{"id":12326,"date":"2019-12-20T07:17:20","date_gmt":"2019-12-20T07:17:20","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=12326"},"modified":"2019-12-20T07:17:52","modified_gmt":"2019-12-20T07:17:52","slug":"asb-dan-ekonomi-bumiputera-yang-menipis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=12326","title":{"rendered":"ASB DAN EKONOMI BUMIPUTERA YANG MENIPIS"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kelmarin Permodalan Nasional Berhad, syarikat pelaburan kerajaan telah mengumumkan dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.5 peratus iaitu yang terendah dalam sejarah ASB sejak tahun 1990.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada bulan September lepas, kerajaan juga telah mengumumkan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak 2 peratus iaitu yang terendah dalam sejarah LTAT sejak tahun 1973.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan sebelum itu pada bulan April tahun ini, kerajaan juga telah mengumumkan hibah Tabung Haji sebanyak 1.25 peratus iaitu hibah yang juga terendah dalam sejarah Tabung Haji.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hampir semua pemegang-pemegang saham dan pelabur-pelabur dalam ASB, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini adalah Bumiputera yang melabur dalam institusi berkaitan kerajaan yang sebelum ini ditubuhkan untuk membantu meningkatkan ekuiti dan pegangan ekonomi Bumiputera.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun sebelum ini negara pernah berhadapan dengan beberapa krisis ekonomi terutama pada tahun 1997-1999 dan 2008-2009, namun pulangan dividen bagi institusi-institusi ini tidak pernah seteruk ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada tahun 1997-1998 ketika ekonomi tidak menentu dan indeks Bursa Saham Kuala Lumpur terhempas daripada 1,200 mata ke paras 261 mata dan aliran modal lari keluar ke luar negara, kerajaan tetap membayar dividen dan bonus ASB sebanyak 10.25 peratus, LTAT 10.5 peratus, dan hibah Tabung Haji 8 peratus.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada tahun 2008 ketika ekonomi dunia dilanda krisis dan indeks Bursa Saham Kuala Lumpur sekali lagi jatuh daripada paras setinggi 1,400 mata ke paras 800 mata, kerajaan masih berjaya membayar dividen dan bonus ASB sebanyak 8.75 peratus, LTAT 10 peratus dan hibah Tabung Haji 5 peratus.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini pulangan bagi pelaburan institusi-institusi ini adalah hanya ASB 5.5 peratus, LTAT 2 peratus dan Tabung Haji 1.25 peratus.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika perkara ini berterusan, adakah pelabur masih berminat untuk melabur dalam institusi-institusi ini atau adakah mereka akan mengeluarkan wang mereka ke tempat lain?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika ini berlaku, apakah yang akan jadi kepada institusi-institusi pelaburan kerajaan ini yang sebelum ini bertanggungjawab menggalakkan pegangan ekonomi Bumiputera?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan apakah yang akan jadi kepada keseluruhan pegangan ekuiti Bumiputera di negara ini?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan hari ini tidak lagi memandang serius tentang ekonomi Bumiputera.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Isham Jalil<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">20 Disember 2019<\/span><\/p>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/609737929781735\/?d=n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kelmarin Permodalan Nasional Berhad, syarikat pelaburan kerajaan telah mengumumkan dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.5 peratus iaitu yang terendah dalam sejarah ASB sejak tahun 1990. Pada bulan September lepas, kerajaan juga telah mengumumkan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak 2 peratus iaitu yang terendah dalam sejarah LTAT sejak tahun 1973. Dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":12327,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[1292,500,1295,760],"class_list":["post-12326","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-asb","tag-isham-jalil","tag-ltat","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12326","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12326"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12326\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12329,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12326\/revisions\/12329"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12327"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12326"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12326"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12326"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}