{"id":13023,"date":"2020-02-06T02:37:36","date_gmt":"2020-02-06T02:37:36","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13023"},"modified":"2020-02-06T03:11:22","modified_gmt":"2020-02-06T03:11:22","slug":"20-perkara-mengenai-tawaran-kerjasama-tun-mahathir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13023","title":{"rendered":"20 PERKARA MENGENAI TAWARAN KERJASAMA TUN MAHATHIR"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><strong>1. Kronologi kerjasama Tun Mahathir selepas keluar UMNO<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><em>2016 &#8211; Bekerjasama dengan DAP dan PKR bagi menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU-14\u00a0<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>2018 &#8211; Bekerjasama bersama DAP dan PKR mewujudkan kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi\u00a0 PRU-14<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>2020 &#8211; Berkemungkinan bekerjasama dengan UMNO dan PAS bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><strong>2. Antara tujuan kerjasama yang popular<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Masyarakat terbahagi dua antara menerima atau bersikap skeptikal dengan\u00a0 keikhlasan pelawaan Tun Mahathir untuk bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara tujuan kerjasama yang paling popular dikemukakan ialah;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>i. Mengelakkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kelapan<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>ii. Menyelamatkan keluarga dan kroni beliau daripada apa jua tindakan selepas ketiadaannya, yang ada hubungi kait dengan tujuan pertama di atas\u00a0<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>iii. Memastikan anaknya Datuk Seri Mukhriz berada dalam &#8216;laluan&#8217; untuk menjadi Perdana Menteri\u00a0<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>iv. Mengekang kemaraan DAP yang tidak mempedulikan &#8216;rule of law&#8217; dan Perlembagaan demi mencapai cita-cita &#8216;Malaysian Malaysia&#8217;<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>v. Memulihkan negara yang sedang menuju menjadi &#8216;failed state&#8217;, hasil kerakusan dan kelemahan Pakatan Harapan memerintah<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>vi. Meletakkan kembali negara ke landasan yang sepatutnya seperti sebelum ini<\/em><em>\u00a0<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>3. Apa muslihat di sebalik tawaran kerjasama, setelah pelbagai ketidakadilan dilakukan terhadap UMNO?\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Membekukan akaun, cubaan merampas aset-aset, cubaan mengharamkan parti, dakwaan demi dakwaan ala <em>witch hunt<\/em>, membocorkan perbualan antara Putera Mahkota UAE dan pemimpin UMNO yang ketika itu masih bergelar Perdana Menteri dengan niat semata-mata untuk memalukan, apa lagi yang tidak dibuat oleh Tun Mahathir terhadap UMNO?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka kenapa tawaran bekerjasama dihulur ketika ini apabila tempoh menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir tamat?\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>4. Bukti Tun Mahathir semakin terdesak?\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ramai yang tidak bersetuju bekerjasama dengan Mahathir yang diumpamakan sebagai &#8216;biawak hidup&#8217; apatah lagi apabila beliau bekerjasama dengan DAP menumbangkan kerajaan yang diterajui oleh pemimpin Islam pada PRU-14 lepas.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Angkara beliaulah negara menjadi huru-hara seperti yang dapat kita saksikan sendiri pada hari ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sama ada beliau terdesak ataupun ikhlas menawarkan kerjasama dan insaf dengan perbuatan bersekongkol dengan DAP, adalah satu perkara yang wajar diperhalusi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><strong>5. Merasionalkan kerjasama<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Jika tujuan dan matlamat utamanya demi membangunkan negara dipenuhi, maka ia wajar disambut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Jika sebaliknya, hanya agenda peribadi yang dipenuhi, maka kerjasama ini hanyalah satu kesilapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Rakyat akan hilang percaya kepada penyatuan ummah atau Muafakat Nasional dan berterusan mengkritik kerajaan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Atau lebih buruk lagi ia adalah satu perangkap bagi melemahkan Muafakat Nasional, yang akan menjadi mimpi ngeri di PRU-15 kelak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>6. Rasional kerjasama <em>vs.<\/em> logik Lokman Adam<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>Logik Lokman Adam; cukup-cukuplah terpedaya dengan Tun Mahathir.\u00a0<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau tidak berpuas hati apabila individu yang selama ini menyusahkan UMNO dan malah bertindak kejam dengan membekukan akaun mereka, kini dilihat &#8216;terhegeh-hegeh&#8217; membuat tawaran setelah tersepit.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sedangkan inilah individu yang sama selama dua tahun ini langsung tidak memberi muka dan berlembut dengan UMNO, mengalahkan kebenciannya terhadap DAP.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka tindakan Lokman Adam ini hanya berlandaskan situasi dan jangan lupakan jasa-jasa beliau dalam membela bekas Perdana Menteri, mengikutnya ke mana sahaja sedangkan dalam masa yang sama, ada beberapa pemimpin UMNO yang menjarakkan diri daripada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sehinggalah &#8216;bosku&#8217; kembali popular dan diterima rakyat tanpa disangka sehingga mencetuskan fenomena dalam negara. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekali gus mengembalikan populariti UMNO di mata masyarakat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>7. Agenda kerjasama demi agama, bangsa dan tanahair\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Namun setakat ini, apa yang penting adalah menyelamatkan kembali negara dari tangan-tangan mereka yang tidak sepatutnya diberi kuasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Yang terhasil dari eksperimen gagal para pengundi yang ingin &#8220;mencuba ubat baharu&#8221;, menjadikan ekonomi negara semakin merudum, hutang bertambah dan aset strategik negara terjual.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini yang perlu dipulihkan kerana negara akan musnah jika dibiarkan lebih lama diperintah oleh Pakatan Harapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><strong>8. Waspada menerima pelawaan<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Tidak salah berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan diri daripada tipu daya, helah ataupun perangkap.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ditambah dengan sikap &#8216;zalim&#8217; beliau sebelum ini terhadap musuh-musuh politiknya yang akan ditekan dengan pelbagai cara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Hatta rakan-rakannya sendiri yang berada di dalam UMNO, tetapi tidak sehaluan dengannya juga tidak terlepas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>9. Oportunisme Mahathir?<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir melihat wujudnya peluang menyelamatkan keluarga dan kroni-kroninya, selain peluang membersihkan dirinya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, beliau akan tetap dicemuh sehingga ke akhir hayat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Manakala jika membubarkan Parlimen, beliau tetap dilihat ego dan tidak mahu membetulkan keadaan yang beliau sendiri telah rosakkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebaliknya jika beliau bekerjasama dengan PAS dan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan tanpa DAP, PAN dan PKR, rakyat akan melihat beliau seolah-olah penyelamat negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun keributan dan kekacauan ini dicipta sendiri olehnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>10. Oportunisme pemimpin UMNO?<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ada juga beberapa pihak beranggapan kemungkinan jalinan kerjasama ini dilaksanakan kerana ramai dalam kalangan pemimpin UMNO kini didakwa di mahkamah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka bagi mengelakkan kerumitan sekiranya pendakwaan diteruskan, ditambah dengan akaun dibekukan dan sumber kewangan terhad, mereka tiada pilihan selain menerima pelawaan kerjasama.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam keadaan kiri dan kanan\u00a0 diasak, malah ramai pekerja pula terpaksa diberhentikan, maka pemimpin UMNO tiada pilihan yang lebih baik, melainkan menjalin kerjasama politik\u00a0 bersama Tun Mahathir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>11. Ad<\/strong><strong>akah kerjasama ini satu-satunya pilihan bagi menyekat DAP dan Anwar Ibrahim?\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sekiranya alasan ini yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin dalam UMNO dan Muafakat Nasional untuk menjusfikasikan tindakan kerjasama ini, maka terdapat satu pilihan lain iaitu melalui pembubaran Parlimen yang seterusnya mengakibatkan berlakunya pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Namun cara ini agak lambat dan berbaki lagi tiga tahun, serta tiada jaminan Muafakat Nasional akan menang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Walaupun cara ini paling popular dan digemari dalam kalangan rakyat, selain terlihat &#8216;<em>gentleman<\/em>&#8216; kerana bertarung dalam gelanggang sebenar dan bukan melalui &#8216;pintu belakang&#8217;, tetapi tetap mempunyai risiko.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ditambah dengan jangka masa yang lama, apa-apa sahaja boleh berlaku.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>12. Apakah risiko jika menunggu pembubaran Parlimen?\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Risiko jika menunggu Tun Mahathir membubarkan Parlimen dan bertarung di PRU-15 ialah dalam jawapan terhadap persoalan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">&#8220;<em>Apa yang akan berlaku sekiranya Tun Mahathir terlebih dahulu meninggal dunia sebelum sempat membubarkan Parlimen?<\/em>&#8221;\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini kerana jika PAS dan UMNO menolak kerjasama yang ditawarkan, maka Tun Mahathir pasti akan melengahkannya sehingga habis penggal ataupun selagi beliau terdaya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Apa yang pasti Anwar Ibrahim akan naik menggantikannya sebagai Perdana Menteri kerana beliau sememangnya telah dijanjikan sebagai Perdana Menteri kelapan oleh Majlis Presiden.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>13. Atas dasar meminimakan risiko kemusnahan ke atas negara<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain itu, lebih lama menunggu, aset negara semakin banyak terjual, UMNO sendiri terkekang dengan kewangan yang terhad dan kekurangan tenaga kerja.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini membuatkan pilihan kerjasama ini tidak popular dan tidak digemari oleh segelintir pihak yang tidak boleh bertoleransi lagi dengan kezaliman yang Tun Mahathir lakukan terhadap UMNO dan rakyat sejak beliau menjadi Perdana Menteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun begitu, sesuatu tetap perlu dilakukan bagi menghentikan kerajaan Pakatan Harapan yang berterusan &#8216;memusnahkan negara&#8217;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><strong>14. Sekiranya kerjasama terjalin, adakah Tun Mahathir akan terus menjadi Perdana Menteri?<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika beliau berdaya meneruskannya selepas kerjasama dimeterai, maka kemungkinan beliau akan melepaskan jawatannya selepas Sidang Kemuncak APEC 2020 yang dijadualkan hujung tahun ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Tidak mungkin beliau akan meneruskannya lagi selepas itu kerana dibatasi oleh usia melainkan beliau benar-benar &#8216;kemaruk&#8217; kuasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Walau bagaimanapun, seperti biasa Tun Mahathir hanya akan melepaskan jawatannya selepas beliau benar-benar pasti rancangan dan matlamatnya berjaya dicapai.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><strong>15. Bagaimanakah kedudukan pemimpin PPBM apabila kerjasama Mahathir &#8211; UMNO\/Muafakat Nasional dimeterai?\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Buat sementara, parti beliau iaitu PPBM atau Bersatu akan diberikan sedikit &#8216;muka&#8217; dan beberapa menteri partinya akan kekal menjadi Menteri buat sementara waktu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Namun tiada jaminan selepas itu selepas ketiadaan Tun Mahathir, apatah lagi jika mereka tidak berupaya menerajui kementerian masing-masing dengan baik dan tidak lagi membuat perkara-perkara bodoh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Bagi Menteri-menteri yang menipu kelulusan dan hanya menimbulkan masalah dari membuat kerja, mereka wajar berhati-hati. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Tiada lagi lantikan &#8216;tangkap muat&#8217; ala Pakatan Harapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>16. Bagaimana pula kedudukan Hishammuddin, Hamzah dan pemimpin UMNO lain yang melompat sebelum ini?\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat terutama akar umbi UMNO pasti menolak sepupu Najib iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan juga Datuk Seri Hamzah Zainuddin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Masyarakat tidak akan lupa dua nama ini yang telah dilabel sebagai pengkhianat parti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Satu kerana secara bersendirian bersekongkol dengan Datuk Seri Azmin Ali menubuhkan kerajaan pintu belakang dan satu lagi kerana melompat parti dan melobi Ahli Parlimen lain agar menyertai mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Termasuk Datuk Mustapa Mohamed, Datuk Mas Ermieyati dan beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO termasuk di Sabah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini semua akan bersama Kerajaan Perpaduan dan kedudukan mereka perlu diselesaikan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>17. ISU KEGAGALAN MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT, EKONOMI MENJUNAM, TIDAK TUNAI MANIFESTO AKAN DI&#8217;<em>SPIN<\/em>&#8216; SEBAGAI MASALAH KERAJAAN PERPADUAN<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semua kegagalan kerajaan Pakatan Harapan selama lebih dua tahun memerintah ini akan &#8216;dipindahkan&#8217; ke bahu Kerajaan Perpaduan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pakatan Harapan akan memberi alasan bahawa selama ini kegagalan mereka mengemudi negara dengan baik dan berkesan serta tidak menunaikan janji-janji manifesto adalah kerana Tun Mahathir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka semua ini akhirnya akan di&#8217;<em>spin<\/em>&#8216;\u00a0 oleh <em>cybertrooper<\/em> termasuk RBA DAP dengan memperlihatkan ia sebagai kegagalan Kerajaan Perpaduan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><b>i. &#8220;Beri peluru percuma kepada musuh&#8221;<\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Melalui tawaran kerjasama oleh Tun Mahathir, UMNO dan Muafakat Nasional perlu fikirkan segala kemungkinan termasuk isu menteri dan pemimpin bermasalah dalam Pakatan Harapan yang berlaku sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Semua isu dan masalah ini, kecil ataupun besar akan digunakan kembali untuk menyerang Kerajaan Perpaduan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><b>ii. Isu ketidakcekapan dan kebrobokan menteri dan pemimpin Mahathir\u00a0<\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini termasuk isu tidak <em>perform<\/em>, mengeluarkan kenyataan tidak cerdik, menipu ijazah, masalah parti dadah, lari panjat pagar, isu tidak konsisten, pemberian projek secara terus kepada kroni dan pelbagai lagi &#8216;pakej masalah&#8217; yang datang sekali bersama Tun Mahathir.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini semua akan menjadi &#8216;modal <em>spin<\/em>&#8216; yang amat berguna buat DAP dan sekutunya seperti PKR dan PAN dalam Pakatan Harapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ironinya Lim Kit Siang mungkin akan membuka kembali buku-buku tulisan lamanya mengenai Skandal Forex.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><strong>iii. Isu menteri bersemburit juga terpaksa diselesaikan<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Isu semburit ini akan diulang-ulang dan dijaja seperti 1MDB, Altantuya dan lain-lain sehingga rakyat kembali menghentam kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Isu lama Anwar dituduh meliwat termasuk isu terbaru melalui pengakuan bersumpah Muhammed Yusoff Rawther yang menuduh Anwar mengajak beliau melakukan seks luar tabie, akan ditenggelamkan oleh &#8216;isu pindahan&#8217; ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>18. Menilai risiko kerjasama<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Seumpama membeli kereta terpakai, segala masalah yang diketahui dan nampak, wajar diatasi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Penilaian yang baik sebelum membeli kereta tersebut perlu dilakukan agar tidak tersalah pilih.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kereta tersebut mungkin cantik luaran dan dalamannya, kelihatan gah dan bangga apabila dipandu, namun menyembunyikan 1001 masalah yang akhirnya hanya mampu dipakai selama dua tiga tahun sahaja.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Lebih malang, ia tidak mampu dibaiki lagi dan terpaksa dibuang terus. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kerajaan Perpaduan perlu menilai pelbagai risiko ini dan bersedia menghadapinya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Jangan melalui kerjasama ini, menjadi penyebab kepada penolakan rakyat pada PRU-15 kerana dilihat hanya memenuhi agenda peribadi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Segala aspek di atas malah banyak lagi perkara perlu diambil kira dalam menilai sebarang risiko kerjasama dengan Tun Mahathir.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Mungkin keputusan bagi mengelak kemudaratan lebih besar dari berlaku dapat diambil kira dalam proses penilaian ini.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>19. Masa suntuk untuk memulihkan negara sebelum PRU-15<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sekiranya tawaran Tun Mahathir diterima, maka kerajaan yang terbentuk melalui pintu belakang sebegini mempunyai tugas yang mencabar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Selain itu dibatasi oleh masa yang suntuk untuk menyelamatkan negara dan untuk mengembalikan ia ke landasan sepatutnya, atau <em>&#8220;to make Malaysia great again<\/em>&#8220;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Cabaran ini terpikul atas pundak kerajaan baharu, jika berjaya memulihkannya maka rakyat akan menerima, namun sekiranya gagal maka padah buruk menanti pada PRU-15 kelak.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>20. Mesyuarat dan buat keputusan demi agama, bangsa dan tanahair<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika niatnya benar kerana agama, bangsa dan tanahair tercinta, In sha Allah akan mendapat &#8216;nusrah&#8217; atau bantuan Allah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat akan bersatu hati kerana sudah tahu &#8220;mana intan mana kaca&#8221;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika sebaliknya, matlamat peribadi yang terpahat dalam hati diutamakan, padahnya akan terserlah tidak lama lagi, tidak perlu menunggu lama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"> Bermesyuaratlah, selawat dan Amir atau Ketua buat keputusan dengan meletakkan kepentingan agama di hadapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jemaahnya, iaitu ahli dan pemimpin serta rakyat di bawahnya pula taat apa yang Amir atau Ketua akan putuskan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apapun, sebarang keputusan wajib disertai dan dipersetujui bersama oleh\u00a0 kedua-dua parti utama dalam Muafakat Nasional iaitu UMNO dan PAS.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>Mesyuarat, selawat, buat keputusan, dan semua wajib taat.<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Di sebalik segala perancangan makhluk, Allah Taala adalah sebaik-baik perancang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Wallahualam.\u00a0<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1. Kronologi kerjasama Tun Mahathir selepas keluar UMNO 2016 &#8211; Bekerjasama dengan DAP dan PKR bagi menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU-14\u00a0 2018 &#8211; Bekerjasama bersama DAP dan PKR mewujudkan kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi\u00a0 PRU-14 2020 &#8211; Berkemungkinan bekerjasama dengan UMNO dan PAS bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan 2. Antara tujuan kerjasama yang popular Masyarakat terbahagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[214,61],"tags":[1353,242,823],"class_list":["post-13023","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-khas","category-rencana","tag-kerajaan-perpaduan","tag-tun-mahathir","tag-umno-pas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13023","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13023"}],"version-history":[{"count":29,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13023\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13079,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13023\/revisions\/13079"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13023"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13023"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13023"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}