tidak faham masalah rakyat biasa, dan saya pasti Tun atau anak-anak Tun tidak pernah bekerja seperti saya bekerja dan tidak pernah menjadi buruh kasar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu apabila orang tidak bekerja atau miskin, Tun cepat sahaja gelar mereka pemalas seolah-olah itu pilihan mereka dan seolah-olah mereka yang bersalah ke atas keadaan mereka ini walaupun hal sebenar adalah jauh berbeza.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Orang Melayu bukannya pemalas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan mereka bukan tidak mahu bekerja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika mereka tidak bekerja, mereka tidak makan. Kebanyakan mereka bukan ada simpanan berbillion ringgit di dalam bank seperti keluarga Tun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ramai graduan Melayu sekarang yang mempunyai ijazah cemerlang tetapi bekerja sebagai pembantu jualan di kompleks membeli belah, bawa Grabfood dan Food Panda, jual burger dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini Tun mahu mereka jadi buruh kasar dan bawa Gojek pula.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun tentunya tahu bahawa beberapa kajian membuktikan bahawa antara sebab graduan Melayu tidak dapat kerja bukan sebab mereka pemalas atau tidak mahu bekerja seperti yang Tun kata, tetapi sebab mereka didiskriminasikan di pasaran kerja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menurut kajian, hanya 4% daripada graduan Melayu dipanggil untuk temuduga berbanding 28% graduan Cina dengan kelulusan yang sama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya pasti graduan Melayu yang diberikan tawaran kerja selepas ditemuduga adalah lebih rendah dari 4% tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada saya, kerajaan perlu membuat dasar supaya ekonomi berkembang dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, menggunakan teknologi dan akal fikiran untuk rakyat dan graduan-graduan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bukan menyuruh rakyat undur ke belakang dan menjadi buruh kasar dan memanggil mereka pemalas apabila peluang pekerjaan tiada akibat kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun juga tentunya tahu berkenaan monopoli dan kartel perniagaan kaum lain yang mendiskriminasi ke atas perniagaan orang-orang Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun telah menulis berkenaan ini dengan panjang lebar dalam buku &#8220;Malay Dilemma&#8221; dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika Tun baca buku &#8220;Chinese Dilemma&#8221; pula, Tun juga tentunya nampak bahawa masalah perkauman dalam perniagaan adalah nyata berlaku di pasaran, dan hal ini mendatangkan masalah kepada peniaga-peniaga Melayu untuk menembusi rantaian bekalan yang dimonopoli kaum lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akibatnya banyak perniagaan Melayu telah gagal kerana diskriminasi bekalan dan harga yang dikenakan ke atas mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu dahulu saya pernah kata salah satu sebab utama orang-orang Melayu masih miskin dan tidak bekerja adalah bukan kerana mereka malas dan tidak mahu kerja, tetapi kerana mereka terus didiskriminasi di negara sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dasar-dasar Tun hanya mengkayakan kroni-kroni namun tidak mempedulikan orang-orang miskin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dahulu Tun pernah berkata, jika Tun mengkayakan beberapa orang, orang itu akan mengkayakan lebih ramai orang di bawahnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dasar &#8220;<em>trickle down economics<\/em>&#8221; Tun ini ternyata tidak berjaya dan tidak benar, kerana beberapa orang kaya kroni-kroni ini telah terus menjadi lebih kaya-raya namun kekayaan ini tidak sampai ke bawah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di tengah-tengah zaman pemerintahan Tun semasa tahun 1990-an, jurang antara yang kaya dan yang miskin telah melebar, perkongsian kekayaan negara kepada golongan 20% teratas (T20) telah meningkat dari 50% ke 52%.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun jumlah perkongsian pendapatan negara untuk golongan 40% terbawah (B40) telah menurun dari 15% ke 13%.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun sepatutnya mengaku bahawa dasar-dasar Tun selama ini iaitu 23 tahun sebagai Perdana Menteri telah tidak berjaya untuk menghapuskan diskriminasi ke atas orang-orang Melayu ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun walaupun Tun tentunya tahu berkenaan fakta ini, namun saya pasti Tun tidak akan mengaku bahawa ia adalah salah Tun, tetapi seperti biasa Tun akan salahkan orang lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan sebab itu Tun tidak akan berhenti daripada menyalahkan orang Melayu dengan berkata mereka pemalas, tidak mahu bekerja dan tidak sedar diri seperti biasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selagi Tun bersikap begini, selagi itulah kita tidak akan dapat keluar dari kepompong pemikiran begini dan kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah orang-orang Melayu ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Yang lebih teruk lagi ialah masalah diskriminasi, prejudis dan bias ke atas orang-orang Melayu oleh kaum lain akan menjadi lebih teruk sebab seorang pemimpin Melayu seperti Tun telah mengaku bahawa orang-orang Melayu ini memang pemalas, walaupun ia tidak benar dan malah sebaliknya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya tahu pemikiran lama sukar dibuang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun, jika Tun tidak boleh membuang pemikiran lama ini, sekurang-kurangnya dengarlah masalah rakyat semasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat sedang susah. Masa telah berubah. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Orang Melayu bukannya tidak sedar seperti kata Tun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah mereka sebenarnya sudah terlebih sedar dan sudah pandai menilai dan tidak lagi mudah ditipu, bukan seperti dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu mereka kini tidak lagi percaya kepada tanggapan lama Tun tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita perlu berubah mengikut peredaran zaman.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan mengubah pemikiran sejajar dengan persekitaran semasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika tidak, kita akan terus ketinggalan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Salam,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">Daripada Isham Jalil<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat biasa<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6 September 2019<\/span><\/p>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/527700637985465?sfns=mo<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Assalamualaikum Tun, Selepas solat Jumaat tadi saya baru terbaca penulisan Tun yang disiarkan tadi berkenaan orang-orang Melayu. Dahulu Tun kerap berkata Melayu pemalas. Sekarang Tun kata Melayu masih enggan bekerja. Tun juga masih bernostalgia dan terkenang zaman dahulu kala di zaman British. Tun kata, &#8220;British membuka ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Yang anehnya tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":11395,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[1195,500,186,242],"class_list":["post-11393","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-diskriminasi-kaum","tag-isham-jalil","tag-melayu","tag-tun-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11393","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11393"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11393\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11394,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11393\/revisions\/11394"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11395"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11393"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11393"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11393"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}