{"id":11970,"date":"2019-11-05T03:42:24","date_gmt":"2019-11-05T03:42:24","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11970"},"modified":"2019-11-05T03:46:57","modified_gmt":"2019-11-05T03:46:57","slug":"amanat-tok-mat-hasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11970","title":{"rendered":"AMANAT TOK MAT HASAN"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pakatan Harapan terutamanya Lim Guan Eng terus dihantui oleh kerjasama penyatuan UMNO dan PAS.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Terkini, beliau memberitahu masyarakat bukan Islam bahawa mereka akan menghadapi kesengsaraan apabila UMNO dan PAS memerintah. Hak dan kebebasan mereka akan terhakis dan dinafikan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Nyata beliau seorang yang anti akal. Tidak rasional dan tidak waras.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Biar saya ingatkan beliau tentang sedikit sejarah Islam dan orang Melayu. Islam datang ke Nusantara ini bukan melalui peperangan dan penaklukan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Islam datang secara damai melalui perdagangan. Ia datang melalui usaha gigih para pedagang dan ketakwaan pendakwah dan ahli sufi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Itulah sebabnya bangsa Melayu menerima Islam. Kerana ia dibawa dengan cara damai dan baik. Tiada langsung unsur penaklukan, pemerintahan yang zalim mahupun penindasan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah sumbangan terbesar Islam kepada dunia Melayu ialah ia membawa aliran pemikiran yang rasional. Yang mengEsakan Allah dan bukan menyekutunya dengan apa jua yang lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Islam telah memandu pembentukan keperibadian bangsa Melayu dengan indah sekali.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bangsa Melayu, kerana ajaran Islam, telah menjadi bangsa yang juga sangat damai, rasional, bertolak ansur dan sangat berlumba-lumba melakukan kebaikan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Orang Melayu itu bukan bangsa yang bengis dan menindas, kerana mereka punyai Islam, yang memberikan kesejukan kepada nurani dan akal budi mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerana itu orang Melayu boleh menerima jutaan orang Cina dan India dan menjadikan mereka warganegara, Persekutuan Tanah Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengiktiraf, memberikan hak yang saksama dan menjadikan mereka sebahagian dari tanahair ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semoga Lim Guan Eng tidak lupa, bahawa itu semua adalah keputusan berani dan benar pemimpin Melayu dalam UMNO pada waktu itu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepada Lim Guan Eng, biar saya nyatakan bahawa menuduh UMNO dan PAS akan melanggar hak dan menghapus kebebasan golongan bukan Islam dan bukan Melayu, jika kami ( UMNO\/BN dan PAS) memerintah, adalah prejudis yang sangat jahat terhadap Islam dan bangsa Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apatah lagi kepada UMNO dan PAS.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berpuluh-puluh tahun UMNO dan PAS berfungsi dalam politik Malaysia yang plural ini. Di era pemerintahan kamilah kekayaan orang Cina itu menjadi sangat luar biasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajinan bangsa Cina tanpa keadilan pemerintahan UMNO\/BN, tidak akan menjadikan mereka berjaya. UMNO\/BN lah yang telah mewujudkan pelbagai \u2018impetus\u2019 untuk bangsa Cina mencipta kekayaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di era pemerintahan UMNO\/BN lah, sekolah vernakular itu subur dan bercambah dan tidak kami \u2018<em>nasionalised<\/em>\u2019-kan. UMNO\/BN lah yang memelihara identiti sekolah vernakular malah membantu seadilnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ingatlah, di zaman UMNO\/BN memerintahlah, telah kami pelihara, hormati dan damaikan semua kaum, menjadi bangsa yang kenal antara satu sama lain dan hidup secara muhibbah. Sehinggalah Malaysia ini menjadi contoh terbaik sebuah negara kesepakatan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">UMNO dan PAS adalah pergerakan politik. Kami ada ideologi kami dan yang lebih penting, kami ada agama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Agama Islam kami itu bukan sekadar solat dan puasa. Ia adalah warna, nadi dan cara hidup kami.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mana mungkin akan kami zalimi bangsa bukan Islam\/bukan Melayu, sedangkan ia ditegah oleh agama kami.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mana mungkin akan kami nafikan hak kamu sedangkan pemimpin kami yang terdahulu yang telah merangka Perlembagaan tanahair ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan selama kami memerintah, kami menerima, melaksana dan menjunjung keluhuran Perlembagaan itu sebaik-baik usaha kami.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mana mungkin akan kami tindas akan bangsa bukan Melayu\/bukan Islam, sedangkan mereka adalah sebahagian dari kami.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka adalah guru kami, rakan sekolah, jiran, sahabat terbaik dan rakan perniagaan kami.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah ada yang menjadi sang belahan jiwa kami, yang dengan mereka, kami membina rumah tangga, keluarga dan menjadi teman sehidup semati.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepada Lim Guan Eng, jika pemikiran politik kamu yang jumud menjadi sandaran, makanya Malaysia Baru itu adalah; <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malaysia yang amat prejudis terhadap Islam dan bangsa Melayu&#8230; dan bukan hanya sekadar bencikan UMNO dan PAS sahaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepada seluruh rakyat bukan Islam di Malaysia. Bersaksikan pemerintahan selama lebih enam puluh tahun, UMNO\/BN dan PAS adalah pergerakan politik yang rasional, waras dan patuh Perlembagaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">In sha Allah, jika kami memerintah, Islam itu akan mengalun indah dalam kemajmukan Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tiada yang akan disakiti, tiada yang akan dizalimi dan tidak akan juga menindas sesiapa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerana politik UMNO dan PAS, diinspirasikan oleh agama dan kepercayaan rohani kami, bukan hanya cuma sekadar ideologi dan aspirasi sahaja&#8230;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">In sha Allah&#8230;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Timbalan Presiden UMNO<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan terutamanya Lim Guan Eng terus dihantui oleh kerjasama penyatuan UMNO dan PAS. Terkini, beliau memberitahu masyarakat bukan Islam bahawa mereka akan menghadapi kesengsaraan apabila UMNO dan PAS memerintah. Hak dan kebebasan mereka akan terhakis dan dinafikan. Nyata beliau seorang yang anti akal. Tidak rasional dan tidak waras. Biar saya ingatkan beliau tentang sedikit [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":11971,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[205,1180,673,159],"class_list":["post-11970","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-islam","tag-piagam-muafakat-nasional","tag-tok-mat-hasan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11970","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11970"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11970\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11973,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11970\/revisions\/11973"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11971"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11970"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11970"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11970"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}