{"id":11589,"date":"2019-10-04T03:05:23","date_gmt":"2019-10-04T03:05:23","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11589"},"modified":"2019-10-04T03:06:14","modified_gmt":"2019-10-04T03:06:14","slug":"kongres-maruah-mahathir-isham-jalil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11589","title":{"rendered":"KONGRES MARUAH MAHATHIR &#8211; ISHAM JALIL"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pada hari Ahad ini, Perdana Menteri Dr Mahathir memanggil orang-orang Melayu untuk berhimpun kononnya untuk menegakkan maruah Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun saya lihat Mahathir memanggil kongres ini bukanlah untuk menjaga maruah Melayu tetapi sebaliknya untuk meraih sokongan Melayu kepada dirinya dan partinya yang semakin hari semakin pudar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semenjak PRU-14, Mahathir sebenarnya telah melemahkan lagi orang-orang Melayu dan menguatkan DAP.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dia telah berjaya memecahkan parti terbesar dalam PH iaitu PKR kepada dua iaitu puak yang menyokong Anwar dan satu lagi menyokong Azmin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Daripada mempunyai 50 ahli parlimen sebelum ini, PKR kini berpecah dua kepada kem Anwar seramai 35 ahli parlimen dan kem Azmin seramai 15 orang Ahli Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini secara langsung telah menjadikan DAP sebagai parti yang terkuat dalam PH dan dalam kerajaan dengan 43 orang Ahli Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu mereka (DAP) mempunyai kuasa yang paling kuat untuk membuat keputusan dalam kerajaan dan menentukan dasar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam politik, sesiapa yang memegang jawatan tidak semestinya memegang kuasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kuasa sebenar terletak di tangan ketua kepada kumpulan yang mempunyai sokongan yang terbesar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam kes kerajaan PH kini kumpulan ini adalah DAP dan ketuanya adalah Lim Kit Siang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika jawatan tertinggi (i.e. Perdana Menteri) dipegang oleh orang yang tidak mengetuai kumpulan yang paling berkuasa tersebut, maka Perdana Menteri tersebut hanyalah Perdana Menteri boneka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu Mahathir sebagai PM-7 di bawah PH adalah berbeza dengan Mahathir sebagai PM-4 di bawah BN dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam PRU-14 yang lepas, lebih 75% daripada pengundi-pengundi PH adalah bukan Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hanya 25% daripada pengundi-pengundi PH adalah terdiri daripada orang-orang Melayu yang berpecah pula kepada tiga kumpulan iaitu PKR, Bersatu dan PAN.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penyokong-penyokong majoriti dalam PH iaitu bukan Melayu tersebut dikuasai besar oleh DAP dan bukannya oleh parti Perdana Menteri iaitu Bersatu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam PH orang-orang Melayu sebenarnya adalah minoriti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Orang-orang Melayu kebanyakannya berada dalam BN dan adalah majoriti dalam gabungan parti pembangkang ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan Penyatuan Ummah antara UMNO dengan PAS dan Muafakat Nasional dalam BN telah menguatkan lagi perpaduan di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun demikian, percubaan Mahathir untuk menarik orang-orang Melayu untuk menyokongnya dengan Kongres Maruah Melayu ini sebenarnya akan memecahkan lagi orang-orang Melayu lantas akan menjatuhkan lagi maruah orang-orang Melayu dan bukan sebaliknya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika Mahathir serius untuk menyatukan orang-orang Melayu dan menyelamatkan maruah Melayu, dia boleh membawa partinya Bersatu masuk ke dalam BN untuk menentang DAP, dan bukannya menyuruh orang-orang UMNO dalam BN masuk parti kecilnya Bersatu dalam PH untuk menjadi hamba kepada DAP.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ular lidi tidak boleh menelan sawa. Ini tidak masuk akal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika UMNO berpecah dua sekalipun dan separuh daripada UMNO masuk Bersatu, ia tidak akan cukup untuk melawan dominasi DAP dalam PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ia akan hanya menerukkan lagi perpecahan orang-orang Melayu di Malaysia yang kinipun sudah berpecah lima dek kerana Mahathir selama ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu pilihan yang terbaik untuk menguatkan orang-orang Melayu dan menjaga kepentingan dan maruah mereka adalah melalui BN dan dengan memenangi pilihan raya umum ke-15 akan datang untuk membentuk kerajaan, dan bukannya melalui PH dan bersekongkol serta tunduk kepada DAP.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan jika Mahathir benar-benar ingin menjaga maruah orang-orang Melayu, perkara paling nyata di depan mata yang dia boleh buat sebagai Perdana Menteri ialah dia boleh sahaja melantik seorang Menteri Kewangan yang lebih sensitif kepada kebajikan dan kepentingan orang-orang Melayu berbanding Menteri Kewangan DAP yang ada sekarang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana banyak institusi-institusi Melayu dan agensi-agensi yang menjaga kepentingan, pembangunan dan kebajikan orang-orang Melayu adalah di bawah bidang kuasa dan kawal selia Menteri Kewangan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tetapi saya yakin dia (Mahathir) tidak akan berbuat demikian (atau tidak berani berbuat demikian).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerana pada hemat saya dia bukanlah serius untuk menjaga maruah dan kepentingan orang-orang Melayu, tetapi hanya ingin menjaga maruah dan kepentingan dirinya sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab dia memerlukan sokongan DAP dalam PH untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan hanya menggunakan sokongan Melayu kepadanya sebagai bahan untuk berunding dengan DAP.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu saya kata kongres pada hari Ahad ini bukanlah Kongres Maruah Melayu kerana maruah Melayu tetap tidak akan terjaga di bawah PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tetapi ianya adalah Kongres Maruah Mahathir iaitu suatu retorik Mahathir di hadapan orang-orang Melayu untuk menjaga air muka Mahathir yang telah menjadi seakan Perdana Menteri boneka kepada DAP.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kongres ini akan memecahkan lagi orang-orang Melayu lantas menguatkan lagi DAP dalam arena politik negara dan dalam kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu saya tidak menyokong dan tidak akan pergi ke Kongres ini sama ada dijemput atau tidak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebaliknya saya menyokong Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional dan menentang apa-apa usaha untuk melemahkan agenda dan perjuangan Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ISHAM JALIL<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Marhaen UMNO di akar umbi<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4 Oktober 2019<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada hari Ahad ini, Perdana Menteri Dr Mahathir memanggil orang-orang Melayu untuk berhimpun kononnya untuk menegakkan maruah Melayu. Namun saya lihat Mahathir memanggil kongres ini bukanlah untuk menjaga maruah Melayu tetapi sebaliknya untuk meraih sokongan Melayu kepada dirinya dan partinya yang semakin hari semakin pudar. Semenjak PRU-14, Mahathir sebenarnya telah melemahkan lagi orang-orang Melayu dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":11591,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[150,500,1217,1180,242],"class_list":["post-11589","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-dap","tag-isham-jalil","tag-kongres-maruah-melayu","tag-piagam-muafakat-nasional","tag-tun-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11589","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11589"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11589\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11592,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11589\/revisions\/11592"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11591"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11589"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11589"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11589"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}