{"id":11777,"date":"2019-10-22T07:28:20","date_gmt":"2019-10-22T07:28:20","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11777"},"modified":"2019-10-22T07:28:20","modified_gmt":"2019-10-22T07:28:20","slug":"3-perkara-yang-mahathir-perlu-lakukan-sebelum-dijemput-sakaratul-maut-lokman-adam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11777","title":{"rendered":"3 PERKARA YANG MAHATHIR PERLU LAKUKAN SEBELUM DIJEMPUT SAKARATUL MAUT &#8211; LOKMAN ADAM"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Semalam bekas calon Presiden, Probowo mengesahkan beliau menerima tawaran Presiden Indonesia, Jokowi sebagai Menteri Kabinetnya. Kemungkinan besar, Probowo akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan Indonesia yang baru.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mungkin ramai tidak tahu bahawa agak berat untuk Jokowi mengambil keputusan tersebut, namun demi memastikan keamanan Indonesia dan tekanan yang semakin memuncak dapat dikurangkan, Jokowi melihat itu antara solusi terbaik yang boleh membawa kepada penyatuan Bangsa Indonesia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkara yang hampir serupa juga melanda Perdana Menteri Malaysia yang kini terlalu lemah dan serabut bagai mandi tak basah, tidur tidak lena. Dengan jadual pembedahan tukar baterinya yang terpaksa ditangguh dari September ke November atau Disember, dengan kesihatan Tun Hasmah yang semakin meruncing, dengan mimpi ngeri anak-anaknya bakal dipenjara sebaik sahaja Anwar menjadi Perdana Menteri, kekusutan Mahathir sudah pasti 10 kali ganda lebih parah berbanding Jokowi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Itu sebabnya Mahathir yang hanya mempunyi 13 kerusi mengorak langkah untuk meramaikan sokongan beliau di kalangan MP dengan mencuri MP-MP dari UMNO sejak beliau mula diangkat menjadi Perdana Menteri sementara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di peringkat awal, beliau menggunakan khidmat beberapa orang tokoh dalam UMNO termasuk Hamzah Zainuddin untuk menarik MP UMNO menjadi MP Bebas dan kemudiannya menyertai PPBM.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun, setelah kemenangan BN di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau, tokoh-tokoh yang beliau gunakan sudahpun menyedari bahawa tindakan meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM adalah tindakan bodoh dan boleh dianggap seperti tindakan membunuh riwayat politik sendiri. Apa taknya, sudahlah diludah dan dihalau pengundi sendiri, kerusi Menteri yang ditawarkan hingga kini belum dimiliki.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Yang sudah terbabas ke PPBM kini bukan sahaja menyesal, malah ada yang sudah mula memaki si penghasut yang menarik \u201c<em>hand brake<\/em>\u201d dari melompat sambil melaungkan slogan \u201ckekal setia bersama parti\u201d. Maklumlah, siapa yang hendak meninggalkan UMNO di kala gelombang kebangkitan rakyat menentang Pakatan Harapan mula mengukuhkan kedudukan BN dan PAS.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kegagalan Hamzah Zainuddin \u201c<em>and the gang<\/em>\u201d menarik MP UMNO dan menjadikan PPBM parti terbesar di dalam Pakatan Harapan bagi mengelakkan Anwar menjadi Perdana Menteri, memaksa Mahathir meminta nyawa kepada UMNO dan PAS yang telah beliau sumpah seranah selama ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ahli politik lama negara ini tidak akan nampak ia sesuatu yang pelik mahupun janggal. Tidak ada tokoh lain mampu menyaingi kehebatan Mahathir bab ini, beliau bisa membunuh semua rakan rapat yang pernah menolongnya, namun beliau juga mampu menebalkan muka berkerjasama dengan seteru politiknya, demi kuasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selepas Kongres Maruah Mahathir, bak kata Anwar, Mahathir bagai mempunyai semangat baru dengan oksigen yang beliau fikir bakal diperolehi daripada UMNO dan PAS. Realiti sebenarnya, Mahathir hanya cuba memujuk diri sendiri setelah kecewa dengan kegagalan cucu Dato Onn membawa 30 kerusi dari UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang menyebabkan Mahathir lebih kecewa, 23 MP yang sebelum ini menyokong Tokoh Semburit yang kalis CCTV ini, kini cuma tinggal 4-6 MP sahaja. Menteri besar yang merupakan anak didik Azmin sendiripun mula membuat <em>corner<\/em> lipat baring, menyokong Anwar yang mula menguasai parti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang menjadikan saya musykil, kenapa Mahathir masih tidak mahu menerima hakikat bahawa sungguhpun cucu Dato Onn berjaya mempengaruhi kesemua MP UMNO untuk bersama Mahathir dan PAS juga bersetuju dengan idea kerajaan tanpa DAP, Sarawak tetap tidak boleh melupakan Dasar Kabotaj dan segala bentuk penganiayaan yang Mahathir lakukan keatas rakyat Borneo. Maka, di mana datang logiknya untuk beliau berjaya memperolehi 112 kerusi?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Puas juga saya cuba memahami kenapa begitu susah sesetengah pihak mahu memahami perangai Mahathir dan masih membiarkan diri mereka dipergunakan oleh Mahathir untuk beliau kekal berkuasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sedangkan, pengalaman Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Tun Ghaffar, Anwar Ibrahim, Pak Lah dan Najib Razak, sudah lebih dari cukup untuk memahamkan kita bagaimana Mahathir boleh menggunakan seseorang itu demi kepentingan dirinya dan akhirnya orang yang sama bakal disingkir sebaik sahaja khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun, Mahathir yang dahulu bukan lagi Mahathir sekarang. Mahathir kini terlalu lemah dan tidak bermaya. Beliau kini bertarung menggunakan masa kecederaan, bila-bila masa sahaja beliau boleh dijemput Sakaratul Maut. Jika saya berada di kerusi Mahathir, hanya 3 perkara akan ada dalam benak pemikiran saya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PERTAMA, adakah amalan saya sudah mencukupi sebagai bekalan di hari kemudian. Selain beramal, detik-detik akhir ini akan saya gunakan untuk memohon maaf kepada semua pihak yang pernah saya aniaya. Mampukah Mahathir membuang egonya dan mengadap Najib yang teruk difitnahnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">KEDUA, saya akan memastikan anak-anak saya boleh meneruskan kehidupan mereka tanpa sebarang ancaman dan kebarangkalian menjadi mangsa balas dendam musuh politik saya. Sebagai seorang yang berhati kering dan banyak menindas musuh politiknya, Mahathir perlu memastikan bahawa pengganti beliau tidak mempunyai sifat pendendam dan sedia memaafkan apa yang beliau pernah lakukan. Sifat ini juga, hanya boleh Mahathir perolehi daripada insan yang rancak beliau hina dan keji sebagai pencuri dan perompak 1MDB.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">KETIGA, sebagai seorang Negarawan, jika saya jadi Mahathir, sudah pasti saya mahu kematian saya ditangisi rakyat terbanyak dan jasa-jasa saya dikenang sepanjang zaman.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun, segala jasa beliau ketika 22 tahun beliau memerintah, sudah lama dikebumi dan dilupakan. Apa yang segar dalam ingatan rakyat Malaysia kini hanyalah pengalaman pahit 17 bulan yang sangat memeritkan Di bawah pemerintahan pemimpin Melayu yang bertuankan DAP.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pengalaman ditipu dengan 60 janji palsu, pemberian Najib yang dirampas satu persatu, penghinaan dan penafian hak Islam, Melayu, bahasa dan Raja-raja yang diinjak-injak semasa beliau mengepalai kerajaan hari ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini semua bakal mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Pertama yang \u201cKEMATIANNYA DISYUKURI RAKYAT\u201d.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jokowi, kalau tidak teruk kena tekanpun, pasti beliau tidak mengharapkan Probowo. Bezanya cuma, Jokowi cari Probowo beliau masih boleh kekal Presiden Republik Indonesia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun, jika Mahathir cari Hisham, Haji H<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">adi dan Azmin Ali, beliau belum cukup kerusi untuk kekal sebagai Perdana Menteri. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apapun orang cakap, saya masih menganggap Jokowi lebih hebat dari Mahathir. Dia mampu membuang egonya dan boleh menerima musuh ketatnya. Malah, beliau ambil musuh ketatnya dalam kabinet.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun Mahathir tidak akan mampu membuang egonya dan memulihkan hubungan beliau dengan Najib. Hanya yang berjiwa besar dapat melakukannya. Jokowi berjaya mematikan ancaman dan menukar kritikan kepada penghormatan atas jiwa besar beliau.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sayangnya, Mahathir bukan Jokowi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato\u2019 Lokman Adam<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ahli Majlis Tertinggi UMNO<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">21 Oktober, 2019<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kuala Lumpur<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semalam bekas calon Presiden, Probowo mengesahkan beliau menerima tawaran Presiden Indonesia, Jokowi sebagai Menteri Kabinetnya. Kemungkinan besar, Probowo akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan Indonesia yang baru. Mungkin ramai tidak tahu bahawa agak berat untuk Jokowi mengambil keputusan tersebut, namun demi memastikan keamanan Indonesia dan tekanan yang semakin memuncak dapat dikurangkan, Jokowi melihat itu antara solusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":11779,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[768,962,297,253,242],"class_list":["post-11777","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-hamzah-zainuddin","tag-jokowi","tag-lokman-noor-adam","tag-najib","tag-tun-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11777","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11777"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11777\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11780,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11777\/revisions\/11780"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11779"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11777"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11777"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11777"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}