{"id":13820,"date":"2020-03-03T11:28:58","date_gmt":"2020-03-03T11:28:58","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13820"},"modified":"2020-03-03T11:28:58","modified_gmt":"2020-03-03T11:28:58","slug":"meraikan-kuasa-yang-di-pertuan-agong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13820","title":{"rendered":"MERAIKAN KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh Ab Jalil Backer\u00a0<\/span><\/p>\n<div id=\"page\" class=\"-hardstate-story.php\" style=\"text-align: justify;\" data-store-id=\"10\">\n<div id=\"header-notices\" class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Proses pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri mungkin antara sejarah politik yang paling mengujakan, penuh penyimpangan plot dan jalan cerita.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pada Sabtu lalu Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan (YDP) Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Ahli Parlimen Pagoh itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan negara. Selepas pengumuman tersebut Dr Mahathir membuat dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen sebanyak 114 orang. Ini menimbulkan kekeliruan kepada rakyat biasa, dan juga sebahagian orang politik, yang tidak memahami bagaimana proses membuat keputusan.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Lebih menarik kenyataan Istana Negara yang menyatakan \u201cMuhyiddin dilantik kerana pada hemat YDP Agong mungkin mempunyai sokongan majoriti\u201d diputarbelit sebagai ketidakyakinan baginda terhadap lantikan tersebut.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pertama, krisis ini tidak akan berlaku sekiranya Dr Mahathir tidak membuat keputusan terburu-buru meletak jawatan sehingga menyebabkan seluruh kabinet dan kerajaan terbubar. Keputusan ini menyebabkan Baginda tiada pilihan lain kecuali melaksanakan proses mencari calon Perdana Menteri baharu.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kedua, dalam proses mencari pengganti Perdana Menteri, YDP Agong berpandukan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan \u201cYang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.\u201d<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Justeru titah pelantikan mempunyai perkataan \u201cmungkin\u201d bukanlah kerana baginda tidak pasti tetapi ia adalah sebahagian syarat Perlembagaan yang dipetik semula dalam konteks pelantikan.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ketiga, rakyat perlu memahami proses pelantikan Perdana Menteri adalah kuasa prerogratif dan budi bicara YDP Agong berdasarkan maklumat yang ada kepadanya mengenai siapa yang mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Dalam keadaan biasa YDP Agong akan membuat pelantikan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU).<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Malangnya keputusan PRU-14 tidak memberi satu keputusan yang konklusif mengenai dominasi mana-mana parti. Perpecahan PH minggu lalu menambahkan ketidaktentuan pihak yang menguasai majoriti di Dewan Rakyat.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">PH telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun PH tidak lagi mempunyai majoriti apabila Bersatu dan fraksi Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali meninggalkannya pada hari Isnin lalu. <\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pada masa ini sebahagian blok bukan PH mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada juga mencalonkan semula Dr Mahathir.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Justeru apabila YDP Agong bertemu dengan setiap Ahli Parlimen, baginda memberi kertas undian supaya menulis butiran diri dan menyatakan siapa calon Perdana Menteri yang mereka sokong.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Undian sulit ini bukan kehendak Perlembagaan tetapi budi bicara baginda bagi mendapat maklumat sebelum membuat keputusan. Tidak ada seorangpun mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Baginda kemudian turut mengadakan pertemuan dengan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Polis Negara dan Ketua Setiausaha Negara.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pada Jumaat lalu baginda telah memanggil Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu bagi mendapat pandangan dan nasihat dalam menyelesaikan kemelut politik yang dibuat oleh PH sendiri. Hasil dari perbincangan tersebut YDP Agong menitahkan pimpinan parti-parti yang mempunyai kerusi mengadap baginda secara berkumpulan atau bersendirian pada sabtu lepas.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ketika ini sebahagian besar parti politik telah mencalonkan Muhyiddin. Manakala PH mengubah fikiran saat akhir pada pagi sabtu tersebut dengan menggugurkan nama Anwar Ibrahim dan mencalonkan semula Dr Mahathir. <\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Hasil proses pertemuan pada pagi Sabtu itu, YDP Agong telah mengumumkan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Dakwaan Dr Mahathir beliau mempunyai SD 114 orang wakil rakyat selepas titah pelantikan baginda tersebut tidak bermakna apa-apa lagi. Ia ibarat orang menjaringkan gol selepas wisel penamat dibunyikan.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Namun jika Dr Mahathir berpendapat beliau mempunyai sokongan majoriti, maka satu usul undi tidak percaya boleh dibuat di sesi Parlimen akan datang. Jelas sepanjang proses membuat keputusan ini YDP Agong telah menjalankan tugas baginda dengan teliti, adil dan bijaksana. <\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Malangnya Dr Mahathir tidak berlaku adil kepada rakyat dan negara dengan mempermainkan proses demokrasi \u2013 meletak jawatan kemudian mahu dilantik semula; dan sekarang mahu menghasut rakyat mempertikai titah Yang di-Pertuan Agong.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan di bawah serta turut disiarkan di akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac 2020.<\/span><\/div>\n<div><\/div>\n<div class=\"_129_\" style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/m.facebook.com\/ABJALILBACKER\/photos\/a.112511570097982\/196446751704463\/?type=3&amp;source=57\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">https:\/\/m.facebook.com\/ABJALILBACKER\/photos\/a.112511570097982\/196446751704463\/?type=3&amp;source=57<\/span><\/a><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Ab Jalil Backer\u00a0 Proses pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri mungkin antara sejarah politik yang paling mengujakan, penuh penyimpangan plot dan jalan cerita. Pada Sabtu lalu Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan (YDP) Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Ahli Parlimen Pagoh itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan negara. Selepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":13821,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[472,703,242,790],"class_list":["post-13820","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-ab-jalil-backer","tag-perlembagaan","tag-tun-mahathir","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13820","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13820"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13820\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13822,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13820\/revisions\/13822"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13821"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13820"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13820"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13820"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}