{"id":13028,"date":"2020-02-05T01:33:52","date_gmt":"2020-02-05T01:33:52","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13028"},"modified":"2020-02-05T01:33:52","modified_gmt":"2020-02-05T01:33:52","slug":"kehidupan-berorganisasi-politik-ab-jalil-backer","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13028","title":{"rendered":"KEHIDUPAN BERORGANISASI POLITIK &#8211; AB JALIL BACKER"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">1. Kita menyertai organisasi politik kerana percaya jalur perjuangan dan mahu menjayakan agenda perjuangan kita. Apabila kita menyertai UMNO kita telah meletakkan kepentingan agama Islam, Melayu dan Bumiputera sebagai keutamaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Dalam organisasi politik kita mempunyai struktur kepimpinan kerana menguruskan parti politik bukan seperti bersembang di kedai kopi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. Kita ada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Majlis Tertinggi dan kepimpinan bahagian serta cawangan yang semua melalui proses demokrasi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Apa tujuan semua jawatan ini? Mereka dilantik untuk mengurus dan menentukan hala tuju parti sesuai dengan matlamat dan kehendak penubuhan dan kedudukan mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5 Adalah tidak masuk akal untuk Presiden kena meminta kebenaran ahli setiap kali mahu mengadakan perjumpaan dengan sesiapa atau merundingkan apa-apa perkara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6. Presiden mempunyai hak untuk melaksanakan tugasnya dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh Perlembagaan parti. Ini bukan hak DS Ahmad Zahid Hamidi sahaja tetapi hak yang sama telah dipraktikkan sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussien Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah, dan Datuk Seri Mohd Najib Razak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Misalnya apabila DS Najib Razak mencari dana untuk UMNO adakah beliau meminta kebenaran semua ahli akar umbi untuk mendapatkan dana tersebut dari pihak tertentu? Tidak! Ini kerana ia kuasa dan prerogatif Presiden UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">8. Apakah Presiden UMNO meminta pandangan akar umbi secara terbuka apabila UMNO membuat keputusan mencalonkan Lokman Nor Adam sebagai calon PRK Sungai Kandis dua tahun lalu? Jawapannya juga tidak kerana ia hak prerogatif Presiden setelah berbincang dan dipersetujui oleh MT.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">9. Jadi sebelum membelasah dan menghina Presiden fahami dulu kaedah berorganisasi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">10. Ahli biasa boleh menegur dan mengkritik Presiden dan mana-mana kepimpinan UMNO pada bila-bila masa selagi ia tidak merosakkan parti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">11. Namun bagi mereka dalam kepimpinan UMNO terutamanya Ahli Majlis Tertinggi, hak tersebut ada batas dan etika yang perlu dipatuhi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">12. Pertama, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO perlu mengutarakan kritikan, bantahan dan ketidakpuasan hati dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Ini kerana MT UMNO adalah pihak tertinggi dalam pengurusan UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">13. Apabila segala bantahan dan kritikan telah diutarakan sebelum perbincangan dalam MT, maka ia menyebabkan perpecahan dalam parti; dan menjurus kepada keadaan seorang ahli MT cuba memaksa pandangannya ke atas semua ahli MT lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">14. Sepatutnya tunggu mesyuarat MT dengar pandangan semua orang. Jika ahli MT terbabit tidak berpuas hati dengan keputusan MT maka bolehlah beliau meminta MT memanggil mesyuarat Agung Khas membincangkan perkara yang menjadi perbalahan antara beliau dengan ahli MT lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">15. Jika masih tidak berpuas hati ahli MT terbabit perlulah meletak jawatan dan bercakap di luar sebagai ahli parti biasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">16. Dalam proses demokrasi kita kena memahami batas dan etika dalam berorganisasi. Kita mungkin punya pandangan betul, mungkin separuh betul atau mungkin salah sama sekali. Namun batas-batas organisasi harus dihormati dan dipelihara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">17. Kritikan terbuka sekali-sekala secara bersopan mungkin boleh diberi kelonggaran dan dipandang sebelah mata.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">18. Namun mengherdik dan mencerca Presiden persis <em>cybertroopers<\/em> atau penjual ubat kuat tepi jalan adalah sesuatu yang biadap.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">19. Ahli MT yang menimbulkan keributan di luar ketika mempunyai peluang bercakap secara berdepan dalam mesyuarat MT pasti mempunyai niat yang lain dari membantu parti.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1. Kita menyertai organisasi politik kerana percaya jalur perjuangan dan mahu menjayakan agenda perjuangan kita. Apabila kita menyertai UMNO kita telah meletakkan kepentingan agama Islam, Melayu dan Bumiputera sebagai keutamaan. 2. Dalam organisasi politik kita mempunyai struktur kepimpinan kerana menguruskan parti politik bukan seperti bersembang di kedai kopi. 3. Kita ada Presiden, Timbalan Presiden, Naib [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13030,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[472,1353,297,159,199],"class_list":["post-13028","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-ab-jalil-backer","tag-kerajaan-perpaduan","tag-lokman-noor-adam","tag-umno","tag-zahid"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13028","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13028"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13028\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13029,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13028\/revisions\/13029"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13030"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13028"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13028"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13028"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}