{"id":12840,"date":"2020-01-23T06:01:22","date_gmt":"2020-01-23T06:01:22","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=12840"},"modified":"2020-01-23T08:06:06","modified_gmt":"2020-01-23T08:06:06","slug":"pru-15-peluang-martabatkan-kembali-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=12840","title":{"rendered":"PRU-15: PELUANG MARTABATKAN KEMBALI NEGARA"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>1. Retorik &#8220;<em>Make America Great Again<\/em>&#8221;\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika Trump hanya beretorik dengan slogannya &#8220;<em>Make US Great Again<\/em>&#8221; yang tidak menampakkan apa-apa perubahan yang signifikan, malah lebih memalukan, beliau sendiri ketika ini cuba disingkirkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Situasi di Amerika, jika Trump atau siapapun penggantinya, dasar-dasar dalam dan luar negara mereka tidak akan banyak berubah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun situasi berbeza di Malaysia di mana rakyat Malaysia benar-benar perlu lakukan perubahan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak kira bilapun masanya, agar Malaysia kembali menjadi hebat semula seperti sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>2. Kerajaan gagal, kerajaan sepenggal<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan Pakatan Harapan yang ada kini bukan sahaja gagal memerintah dengan baik, malah cuba mengubah asas pembentukan negara yang menjadi tonggak kemakmuran selama ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dasar-dasar yang baik sekalipun, yang mengutamakan rakyat, telah dirobek sebegitu rupa sehinggakan banyak bantuan tidak diberikan kepada rakyat yang memerlukan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Negara mana sekalipun, walau sebaik manapun pemerintahan mereka, tentunya berlaku sekali-sekala pergeseran, isu perkauman dan ketidakharmonian dalam negara. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun ia tidak merencatkan pembentukan negara tersebut untuk terus maju ke hadapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak seperti Pakatan Harapan yang berterusan membuat tindakan yang membelakangkan kepentingan rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>3. Kerajaan laksana &#8220;langkah ke belakang&#8221;\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sejak Pakatan Harapan memerintah, negara seolah-olah cuba dianjak ke belakang, bukan selangkah namun berpuluh langkah.<strong>\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai contoh, sistem percukaian GST diganti dengan sistem SST yang tidak telus, seperti yang Menteri Kewangan sendiri nyatakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sedangkan ratusan negara telahpun melaksanakan GST di negara masing-masing, bahkan negara jiran seperti Singapura telah laksanakan GST sejak tahun 1994.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ratusan negara lain berlumba-lumba laksana GST untuk menggantikan sistem lama, Malaysia pula hapuskan GST untuk kembali ke sistem lama.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hutang negara bukan berkurang tetapi bertambah, memburukkan lagi keadaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akibatnya, negara semakin terbeban dan mula menjual asetnya satu per satu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>4. Jual aset tampung perbelanjaan negara<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila GST dimansuhkan, SST pula menjadi masalah apabila tidak mampu diperoleh secukupnya kerana ia menjadi &#8216;medan&#8217; tauke-tauke yang kaya raya untuk lari dari membayar cukai kepada kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila menteri pula lemah dan tidak berpengalaman, seperti Penasihat Perdana Menteri Tun Daim Zainuddin sendiri katakan, maka aset-aset negara menjadi pilihan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sama ada Kementerian Kewangan sudah tidak tahu hendak buat apa ataupun ada agenda lain terhidang depan mata.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tabung Haji, Felda, Khazanah, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Petronas dan pelbagai lagi diusahakan jual secara &#8216;lambak&#8217; dan &#8216;borong&#8217;, dengan harga yang rendah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>5. Pelabur asing belajar dari pembatalan perjanjian Malaysia dengan China<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketidakpastian ekonomi negara membuatkan pelabur takut untuk masuk. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ditambah dengan ketidaktentuan dalam peralihan kuasa yang masih tidak ada tanda-tanda akan memulih dengan cepat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Para pelabur belajar dari kerajaan China yang dibatalkan pelbagai perjanjian G2G (<em>government to government<\/em>), maka mereka melihat tidak ada jaminan\u00a0 perjanjian mereka akan dihormati.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika perjanjian melibatkan sebuah negara kuasa besar dunia seperti China juga boleh dibatalkan, apatah lagi perjanjian kerajaan Malaysia dengan para pelabur.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ditambah buruk dengan pelaburan sedia ada pula lari keluar, terutamanya ke negara jiran.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malaysia hanya &#8216;gigit jari&#8217; melihat negara jiran memperoleh pelbagai manfaat pelaburan yang terhasil dari kebodohan dan ketidakcekapan sendiri.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>6. Contoh pelabur dan rakan dagang beralih ke negara jiran\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">India menghentikan mengimport minyak sawitnya dari Malaysia, beralih ke Indonesia.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebelum itu China terlebih dahulu beralih ke Indonesia setelah Malaysia menghentikan banyak projek yang telah dimeterai antara dua negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kemudiannya UAE melabur lebih 93 billion di Indonesia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Terkini, Softbank pula akan melabur lebih 162 billion di Indonesia, bagi membangunkan ibu kota baru Indonesia di Kabupaten Penajam Paser Utara dan Kabupaten Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semasa krisis di Hong Kong pula, ramai pelabur mereka telah lari ke Singapura dan bukannya Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ia bukan persoalan mengenai betapa cerdiknya negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, tetapi betapa tidak cerdiknya Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>7. Menteri-menteri kehilangan punca, tidak tahu membuat kerja<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara contoh:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">i. Menteri Perpaduan yang seolah-olah tidak wujud langsung, kecuali jika ada perkara yang menguntungkan kaum selain Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ii. Menteri Agama yang kerap bersikap membela kaum dan agama lain melalui konsep &#8216;Rahmatan lil Alamin&#8217;nya yang jauh tersasar dari maksud dan terjemahannya yang sebenar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau sibuk dengan tanglung dan hanya diam menikus dalam isu jawi malah membela Dong Zong, tetapi tidakpun membela Permaisuri Agong yang dihina kerana mempertahan Jawi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">iii. Menteri Belia dan Sukan gagal membawa pulang piala dan pingat yang disasarkan untuk negara. Hala tuju belia masih samar-samar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">iv. Menteri Kewangan gagal menguruskan Kewangan negara dengan baik dan berkesan. Tiada pelan pemulihan setakat ini yang diketengahkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">v. Menteri Ekonomi pula tidak berfungsi terus apabila sibuk mencatur &#8216;politik pintu belakang&#8217; dan isu semburit yang menghantuinya. Sehinggakan ekonomi negara merudum teruk, beliau masih tidak mempedulikannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">vi. Menteri Industri Utama tidak mampu memacu perdagangan sawit seperti dahulu malah memberikan idea tidak bernas untuk mengatasi masalah peneroka. Lebih malang sawit Malaysia diboikot oleh India.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">vii. Menteri Pertahanan hilang punca, asyik membuka rahsia dan merendah-rendahkan kemampuan pertahanan negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">viii. Menteri Pertanian tidak berjaya menyelesaikan masalah petani, pesawah, peladang tetapi sibuk dengan &#8216;idea-idea remeh-temeh&#8217;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ix. Menteri Kesihatan sibuk dengan perokok yang merokok di tempat awam, tidak mampu perjuang isu elaun kritikal bagi doktor muda, sehinggakan doktor dan jururawat yang dahulunya ramai menyokong Pakatan Harapan sendiripun mula merungut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">x. Menteri Pengangkutan gagal menyelesaikan isu <em>e-hailing<\/em> sebaik mungkin sebaliknya sibuk dengan memperkasa undang-undang yang merumitkan mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akibatnya aplikasi dan teknologi yang sepatutnya memudahkan semua pihak menjadi sukar dan pemandu berkurangan secara drastik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">xi. Menteri Komunikasi sibuk mencari jalan mengenakan netizen, bloggers dan mereka yang tidak bersependapat dengan kerajaan, walaupun kononnya memperjuangkan &#8216;kebebasan media&#8217; dan hak asasi manusia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">xii. Menteri Pembangunan Usahawan sibuk membangunkan projek kereta terbang di sebalik fokus atas usahawan bukannya idea mengarut. Kesannya Tun Mahathir sendiripun menyindir beliau.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">xiii. Menteri Pendidikan lama mencadangkan solusi kasut hitam menggantikan kasut putih.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menteri Pendidikan baharu yang menggantikannya pula memberi solusi lebih &#8216;bernas&#8217; iaitu boleh pakai apa-apapun warna kasut ke sekolah&#8230;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jelas menteri-menteri Pakatan Harapan yang ada pada hari ini tidak tahu membuat kerja, tidak fokus, tiada kumpulan penasihat yang baik, tidak tahu malu, masih bersikap seperti pembangkang dan apa yang lebih memalukan, mereka tidak mengutamakan rakyat dalam setiap perancangan dan tindakan mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>8. Mabuk kuasa, tindakan bermotifkan politik<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebaik sahaja menang PRU-14, Pakatan Harapan seolah-olah &#8216;mabuk&#8217; dengan kuasa yang tiba-tiba dimiliki.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka menjalankan &#8216;ritual pemburuan&#8217; ala &#8216;<em>witch hunt<\/em>&#8216; terhadap musuh politik dengan &#8216;bersenjatakan&#8217; AMLA yang digunakan sepenuhnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tergesa-gesa membuat pendakwaan, gopoh dalam menyediakan bukti, termasuk melanggar <em>rule of law<\/em> secara terang-terangan dan bersikap <em>double standard <\/em>dalam menguatkuasakan undang-undang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Demi dendam politik yang tidak berkesudahan, apapun cara mereka gunakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah jika Machiavelli sendiripun masih hidup ketika ini, beliaupun mungkin terkejut dengan kesanggupan kerajaan Pakatan Harapan melakukan apa jua cara untuk memenuhi matlamat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>9. Mendedahkan maklumat yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi negara<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">i. Mendedahkan audio rakaman perbualan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang ketika itu masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri bersama beberapa individu penting negara termasuklah perbualan dengan Putera Mahkota UAE.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini amat memalukan dan tidak sepatutnya dibiarkan berlaku. Bahkan sehingga kini pelakunya iaitu Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri masih tidak dikenakan apa-apa tindakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ii. Mendedahkan surat yang ditulis oleh seorang Ketua Pengarah badan perisikan negara kepada seorang ketua badan perisikan negara lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sedangkan initipatinya untuk pihak luar menyokong dan jangan mengganggu-gugat kerajaan Malaysia walaupun menang tipis.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kritikan terhadap Tun Mahathir juga bukan satu pengkhianatan kerana beliau ketika itu adalah pemimpin pembangkang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">iii. Badan perisikan negara dituduh dengan dakwaan &#8216;menyeleweng dana kerajaan&#8217; sedangkan dengan jelas kerajaan menyatakan ia sebagai &#8216;dana politik&#8217; &#8211; yang memberi makna bahawa ia bukanlah wang milik kerajaan tetapi milik parti Barisan Nasional.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">iv. Menyerbu &#8216;<em>safe house<\/em>&#8216; yang dimiliki oleh badan perisikan negara yang sepatutnya dilindungi penuh akan kewujudannya, yang belum pernah berlaku di dunia.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>10. Perlembagaan negara berada di tahap terendah<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tiada mana-mana pemerintah yang sanggup mengubah walau seincipun Perlembagaan negara mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika adapun sesuatu yang ingin diubah, ia tetap tidak akan bertentangan dengan Perlembagaan dan nilai-nilai negara itu sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bahkan undang-undang negara itu sendiri berada di bawah Perlembagaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di bawah Pakatan Harapan, seolah-olah mereka lebih tinggi dari Perlembagaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>11. Pakatan Harapan adalah &#8220;<em>The Real Deep State&#8221;\u00a0<\/em><\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>Deep State<\/em> yang sebenar adalah kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir tentu menyedarinya kerana beliau sendiri pernah memerintah negara selama 22 tahun melalui Barisan Nasional.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pakatan Harapan sepatutnya meneruskan dasar-dasar negara yang telahpun dibahaskan, dipinda dan dilaksanakan sejak dahulu lagi, secara berPerlembagaan, bukan sebaliknya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mana dasar-dasar yang perlu diubah sekalipun, ia tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun telah terbukti Pakatan Harapan cuba mengubah Perlembagaan negara antaranya melalui\u00a0 ratifikasi ICERD, namun tidak berjaya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun cubaan-cubaan lain masih dan sedang dijalankan bagi mengubah nilai-nilai negara yang telah wujud sejak sekian lama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>12. Alih tumpuan, penjawat awam dituduh sebagai &#8216;<em>Deep State&#8217;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila penjawat awam mula sangsi dan tidak meneruskan apa yang dirancang oleh kerajaan,\u00a0 mereka pula dituduh sebagai &#8216;<em>deep state&#8217;.\u00a0<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sedangkan ramai penjawat awam dahulunya adalah penyokong Pakatan Harapan, yang kini mula sedar akan agenda setiap parti dalam Pakatan Harapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>13. Memerintah ikut agenda parti, tidak mengikut agenda nasional<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sepatutnya kerajaan tidak boleh memerintah mengikut &#8220;cara parti masing-masing&#8221;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ia hanya akan menimbulkan kekeliruan dan pertentangan sesama sendiri sepanjang masa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka cuba mengubah segala-galanya mengikut acuan dan agenda politik masing-masing, Manakala apa yang termaktub dalam Perlembagaan, secara perlahan-lahan cuba diubah ataupun dikesampingkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>14. Satu pakatan, pelbagai parti, pelbagai agenda<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai contoh DAP tetap meneruskan agenda rasis kelangsungan Cina mereka dan konsep Malaysian Malaysia yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan. DAP pula didokong oleh parti Amanah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Terdapat juga cubaan menghidupkan komunisme dalam negara kerana banyak pemimpin mereka adalah dalam kalangan <em>symphatizer<\/em> ataupun berketurunan komunis, yang diakui oleh mereka sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PKR pula meneruskan agenda liberalisme dan pluralisme yang bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan malah bertentangan dengan Islam. Demi meraih sokongan sejak dahulu mereka berkompromi dengan perkara sebegini, yang mengorbankan nilai-nilai kesederhanaan Malaysia.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>15. Perjanjian Malaysia 1963 diperjuang oleh Sabah dan Sarawak<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Manakala parti-parti di Sabah dan Sarawak pula berjuang bagi mendapatkan kembali hak-hak Sabah dan Sarawak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963, yang komited ingin dimeterai oleh kerajaan lama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketika itu, 3 jawatankuasa telahpun dibentuk iaitu Ja<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">watankuasa Pelaksana Pihak Berkuasa Sabah dan Sarawak, J<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">awatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal peringkat Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun kini usaha tersebut terencat dan ketiga-tiga jawatankuasa itupun entah ke mana.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>16. Peguam Negara patut mendokong Perlembagaan sepenuhnya<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya Peguam Negara sesebuah negara tidak mendokong Perlembagaan negaranya, hatta Perdana Menteri sendiri sekalipun akan berhadapan tugas sukar untuk melaksanakan apa yang sepatutnya, demi\u00a0 memartabatkan Perlembagaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak mungkin pihak polis mudah untuk meneruskan pendakwaan walaupun kertas siasatan dan bukti-bukti telahpun dilengkapkan jika Peguam Negara tidak mahu meneruskannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika isu keganasan Daesh diperjuang oleh individu ataupun kumpulan kecil, adalah lebih merbahaya apabila isu LTTE dan komunis pula diperjuangkan oleh segelintir mereka dalam parti, yang kini\u00a0 sedang memerintah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Isu-isu yang melibatkan kedaulatan undang-undang tidak boleh dipandang remeh oleh Peguam Negara walaupun melibatkan dakwaan pihak yang baik dengannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>17. Tanglung dibela melebihi Raja Permaisuri Agong\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini yang dihormati dan dipandang tinggi adalah tanglung, melebihi Raja Permaisuri Agong.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila ada pihak yang menyentuh isu tanglung, berduyun-duyun menteri\u00a0 ke sekolah bagi menunjukkan solidariti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tetapi apabila ada pihak yang menghina Raja Permaisuri Agong, siapa di antara menteri-menteri ini yang membela Baginda Permaisuri?\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><b>18. Tanglung dilayan lebih baik dari tulisan Jawi\u00a0<\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Agama Islam yang menjadi agama rasmi negara dipermain-mainkan dan dipersenda tanpa ada sebarang tindakan tegas, jika ada sekalipun ia seumpama &#8216;melepaskan batuk di tangga&#8217; sahaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah tulisan Jawi yang merupakan sebahagian daripada warisan dan sejarah negarapun tidak mendapat pembelaan sewajarnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seorang individu dari Korea, Profesor Dr. Kang Kyoung Seok yang dikenali sebagai pakar Jawi sendiri risau akan masa depan tulisan warisan tersebut di Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak boleh diterima akal apabila warisan negara depan mata dipandang lekeh, warisan luar pula disanjung tinggi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sedangkan hubungan diplomatik terjalin antara Tanah Melayu dengan negara asing suatu ketika dahulu, dihubungkan melalui tulisan Jawi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>19. Kembali martabatkan negara<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun sudah terlampau banyak aset terjual dan hutang bertambah, namun rakyat perlu bersatu atas nama satu negara satu matlamat untuk memulihkan kembali negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun ketika ini negara luar menghindari Malaysia namun selaku rakyat Malaysia, semua harus bersatu padu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak kira negeri mana, apa agama dan bangsa sekalipun kerana di sinilah tanahair bagi semua agama dan bangsa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat perlu bersatu hati agar Perlembagaan negara dapat diletakkan di tempat yang sepatutnya seperti sedia kala dan kepentingan rakyat terjaga.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ahli politik pula perlu diingatkan kembali siapa mereka, iaitu mereka yang diberi amanah untuk mewakili rakyat dan mentadbir negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rebut kembali negara daripada tangan-tangan yang telah merosakkannya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>20. Hindari daripada jatuh dalam lubang yang sama<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pera pengundi terutamanya pengundi muda, jangan lakukan lagi kesilapan yang sama seperti ketika PRU-14.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kesilapan pengundi-pengundi sebelum ini yang mahu bereksperimentasi dengan mengubah kerajaan, telahpun dibayar dengan harga yang cukup mahal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bukan sahaja aset-aset strategik, malah maruah negarapun tergadai.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tiada gunanya marahkan nyamuk jika bukan sahaja kelambu malah rumah sendiripun terbakar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka cukup-cukuplah dan bersiap sedialah <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ayuh bersatu tumbangkan Pakatan Harapan di PRU-15.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong> Serta bersama-sama &#8220;<em>Make Malaysia Great Again!<\/em>&#8220;<\/strong><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1. Retorik &#8220;Make America Great Again&#8221;\u00a0 Jika Trump hanya beretorik dengan slogannya &#8220;Make US Great Again&#8221; yang tidak menampakkan apa-apa perubahan yang signifikan, malah lebih memalukan, beliau sendiri ketika ini cuba disingkirkan. Situasi di Amerika, jika Trump atau siapapun penggantinya, dasar-dasar dalam dan luar negara mereka tidak akan banyak berubah.\u00a0 Namun situasi berbeza di Malaysia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":12858,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[1350,241,703],"class_list":["post-12840","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-make-malaysia-great-again","tag-pakatan-harapan","tag-perlembagaan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12840","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12840"}],"version-history":[{"count":13,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12840\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12860,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12840\/revisions\/12860"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12858"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12840"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12840"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12840"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}