{"id":14234,"date":"2020-03-26T11:07:41","date_gmt":"2020-03-26T11:07:41","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=14234"},"modified":"2020-03-26T11:09:44","modified_gmt":"2020-03-26T11:09:44","slug":"bank-perlu-juga-tanggung-beban-kewangan-semasa-krisis-covid-19-dan-tidak-hanya-mengira-untung-rugi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=14234","title":{"rendered":"BANK TANGGUNG BEBAN KEWANGAN DAN TIDAK HANYA MENGIRA UNTUNG RUGI"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Oleh Isham Jalil<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lewat malam semalam bank HSBC telah membuat keputusan untuk tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman konvensional dan juga keuntungan ke atas pinjaman Islamik bagi semua peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhananya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Stuart Milne berkata langkah ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan pelanggan-pelanggan bank tersebut yang menghadapi cabaran akibat wabak Coronavirus COVID-19 ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Langkah ini adalah melebihi arahan Bank Negara Malaysia kelmarin yang mana faedah masih tetap berjalan dan dikenakan semasa tempoh 6 bulan moratorium walaupun pembayaran prinsipal ditangguhkan bagi pinjaman selain sewa beli (kenderaan).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebelum ini saya telah menulis bahawa sepatutnya semua bank mengambil langkah ini (iaitu mengecualikan faedah dan keuntungan pinjaman semasa tempoh moratorium).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bank tidak sepatutnya masih mengambil untung di kala semua orang lain rugi dan hilang pekerjaan serta menghadapi cabaran kewangan semasa wabak COVID-19 ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila bank menangguhkan pembayaran namun masih mengenakan faedah dalam tempoh penangguhan, mereka tidak rugi apa-apa malah mungkin mengambil untung lebih dari yang sepatutnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini adalah kerana kos peluang atau &#8216;<em>opportunity cost<\/em>&#8216; mereka sekarang adalah lebih rendah berbanding kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam-peminjam di kala keadaan ekonomi yang merudum dan prestasi pasaran saham yang terendah dalam tempoh sedekad.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila peminjam mula sedar bahawa baki pinjaman mereka naik mendadak selepas enam bulan nanti, sekurang-kurangnya tiga perkara akan berlaku kepada peminjam-peminjam (dan rakyat):<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PERTAMA, mereka akan marah kepada kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">KEDUA, kepada peminjam yang masih menghadapi kesukaran kewangan atau kehilangan pekerjaan dan pendapatan, mereka terpaksa menstruktur semula pinjaman mereka kepada tempoh yang lebih panjang (dan ini merugikan mereka dan menguntungkan bank lagi), atau<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">KETIGA, mereka terus tidak bayar bank kerana tidak mampu dan menganggap kadar faedah semasa tempoh moratorium tersebut adalah tidak adil dan mencekik darah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini akan mengakibatkan kadar pinjaman tidak berbayar atau &#8216;<em>Non-performing Loans (NPL)<\/em>&#8216; negara meningkat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semasa tahun-tahun saya di Harvard dan Wharton dahulu, saya telah mengkaji krisis ekonomi dan kewangan negara-negara di dunia termasuk Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara sebab utama krisis ekonomi sub-prima di Amerika Syarikat pada tahun 2008 ialah apabila peminjam-peminjam yang ditangguhkan pembayaran untuk pinjaman mereka tiba-tiba perlu membayar prinsipal dan faedah terkumpul yang banyak apabila tamat tempoh moratorium.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Banyak dari mereka yang tidak ada kerja dan pendapatan tetap, seperti yang dijangka akan berlaku di Malaysia semasa dan selepas wabak COVID-19 ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila ini berlaku, berjuta-juta pinjaman bank menjadi tidak berbayar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila ramai peminjam tidak lagi mampu membayar pinjaman ia akan memberi kesan buruk kepada bank-bank juga.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada ketika itu banyak bank-bank telah jatuh dan &#8216;bungkus&#8217; serta ekonomi Amerika Syarikat dan dunia telah menjadi huru-hara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita tidak mahu perkara ini berlaku di Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika bank-bank tidak mahu mengecualikan terus faedah dan keuntungan semasa tempoh moratorium seperti yang dibuat oleh Bank HSBC semalam, bank-bank boleh mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar semasa tempoh ini terutama kepada pelanggan-pelanggan M40 ke bawah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bank-bank di Malaysia bukanlah bank-bank yang kecil namun mempunyai jumlah aset beratus-ratus billion dollar sepertimana HSBC, bank-bank ini boleh menanggung sedikit beban jauh lebih baik daripada pelanggan-pelanggan mereka yang menghadapi kesukaran kewangan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bank perlu juga menanggung beban ini seperti orang lain dan tidak hanya melihat haloba.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerana seperti kata Perdana Menteri, semasa krisis COVID-19 ini, &#8220;Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing&#8221;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">26 Mac 2020<\/span><\/p>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/683301055758755\/?d=n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Isham Jalil Lewat malam semalam bank HSBC telah membuat keputusan untuk tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman konvensional dan juga keuntungan ke atas pinjaman Islamik bagi semua peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhananya. Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Stuart Milne berkata langkah ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan pelanggan-pelanggan bank tersebut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":14235,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"subtitle":"","format":"standard","video":"","gallery":"","source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"0","type":"percentage","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[{"good_text":""}],"bad":[{"bad_text":""}],"score_override":"","override_value":"","rating":[{"rating_text":"","rating_number":"10"}],"price":[{"shop":"","price":"","link":"","icon":""}],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[763,1430,500,1431],"class_list":["post-14234","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-bnm","tag-hsbc","tag-isham-jalil","tag-moratorium"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14234","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14234"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14234\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14237,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14234\/revisions\/14237"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14235"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14234"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14234"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14234"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}