{"id":13447,"date":"2020-02-23T23:35:29","date_gmt":"2020-02-23T23:35:29","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13447"},"modified":"2020-02-23T23:35:29","modified_gmt":"2020-02-23T23:35:29","slug":"tindakan-balas-anwar-dan-langkah-terbaik-untuk-mengalahkan-anwar-dan-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13447","title":{"rendered":"TINDAKAN BALAS ANWAR DAN LANGKAH TERBAIK UNTUK MENGALAHKAN ANWAR DAN DAP"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Oleh Isham Jalil<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Anwar dan DAP sememangnya perlu dikeluarkan daripada kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun setiap langkah politik akan ada tidak balasnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Mat Sabu serta parti politik mereka DAP, PKR dan PAN telah berpuluh tahun menjadi pembangkang sebelum PRU-14 dan lantang mengkritik kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun apabila diberi kuasa sebagai kerajaan selepas PRU-14 mereka terbukti tidak mampu untuk mentadbir negara dengan baik malah menjadikan keadaan semakin buruk.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ekonomi negara merudum teruk dan beratus ribu orang telah hilang kerja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Aset negara semakin hari semakin habis dijual malah hutang negara semakin bertambah berbillion ringgit.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu adalah menjadi imperatif moral untuk kita menukar kerajaan walaupun di separuh penggal sebelum keadaan menjadi semakin kritikal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pilihan yang ada untuk menukar kerajaan adalah sama ada dengan membentuk kerajaan pintu belakang atau membubarkan Parlimen untuk pilihan raya umum yang baru.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Fokus kerajaan hari ini sepatutnya adalah memulihkan ekonomi, mengembalikan peluang pekerjaan kepada rakyat, menarik kembali keyakinan pelabur, mengekang kenaikan kos sara hidup, serta mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi dan agensi kerajaan terutama SPRM dan Peguam Negara serta &#8216;<em>the Rule of Law.&#8217;\u00a0<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun ini tidak dapat dilakukan sekiranya keadaan politik negara tidak stabil seperti berikut:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PERTAMA, apabila kerajaan yang dibentuk berubah-ubah dengan ahli-ahli politik dan wakil-wakil rakyat tidak fokus kepada hal pentadbiran kerajaan dan dasar untuk rakyat sebaliknya sentiasa berunding dan melompat parti mengikut angin dan kepentingan semasa serta membentuk kerajaan pintu belakang tanpa mendapat mandat rakyat melalui pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lambat laun tentunya rakyat akan hilang kepercayaan kepada wakil-wakil rakyat seperti ini dan mereka akan ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu banyak kerajaan pintu belakang tidak bertahan lama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun sementara menanti pilihan raya, dengan kerajaan yang dibentuk melalui pintu belakang, keadaan politik negara akan menjadi &#8216;berkucar lana&#8217;.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">KEDUA, apabila ada pihak-pihak yang rasa dikhianati dengan perubahan kerajaan melalui pintu belakang tanpa pilihan raya tersebut membuat huru-hara di jalanan dan menghasut rakyat untuk mencetuskan revolusi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Anwar tentunya akan memilih jalan ini seperti yang dilakukannya dua puluh tahun dahulu semasa Reformasi 1998.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Anwar dan DAP tahu mereka akan ditendang keluar daripada kerajaan oleh Mahathir dan Azmin yang akan membentuk kerajaan pintu belakang yang baru oleh itu mereka (Anwar dan DAP) kini memerlukan sebab yang kukuh untuk memujuk rakyat untuk memberontak bersama mereka apabila mereka ditendang keluar dari kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pembentukan kerajaan pintu belakang yang baru tanpa pilihan raya dan tanpa mandat rakyat akan memberikan mereka sebab yang diperlukan tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebelum ini mereka (PH) berada dalam keadaan defensif kerana kelemahan pentadbiran mereka sebagai kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun selepas ini dengan pembentukan kerajaan pintu belakang, mereka tentunya akan mendapat tiupan semangat baru untuk bangkit dan kembali menghasut rakyat untuk menyokong mereka dan membenci UMNO dan Barisan Nasional.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sejak semalam pemimpin-pemimpin DAP dan PKR mula melaungkan ungkapan &#8220;pengkhianatan mandat rakyat&#8221; merujuk kepada pembentukan kerajaan pintu belakang oleh Mahathir dan Azmin bersama BN dan PAS.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila keadaan ekonomi semakin teruk kelak akibat keadaan politik yang tidak stabil dan rakyat semakin tertekan, kerajaan pintu belakang baru yang dibentuk tanpa pilihan raya ini tentunya akan dipersalahkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan pada pilihan raya umum yang akan datang rakyat tentunya akan menghukum kerajaan pintu belakang ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkara ini juga tidak boleh diambil enteng kerana ia melibatkan keselamatan negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam sejarah dunia banyak rampasan kuasa dan perubahan struktur kerajaan telah tercetus melalui revolusi jalanan akibat hasutan dan ketidakpuasan hati rakyat apabila mereka menganggap sesuatu itu tidak adil apabila hak mereka dirampas termasuk hak untuk memilih kerajaan melalui pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Contohnya, banyak negara yang sebelum ini mempunyai sistem beraja telah menjadi republik akibat rampasan kuasa dan revolusi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tentunya kerajaan mempunyai cara untuk mengekang perkara ini daripada berlaku.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun sementara itu negara akan bergolak dan pelabur akan menjauhkan diri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu mandat rakyat adalah penting untuk membentuk kerajaan yang baru, dan Parlimen perlu dibubar untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum untuk mendapatkan mandat yang baru daripada rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika rakyat sekali lagi tersalah pilihpun, sekurang-kurangnya itu adalah kuasa dan hak pilihan mereka secara demokratik dan bukan kerana wakil rakyat yang mereka pilih mengkhianati mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka dengan melompat parti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kos untuk menjalankan pilihan raya adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kos ketidakstabilan politik dan kemeruduman ekonomi yang berpanjangan serta kos kekalahan moral dengan kerajaan pintu belakang ini serta risiko kekalahan di pilihan raya umum yang akan datang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya tidak mahu lihat kita membuat kesilapan dan menyesal di kemudian hari.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semasa PRU-14, rakyat telah mengundi bendera PKR untuk Mahathir dan Azmin menang pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun selepas pilihan raya, PH tidak menunaikan janji-janji manifesto mereka dan Mahathir berkata manifesto bukannya kitab suci.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat telah ditipu oleh mereka dan rakyat menyesal mengundi mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun ramai rakyat telah menyesal mengundi PH dalam PRU-14 yang lepas, hak membentuk kerajaan melalui pilihan raya itu adalah hak rakyat dan kesilapan yang lepas tersebut adalah di tangan mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Biarlah rakyat membetulkan kesilapan mereka ini melalui pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika kita mahu membentuk kerajaan yang baru, cara yang terbaik adalah mengembalikan semula hak itu di tangan rakyat dan bukannya di tangan Ahli-ahli Parlimen sahaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika Parlimen dibubar dan kita berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 bulan depan, memang tidak ada 100 peratus gerenti yang kita akan menang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun jalan ini adalah cara terbaik untuk mengalahkan DAP dan Anwar serta menyelesaikan kemelut politik dan ekonomi negara dengan lebih berkekalan dan bermaruah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kadang kala adalah lebih baik untuk kita mengambil jalan yang sedikit panjang tetapi berani dan bermaruah daripada mengambil jalan mudah tetapi segan silu dengan keseronokan yang hanya sementara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bubar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">24 Februari 2020<\/span><\/p>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/661231711299023\/?d=n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Isham Jalil Anwar dan DAP sememangnya perlu dikeluarkan daripada kerajaan. Namun setiap langkah politik akan ada tidak balasnya. &#8230;&#8230;.. Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Mat Sabu serta parti politik mereka DAP, PKR dan PAN telah berpuluh tahun menjadi pembangkang sebelum PRU-14 dan lantang mengkritik kerajaan. Namun apabila diberi kuasa sebagai kerajaan selepas PRU-14 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13448,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[158,150,500,1353],"class_list":["post-13447","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-anwar","tag-dap","tag-isham-jalil","tag-kerajaan-perpaduan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13447","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13447"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13447\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13449,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13447\/revisions\/13449"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13448"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13447"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13447"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13447"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}