{"id":13254,"date":"2020-02-19T07:53:43","date_gmt":"2020-02-19T07:53:43","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13254"},"modified":"2020-02-19T09:25:20","modified_gmt":"2020-02-19T09:25:20","slug":"selepas-negara-berjaya-dibumi-hanguskan-apa-seterusnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13254","title":{"rendered":"SELEPAS NEGARA BERJAYA &#8216;DIBUMI-HANGUSKAN&#8217;, APA SETERUSNYA?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>1. Belajar dari punca kegagalan Reformasi 1998 di Indonesia<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditanya oleh seorang pelajar Indonesia dalam satu forum yang diadakan khusus beberapa hari selepas beliau dibebaskan daripada penjara pada 2 September 2004, mengenai persoalan mengapakah Reformasi 1998 Indonesia yang berjaya menumbangkan Suharto, tetapi tetap diistilahkan sebagai gagal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pogram tersebut dihadiri oleh ramai pelajar-pelajar dan reformis muda ketika itu, yang diadakan di suatu tempat di hadapan Amcarp Mall, bersebelahan dengan Restoran A&amp;W yang cukup terkenal pada suatu ketika dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Anwar memberi pandangan, kegagalan reformasi di Indonesia berlaku kerana tidak mempunyai pelan khusus apa yang hendak dilakukan oleh pemerintah Indonesia selepas kerajaan Suharto berjaya ditumbangkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>2. Indonesia tidak jangka, tidak bersedia<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pendek kata, Indonesia tidak bersedia dan tidak mempunyai sebarang perancangan rapi yang saksama apabila tumbangnya kerajaan Suharto yang sudah lama memerintah, bagi menghadapi masalah-masalah seterusnya yang dihadapi oleh sesebuah kerajaan baru.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dunia kemudiannya menyaksikan Indonesia kembali kepada cara lama pemerintahan yang dipenuhi dengan &#8216;KKN&#8217; iaitu &#8220;Korupsi, Koluni dan Nepotisme&#8221; dan kerana gagal mencerna formula kesinambungan selepas kejatuhan Suharto, maka kerana itulah Reformasi 1998 Indonesia diistilahkan sebagai &#8216;gagal&#8217;, walaupun hasrat menumbangkan Suharto tercapai.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. Sama seperti keadaan yang berlaku di Malaysia<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan yang mengambil alih mengaku tidak bersedia dan tidak sangka mereka akan menang. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang berbeza, Malaysia ketika itu berada pada landasannya, di mana hutang negara terkawal, rizab negara tertinggi\u00a0 serta syarikat-syarikat GLC pula berada dalam keadaan terbaik.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam masa yang sama, hubungan diplomatik yang sangat baik dengan negara luar yang membuatkan pelaburan sangat rancak dan negara menjana perolehan yang tinggi sebelum PRU-14.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Natijah dibayar dengan harga yang mahal<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh kerana itu, negara ketika ini menghadapi natijahnya apabila kekurangan menteri dan pemimpin yang berkebolehan, malah ramai dalam kalangan mereka yang tidak layak dan amat lemah menerajui pelbagai kementerian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ditambah dengan kelemahan\u00a0 mereka menerajui negara tanpa perancangan rapi dan pelan kesinambungan yang berkesan, malah dilihat terlalu angkuh untuk meneruskan dasar-dasar lama yang baik dan menguntungkan negara.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka Pakatan Harapan juga bakal menemui kegagalan kerana menjana ekonomi negara hanya melalui penjualan entiti perniagaan dan aset-aset strategik dengan pengamalan &#8220;dasar bumi hangus&#8221; mereka, yang pasti akan mencapai batasannya tidak lama lagi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>4. Dasar Bumi Hangus<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Terminalogi bagi strategi ketenteraan yang dinamakan sebagai \u201cDasar Bumi Hangus\u201d ini dipopularkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong suatu ketika dahulu bagi menggambarkan permulaan kerjasama antara PAS dan UMNO. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sedangkan dasar ini adalah amalan parti DAP sejak sekian lama yang bukan sahaja berfungsi sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, namun masih berlanjutan sehingga sekarang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. Dasar &#8220;membumi-hanguskan&#8221; negara<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Strategi ini diamalkan untuk suatu jangka masa yang tidak mempunyai had, sekurang-kurangnya berkuatkuasa dalam tempoh pemerintahan sepenggal, yang tidak akan berhenti selagi mereka masih memerintah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Melainkan segala sumber atau aset strategik yang ada telah berjaya di&#8217;hangus&#8217;kan, yakni berjaya dijarah dan diagih-agihkan keluar kepada pihak-pihak tertentu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam masa dua tahun pemerintahan sahaja, negara menyaksikan betapa banyaknya aset-aset strategik dan utama negara &#8216;dipindahmilik&#8217;, dijual ataupun diagih-agih kepada kelompok tertentu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebahagian projek ataupun perniagaan yang masih berjalan, akan diberhentikan sementara dan kemudiannya diberikan kepada entiti lain yang rapat dengan kerajaan semasa.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6. Alasan klise digunakan<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Alasan yang biasa digunakan untuk menjustifikasi atau menghalalkan dasar bumi hangus ini adalah seperti;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">-Pemilikan yang tidak menguntungkan<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">-Penjualan menjana untung sedikit tetapi jika disimpan akan rugi besar<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">-Tidak melibatkan aset strategik<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">-Hanya &#8216;dipindahmilik&#8217; sahaja tetapi bukan dijual<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">-Bagi menjana pendapatan seterusnya<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Serta pelbagai alasan yang hanya bermatlamat &#8220;niat menghalalkan cara&#8221;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Apabila tahu mengenai kekayaan negara<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Setelah mengambilalih kerajaan dan &#8216;terbuka mata&#8217; mengenai hakikat kekayaan negara yang sebenar, disokong pula dengan kekuatan rizab negara yang paling tinggi dibandingjan dengan tahun-tahun sebelumnya, serta jumlah hutang yang paling rendah dan terkawal, maka satu persatu harta dan aset negara berpotensi, mula dijarah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ibaratnya tuding jari sahaja ke atas mana-mana aset yang disukai, maka akan diusahakan bagaimana sekalipun agar akan ada pihak yang memperoleh hasilnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">8. Perniagaan dan aset merugikan tetapi sangat mudah dijual<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika benar perniagaan dan aset-aset\u00a0 yang ingin dijual tersebut merugikan,\u00a0 kenapa dengan sebegitu mudah ia dijual atau dipindahmilik? <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Serta kenapa sebarang cadangan terhadap kerajaan agar dilakukan Suruhanjaya Diraja (RCI), tidak disambut baik oleh mereka?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak mungkin ada pihak atau syarikat yang sangat baik hati untuk membeli aset dan perniagaan yang merugikan jika tiada keuntungan yang menanti hasil dari pelaburan mereka membelinya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ditambah malang apabila ia turut dijual kepada negara asing seperti Jepun dan Singapura.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>9. Konsep &#8216;<em>offset<\/em>&#8216; atau timbal balas Pakatan Harapan\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain projek, perniagaan ataupun aset, perkhidmatan juga galak disalurkan keuntungannya keluar negara dan &#8216;keuntungan&#8217; tersebut bukan sahaja berbentuk wang tunai tetapi data peribadi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai contoh, pengendali projek mySalam iaitu Great Eastern Singapura mendapat berjuta maklumat peribadi rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan B40 melalui pelindungan insurans yang ditawarkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang menghairankan, syarikat insurans Great Eastern yang dilantik ini tidak mematuhi syarat-syarat had pemilikan asing Bank Negara Malaysia (BNM).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pasti syarikat Singapura ini tersenyum lebar apabila bukan sahaja data peribadi rakyat Malaysia secara percuma yang mereka dapat, malah jumlah pembayaran insurans yang dituntut bagi 2019 juga teramat rendah iaitu sekitar RM13.7 juta atau 3.4 peratus daripada jumlah RM400 juta yang diperuntukkan oleh mySalam. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hanya sejumlah kecil yang berjaya dimanfaatkan oleh pesakit B40 pada tahun 2019 kerana syarat tuntutannya yang ganjil dan menyukarkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rujuk berita &#8220;<em><strong>mySalam Gagal Beri Perlindungan Insurans Kepada Golongan B40<\/strong><\/em>&#8221; di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/13229\/\">https:\/\/editormalaysia.com\/13229\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Syarikat Singapura mendapat sebegitu banyak keuntungan, namun apa keuntungan &#8216;<em>win-win<\/em>&#8216; yang diperolehi oleh Malaysia dari perjanjian ini?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>10. Selepas berjaya &#8216;menghanguskan&#8217; negara, apa langkah seterusnya?<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akhirnya apa yang boleh dan hendak dijual pasti akan menemui hadnya, pasti akan habis dijarah suatu ketika nanti.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika ia berlaku dalam masa lagi setahun Pakatan Harapan memerintah, bermakna Malaysia bakal menjadi sebuah negara &#8216;<em>failed state<\/em>&#8216; sebelum PRU-15.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketika itu yang memperolehi laba dan keuntungan dari &#8220;Dasar Membumi-hanguskan Negara&#8221; ini pasti akan bersedia dengan penuh bergaya kerana mempunyai sumber yang jauh lebih daripada cukup.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun ketika itu sudah tiada gunanya kerana kantung hutang negara sudah mencapai paras tertinggi, sudah mengatasi jumlah hutang sebenar iaitu 1 trilion ringgit dan bukan lagi sekadar menipu dengan menyeleweng fakta kewangan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">11. Ketika itu hutang 1 trilion ringgit sudah menjadi realiti<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bukan lagi bermain dengan angka-angka apabila Menteri Kewangan mencampurkan hutang langsung, jaminan kerajaan, pembayaran pajakan dan pembayaran projek PPP, tidak seperti pengiraan hutang negara-negara lain di seluruh dunia yang hanya menggunakan\u00a0 hutang langsung sebagai hutang negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Juga bukan lagi menipu wang GST 19 bilion ringgit yang dikatakan dirompak oleh kerajaan Barisan Nasional.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun ketika itu, negara benar-benar mempunyai hutang sebegitu tinggi, yang ditambah buruk apabila negara tidak lagi mempunyai aset-aset strategik untuk menjana pendapatan tambahan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">12. Rizab negara semakin berkurangan\u00a0<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketika itu rizab negara juga menurun drastik kerana habis diguna dan disalurkan tanpa ada formula untuk menambah kembali rizab tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Manakala syarikat-syarikat GLC sedia ada yang selama ini menguntungkan, tidak lagi mampu membayar cukai kerana menyusutnya keuntungan dalam perolehan mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lebih parah apabila pelabur-pelabur juga sudah tiada untuk menyumbang kepada pendapatan tambahan negara. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Komoditi serta dagangan industri utama negara tidak lagi mampu menarik minat negara luar yang telah beralih ke negara jiran, sekaligus semakin menggelapkan masa depan negara.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">13. Apa lagi pilihan yang berbaki ketika itu?\u00a0<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru, ketika itu rakyat perlu bertanya kepada kerajaan Pakatan Harapan, apa lagi yang boleh mereka lakukan ketika Malaysia sudahpun &#8216;rentung&#8217; terbakar oleh Dasar Bumi Hangus ini?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Apa lagi pilihan yang ada ketika itu, sama ada berlakunya kerajaan perpaduan, atau menanti sekiranya Perdana Menteri sempat membubarkan Parlimen?\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang pasti rakyat sedang menanti dengan penuh debaran untuk melihat bagaimanakah pengakhiran episod gelap bagi negara ini yang sudah &#8216;terbakar hangus&#8217; , yang akan menemui penghujungnya tidak lama lagi.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1. Belajar dari punca kegagalan Reformasi 1998 di Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditanya oleh seorang pelajar Indonesia dalam satu forum yang diadakan khusus beberapa hari selepas beliau dibebaskan daripada penjara pada 2 September 2004, mengenai persoalan mengapakah Reformasi 1998 Indonesia yang berjaya menumbangkan Suharto, tetapi tetap diistilahkan sebagai gagal. Pogram tersebut dihadiri oleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":13263,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[1353,241,1113,1180],"class_list":["post-13254","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-kerajaan-perpaduan","tag-pakatan-harapan","tag-penyatuan-ummah","tag-piagam-muafakat-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13254","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13254"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13254\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13264,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13254\/revisions\/13264"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13263"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13254"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13254"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13254"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}