{"id":13837,"date":"2020-03-05T02:30:43","date_gmt":"2020-03-05T02:30:43","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13837"},"modified":"2020-03-05T02:30:43","modified_gmt":"2020-03-05T02:30:43","slug":"wejangan-buat-pm-8-jangan-roboh-tiang-seri-rumah-yang-baru-dinaikkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=13837","title":{"rendered":"WEJANGAN BUAT PM-8: JANGAN ROBOH TIANG SERI RUMAH YANG BARU DINAIKKAN"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">SURAT PEMBACA <\/span><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh M. Kamal Affandi<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u00a0<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tanggal 1 Mac 2020 melakar sejarah yang cukup mendalam dalam sejarah apabila TS Muhyiddin Yassin (TSMY), bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah digugurkan, dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8. Tun M dan kalangan lain dalam PH kata TSMY adalah pengkhianat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PM-8 dengan tenang tetapi dalam nada tegas telah berkata dalam ucapan sulungnya kepada rakyat Malaysia: \u201cDengarlah baik-baik, saya bukanlah pengkhianat!\u201d.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sehubungan itu PM secara jujur menyatakan pada awalnya beliau tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, memerhatikan kemelut politik negara ketika itu, beliau telah berbincang dengan Tun M, disaksikan 4 orang tokoh parti. Kemunculannya sebagai calon PM ke-8 mendapat restu PM Interim ketika itu, disokong suara majoriti Ahli Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PM-8 juga bertekad akan melantik anggota Jemaah Menterinya daripada kalangan; \u201c\u2026..individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber, insya-Allah\u201d kerana \u201c\u2026rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah.\u201d Oleh itu, seluruh rakyat terutama Ahli Parlimen dan pemain politik menantikan ucapan sulung TSMY dikotakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berdebar semua menantikan pengumuman siapa akan menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai warga yang menghormati Kedaulatan Undang-Undang dan prinsip <em>Rule of Law<\/em> yang kuat diwiridkan oleh Tun M dan Menteri PH sebelum ini, tiada siapa boleh menyanggah kebijaksanaan SPB YDP Agong melantik TSMY sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Mempersoalkannya bukan sahaja bersifat derhaka kepada Raja, tetapi juga menentang keputusan Ketua Negara malah bersifat <em>unconstitutional<\/em>.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Suara Ambiga dan Marina serta BERSIH 2.0 menuntut \u201ckerajaan PH yang \u2018sah\u2019 dikembalikan\u201d ataupun gesaan Tun M dan sebaris bekas Menteri PH yang berkata mempunyai jumlah suara majoriti Ahli Parlimen selepas perkenan Tuanku Agong, adalah disepakati &#8216;tidak <em>valid&#8217;. <\/em>Mereka sebenarnya tahu, semua itu hanyalah propaganda dan asakan <em>bad losers<\/em> dalam <em>political game<\/em> yang mereka sendiri mainkan lalu tersungkur di gelanggang sendiri!<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kuat kedengran suara supaya Sidang Parlimen dipercepatkan atau dimulakan selewat-lewatnya pada 9 Mac 2020 sebagaimana Jadual Asal. Bagaimanapun hak memulakan Sidang Parlimen terletak pada Perdana Menteri selaku \u201cKetua Majlis\u201d Sekali lagi gesaan MP PH tidak berperlembagaan dan mereka juga sedar akan perkara itu tetapi bermain api membakar rakyat kononnya kerajaan TSMY bersifat \u201c<em>backdoor government<\/em>\u201d.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tan Sri Speaker menyatakan bahawa\u2026 \u201cSebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat saya mendapati ketetapan tarikh-tarikh mesyuarat ini adalah selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.\u201d \u00a0Jangan kita lupa \u2013 itu adalah keputusan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat lantikan kerajaan PH yang lalu yang tugas itu diteruskan olehnya dengan izin Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baru. Itupun ramai yang kata Speaker berat sebelah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kenapa Ahli Parlimen Malaysia membuang masa dan tidak bersikap profesional dan <em>gentleman<\/em>? \u00a0 Terlalu kuat nafsu politik, bukan benar-benar mendahulukan kepentingan awam dan negara. Tamak haloba bercakaran membunuh karier politik parti lawan menjadi keutamaan mereka malah ada yang sanggup menikam belakang rakan sesama parti demi melonjak diri berebut pangkat dan darjat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepada YAB Perdana Menteri: Jangan robohkan tiang seri rumah yang baru didirikan. Laksanakanlah kewajiban anda melantik barisan Jemaah Menteri yang terbaik, profesional, berkaliber, berintegriti dan bebas rasuah sebagaimana yang telah dijanjikan dan diharapkan oleh semua warga. Rakyat sedang memerhati anda.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepada parti-parti komponen Perikatan Nasional, sekutunya GPS, Warisan, \u00a0serta lainnya: Anda bebas berunding untuk mengemukakan pandangan parti masing-masing tetapi akurlah, atas prinsip <em>Rule of Law<\/em>, dengan keputusan muktamad di tangan Perdana Menteri. Sokonglah PM demi menyegerakan pembentukan Jemaah Menteri untuk memulakan tugas dan cabaran besar menggendong amanah dan mandat kepemimpinan kepada rakyat jelata.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepada Pembangkang daripada Parti PH: Sudah-sudahlah itu dan hormatilah <em>Rule of Law<\/em> yang anda sendiri kuat lestarikan sepanjang 22 bulan memerintah negara. Anda gagal, antara lainnya kerana gagal mengotakan manifesto pilihan raya yang anda sendiri janjikan dan dipercayai rakyat. \u00a0Ingat, anda disungkurkan oleh Ketua Parti anda sendiri \u2013 PM ke-7, bukan oleh sesiapa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepada penjawat awam: Sekalung tahniah kepada anda selaku \u201c<em>the real unsung heroes<\/em>\u201d yang berjaya bertenang bertindak secara jujur dan profesional \u00a0bermula dari 9 Mei 2018 di bawah Kerajaan PH dan kekal berperanan semasa tempoh interim sehinggalah PM ke-8 dimasyhurkan di Istana Negara pada 1 Mac 2020.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepada orang awam dan rakyat jelata: Anda semua berkewajiban menyokong \u201cPerdana Menteri anda.\u201d TS Muhyiddin Yassin bukanlah \u00a0hanya PM untuk Perikatan Nasional atau parti tertentu tetapi beliau adalah amanah (bukannya &#8216;Parti Amanah&#8217;) dan harapan (bukan &#8216;Pakatan Harapan&#8217;) seluruh warganegara Malaysia tercinta ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepada &#8216;kaki ampu&#8217; dan &#8216;si batu api&#8217;: Sudah-sudahlah, bertaubat ke pangkal jalan. Kata orang tua-tua: Biduk berlalu, kiambang bertaut. Jika anda orang Islam: Ingat, umur sebenar kita tidak diukur dengan masa tetapi dengan amal baik pada penilaian Pencipta.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan falsafah universal ini juga dipercayai oleh agama lain yang juga menobatkan prinsip kasih sayang, perasaan hidup bermsyarakat secara rukun aman dan damai disamping mendukung prinsip keadilan dan <em>co-existence<\/em> yang sejagat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimana pula dengan Parti DAP yang diasaskan pertama kalinya di Singapura itu? (AIDC, [2017], DAP \u2013 Bahaya kepada Melayu-Islam di Malaysia). Benarkah DAP berbahaya?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ada juga yang berpendapat bahawa \u201cparti DAPlah <em>master puppeteer<\/em>\u201d di belakang segala kemelut dan <em>fiasco<\/em> politik semasa, sejak bertahun-tahun lamanya mengidam untuk menguasai senario pentas politik negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Barangkali atas sebab itulah UMNO dan PAS memberikan kata dua kepada Tun M, Anwar Ibrahim mahupun Muhyiddin Yassin seminggu yang lalu: Boleh bersama kami tetapi tanpa DAP dalam keadaan apa sekalipun!\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>Last but not least<\/em>, kepada pemimpin dan pendukung parti DAP yang bercita-cita \u00a0menegakkan \u201cMalaysian Malaysia\u201d: Anda tewas ditolak bukan sahaja oleh suara majoriti Ahli Parlimen, anda tidak juga diterima blok parti yang dianggotai DAP oleh Ketua Negara ketika membuat keputusan muktamad.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jauh lebih manis daripada itu semua, suara pengundi terbanyak berjumlah 6,121,983 menolak anda pada 1 Mac 2020 (dalam PRU-14, PH memperolehi 5,518,638 undi popular diikuti BN sebanyak 4,080,797 dan PAS-Gagasan Sejahtera sebanyak 2,041,186 [digabungkan menjadi 6,121,983 pengundi!]).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Masih tidak sedarkan diri? Pesan kita: <em>Always follow the Rule of Law!<\/em><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SURAT PEMBACA Oleh M. Kamal Affandi \u00a0 Tanggal 1 Mac 2020 melakar sejarah yang cukup mendalam dalam sejarah apabila TS Muhyiddin Yassin (TSMY), bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah digugurkan, dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8. Tun M dan kalangan lain dalam PH kata TSMY adalah pengkhianat. PM-8 dengan tenang tetapi dalam nada tegas telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13838,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[1401,241,810,1402],"class_list":["post-13837","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-oleh-m-kamal-affandi","tag-pakatan-harapan","tag-perdana-menteri","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13837","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13837"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13837\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13839,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13837\/revisions\/13839"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13838"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13837"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13837"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13837"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}