{"id":13145,"date":"2020-02-13T02:41:55","date_gmt":"2020-02-13T02:41:55","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13145"},"modified":"2020-02-13T02:43:32","modified_gmt":"2020-02-13T02:43:32","slug":"cia-bnd-intip-ratusan-negara-melalui-crypto-ag","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13145","title":{"rendered":"CIA, BND INTIP RATUSAN NEGARA MELALUI CRYPTO AG"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan Perkhidmatan Perisikan Jerman (BND) secara rahsia memiliki sebuah syarikat Switzerland yang digunakan banyak kerajaan untuk menghantar kod komunikasi sulit sejak sekian lama, lapor agensi berita Anadolu, memetik laporan disiarkan pada Selasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Crypto AG digunakan oleh sekutu dan musuh Amerika termasuk lebih dari 120 negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara pelanggan syarikat itu adalah Iran, India, Pakistan dan Vatican. Tiada sebuah negara pun yang menyedari Crypto dikongsi bersama CIA-BND, menurut sejarah CIA dan naratif koresponden daripada agensi perisikan Jerman yang diperoleh akhbar Washington Post dan penyiar awam Jerman ZDF.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedua-dua agensi perisikan itu secara sulit meletakkan peranti pada peralatan perkhidmatan menukar maklumat atau data kepada kod yang dijual Crypto bagi membolehkan mereka dengan mudah menggodam komunikasi sulit berkenaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u201cIa adalah kejayaan terbesar perisikan abad ini,\u201d menurut rumusan laporan CIA berkenaan yang diperoleh agensi media itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u201cKerajaan asing membayar sejumlah besar wang kepada Amerika dan Jerman Barat dengan keistimewaan membolehkan komunikasi sulit mereka dibaca oleh sekurang-kurangnya dua (dan mungkin hingga lima atau enam) negara lain.\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">CIA dan Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika (NSA), yang ketika itu kebanyakannya ditugaskan untuk memecah kod, memiliki Crypto secara perkongsian dengan BND sejak 1970, dengan firma perisikan Amerika \u2018menguasai hampir setiap aspek operasi Crypto\u2019, menurut akhbar Washington Post.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">BND keluar daripada operasi berkenaan pada awal 1990-an kerana bimbang plot itu terbongkar tetapi CIA kemudian membeli saham Jerman terbabit dan mengekalkan kawalan ke atas Crypto hingga 2018, sebelum saham mereka dijual, kata pegawai dan bekas pegawai syarikat itu kepada akhbar terbabit.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada ketika itu, lapor Post, kepentingan alat pengekodan itu semakin berkurangan dan pengekodan secara elektronik sudah menjadi kebiasaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Meskipun mereka berkongsi memiliki Crypto, perkhidmatan perisikan itu masing-masing memuji kejayaan amat besar operasi berkenaan dengan perniagaan meraih keuntungan berjuta dolar untuk dikongsi bersama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimanapun, lumrah perkongsian pasti wujud pergeseran. CIA dan BND sering bertelagah dalam pelbagai isu termasuk membabitkan aspek kewangan dan kawalan selain isu yang kurang penting iaitu etika.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara negara sekutu yang diintip Amerika adalah negara anggota NATO seperti Turki, Greece, Sepanyol dan Itali, lapor Post.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dua syarikat baharu, CyOne Security dan Crypto International, membeli aset Crypto selepas syarikat berkenaan dicairkan pada 2018.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini, kedua-dua syarikat menafikan sebarang kaitan dengan mana-mana perkhidmatan perisikan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimanapun, CyOne dikatakan mempunyai \u2018kaitan ketara\u2019 dengan syarikat lama, termasuk menerusi ketua pegawai eksekutifnya yang memegang jawatan berkenaan selama lebih dua dekad sejak Crypto masih dimiliki CIA.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada Selasa, Kerajaan Switzerland mengumumkan ia akan melancarkan siasatan terhadap kaitan Crypto AG dengan CIA dan BND. Awal bulan ini, ia menggantung lesen eksport Crypto International.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan persoalan kerana dokumen yang mereka lihat membayangkan, pegawai kerajaan Switzerland sudah pun mengetahui perkara itu sejak berdekad lalu dan \u2018hanya campur tangan selepas mengetahui pertubuhan berita mahu mendedahkan perkara itu\u2019.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2013 Dipetik dari BERNAMA<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan Perkhidmatan Perisikan Jerman (BND) secara rahsia memiliki sebuah syarikat Switzerland yang digunakan banyak kerajaan untuk menghantar kod komunikasi sulit sejak sekian lama, lapor agensi berita Anadolu, memetik laporan disiarkan pada Selasa. Crypto AG digunakan oleh sekutu dan musuh Amerika termasuk lebih dari 120 negara. Antara pelanggan syarikat itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13148,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[211,212],"tags":[321,1377,179,1376],"class_list":["post-13145","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-laporan","category-utama","tag-bernama","tag-bnd","tag-cia","tag-crypto-ag"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13145","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13145"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13145\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13149,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13145\/revisions\/13149"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13148"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13145"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}