{"id":12591,"date":"2020-01-10T11:46:37","date_gmt":"2020-01-10T11:46:37","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=12591"},"modified":"2020-01-25T08:49:59","modified_gmt":"2020-01-25T08:49:59","slug":"20-perkara-mengenai-rakaman-audio-dan-konspirasi-tertinggi-yang-mengancam-keselamatan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=12591","title":{"rendered":"20 PERKARA MENGENAI RAKAMAN AUDIO DAN KONSPIRASI TERTINGGI, YANG MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>1. Matlamat politik vs keselamatan negara<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam dunia politik apa sahaja informasi yang didapati akan didedahkan jika pihak tersebut bakal mendapat manfaat atau mencapai matlamatnya menerusi pendedahan tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hatta informasi itu akan membocorkan rahsia negara sekalipun.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam politik, matlamat lebih utama dari cara matlamat tersebut diperolehi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kesahihan informasi itu bukanlah keutamaan asalkan kesan melalui pendedahannya dapat dihasilkan, walaupun rahsia dan keselamatan negara menjadi taruhan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>2. Matlamat menghalalkan cara<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika manfaat politik yang didapati melalui pembongkaran informasi tersebut dapat mencapai matlamat menjatuhkan seseorang, maka ia akan tetap dilakukan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika individu tersebut dituduh selepas itu sekalipun, ia tetap akan memakan masa, di mana kebenaran bukan lagi menjadi perhatian kerana &#8220;<em>damage has been done&#8221;.<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. Konspirasi tertinggi negara memang wujud sejak 2016<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bukti wujudnya konspirasi peringkat tertinggi terhadap Najib dan kerajaannya ini akhirnya terbukti dengan pendedahan 9 rakaman suara melalui &#8216;<em>phone tapping<\/em>&#8216; oleh SPRM yang kononnya menerima &#8216;<em>tip off<\/em>&#8216; yang diterima daripada pihak &#8216;<em>anonymous<\/em>&#8216;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkara ini bukan lagi mainan ataupun tekaan rambang yang pernah dipandang ringan oleh UMNO sendiri suatu ketika dahulu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Khairul Azwan pernah membuat laporan polis mengenai konspirasi tiga Tan Sri<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Khairul Azwan Harun yang ketika itu adalah Naib Ketua Pemuda UMNO pernah membuat laporan polis seawal 26 April 2016 terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menurut beliau, ketiga-tiga individu berpengaruh di negara ini dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rujuk: <a href=\"http:\/\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/zeti-akhtar-antara-terlibat-konspirasi-gulingkan-pm-pemuda-umno-112152\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">http:\/\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/zeti-akhtar-antara-terlibat-konspirasi-gulingkan-pm-pemuda-umno-112152<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. Laporan konspirasi Khairul Azwan senyap begitu sahaja<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berita tersebut begaimanapun tidak mendapat perhatian ramai apabila hanya dimainkan seketika sahaja malah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika itu menyifatkan tindakan Khairul Azwan bukan pendirian Pemuda UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah Najib juga menyifatkannya sebagai tindakan individu dan bukannya parti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rujuk: <a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/node\/178360\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.bharian.com.my\/node\/178360<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada 3 Ogos 2016, Khairul Azwan membuat sidang media mengatakan Ketua Polis Negara tidak akan meneruskan siasatan dan tidak akan mengambil tindakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketika itu ramai yang tidak mempercayai beliau malah dalam sidang media tersebut, pihak media juga mempertikaikannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rujuk: <a href=\"https:\/\/www.thestar.com.my\/news\/nation\/2016\/08\/03\/khairul-azwan-mexican-standoff\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.thestar.com.my\/news\/nation\/2016\/08\/03\/khairul-azwan-mexican-standoff\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>6. Konspirasi tertinggi negara terbukti melalui &#8216;<em>phone tapping<\/em>&#8216; Najib<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dunia menjadi gempar melalui pendedahan 9 rakaman audio yang diperolehi melalui &#8216;<em>phone tapping<\/em>&#8216; Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Isunya bukanlah pada &#8216;<em>content<\/em>&#8216; rakaman apatah lagi ia tidak membuktikan apa-apa tetapi isunya menjadi isu keselamatan negara kerana ketika itu Najib masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jelas apa yang dilaporkan oleh Khairul Azwan terbukti benar pada hari ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Apa agenda Latheefa Koya mendedahkan rahsia negara secara terbuka?<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakaman tersebut didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Bibi Koya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun perbicaraan sedang berjalan di mahkamah, Latheefa memilih &#8216;perbicaraan awam dan media&#8217;, yang hanya menunjukkan kecenderungannya yang masih berpolitik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun salah, beliau mempertahan tindakannya itu sebagai benar dan inilah masalahnya di mana beliau masih tidak mampu membezakan &#8220;yang mana betul dan yang mana salah&#8221;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini menjelaskan sifat beliau yang masih tegar berpolitik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>8. Rakaman audio membuktikan kerajaan tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyabitkan Najib<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malangnya rakaman tersebut tidaklah &#8216;bernilai tinggi&#8217; dan mungkin kerana itulah ia lewat didedahkan dan tidak terus dihadapkan sebagai bukti di mahkamah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakaman audio tersebut tidak mencapai merit sebagai bukti yang berguna kepada Pendakwaraya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika tidak tentulah pihak yang merakamnya akan menyerahkan bukti tersebut untuk dijadikan bukti di mahkamah sebaik sahaja Najib didakwa, yang akan memudahkan Najib dipenjarakan seperti hasrat Pakatan Harapan sejak 2015.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>9. &#8216;Bukti&#8217; rakaman audio sekalipun tidak berjaya membuktikan Najib bersalah<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain itu, ini juga membuktikan bahawa kerajaan tidak mempunyai bukti kukuh hatta rakaman melalui &#8216;<em>phone tapping<\/em>&#8216; Najib sekalipun tidak mampu mendedahkannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah ia akan menjadi bahan bukti baru untuk pihak peguam bela Najib di mahkamah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat menjangkakan bukti &#8216;bernilai tinggi&#8217; seperti transkrip perbualan Jho Low dan Joanna Yu Ging Ping yang diperoleh oleh barisan peguam bela Najib yang akan dihadirkan oleh Latheefa Koya dan SPRM serta kerajaan Pakatan Harapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rupa-rupanya hanya rakaman audio ini yang diibaratkan seperti &#8220;senjata makan tuan&#8221;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>10. &#8216;<em>Phone tapping<\/em>&#8216; dilakukan untuk tujuan politik<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Demi menjaga rahsia dan keselamatan negara, apa sahaja maklumat yang didapati tidak kira melalui &#8216;<em>phone tapping<\/em>&#8216; , rakaman audio dan video, transkrip ataupun mesej telefon, tidak akan dikeluarkan sehingga ia benar-benar diperlukan untuk manfaat negara dan bukannya individu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika melibatkan keselamatan negara, ia akan kekal menjadi rahsia besar negara dan tidak akan didedahkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika perlu dibawa ke mahkamah sekalipun, ia akan melalui perbicaraan tertutup untuk menjaga kerahsiaannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>11. Dokumen belum &#8216;dinyahsulit&#8217; (<em>declassified<\/em>)<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Latheefa Koya bersumpah di depan YDP Agong ketika menerima pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menggalas tugasnya dengan penuh tanggungjawab termasuk menyimpan rahsia negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika kerajaan merasakan sesuatu dokumen itu perlu didedahkan kepada umum maka ia akan &#8216;dinyahsulitkan&#8217; (<em>declassified<\/em>) terlebih dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya tidak dinyahsulit namun dokumen tersebut perlu diketengahkan kerana menjadi bukti penting di mahkamah, maka perbicaraan tersebut akan diadakan secara tertutup ketika dokumen tersebut dibentangkan sebagai bukti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak perlupun dihebahkan ke seluruh dunia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><b>12. Latheefa Koya tidak mendapat restu dan membelakangkan Perdana Menteri<\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkara ini jelas tidak mendapat restu Perdana Menteri kerana Datuk A. Kadir Jasin yang selama ini menjadi &#8216;lidah rasmi&#8217; Tun Mahathir juga telah mempertikai tindakan Latheefa Koya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Peguam terkenal yang juga sering menjadi peguam Tun Mahathir iaitu Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdullah juga bersependapat dengan Kadir melalui ulasannya sebelum itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apatah lagi Latheefa juga mengaku audio tersebut didedahkannya terus semasa Sidang Akhbar SPRM dan pihak media serta yang hadir menjadi mereka yang pertama mengetahuinya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">13. Latheefa Koya mendahulukan media berbanding Perdana Menteri<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika beliau cerdik sedikit, beliau akan terselamat jika membuat sidang media tersebut selepas memaklumkan dan mendapat restu daripada Perdana Menteri, apatah lagi ia berkaitan dengan rahsia negara yang beliau telah bersumpah di depan YDP Agong untuk menjaganya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Melainkan Tun Mahathir memberi kebenaran kerana sengaja ingin menjadikan beliau &#8216;kambing hitam&#8217; melalui pendedahan yang hanya memalukan SPRM ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun ini tidak mungkin berlaku kerana jelas Tun Mahathir sendiri tidak mengetahuinya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>14. Majlis Peguam gesa tindakan Latheefa Koya disiasat<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Terkini, Majlis Peguam atau Bar Council melalui Presidennya, Abdul Fareed Abdul Gafoor juga menyuarakan kebimbangan mereka mengenai tindakan Latheefa Koya yang disifatkan mereka sebagai tidak wajar dilakukan oleh SPRM.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perbuatan Latheefa mendahului mahkamah malah tidak menyiasat audio tersebut dikhuatiri oleh Majlis Peguam sebagai menghina mahkamah, tindakan subjudis, bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) serta mencemarkan &#8216;<em>Rule of Law&#8217;<\/em>\u00a0yang sepatutnya ditegakkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru, Majlis Peguam mendesak agar perbuatan Ketua Pesuruhjaya SPRM ini disiasat sepenuhnya kerana melibatkan masalah keselamatan negara, isu diplomatik serta kepentingan awam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rujuk: <a href=\"https:\/\/www.thestar.com.my\/news\/nation\/2020\/01\/09\/bar-council-says-releasing-of-audio-recordings-by-macc-039improper039\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.thestar.com.my\/news\/nation\/2020\/01\/09\/bar-council-says-releasing-of-audio-recordings-by-macc-039improper039<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>15. Ramkarpal turut mengecam tindakan Latheefa Koya dan SPRM\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ahli Parlimen Gelugor iaitu Ramkarpal\u00a0 Singh turut menyuarakan kebimbangan mengenai pendedahan SPRM di mana ia boleh membawa kepada perbicaraan oleh media.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau juga berpendapat, mengintip individu dengan cara merakam perbualan telefon mereka adalah tidak berPerlembagaan, walaupun mungkin ada dalam peruntukan undang-undang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ramkarpal juga sebelum ini pada 6 Jun 2018, pernah mengkritik lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM kerana Perdana Menteri tidak berunding dengan kabinet serta membelakangkan manifesto.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rujuk: <a href=\"https:\/\/www.freemalaysiatoday.com\/category\/bahasa\/2020\/01\/09\/itu-pendapat-mereka-latheefa-jawab-kritikan-dedah-rakaman-audio-libatkan-najib\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.freemalaysiatoday.com\/category\/bahasa\/2020\/01\/09\/itu-pendapat-mereka-latheefa-jawab-kritikan-dedah-rakaman-audio-libatkan-najib\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>16. Kesalahan besar Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri mombocorkan rahsia negara<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Latheefa Koya tidak lagi layak menggalas tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana beliau tidak boleh membezakan antara keselamatan negara dan politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan mendedahkan rakaman tersebut terus kepada media, beliau telah membelakangkan Perdana Menteri, menghina mahkamah, subjudis terhadap kes yang sedang berjalan, malah melangkaui OSA.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>17. Tindakan Latheefa juga disifatkan sebagai mengkhianati negara<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Konspirasi peringkat tertinggi seperti ini yang sanggup merakam perbualan seorang Perdana Menteri bagi sesebuah negara wajar dikenakan tuduhan mengkhianati negara kerana Perdana Menteri adalah Ketua Negara ketika itu yang terlibat berunding dengan pelbagai negara.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini akan menimbulkan masalah hubungan dua hala antara negara yang telah dibocorkan maklumat perbualannya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Latheefa pula bersalah dan membuat kesalahan besar kerana bersubahat terlibat mendedahkannya kepada seluruh dunia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun Najib bukan lagi Perdana Menteri ketika ini namun ketika rakaman tersebut berlaku beliau masih Perdana Menteri yang sah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>18. Latheefa tetap perlu dikenakan hukuman<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Latheefa tidak perlu menunggu surat 17 muka surat daripada Perdana Menteri seperti Maszlee Malik sebelum mengundurkan diri kerana beliau telah melakukan kesalahan yang sangat besar, yang beliau akui sendiri sebagai melibatkan keselamatan negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun walaupun beliau dipecat atau mengundurkan diri, beliau tetap akan dikenakan hukuman atas keghairahan beliau mempamerkan &#8216;bukti&#8217; yang akhirnya membuktikan kesalahan beliau yang hanya menjerat dirinya sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><b>19. Latheefa hanyalah seorang ahli politik tegar<\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jelas beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menyimpan rahsia, apatah lagi menggalas tugas besar mengetuai SPRM.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana fahaman politiknya begitu tebal sehingga mengelabuinya dari bertindak rasional.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Latheefa hanyalah seorang ahli politik, tidak lebih daripada itu, hatta menjadi seorang peguampun beliau tidak layak kerana membelakangkan <em>rule of law<\/em>.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>20. Kesimpulannya, Tun Mahathir sendiri wajar berhati-hati<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun Mahathir selaku Perdana Menteri ketika ini tidak boleh berasa selamat, melalui kesilapan yang dilakukan\u00a0 oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM ini, membuktikan apa sahaja boleh berlaku.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan perpecahan dalam kalangan Pakatan Harapan, masing-masing saling tikam-menikam dan oportunis, Tun Mahathir wajar meneliti semula siapa di sekelilingnya ketika ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siapa yang oportunis, siapa yang hanya ingin membalas dendam, siapa yang kuat berpolitik dan siapa pula yang benar-benar bekerja, berkhidmat dan berkorban semata-mata demi negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun Mahathir perlu bertanya kepada pihak yang mempunyai kemampuan membuat rakaman tersebut, adakah perbualan beliau juga pernah dirakam selama ini?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika pernah atas arahan beliau, adakah pihak yang menyimpannya boleh dipercayai?\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Cukup dengan pengajaran dan iktibar dari kes Latheefa Koya ini sebagai indikator bahawa &#8220;jangan sekali-kali melantik ahli politik ke jawatan utama kerajaan, terutamanya yang melibatkan keselamatan negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana politik sentiasa menjadi agenda utama mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tiada siapa terkecuali hatta seorang Perdana Menteri.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1. Matlamat politik vs keselamatan negara Dalam dunia politik apa sahaja informasi yang didapati akan didedahkan jika pihak tersebut bakal mendapat manfaat atau mencapai matlamatnya menerusi pendedahan tersebut. Hatta informasi itu akan membocorkan rahsia negara sekalipun.\u00a0 Dalam politik, matlamat lebih utama dari cara matlamat tersebut diperolehi. Kesahihan informasi itu bukanlah keutamaan asalkan kesan melalui pendedahannya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":12610,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[214,211],"tags":[489,1318,1319,1052,253,1320,142,242,143],"class_list":["post-12591","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-khas","category-laporan","tag-abu-kassim","tag-coup-detat","tag-ghani-patail","tag-latheefa-koya","tag-najib","tag-phone-tapping","tag-sprm","tag-tun-mahathir","tag-zeti"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12591","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12591"}],"version-history":[{"count":11,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12591\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12614,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12591\/revisions\/12614"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12610"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12591"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12591"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12591"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}