{"id":14076,"date":"2020-03-18T06:52:51","date_gmt":"2020-03-18T06:52:51","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=14076"},"modified":"2020-03-18T06:56:17","modified_gmt":"2020-03-18T06:56:17","slug":"14076","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=14076","title":{"rendered":"USAH PANIK, PATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh Nasharudin Mat Isa<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang dapat saya fahami sebagai orang awam dari Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan oleh pihak yang berwajib adalah bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 melalui interaksi sesama manusia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kebarangkalian untuk tersebarnya virus itu diantara satu individu kepada individu yang lain adalah tinggi apabila ramai orang berhimpun, berinteraksi, bersalaman, bersentuhan ataupun berada pada jarak yang rapat antara satu sama lain. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Demi menjaga kemaslahatan semua, maka arahan dikeluarkan untuk kita semua mengehadkan pergerakan dan interaksi kita dan melakukan tugasan kita di kediaman masing-masing melainkan sekiranya ada keperluan yang mendesak. Tidak ada pula pada arahan tersebut yang menyekat kita untuk langsung tidak boleh keluar rumah contohnya jika kita ingin mendapatkan keperluan rumah dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tiba-tiba suasana jadi panik, ramai yang bergegas pulang ke kampung dan tidak kurang juga yang berlari ke pasaraya dan mengisi penuh troli dengan mi segera, kopi, gula dan beras seolah-olah kita sudah berada dalam keadaan darurat. Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak kita semua melihat senario ini dari sudut pandangan agama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara persoalan yang timbul adalah, kenapa perlu pulang ke kampung?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita boleh memahami kalau yang pulang itu adalah pelajar IPTA atau IPTS yang harus meninggalkan kampus masing masing walaupun banyak institusi pengajian tinggi tersebut telahpun menyediakan kemudahan untuk mereka. Beberapa panduan juga telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya juga telah dimaklumkan bahawa pihak HEP sebuah IPTA telah memaklumkan kepada pelajar yang tidak balik untuk tinggal di kolej dan melaporkan diri kepada pusat penginapan pelajar bagi tujuan pemantauan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Setiap kolej yang dibuka menyediakan operasi kafe seperti biasa dan pihak HEP juga akan membantu pelajar yang akan pulang ke kampung, juga sedang diuruskan untuk menaikkan notis di media sosial bagi mengurangkan kerisauan pelajar dan ibu bapa. Alhamdulillah tahniah kepada IPTA tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Yang ingin saya bangkitkan adalah bagi yang bukan pelajar. Saya juga difahamkan melalui media sosial bagaimana malam kelmarin ada beberapa laluan keluar dari ibu kota telah sesak dengan kenderaan yang hendak \u2018balik kampung\u2019. Katanya sudah lebih meriah dari suasana \u2018balik kampung\u2019 untuk menyambut raya. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keadaan juga agak sesak di TBS. Bayangkan mereka itu yang baru sahaja berinteraksi dengan massa sama ada di pejabat, pasaraya, kedai mamak atau di mana sahaja yang mungkin sahaja terdedah dengan jangkitan virus yang sedang tular, membawa pulang bersama mereka ke kampung dan berlaku pula interaksi interaksi yang seterusnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saidina Umar Al Khattab pernah berdepan dengan satu suasana ketika memimpin tentera tentera Islam ke negeri Syam ( Syria sekarang) telah berpatah balik apabila dimaklumkan oleh para sahabat yang lain bahawa kawasan yang hendak mereka masuki tersebut sedang dilanda wabak yang sedang merebak. Salah seorang dari sahabat pejuang yang berada di sana pada ketika itu tidak menyenangi tindakan Saidina Umar Radiyallah Anhu untuk berpatah balik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u060c \u0641\u0642\u0627\u0644 \u0623\u0628\u0648 \u0639\u0628\u064a\u062f\u0629 \u0628\u0646 \u0627\u0644\u062c\u0631\u0627\u062d: \u0623\u0641\u0631\u0627\u0631\u0627\u064b \u0645\u0646 \u0642\u062f\u0631 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u061f \u0641\u0642\u0627\u0644 \u0639\u0645\u0631 \u0644\u0648 \u063a\u064a\u0631\u064f\u0643 \u0642\u0627\u0644\u0647\u0627 \u064a\u0627 \u0623\u0628\u0627 \u0639\u0628\u064a\u062f\u0629 \u0646\u0639\u0645 \u060c \u0646\u0641\u0631\u0651\u064f \u0645\u0646 \u0642\u062f\u0631 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0649 \u0642\u062f\u0631 \u0627\u0644\u0644\u0647<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Abu Ubaidah bin Al Jarrah telah menyanggah tindakan Saidina Umar dengan berkata &#8220;<em>Adakah kita hendak lari dari ketentuan Allah?<\/em>&#8220;, lalu Saidina Umar menjawab &#8220;<em>Kalaulah yang bertanya ini orang yang selain dari kamu wahai Abu Ubaidah, maka jawapannya adalah iya, kita berpaling dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah yang lain<\/em>&#8220;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dialog antara Saidina Umar Radiyallah Anhu dan Abu Ubaidah Al Jarrah ini kemudiannya disahut pula oleh seorang lagi sahabat iaitu Abdul Rahman bin Auf dan berkata;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u0641\u062c\u0627\u0621 \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0631\u062d\u0645\u0646 \u0628\u0646 \u0639\u0648\u0641 \u060c \u0625\u0646 \u0639\u0646\u062f\u064a \u0641\u064a \u0647\u0630\u0627 \u0639\u0644\u0645\u0627 \u060c \u0633\u0645\u0639\u062a \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u064a\u0642\u0648\u0644 : ( \u0625\u0630\u0627 \u0633\u0645\u0639\u062a\u0645 \u0628\u0647 \u0628\u0623\u0631\u0636 \u0641\u0644\u0627 \u062a\u0642\u062f\u0645\u0648\u0627 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u060c \u0648\u0625\u0630\u0627 \u0648\u0642\u0639 \u0628\u0623\u0631\u0636 \u0648\u0623\u0646\u062a\u0645 \u0628\u0647\u0627 \u0641\u0644\u0627 \u062a\u062e\u0631\u062c\u0648\u0627 \u0641\u0631\u0627\u0631\u0627 \u0645\u0646\u0647 ) \u0642\u0627\u0644 : \u0641\u062d\u0645\u062f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0645\u0631 \u062b\u0645 \u0627\u0646\u0635\u0631\u0641 .<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8220;<em>Aku punya maklumat tentang perkara ini. Aku telah mendengar dari Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya kamu mendengar tentangnya (penularan wabak) di sebuah negeri maka janganlah kamu masuk ke negeri tersebut dan sekiranya kamu ditimpa (wabak tersebut) di dalam negeri yang kamu berada di dalamnya maka janganlah kamu keluar lari daripadanya<\/em>&#8220;. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lalu Saidina Umar berkata &#8220;<em>Alhamdulillah<\/em>&#8221; dan beredar dari situ.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Suasana ini berlaku dalam keadaan perang, dalam keadaan untuk meluaskan jajahan Islam ke wilayah Syam, tapi apabila berhadapan dengan wabak yang membunuh, nyawa manusia adalah jauh lebih penting dari perluasan wilayah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita bukan berada di dalam suasana perang dan bukan juga berada dalam perintah berkurung yang menyekat kebebasan bergerak, cuma berada dalam satu suasana di mana pihak yang berwajib sedang berusaha untuk membendung penularan wabak. Ramai di antara kita yang tahu dan faham akan kata-kata hikmah bahawa &#8220;pencegahan adalah lebih baik dari rawatan&#8221;.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagi saya arahan pergerakan terhad ini adalah usaha usaha pencegahan. Sekali lagi, tidak ada keperluan untuk jadi panik. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Moga tempoh dua minggu mendatang dalam keadaan kita semua mengambil tindakan yang sewajarnya, tidak berhimpun dengan jumlah yang ramai, tidak berada di tempat-tempat perhimpunan awam akan menjadi penyebab untuk virus ini meninggalkan kita.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u0628\u0633\u0645 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0630\u064a \u0644\u0627 \u064a\u0636\u0631 \u0645\u0639 \u0627\u0633\u0645\u0647 \u0634\u064a\u0621 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0623\u0631\u0636 \u0648\u0644\u0627 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0633\u0645\u0627\u0621 \u0648\u0647\u0648 \u0627\u0644\u0633\u0645\u064a\u0639 \u0627\u0644\u0639\u0644\u064a\u0645.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bandar Bukit Mahkota<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kajang<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Nasharudin Mat Isa Apa yang dapat saya fahami sebagai orang awam dari Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan oleh pihak yang berwajib adalah bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 melalui interaksi sesama manusia. Kebarangkalian untuk tersebarnya virus itu diantara satu individu kepada individu yang lain adalah tinggi apabila ramai orang berhimpun, berinteraksi, bersalaman, bersentuhan ataupun berada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":14078,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[122,212],"tags":[1358,1424,1418],"class_list":["post-14076","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bicara-agama","category-utama","tag-coronavirus","tag-nasharudin-mat-isa","tag-perintah-kawalan-pergerakan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14076","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14076"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14076\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14081,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14076\/revisions\/14081"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14078"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14076"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14076"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14076"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}