{"id":11715,"date":"2019-10-19T11:21:12","date_gmt":"2019-10-19T11:21:12","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11715"},"modified":"2019-10-19T11:21:12","modified_gmt":"2019-10-19T11:21:12","slug":"salleh-said-keruak-hanya-sampah-politik-tiada-nilai-langsung-di-mata-pkr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11715","title":{"rendered":"SALLEH SAID KERUAK HANYA SAMPAH POLITIK, TIADA NILAI LANGSUNG DI MATA PKR"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Permohonan DS Salleh Keruak menyertai PKR telah ditolak oleh Biro Politik PKR yang bermesyuarat baru-baru ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini merupakan tamparan hebat buat Salleh Keruak yang gigih mencari &#8216;tempat&#8217; setelah tewas di Parlimen Kota Belud walaupun turun sebagai calon &#8216;<em>heavyweight<\/em>&#8216; berstatus menteri ketika itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Salleh Keruak yang diangkat sebagai panglima Najib pada pertengahan tahun 2015, menerima hamparan karpet merah ke dalam pasukan Najib dengan lantikan Senator, menteri penuh serta Bendahari UMNO di zaman Najib.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Melalui blognya DSSSK, DS Salleh antara yang paling garang menyerang Mahathir, DAP dan PH ketika itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kemuncak kegemilangan DS Salleh adalah apabila portal pro DAP dan PH ketika itu &#8220;<em>The Malaysian Insider (TMI)<\/em>&#8221; ditutup pada tahun 2017, ketika beliau menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pengamal media pro DAP dan PH menyifatkan penutupan TMI itu sebagai hari gelap buat kebebasan media di Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Badan kawalselia yang bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi alasan portal TMI perlu disekat dan seterusnya ditutup kerana banyak menyebarkan fitnah dan menjadi agen pembangkang ketika itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun sejurus selepas UMNO dan BN tewas di peringkat persekutuan dan negeri di Sabah, Salleh Keruak tiba-tiba hilang prinsip dan sifat garangnya menyerang lawan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau secara tertutup meletakkan kesalahan penuh kepada DS Najib sebagai punca utama kekalahan BN dan UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selepas itu beliau mengumumkan keluar UMNO dan mengisytiharkan dirinya menyokong kepimpinan PH walaupun tidak menyertai mana-mana komponen PH. Sudah menjadi rahsia terbuka di Sabah, Salleh Keruak dan beberapa rakannya di Sabah mahu menyertai BERSATU dan mahu membawa BERSATU masuk ke Sabah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun ia ditentang hebat oleh WARISAN sehingga Salleh Keruak dan rakan-rakannnya mahu berpatah balik kepada UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berita ini dihidu oleh seorang yang rapat dengan Mahathir lalu mengusahakan BERSATU dapat masuk ke Sabah walaupun WARISAN kurang bersetuju.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malangnya DS Salleh tidak diterima masuk ke dalam BERSATU Sabah. Mungkin beliau ada isu dengan Mahathir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Untuk rekod, Salleh menjadi Ketua Menteri Sabah pada Disember 1994, sewaktu jawatan tersebut digilirkan kepada beberapa komponan BN di Sabah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Salleh Keruak mengkritik keras polisi yang diperkenalkan oleh Mahathir ketika itu dan hanya sempat menjadi Ketua Menteri (mewakili UMNO) tidak sampai dua tahun sebelum digantikan oleh Datuk Yong Teck Lee.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selepas tidak diterima menganggotai BERSATU, Salleh lebih banyak berdiam diri sehingga pada September 2019, beliau menyambut kedatangan Anwar Ibrahim ke Kota Belud atas kapasiti Penasihat USBO (Pertubuhan Bumi Bersatu Sabah) dan membuat kenyataan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada Oktober tular di media sosial Salleh telah diterima menyertai PKR namun dinafikan oleh beberapa pimpinan PKR.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun mesyuarat Biro Politik PKR telah menolak secara rasmi permohonan DS Salleh menyertai PKR.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mungkin saja ada perkara yang &#8216;tidak selasai&#8217; antara Salleh Keruak dan beberapa orang pimpinan PKR mahu PH biarpun Anwar dikatakan sangat mahukan Salleh ke dalam PKR.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini adalah taktik Anwar mahu berlakon baik sepanjang masa. Mesyuarat terbaru Biro Politik PKR dipengerusikan oleh Dr. Wan Azizah, Penasihat PKR.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika benar Anwar mahukan Salleh Keruak ke dalam PKR, Anwar boleh sahaja meyakinkan ahli-ahli mesyuarat yang lain agar menerima Salleh Keruak ke dalam PKR. Namun ia tidak berlaku.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Anwar hanya membiarkan saja ahli mesyuarat biro politik PKR menolak Salleh. Mungkin juga Anwar tidak mahu melukakan hati hati dua beranak Lim dari DAP yang memang sangat-sangat menentang Salleh Keruak yang terlalu banyak menyusahkan mereka anak beranak ketika menjadi Menteri Komunikasi dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan keputusan terbaru mesyuarat biro politik PKR ini, Salleh Said Keruak perlu mencerminkan muka beliau sedalam-dalamnya di hadapan cermin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Salleh Keruak perlu sedar siapa diri beliau sebenarnya. Sejak tahun 1994, beliau telah menjadi katak melompat dari satu kem ke satu kem bagi kepentingan politik peribadi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam UMNO, bermula sebagai orang Mahathir, kemudian orang Anwar, kemudian kembali sebagai orang Pak Lah (dilantik sebagai speaker DUN Sabah) dan selepas itu melompat ke kem Najib sehingga menjadi panglima hadapan Najib.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sejarah tidak pernah melupakan apabila Salleh Keruak menyifatkan Mahathir sebagai orang tua nyanyuk demi mengambil hati Najib. Sejarah juga tidak pernah padam apabila Salleh Keruak sebagai Menteri agensi bertanggungjawab yang menyekat dan menutup The Malaysian Insider.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan orang sebegini. Salleh Keruak pernah menikam Mahathir, menikam Anwar, menikam Pak Lah, menikam Najib dan menikam rakyat!<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika keadaan sekarang dijadikan ukuran, mujurlah beliau kalah di Kota Belud pada PRU-14 yang lalu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Salleh melabelkan diri sebagai seorang demokrat dan pragmatik dalam politik, namun lihatlah keadaan beliau sekarang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau ditolak oleh UMNO, WARISAN, BERSATU dan terkini oleh PKR. Mengapa beliau ditolak hingga sebegini rupa? Tepuk dada tengoklah sejarah&#8230;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pesara Jabatan Penerangan<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kuala Lumpur<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Permohonan DS Salleh Keruak menyertai PKR telah ditolak oleh Biro Politik PKR yang bermesyuarat baru-baru ini. Ini merupakan tamparan hebat buat Salleh Keruak yang gigih mencari &#8216;tempat&#8217; setelah tewas di Parlimen Kota Belud walaupun turun sebagai calon &#8216;heavyweight&#8216; berstatus menteri ketika itu. Salleh Keruak yang diangkat sebagai panglima Najib pada pertengahan tahun 2015, menerima hamparan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":11717,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[1228,149,1229,159],"class_list":["post-11715","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-pesara-jabatan-penerangan","tag-pkr","tag-salleh-keruak","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11715","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11715"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11715\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11716,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11715\/revisions\/11716"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11717"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11715"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11715"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11715"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}