{"id":15415,"date":"2020-06-08T03:01:16","date_gmt":"2020-06-08T03:01:16","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=15415"},"modified":"2020-06-08T04:20:33","modified_gmt":"2020-06-08T04:20:33","slug":"hukum-kanun-negeri-negeri-melayu-masih-berkuat-kuasa-dalam-kerangka-perkara-162-perlembagaan-persekutuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=15415","title":{"rendered":"HUKUM KANUN NEGERI-NEGERI MELAYU MASIH BERKUAT KUASA DALAM KERANGKA PERKARA 162 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sistem perundangan Malaysia membenarkan pemakaian <em>English Common Law<\/em>\u00a0TERTAKLUK PADA Seksyen 3 (1) dan Seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 (semakan 1972). Bagi Semenanjung Tanah Melayu, mahkamah hendaklah mengguna pakai <em>English Common Law<\/em> dan kaedah-kaedah ekuiti seperti ditadbir setakat 7 April 1956 dengan syarat-syarat berikut:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">a. Sekiranya peruntukan undang-undang berkaitan dengannya belum digubal dan berkuat kuasa di Malaysia,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">b. Tertakluk pada sejauh mana yang diizinkan oleh keadaan-keadaan di Negeri-negeri dan masing-masing penduduknya,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">c. Dan tertakluk pada penyesuaian seperti yang diperlukan oleh keadaan-keadaan tempatan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Peruntukan di atas secara jelas menunjukkan <em>common law<\/em> dan kaedah-kaedah ekuiti tidak boleh diterima bulat-bulat dalam sistem perundangan negara. Syarat-syarat tersebut merupakan tadbir urus dan penyaring bagi penerimaan <em>common law<\/em> dan kaedah-kaedah ekuiti, bahkan di sana perlu ada modifikasi untuk memelihara keadaan-keadaan watan (lokal).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Prinsip <em>common law<\/em> dikembangkan oleh hakim Inggeris kerana mereka terlatih dengan prinsip itu. Prinsip undang-undang Inggeris diperkenalkan oleh hakim Inggeris di negeri-negeri Melayu sebelum adanya Enakmen Undang-undang Sivil 1938, yang lebih kurang serupa dengan Seksyen 3 (1) Akta Undang-undang Sivil 1956 (Semakan 1972) di atas. Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi (2018) dalam Kedaulatan Raja-Raja Melayu; Jurisprudens, Governan &amp; Prinsip Perlembagaan Persekutuan telah membahaskan isu amalan <em>common law<\/em> dan kaedah-kaedah ekuiti dengan panjang lebar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ringkasnya, peruntukan di atas secara jelas mengangkat &#8216;Jurisprudens Watan&#8217;, iaitu mengemukakan keadaan-keadaan watan <em>(observation on local conditions and circumstances as well as local inhabitans<\/em>) dalam pentafsiran Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri kerana watan itu ialah prinsip teras pada suatu undang-undang tempatan seperti termaktub dalam Perkara 181(1) yang menyentuh prinsip kedaulatan Malaysia dan disyaratkan oleh seksyen 3 Akta Undang-undang Sivil 1956 (semakan 1972) sebagaimana di atas (Wan Ahmad Fauzi 2019).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang perlu diperingatkan adalah hakikat bahawa kesultanan-kesultanan Tanah Melayu telah wujud beratus-ratus tahun sebelum kedatangan British, dan kesultanan-kesultanan ini mempunyai ketamadunan dan peradaban yang diiktiraf seantero dunia, dengan sistem politik dan perundangan yang disuratcara dengan kemas, baik dan tersusun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Undang-undang watan seperti Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang, Hukum Kanun Johor, Undang-Undang Kedah, Hukum Kanun Perak (termasuklah Undang-Undang 99), Undang-Undang Sg. Ujong dan lain-lain perlembagaan dalam kesultanan-kesultanan Melayu telahpun digubal dan berkuatkuasa, berkembang terus-menerus sepanjang zaman semenjak Islam mula menjadi dasar pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu silam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun campur tangan British dalam abad ke-19 di Tanah Melayu dilihat membangunkan prinsip undang-undang Inggeris dalam sistem perundangan kita, namun keabsahan suatu undang-undang mahupun dasar politik dan perundangan masih tertakluk pada prinsip kedaulatan di Tanah Melayu dan kerangka perjanjian-perjanjian antara British dengan Raja-raja Melayu. Sungguhpun undang-undang Islam dilihat terpencil dan terbatas kepada undang-undang nikah, cerai dan harta pusaka semata-mata, perlu diingatkan bahawa bukan semua undang-undang yang diperkenalkan atas nasihat British bercanggah dengan prinsip undang-undang takzir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menurut Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi semalam, &#8220;Banyak dakwaan bahawa hakim-hakim berbangsa Inggeris hanya terlatih dengan <em>English Common Law<\/em> dan kaedah-kaedah ekuiti justeru mereka mengabaikan prinsip perundangan Islam, namun begitu berapa banyak kajian dibuat untuk menilai jumlah undang-undang yang diperkenalkan atas nasihat British dalam penghakiman mahkamah waktu itu bercanggah dengan prinsip undang-undang Islam?&#8221;.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tambah Datuk Dr Wan, &#8220;kita tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang orang pada hari ini kata, kita mesti merujuk kepada sumber-sumber yang sah dan semasa ketika itu&#8221;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak kurang pentingnya untuk dikongsikan di sini ialah, selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya dalam tahun 1957, apakah undang-undang watan telah dibatalkan atau dimansuhkan, seterusnya seluruh prinsip dan sistem perundangan kini bercanggah dengan prinsip perundangan Islam?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jawapannya TIDAK!!<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bahkan pemakaian <em>common law<\/em> dan kaedah-kaedah tegas Datuk Dr Wan hendaklah diharmonikan dengan syarat-syarat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Undang-undang Sivil 1956 (semakan 1972), bahawa pemakaian <em>English Common Law dan kaedah-kaedah ekuiti hanya<\/em> boleh dipakai &#8220;Sekiranya peruntukan undang-undang berkaitan dengannya belum digubal dan berkuat kuasa di Malaysia&#8221;, bermakna jika wujud peruntukan undang-undang watan dalam sesuatu perkara, maka undang-undang watan tersebutlah yang sepatutnya mengatasi (<em>prevails<\/em>).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Manakala ayat \u201ctertakluk pada sejauh mana yang diizinkan oleh keadaan-keadaan di Negeri-negeri dan masing-masing penduduknya\u201d, \u201cdan tertakluk pada penyesuaian seperti yang diperlukan oleh keadaan-keadaan tempatan\u201d, menunjukkan kaedah-kaedah sah amalan undang-undang tersebut di Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apakah kesan terbesar dari sudut di atas?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Datuk Dr Wan menegaskan itu memberikan implikasi bahawa prinsip undang-undang Islam yang merupakan watan di Alam Melayu tidak pernah dibatalkan ataupun dimansuhkan, bahkan undang-undang watan terus terpakai dalam kerangka Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hakikatnya tidak pernah berlaku sekatan terhadap prinsip perundangan watan walaupun selepas campur tangan British, apa yang berlaku menurut Datuk Dr Wan lagi, bagaimana para hakim dan pengamal undang-undang Inggeris mentafsirkan keadaan-keadaan watan (tempatan\/lokal) dan modifikasi yang perlu dilakukan untuk mematuhi prinsip yang digariskan oleh mahkamah-mahkamah di Tanah Melayu, juga kehendak Enakmen Undang-Undang Sivil 1938, dan statut selepasnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seringkali hakim-hakim berbangsa Inggeris waktu itu terkhilaf dalam memahami Islam dan adat Melayu (selain menyamakan amalan Raja-Raja Melayu dengan sistem Monarki UK sebelum Bill of Rights 1689 yang hakikatnya berbeza), berbanding kefahaman sebenar masyarakat Melayu turun temurun yang mengambil &#8216;Faham Kontinum&#8217;.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Faham Kontinum di sini bermaksud, prinsip dan ciri utama daripada undang-undang watan adalah AGAMA ISLAM, mengambil sumber perundangan daripada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak, Qiyas, dan Adat Melayu bersendi kitabullah, berteraskan ajaran Ahlus Sunnah wal Jamaah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Persoalannya, mengapa perkara yang sangat penting ini sering dicampur aduk dengan fahaman liberal dalam pentafsiran prinsip perundangan dan keadilan negara dari dulu sehingga ke hari ini?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jawapannya ialah semenjak awal kemerdekaan Tanah Melayu, kebanyakan hakim dan pengamal undang-undang adalah mereka yang mengambil pengajian undang-undang di UK, sehingga mereka lebih selesa memakai prinsip <em>English Common Law<\/em> dan kaedah-kaedah ekuiti tanpa merujuk kepada Jurisprudens Watan. Dalam tangan mereka inilah, pemikiran Dikotomi menatijahkan tafsiran-tafsiran dan keputusan-keputusan yang mencerminkan sistem politik dan perundangan. Namun begitu perlu dinyatakan bahawa bukan kesemuanya bercanggah dengan prinsip perundangan watan bersumberkan ajaran Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebaliknya Jurisprudens Watan terbatas dalam kerangka mahkamah syariah dan berkembang di fakulti-fakulti pengajian Islam. Namun begitu sejak lebih kurang 30 tahun lepas agenda pengharmonian undang-undang sivil dengan prinsip perundangan Islam sudah berlaku dan masih berjalan, Alhamdulillah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mi&#8217;RAJ berharap lebih ramai pengamal undang-undang dan pelajar undang-undang tempatan memberi tumpuan kepada elemen-elemen watan termasuk mempelajari sejarah perkembangan peradaban Melayu Islam di Tanah Melayu termasuk sistem-sistem pentadbiran dan perundangan tradisi, membuat pengkajian lanjut dan pembangunan (R&amp;D) elemen-elemen adat Melayu bersendi kitabullah, sekaligus membuat penelitian semula elemen-elemen pengabaian prinsip perlembagaan dan perundangan Islam yang telah berlaku semenjak awal kemerdekaan Tanah Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun Suzana @ Suzana Hj Othman<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Merujuk sumber: Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Kedaulatan Raja-Raja Melayu: Jurisprudens, Governan &amp; Prinsip Perlembagaan Persekutuan.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sistem perundangan Malaysia membenarkan pemakaian English Common Law\u00a0TERTAKLUK PADA Seksyen 3 (1) dan Seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 (semakan 1972). Bagi Semenanjung Tanah Melayu, mahkamah hendaklah mengguna pakai English Common Law dan kaedah-kaedah ekuiti seperti ditadbir setakat 7 April 1956 dengan syarat-syarat berikut: a. Sekiranya peruntukan undang-undang berkaitan dengannya belum digubal dan berkuat kuasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":15425,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"subtitle":"","format":"standard","video":"","gallery":"","source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[1008,1010,703,1474],"class_list":["post-15415","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-dr-wan-ahmad-fauzi","tag-miraj","tag-perlembagaan","tag-tun-suzana"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15415","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=15415"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15415\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15426,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15415\/revisions\/15426"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/15425"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=15415"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=15415"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=15415"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}