{"id":14285,"date":"2020-03-29T10:32:06","date_gmt":"2020-03-29T10:32:06","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=14285"},"modified":"2020-03-29T12:40:23","modified_gmt":"2020-03-29T12:40:23","slug":"surat-terbuka-kepada-yab-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=14285","title":{"rendered":"SURAT TERBUKA KEPADA YAB PM &#8211; ADAKAH SSM SABOTAJ EKONOMI NEGARA?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sebagai rakyat Malaysia, saya terlebih dahulu menzahirkan kesyukuran atas pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) semalam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ternyata pakej tersebut terbaik dan menyeluruh dalam membantu rakyat serta pelbagai golongan bagi menghadapi ancaman wabak Covid-19 yang turut melanda Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya mengucapkan tahniah kepada YAB PM kerana bukan sahaja begitu prihatin malah menerapkan pemikiran strategik bagi membawa kebangkitan kepada ekonomi negara. Alhamdulillah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di sebalik krisis Civid-19 dan mudaratnya kepada ekonomi negara, usaha untuk merangsang ekonomi itu sendiri harus bergerak dinamik dan pantas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya ingin menarik perhatian YAB PM tentang keputusan SSM menghentikan sementara perkhidmatan atas talian\u00a0 (<em>online<\/em>) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (Notis SSM bertarikh 17 Mac 2020). Terdapat berbelas-belas produk yang ditawarkan sebelum ini menerusi <em>online<\/em>.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adalah boleh difahami jika perkhidmatan kaunter fizikal di premis SSM ditutup tetapi tidak wajar ia turut melibatkan perkhidmatan sistem atas talian atau <em>online<\/em>.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keputusan SSM itu bercanggah dengan kesungguhan kerajaan Persekutuan di bawah teraju YAB PM untuk memulihkan ekonomi negara dan memastikan ekonomi kita sentiasa dinamik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya tertanya-tanya apakah ini ada elemen sabotaj oleh pengurusan SSM kepada kerajaan yang baharu ini atau sememangnya SSM tidak cukup kompeten?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sedangkan perkhidmatan atas talian perbankan, MyEG dan bisnes <em>online<\/em> seperti Lazada, Shopee, restoran serta <em>hypermarket<\/em> (tempahan <em>online<\/em>) diteruskan seperti biasa. Universiti dan sekolah pula memperluaskan kaedah pembelajaran atas talian selaras dengan penekanan kepada era digital.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan kata lain era digital bukan penghalang kepada ancaman Covid-19 dan ia juga bukan alasan bagi SSM untuk bertindak secara pasif apatah lagi berundur ke belakang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tujuan utama penubuhan SSM adalah sebagai agensi untuk mendaftarkan syarikat serta perniagaan dan menyediakan maklumat berkaitan syarikat serta perniagaan kepada masyarakat umum.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya bersetuju dengan kenyataan pelbagai pihak dan netizen yang telah membantah keputusan SSM yang dilihat kurang bijak dan terburu-buru. Ternyata ia mendatangkan pelbagai kesan negatif.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pelbagai sektor dan pihak seperti sektor kewangan dan telekomunikasi, agensi pelaporan kredit, firma guaman, firma kesetiausahaan syarikat dan agensi penguatkuasaan undang-undang sangat bergantung kepada maklumat dan dokumen yang disediakan oleh SSM untuk menjalankan perniagaan mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">SSM perlu sedar bahawa pendaftaran oleh SSM adalah sangat penting bagi tujuan melakukan proses <em>due diligence<\/em> dan proses pengesahan entiti perniagaan oleh kedua-dua sektor swasta dan awam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai contoh, institusi-institusi kewangan sangat bergantung kepada maklumat daripada SSM untuk melakukan <em>due diligence<\/em> dan pengesahan entiti semasa proses pembukaan akaun bank perniagaan dan dalam memberikan pinjaman perniagaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimanakah Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dapat meneruskan proses pendaftaran serta memohon pembiayaan daripada sama ada institusi Kerajaan ataupun swasta apabila perkhidmatan atas talian SSM dihentikan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Soalan-soalan seperti ini perlu dijawab oleh SSM secara profesional.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya juga bersetuju dengan pandangan seorang Ahi Parlimen dari Sabah baru-baru ini, yang turut mempersoalkan tindakan SSM menghentikan perkhidmatan atas taliannya pada ketika negara dilanda krisis.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ia hanya memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan ekonomi terutama operasi perniagaan di negara ini yang pastinya lebih merosot dalam situasi sekarang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keputusan SSM juga berkemungkinan menghalang penyiasatan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang memerlukan maklumat daripada SSM.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Memandangkan rakyat dan komuniti bisnes dalam negara mahu sama-sama menyahut Pelan Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat oleh YAB PM, adalah dengan ini kerajaan perlu campur tangan memperbetulkan keputusan SSM menggantung perkhidmatan atas taliannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkhidmatan semua produk menerusi sistem atas talian mesti dibuka sepenuhnya dan bukan secara sambil lewa dengan hanya membuka perkhidmatan untuk satu dua produk. Ura-ura tersebar bahawa SSM hanya mahu membuka dua produk sahaja itupun setelah desakan ramai. Persoalannya apa akan jadi dengan perkhidmatan melibatkan produk lain?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rayuan ini terpaksa dibuat kerana pihak SSM langsung tidak mempedulikan suara orang ramai dan komuniti bisnes walaupun ia telah dibangkitkan sebaik sahaja notis SSM mengenai hal itu dikeluarkan 17 Mac lalu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April adalah dikhuatiri keputusan SSM itu akan membawa mudarat lebih besar kepada ekonomi domestik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya percaya kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil pendirian yang selari dengan era digital dan mewujudkan persekitaran bisnes terbaik selain menangani cabaran besar sekarang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Zahidi Zainal<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Konsultan Perniagaan<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kuala Lumpur<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebagai rakyat Malaysia, saya terlebih dahulu menzahirkan kesyukuran atas pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) semalam. Ternyata pakej tersebut terbaik dan menyeluruh dalam membantu rakyat serta pelbagai golongan bagi menghadapi ancaman wabak Covid-19 yang turut melanda Malaysia. Saya mengucapkan tahniah kepada YAB PM kerana bukan sahaja begitu prihatin malah menerapkan pemikiran strategik bagi membawa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":14291,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"subtitle":"","format":"standard","video":"","gallery":"","source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"0","type":"percentage","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[{"good_text":""}],"bad":[{"bad_text":""}],"score_override":"","override_value":"","rating":[{"rating_text":"","rating_number":"10"}],"price":[{"shop":"","price":"","link":"","icon":""}],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[1358,1418,707,1436],"class_list":["post-14285","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-coronavirus","tag-perintah-kawalan-pergerakan","tag-ssm","tag-zahidi-zainal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14285","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14285"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14285\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14290,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14285\/revisions\/14290"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14291"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14285"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14285"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14285"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}