{"id":13547,"date":"2020-02-25T07:55:25","date_gmt":"2020-02-25T07:55:25","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13547"},"modified":"2020-02-25T07:55:25","modified_gmt":"2020-02-25T07:55:25","slug":"mahathir-akan-jadi-perdana-menteri-ke-8-perdana-menteri-bebas-yang-pertama-dan-terkuat-dalam-sejarah-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13547","title":{"rendered":"MAHATHIR AKAN JADI PERDANA MENTERI KE-8, PERDANA MENTERI BEBAS YANG PERTAMA DAN TERKUAT DALAM SEJARAH MALAYSIA"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Oleh Isham Jalil<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengikut Perlembagaan Persekutuan, sesiapa yang dilantik menjadi Perdana Menteri oleh SPB YDP Agong adalah Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti daripada 222 orang Ahli Parlimen Dewan Rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam Perlembagaan tidak dinyatakan bahawa pengiraan sokongan majoriti ini adalah mengikut parti atau gabungan parti politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak juga dinyatakan bahawa Ahli Parlimen yang dilantik menjadi Perdana Menteri tersebut perlu menjadi ahli atau ketua sesuatu parti politik atau mewakili mana-mana parti politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini bermaksud Perdana Menteri boleh dilantik oleh DYMM SPB YDP Agong di kalangan sesiapa sahaja Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Bebas yang mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mahathir kini secara efektif adalah Ahli Parlimen Bebas walaupun dia masih ahli parti Bersatu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh kerana semua parti politik dalam PH mahupun pembangkang kesemuanya telah menyatakan sokongan kepada Mahathir semalam, besar kemungkinan hari ini atau esok keputusan perjumpaan Ahli-ahli Parlimen dengan SPB YDP Agong akan memihak kepada Mahathir dengan tahap sokongan kepada Mahathir yang hampir semua jika tidak semua.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan ini Mahathir akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8, iaitu Perdana Menteri Bebas yang pertama dalam sejarah Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mahathir boleh membentuk kerajaan dengan melantik menteri-menteri di kalangan mana-mana parti politik termasuk dari PH dan BN serta PAS dan tidak lagi tertakluk kepada kekangan parti politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mahathir juga akan menjadi Perdana Menteri terkuat dalam sejarah dengan tidak ada pembangkang dalam Dewan Rakyat dan kerajaan kerana semua parti politik menyokongnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka dengan ini lengkaplah langkah Mahathir untuk menjadi seorang diktator di Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malaysia Baru 2.0 Mahathir ini tidak akan ada semak imbang kerana tidak ada sesiapa di kalangan Ahli Parlimen yang akan mencabar dan menyoal Mahathir lagi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mahathir ada satu lagi pilihan jika dia tidak mahu perkara di atas berlaku kepada Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dia boleh menolak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 apabila ditawarkan oleh SPB YDP Agong dan menyerahkan kembali kepada SPB YDP Agong untuk memilih Ahli Parlimen yang lain sebagai Perdana Menteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika ini berlaku besar kemungkinan tidak ada Ahli Parlimen yang akan mendapat sokongan kuat untuk menjadi Perdana Menteri termasuk Anwar Ibrahim.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika dia (Anwar atau sesiapapun) berjaya mendapat 112 majoriti mudah sokongan Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteripun, kerajaan yang dibentuk olehnya tidak akan stabil dengan krisis politik yang berpanjangan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika tiada sesiapa mendapat sokongan yang cukup untuk menjadi Perdana Menteri, maka Parlimen boleh dibubarkan untuk memberi laluan kepada rakyat memilih kerajaan yang baru melalui pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun tentunya kebanyakan jika tidak semua Ahli Parlimen tidak akan suka dengan pilihan pembubaran Parlimen ini sebab mereka perlu melepaskan jawatan mereka dan bertanding semula dalam pilihan raya dan berhadapan dengan risiko kehilangan kerusi terutama Ahli-ahli Parlimen PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu mereka semua menyokong Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri semalam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat memerhati hal ini dan sementara hal ini berlaku keadaan ekonomi negara semakin teruk.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semalam Bursa Saham Kuala Lumpur telah jatuh lagi ke paras terendah dalam sepuluh tahun dengan kehilangan RM43 billion dalam masa sehari.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan yang baru dan Menteri-menteri yang baru akan berhadapan dengan hal ini dan perlu menyelesaikan krisis ekonomi ini segera atau ditolak semula oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang iaitu hanya tiga tahun lagi jika Parlimen tidak dibubar kini.<\/span><\/p>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/662222011199993\/?d=n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Isham Jalil Mengikut Perlembagaan Persekutuan, sesiapa yang dilantik menjadi Perdana Menteri oleh SPB YDP Agong adalah Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti daripada 222 orang Ahli Parlimen Dewan Rakyat. Dalam Perlembagaan tidak dinyatakan bahawa pengiraan sokongan majoriti ini adalah mengikut parti atau gabungan parti politik. Tidak juga dinyatakan bahawa Ahli Parlimen yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":13548,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[211,212],"tags":[500,1353,242],"class_list":["post-13547","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-laporan","category-utama","tag-isham-jalil","tag-kerajaan-perpaduan","tag-tun-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13547","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13547"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13547\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13549,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13547\/revisions\/13549"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13548"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13547"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13547"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13547"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}