{"id":14653,"date":"2020-04-22T11:02:48","date_gmt":"2020-04-22T11:02:48","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=14653"},"modified":"2020-04-22T11:03:52","modified_gmt":"2020-04-22T11:03:52","slug":"adakah-bermulanya-dekonstruksi-naratif-ahli-sunnah-wal-jamaah-dari-pejabat-menteri-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=14653","title":{"rendered":"ADAKAH BERMULANYA DEKONSTRUKSI NARATIF AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DARI PEJABAT MENTERI AGAMA?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Dr. Amran Muhammad <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI)<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bila timbul kebimbangan di media sosial dan akhbar terhadap kemungkinan terlantiknya Mufti Wilayah Persekutuan dari kalangan agamawan yang bukan dari aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah pada pengertian yang lazimnya difahami dan dihayati di Alam Melayu, Pejabat Menteri Agama dengan segera mengeluarkan kenyataan panjang berjudul \u201cMalaysia Negara Ahli Sunnah Wal Jamaah: Satu Penegasan\u201d. Kenyataan panjang lebar ini sebenarnya membayangkan sikap dan pendirian Pejabat Menteri Agama tentang kefahaman dan penghayatan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia selama ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sayangnya atau lebih tepat malangnya, &#8220;Satu Penegasan Malaysia Sebagai Negara Ahli Sunnah Wal Jamaah&#8221; yang telah lebih 500 tahun wujud dalam konteks Alam Melayu dan Nusantara ini menjadi &#8220;Satu Penjelasan Semula Apakah Itu Takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah?&#8221;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dari apa yang sepatutnya menjadi cadangan Manifesto Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia bertukar menjadi cubaan Dekonstruksi Naratif Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sehubungan dengan itu juga, paparan media yang sedang berlegar-legar di khalayak awam di saat-saat genting Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pandemik Covid-19, ketika semua rakyat Malaysia wajib akur berkurung di rumah masing-masing, pejabat Menteri Agama dikerumuni oleh para agamawan tempatan dan luar negara yang memang diketahui umum mengkritik pendekatan Ahli Sunnah Wal Jamaah ala Malaysia dan Alam Melayu ini telah mengundang spekulasi pelbagai pihak tentang hala-tuju Pejabat Menteri Agama ketika ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pelbagai pihak yang prihatin tentang keperluan mengekalkan naratif Ahli Sunnah Wal Jamaah yang; <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">1) Telah sekian lama difahami dan dihayati di Alam Melayu dan Nusantara; <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2) Telah sebati dalam tafsiran Perlembagaan Malaysia dan Undang Tubuh\/Perlembagaan Negeri-Negeri; <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3) Telah menjadi bahagian penting dalam menentukan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu; dan <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4) Telah menjadi adat-resam dalam kehidupan beragama dan berbudaya umat Melayu dan <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5) Telah mencorakkan kaedah berfikir, tingkah-laku dan sopan-santun masyarakat Melayu dalam hubungan mereka dengan Tuhan, alam dan manusia lain telah mula menyuara dan menyampaikan kerisauan mereka kepada pihak-pihak berkuasa agama di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri mengenai perkembangan ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berbalik kepada kenyataan panjang &#8220;Satu Penegasan Malaysia Sebagai Negara Ahli Sunnah Wal Jamaah&#8221; ini menjadi &#8220;Satu Penjelasan Semula Apakah Itu Takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah?&#8221; menyebabkan umat Islam tertanya-tanya apakah perlu didefinisikan lagi maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah lebih 1000 tahun dihuraikan oleh para ulama dalam aliran arus perdana Islam? Malah dalam konteks Malaysia, Alam Melayu dan Nusantara, Ahli Sunnah Wal Jamaah bukanlah istilah yang perlu didefinisi semula atau dipolemikkan, kerana ia telah difahami dan dihayati sejak lebih 500 tahun yang lalu sebelum muncul gerakan baru pada abad 18-19 ini yang terus sehingga kini berusaha melakukan DEKONSTRUKSI atau meruntuhkan definisi asal aliran arus perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada definisi yang lebih sempit dari sifat dan tabiat kosmopolitan dan universal pemikiran dan peradaban Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam konteks Islam di Malaysia sepatutnya Pejabat Menteri Agama mengambil secara &#8216;aksiomatik&#8217; atau &#8216;badihi&#8217; atau &#8216;daruri&#8217; bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah golongan yang berakidah dengan akidah dari tradisi akidah Asha\u2019irah-Maturidiyyah, berfekah dengan fekah tradisi mazhab Al-Shafi\u2019i dari kerangka 4 mazhab utama dan bertasawuf dengan tradisi tasawuf Al-Junayd-Al-Ghazali dengan segala pertimbangan penambahbaikannya dengan perubahan zaman dan lingkungannya. Pejabat Menteri Agama sewajibnya bersikap asertif tentang aksiom-aksiom yang telah mendarah-daging bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia dan berusaha memperbaikinya dan bukannya bersikap defensif dalam menghuraikan definisi-definisi dan memperkenalkan aksiom-aksiom baru Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tanpa sikap asertif lagi tuntas, penegasan Malaysia sebagai sebuah negara Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak memberi makna apa-apa kepada usaha-usaha sebenar mempertahan dan mengukuhkan kefahaman dan penghayatan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pengulangan ungkapan-ungkapan berikut oleh Pejabat Menteri Agama seperti: <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">1) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak; <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak; dan <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3) \u201cHukum syarak\u201d atau \u201cUndang-undang Islam\u201d ertinya &#8220;Undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak&#8221;; maka kesemuanya ini memerlukan penegasan dan penghuraian lanjut tentang sumber rujukan, metodologi ilmu dan tradisi penghayatan aksiom-aksiom AKIDAH, SYARIAH dan AKHLAK yang mana satukah yang Pejabat Menteri Agama maksudkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Misalnya sangat jelas dalam pentafsiran Islam, peruntukan Enakmen Syariah di negeri-negeri dan juga keputusan mahkamah di Malaysia; aksiom-aksiom akidah Ashairah-Maturidiyyah, fekah Al-Syafi\u2019e dan tasawuf Al-Junayd-Al-Ghazali sama ada secara tersurat dan tersirat merupakan roh atau semangat yang difahami dan dihayati sebagai aksiom-aksiom utama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru tidak wajar untuk diungkitkan bahawa hanya beberapa negeri sahaja yang meletakkan ketiga-tiga atau dua atau satu dari aksiom-aksiom ini. Ataupun lebih teruk pada menyatakan bagi negeri-negeri yang sekadar meletakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah maka ketiga-tiga aksiom ini tidak terpakai lalu bolehlah di DEKONSTRUKSI takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi negeri tersebut! Sewajarnya Pejabat Menteri Agama berusaha dan mencari jalan bagaimana ketiga-tiga aksiom Ahli Sunnah Wal Jamaah Alam Melayu dan Nusantara ini diperkasakan dan dipahatkan dalam Perlembagaan negeri-negeri tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sudah sampai waktunya bagi pihak berkuasa agama negeri-negeri yang berada di bawah Raja-Raja Melayu merasmikan atau mewartakan ketiga-tiga aksiom Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut bagi memastikan kefahaman dan penghayatan Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah mewujudkan masyarakat umat Islam Melayu yang aman damai, yang bertolak-ansur, tanpa pertumpahan darah lagi makmur yang boleh hidup bersama penganut agama-agama lain terus dipertahankan dari kemasukan dan cubaan usaha-usaha aliran asing Islam yang ingin meluaskan ideologi mereka untuk bertapak di wilayah ini.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr. Amran Muhammad Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI) Bila timbul kebimbangan di media sosial dan akhbar terhadap kemungkinan terlantiknya Mufti Wilayah Persekutuan dari kalangan agamawan yang bukan dari aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah pada pengertian yang lazimnya difahami dan dihayati di Alam Melayu, Pejabat Menteri Agama dengan segera mengeluarkan kenyataan panjang berjudul \u201cMalaysia Negara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":14654,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"subtitle":"","format":"standard","video":"","gallery":"","source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[1467,1155,1157,1070],"class_list":["post-14653","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-ahli-sunnah-wal-jamaah","tag-dr-amran-muhammad","tag-issi","tag-mufti-zulkifli-al-bakri"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14653","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14653"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14653\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14656,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14653\/revisions\/14656"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14654"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14653"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14653"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14653"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}