{"id":13207,"date":"2020-02-18T07:12:44","date_gmt":"2020-02-18T07:12:44","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13207"},"modified":"2020-02-18T07:12:44","modified_gmt":"2020-02-18T07:12:44","slug":"nasib-tabung-haji-bawah-kerajaan-ph","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13207","title":{"rendered":"NASIB TABUNG HAJI BAWAH KERAJAAN PH"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Oleh Ab Jalil Backer<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam satu ciapan Twitter semalam saya menyarankan supaya ditutup sahaja Tabung Haji jika ia sangat menyusahkan kerajaan PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sejak mengambil alih pentadbiran, Mujahid selaku menteri bertanggungjawab kepada TH telah membuat tiga kesilapan besar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pertama, memindahkan aset TH sebanyak RM19.9 bilion kepada syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) milik Kementerian Kewangan (buat masa sekarang).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai balasan TH hanya diberi penerbitan sukuk tujuh tahun bernilai RM10 bilion dan Saham Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) berjumlah RM9.9 bilion.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">TH hanya akan menerima bayaran setelah tempoh matang bon. Malangnya tiada kepastian TH akan mendapat bayaran seperti yang dijanjikan. Ini kerana kedua-dua bon tersebut tidak dijamin kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">TH bukan sahaja tidak lagi mendapat apa-apa keuntungan semasa yang dijana dari aset-aset yang dipindah milik itu, malah kemungkinan tidak dapat jumlah RM19.9 bilion yang dicatat dalam akaun mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Andainya UJSB rugi atau menjual aset tersebut lebih rendah dari harga yang dibeli, maka TH akan mengalami kerugian pada masa depan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedua, Mujahid telah beberapa kali menyatakan orang yang menyimpan di Tabung Haji jangan mengharap Hibah kerana ia bukan fungsi TH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka kandungan tujuan penubuhan TH pun diubah dan disunting untuk sebaran media. Mereka mendawa tujuan asal TH mengikut Kertas Kerja Prosefor Ungku Aziz yang berjudul Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-Bakal Haji sebagai \u201cuntuk menyediakan suatu tabungan terpelihara daripada unsur riba bagi umat Islam menunaikan fardu haji.\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini merupakan manipulasi sejarah yang sangat memalukan kerana kertas kerja penubuhan tersebut bukan sekadar membincangkan unsur bebas riba dalam tabungan, tetapi juga bagaimana untuk menjana keuntungan dari simpanan pendeposit agar dapat membantu mereka mengerjakan haji.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Memang hibah dari pelaburan TH bukan satu kewajipan namun antara tujuan penubuhan TH ialah membantu orang Islam menunaikan haji melalui keuntungan simpanan mereka<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengapa dengki sangat dengan sistem TH yang telah berjaya membantu jutaan orang Islam negara ini mengerjakan haji?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketiga, Mujahid juga beberapa kali mengeluarkan kenyataan haji hanya untuk mereka yang mampu. Jadi jangan berharap kepada subsidi. Konsep ISTITO\u2019AH (kemampuan menunaikan haji) diulang-ulang Mujahid untuk menghalalkan usaha TH menghapuskan subsidi untuk jemaah haji.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Usaha menghapuskan subsidi haji tahun ini terencat dan \u2018dibatalkan\u2019 sebelum sempat diumumkan. Namun pada tahun hadapan sudah ada perancangan (dilaporkan oleh The Edge minggu lalu) untuk mengehadkan subsidi haji kepada jemaah haji B40 sahaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bukankah kenyataan Mujahid ini sangat berbelit? Beliau mengutarakan konsep haji kepada yang mempu sahaja, namun akan memberi pula subsidi kepada golongan B40?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">TH telah berjalan dengan sangat baik. Mereka yang telah mengerjakan haji pun masih menyimpan dalam TH kerana tahu sebahagian keuntungan simpanan mereka akan digunakan oleh TH bagi membantu jemaah haji lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Inipun sudah ada cadangan dari seorang pemimpin PH untuk mengehadkan simpanan TH kepada sekitar jumlah mencukupi menunaikan haji sahaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kenapa dengki sangat dengan kejayaan TH selama ini sehingga hendak diubah-ubah ke arah melemahkannya?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jelas dalam sebuah kerajaan dominasi DAP dan aliran pemikiran Islam yang \u2018<em>rare<\/em>\u2019 ini TH sudah tidak boleh memainkan peranan sebagai agensi untuk membantu lebih ramai orang Islam mengerjakan haji.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka peranan-peranan lain TH seperti dana pelaburan umat Islam juga akan berkubur tidak lama lagi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Moga ada sinar di hujung terowong buat umat Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka dalam pemikiran saya apa sahaja jalan perlembagaan yang boleh menjatuhkan kerajaan ini harus kita sokong!<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Ab Jalil Backer Dalam satu ciapan Twitter semalam saya menyarankan supaya ditutup sahaja Tabung Haji jika ia sangat menyusahkan kerajaan PH. Sejak mengambil alih pentadbiran, Mujahid selaku menteri bertanggungjawab kepada TH telah membuat tiga kesilapan besar. Pertama, memindahkan aset TH sebanyak RM19.9 bilion kepada syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) milik Kementerian Kewangan (buat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[119,212],"tags":[472,281,241,760],"class_list":["post-13207","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa","category-utama","tag-ab-jalil-backer","tag-mujahid","tag-pakatan-harapan","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13207","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13207"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13207\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13212,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13207\/revisions\/13212"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13207"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13207"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13207"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}