{"id":13034,"date":"2020-02-05T02:08:40","date_gmt":"2020-02-05T02:08:40","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13034"},"modified":"2020-02-05T02:08:40","modified_gmt":"2020-02-05T02:08:40","slug":"kita-dipelawa-dan-mempertimbangkan-bukan-menawarkan-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13034","title":{"rendered":"KITA DIPELAWA DAN MEMPERTIMBANGKAN, BUKAN MENAWARKAN DIRI"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Barang kali ramai yang keluh-kesah mengenai ura-ura Barisan Nasional\/UMNO dan PAS akan menyertai blok kerajaan. Polemik dan konflik mula merebak ke bawah akibat tindakan terburu-buru seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyerang Presiden UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tuduhan-tuduhan yang dibuat seperti Presiden bekerjasama dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyelamatkan diri dari kes mahkamah sangat biadap dan tidak berhati perut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pertamanya, Presiden tiada kuasa mutlak untuk memutuskan apa-apa kerjasama politik. Ia harus keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keduanya, UMNO tidak pernah menawarkan diri untuk menyertai kerajaan.<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang berlaku sekarang ialah ada cadangan dari pihak lain untuk UMNO\/BN dan PAS menyertai satu bentuk kerajaan baharu bersama parti-parti lain kecuali DAP dan PKR.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengapa cadangan Kerajaan Baharu ini timbul?<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya fikir cadangan ini timbul kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir enggan menyerah kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didokong kuat oleh DAP.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Khabarnya Tun Mahathir juga sudah muak dengan permainan DAP dan Hindraf yang cuba mengurangkan keberadaan karakter Islam dan Melayu dalam kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagi pihak UMNO dan Pas kita merasakan kerajaan PH sudah terlalu jauh dari kepentingan Islam dan Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keputusan-keputusan kerajaan yang dibuat membabitkan kepentingan Islam kelihatan dipengaruhi unsur liberal dan luar pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seolah-olah ada kumpulan ketiga yang sedang meruntuhkan batas-batas Islam yang terjaga sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan juga telah mengurangkan bantuan-bantuan kebajikan rakyat miskin dengan banyaknya yang menjejaskan kualiti hidup nelayan, petani dan pekebun kecil.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru apabila ada tawaran atau perundingan bagi membentuk kerajaan yang dapat menjaga kebajikan dan kepentingan Islam, Melayu dan rakyat bawahan, UMNO perlu mempertimbangkan dengan teliti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita tidak mahu dituduh menolak peluang memulihkan negara ini dan membantu rakyat di bawah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika ego dan kepentingan diri yang menjadi pertaruhan lebih baik kita menunggu pilihan raya. Dalam pilihan raya umum lebih banyak tempat untuk wakil UMNO dan lebih banyak ruang menjadi wakil rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun pertimbangan ini harus yang terakhir bukan yang pertama. Yang pertama ialah perjuangan memulihkan negara ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">UMNO khianat Muafakat Nasional?<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa-apa keputusan menyertai kerajaan atau tidak, akan turut dibuat bersama PAS.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PAS sendiri telah beberapa kali berjumpa dengan Tun Mahathir, dan mereka tidak pernah melahirkan apa-apa bantahan mengenai kemungkinan sebarang perbincangan pihak UMNO dengan Mahathir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru tuduhan UMNO telah khianat PAS adalah tidak benar sama sekali. Malah UMNO dan PAS sentiasa berkomunikasi untuk memastikan kepentingan ummah terjaga dalam keadaan negara dikuasai oleh puak liberalis, DAP dan Hindraf.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa jaminan Tun Mahathir tidak mempermainkan kita?<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tiada jaminan! Tun Mahathir dan mana-mana parti politik adalah manusia yang sentiasa berubah mengikut keperluan dan kepentingan tertentu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun jika kita buat keputusan menerima pelawaan ini, kita juga ada kuasa meninggalkan kerajaan ini jika tidak mampu membuat perubahan atau bila Tun Mahathir mungkir janji.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Misalnya, apabila kita menyertai kerajaan ini dan mendapati janji perubahan yang hendak dibuat dihalang oleh Perdana Menteri atau mana-mana kelompok, maka UMNO boleh sahaja meninggalkan kerjasama ini dan bergerak secara sendiri kembali.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebahagian ahli UMNO mungkin agak emosional memikirkan apa yang telah Tun kata dan lakukan kepada kita.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun saya percaya majoriti orang Melayu\/Islam mahu melihat kerajaan ini kembali dikuasai oleh kumpulan yang boleh dipercayai mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Majoriti orang Melayu melihat kepentingan agama dan bangsa lebih penting dari pertelingkahan antara proksi dan puak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan UMNO tidak mahu dituduh pengkhianat agenda Islam dan Melayu kerana sebuah ego.<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">UMNO tidak terkejar jawatan, namun UMNO juga tidak mahu dipersalahkan jika kedudukan agama dan bangsa terjejas ketika ada peluang membuat perubahan segera.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa pun biarlah MT UMNO berbincang dan mendengar dengan teliti pelawaan yang dikemukakan. In sha Allah kita akan turun ke bawah menjelaskan apa sahaja keputusan yang dbuat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Serangan-serangan terbuka berbentuk kecaman, tuduhan dan fitnah ke atas kepimpinan parti oleh ahli MT adalah bertujuan merosakkan parti ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengapa perlu diserang kepimpinan parti jika ada peluang bercakap dalam mesyuarat dan sama-sama berada dalam saf kepimpinan yang bakal membuat keputusan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ahli MT harus memikirkan kepentingan perjuangan parti melebihi kepentingan mana-mana pemimpin atau puak demi keuntungan peribadi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato Razlan Rafii<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ahli MKT UMNO<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5 Februari 2020<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barang kali ramai yang keluh-kesah mengenai ura-ura Barisan Nasional\/UMNO dan PAS akan menyertai blok kerajaan. Polemik dan konflik mula merebak ke bawah akibat tindakan terburu-buru seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyerang Presiden UMNO. Tuduhan-tuduhan yang dibuat seperti Presiden bekerjasama dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyelamatkan diri dari kes mahkamah sangat biadap dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13035,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[45,212],"tags":[1353,297,272,159],"class_list":["post-13034","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","category-utama","tag-kerajaan-perpaduan","tag-lokman-noor-adam","tag-razlan-rafii","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13034","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13034"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13034\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13036,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13034\/revisions\/13036"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13035"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13034"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13034"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13034"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}