{"id":16042,"date":"2020-08-05T13:00:47","date_gmt":"2020-08-05T13:00:47","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=16042"},"modified":"2020-08-05T13:00:47","modified_gmt":"2020-08-05T13:00:47","slug":"bendera-terbalik-lagi-sudah-merdekakah-kita","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=16042","title":{"rendered":"BENDERA TERBALIK LAGI, SUDAH MERDEKAKAH KITA?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh Anuar Shaari<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>SABAN<\/strong> tahun kita menyambut 31 Ogos dengan laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Tahun ini kita bakal menyambutnya dengan sedikit kelainan apabila kerajaan memutuskan tiada perarakan besar-besaran bagi menyambutnya. Tiada juga percikan bunga api rasmi di Putrajaya mahupun kota-kota besar lain di dalam negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Banyak komen-komen sinis yang kita dengar apabila kerajaan melaksanakan SOP tertentu bagi mengawal penularan virus Covid-19.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u201c<em>Sambutan tak meriahlah bila tiada perbarisan\u201d, \u201cTiada perarakan? Sepilah sambutan tahun ini<\/em>\u201d, itu antara komen-komen yang boleh kita dengar dari sebilangan kecil rakyat Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adakah sambutan kemerdekaan saban tahun hanya diukur dengan besarnya sambutan perayaan? Adakah \u2018prop\u2019 pameran aset semasa perarakan menjadi ukuran berapa tingginya semangat nasionalisme kita menghayati erti kemerdekaan?Bagaimana pula dengan jati diri kita yang saban tahun merayakan Hari Kebangsaan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Persoalan-persoalan seperti di atas hanya membuktikan betapa tipisnya semangat nasionalisme sebilangan rakyat Malaysia menjelang ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-63. Tidak sepatutnya bagi rakyat yang sudah mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun berfikiran cetek sebegini. Ini sangat menghampakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keutuhan jati diri sebilangan rakyat Malaysia masih longgar. Kelompok ini dipesongkan keutamaan mereka dari tunjang utama iaitu semangat cintakan negara. Oleh itu, nilai nasionalime mereka diukur dari kecil besarnya sambutan perayaan. Ada juga yang hanya menantikan konsert percuma semasa sambutan kemerdekaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Termasuk juga dalam acara sambutan bulan kemerdekaan adalah Kempen Kibarkan Bendera Malaysia. Amat malang apabila kempen kibarkan bendera Malaysia kurang mendapat sambutan kerana tiada \u2018bendera percuma\u2019 dari kerajaan. Itu belum lagi kita bicara bagaimana penghormatan sesetengah rakyat Malaysia terhadap bendera negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bendera adalah panji-panji negara. Di dalam sejarah peperangan kuno dan moden, perkara utama yang akan dipertahankan adalah panji-panji. Pembawa bendera dalam peperangan akan memastikan bendera tetap berdiri megah walaupun perlu mengorbankan nyawanya. Suatu pasukan akan dikira kalah apabila benderanya dirampas dan dimusnahkan oleh pihak musuh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini berlainan sekali dengan situasi di Malaysia mutakhir ini. Kempen pemasangan atau mengibar bendera kurang sambutan. Kebanyakan kita masih berkira mahu membeli bendera negara biarpun ianya bernilai RM5. Dalam masa terdekat kita akan melihat bendera-bendera Malaysia \u2018rebah\u2019 di tepi-tepi jalan akibat pemasangan yang kurang cermat di kereta.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Amat menyedihkan apabila kita melihat bendera-bendera Malaysia yang lusuh dan koyak tergantung di premis-premis kerajaan dan swasta. Lebih parah lagi, masih ada warganegara Malaysia yang memasang bendera negara secara terbalik. Tidak timbul isu \u2018tidak sengaja\u2019 atau keliru setiap kali memasang bendera secara terbalik. Rakyat Malaysia yang teguh jati dirinya patut tahu bendera Malaysia yang betul dan cara memasangnya dengan betul.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat Malaysia juga sering duji dengan semangat patriotisme apabila berhadapan dengan anasir luar. Terkini, apabila sebuah stesen penyiaran antarabangsa menyiarkan rancangan yang memburukkan negara, rakyat Malaysia dilihat berpecah menyatakan pendirian mereka. Isu sejagat dan \u2018hak asasi\u2019 digunakan bagi menyokong individu bukan warganegara memburukkan imej negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Negara kita adalah negara berdaulat dan punya undang-undang. Yang lebih penting, kita melaksanakan undang-undang mengikut acuan kita sendiri. Media luar tidak perlu campur tangan mahupun mengajar bagaimana kita mahu mengurus negara kita. Bukan warganegara pula perlu patuh kepada undang-undang setempat demi kebaikan semua.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita tidak menuntut keganasan dan kacau-bilau apabila mempertahankan pendirian kita. Di samping kita bersikap adil dan menyantuni \u2018peri kemanusiaan\u2019, maruah negara jangan diinjak. Rekod Malaysia membantu mereka yang memerlukan tidak perlu dipertikaikan lagi. Sewajarnya dalam isu ini, kita bersatu mempertahankan maruah negara kita.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tanpa menafikan kebaikan dari kempen ini, sampai bilakah kita perlukan Kempen Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Bendera Malaysia setiap kali tiba bulan Ogos? Kempen penghayatan Rukun Negara boleh menjadi penyelesaian, namun ia perlukan pengorbanan dari semua.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selagi mana wujud kelompok yang hanya mengejar keuntungan politik, buatlah kempen apapun, ia akan gagal. Selagi mana berakar umbi mereka yang tiada semangat cintakan negara dan sanggup memburuk serta menghina negara sendiri di luar negara, selagi itulah masyarakat Malaysia akan terus berpuak-puak mengutamakan diri sendiri dari kepentingan negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adakah nilai negatif dengan budaya mencaci, menghina dan prejudis terhadap negara sendiri, menjadikan kita lebih baik di mata masyarakat dunia? Adakah perjuangan mereka yang terdahulu yang memungkinkan kita hidup selesa pada hari ini sudah tidak diendahkan lagi? Pujangga berkata \u201cmendapatkan kemerdekaan adalah sukar, namun mengekalkan kemerdekaan itu lebih sukar\u201d.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Walaupun berhadapan kekangan dan hambatan tegar dari kelompok yang tidak mahu menghormati semangat cintakan negara, usaha perlu diteruskan demi Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selamat datang Ogos, Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan, Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-63, namun\u2026 Sudah merdekakah kita? <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dipetik dari portal berita MHI &#8211; Melaka Hari Ini di pautan; <a href=\"https:\/\/www.melakahariini.my\/bendera-terbalik-lagi-sudah-merdekakah-kita\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.melakahariini.my\/bendera-terbalik-lagi-sudah-merdekakah-kita\/<\/a><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Anuar Shaari SABAN tahun kita menyambut 31 Ogos dengan laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Tahun ini kita bakal menyambutnya dengan sedikit kelainan apabila kerajaan memutuskan tiada perarakan besar-besaran bagi menyambutnya. Tiada juga percikan bunga api rasmi di Putrajaya mahupun kota-kota besar lain di dalam negara. Banyak komen-komen sinis yang kita dengar apabila kerajaan melaksanakan SOP [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":16043,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[563,1263,1563,332],"class_list":["post-16042","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-anuar-shaari","tag-bendera","tag-melaka-hari-ini-mhi","tag-merdeka"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16042","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16042"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16042\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16044,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16042\/revisions\/16044"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16043"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16042"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16042"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16042"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}