{"id":17235,"date":"2020-09-27T04:06:27","date_gmt":"2020-09-27T04:06:27","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=17235"},"modified":"2020-09-27T12:09:22","modified_gmt":"2020-09-27T12:09:22","slug":"prn-sabah-antara-kesilapan-dan-pengorbanan-pas-umno-yang-tidak-dihargai-bersatu-yang-kuat-membuli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=17235","title":{"rendered":"PASCA PRN SABAH DAN PERSEDIAAN PRU-15: KESILAPAN DAN PENGORBANAN PAS-UMNO YANG TIDAK BOLEH DIULANGI"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">1. Parti WARISAN mencatat jumlah kerusi tertinggi<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keputusan penuh Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah ke-16 yang telah dijalankan semalam menunjukkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) mendapat sokongan tertinggi iaitu 23 kerusi diikuti oleh UMNO, 14 dan Bersatu dengan 11 kerusi. STAR pula menang di 7 kerusi diikuti dengan PBS dan DAP masing-masing 6 kerusi. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PKR pula yang Presidennya sebelum ini membuat pengumuman mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen hanya berjaya mendapat 2 kerusi manakala bakinya UPKO 1 kerusi dan bebas 3 kerusi. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Namun jika mengikut kiraan melalui gabungan parti politik, Perikatan Nasional (PN) memperoleh kerusi yang terbanyak iaitu 38 diikuti dengan Warisan+ memperoleh 32 dan 3 bakinya adalah bebas.<\/span><\/p>\n<div class=\"elementor elementor-14967 elementor-location-single post-17229 post type-post status-publish format-standard has-post-thumbnail hentry category-semasa category-utama tag-prn-sabah\" data-elementor-type=\"single\" data-elementor-id=\"14967\" data-elementor-settings=\"[]\">\n<div class=\"elementor-section-wrap\">\n<section class=\"elementor-section elementor-top-section elementor-element elementor-element-3cacc6a0 elementor-section-boxed elementor-section-height-default elementor-section-height-default\" data-id=\"3cacc6a0\" data-element_type=\"section\">\n<div class=\"elementor-container elementor-column-gap-default\">\n<div class=\"elementor-row\">\n<div class=\"elementor-column elementor-col-100 elementor-top-column elementor-element elementor-element-41cb5910\" data-id=\"41cb5910\" data-element_type=\"column\" data-settings=\"{&quot;background_background&quot;:&quot;classic&quot;}\">\n<div class=\"elementor-column-wrap elementor-element-populated\">\n<div class=\"elementor-widget-wrap\">\n<div class=\"elementor-element elementor-element-14c6ca4b elementor-widget elementor-widget-theme-post-content\" data-id=\"14c6ca4b\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"theme-post-content.default\">\n<div class=\"elementor-widget-container\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Hajiji atau Shafie Apdal akan menjadi Ketua Menteri Sabah? <\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Persoalan siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah pula dilihat akan mencetuskan sedikit kemelut kerana kesetiaan beberapa ADUN yang pernah melompat sebelum ini diragui apatah lagi Warisan+ akan berhempas pulas mencari jalan untuk terus memerintah Sabah, sekaligus menyampaikan mesej kepada semua bahawa Pakatan Harapan masih relevan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sehingga awal pagi tadipun Shafie dilihat masih belum mengosongkan Pejabat Ketua Menteri Sabah, seolah-olah beliau masih berusaha sesuatu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sama juga di blok Perikatan Nasional di mana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah memberikan gambaran sebelum ini bahawa pembubaran Parlimen akan dibuat berdasarkan keputusan PRN Sabah. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka beliau akan memastikan calon Ketua Menterinya daripada parti Bersatu-Perikatan Nasional dan bukannya UMNO-Barisan Nasional yang memperoleh kerusi lebih tinggi, bagi menunjukkan partinya yang kecil tetap relevan dan &#8216;berkuasa&#8217; &#8211; wa<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">laupun akan mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan gabungan Perikatan Nasional-Muafakat Nasional.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. Bersatu awal-awal canang mereka paling layak sebagai Ketua Menteri<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Naratif mengenai Ketua Menteri daripada Bersatu telahpun &#8216;didendangkan&#8217; sebaik sahaja keputusan PRN Sabah diperoleh, dengan memberikan alasan bahawa Perikatan Nasional memiliki majoriti lebih daripada Barisan Nasional melalui Bersatu-Star dengan 17 kerusi berbanding Barisan Nasional hanya 14 kerusi dan 7 kerusi PBS dilihat sebagai penentu tetapi Bersatu yakin sokongan akan memihak kepadanya memandangkan mereka memiliki kuasa &#8216;<em>bargaining power<\/em>&#8216; lebih daripada UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain Muhyiddin sendiri sebelum ini memberi gambaran mahukan calon Bersatu, Hajiji menjadi Ketua Menteri Sabah yang mendapat kecaman ramai. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hajiji juga berkata siapa Ketua Menteri Sabah akan diumumkan tidak lama lagi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Kesilapan besar UMNO<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penganalisa politik melihat kesilapan besar UMNO apabila hanya bertanding di 42 buah kerusi berbanding 73 sebelum ini, yang dikorbankan untuk mengelak pertembungan sesama sendiri. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun pengorbanan tersebut memakan diri apabila calon Bersatu yang tidak diminati rakyat Sabah berbanding Barisan Nasional, telah menyebabkan pengundi-pengundi bertindak menyokong Warisan+ selain daripada dilihat Bersatu hanya membolot kerusi, walaupun sedar akan kalah dan langsung tidak memberikan satu kerusi yang dikorbankan UMNO kepada PAS. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini sangat merugikan UMNO tetapi boleh dijadikan iktibar dalam membuat strategi pembahagian kerusi lebih praktikal dan menguntungkan UMNO di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun jika formula berkorban kerusi di PRN Sabah ini dikekalkan, sampai bila-bilapun UMNO dan Barisan Nasional tidak akan kembali memerintah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. PAS berkorban, Bersatu pula ambil kesempatan &#8216;membuli&#8217; rakan<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun PAS telahpun menunjukkan kesetiaan dan semangat setiakawan kepada Bersatu apabila sanggup menyertai Perikatan Nasional walaupun sudah bersama UMNO di Muafakat Nasional, namun tetap tidak dihargai oleh Bersatu. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mujurnya pimpinan PAS mampu bersabar walaupun &#8216;dibuli&#8217; Bersatu dan berjaya menenangkan ahli-ahlinya yang mematuhi pimpinannya, namun sikap Bersatu yang &#8216;suka membuli&#8217; dan tidak menghargai rakan dalam gabungan ini wajar dihentikan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6. PAS dan UMNO jangan tersalah tafsir erti pengorbanan demi agama, bangsa dan negara &#8216;versi&#8217; Bersatu<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PAS dan UMNO tidak boleh tersilap dengan persepsi yang dimainkan Bersatu melalui naratif &#8220;pengorbanan demi agama, bangsa dan tanahair&#8221; jika mereka sendiri langsung tidak mahu berkorban. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"> menunjukkan pengorbanan yang diminta Bersatu itu sebenarnya hanya untuk parti mereka sendiri dan berselindung di sebalik pengorbanan demi agama, bangsa dan negara, dengan &#8216;menunggang&#8217; kekuatan parti-parti lain.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bulian ini diilihat berterusan jika Bersatu tetap berkeras meminta Ketua Menterinya dilantik daripada parti mereka. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Awasi pemimpin-pemimpin yang &#8220;lebih sudu dari kuah&#8221;<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PAS dan UMNO juga wajar berhati-hati dengan pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang telah mula menunjukkan &#8216;kemanjaan&#8217; kepada Bersatu yang tidak sedikitpun memberi manfaat kepada parti masing-masing kelak.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika ahli parti masing-masing berjaya diyakinkan bahawa ia tiada apa-apa tetapi PAS dan UMNO tidak boleh lupa kepada pengundi-pengundi dalam kalangan rakyat biasa yang bukan ahli parti, yang melihatnya sebagai bibit-bibit pengkhianatan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PAS tentu lebih faham kerana pernah berlaku kepada mereka sendiri apabila ada dalam kalangan pemimpin tertinggi mereka sebegitu &#8216;manja&#8217; dan lunak dengan DAP sebelum ini, yang akhirnya keluar dan mewujudkan Parti Amanah Negara (PAN).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">8. Pemimpin bersih dalam kerajaan Perikatan Nasional hanyalah khayalan<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Naratif Bersatu lebih bersih dan telah atau akan melantik semua pemimpin bersih sebagai Menteri Kabinet juga hanyalah khayalan semata-mata. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perbandingan mudah, tidak mungkin Azmin Ali yang terpalit sandal seks sesama jenis, dilantik Menteri Kanan yang &#8216;paling kanan&#8217;, diangkat sebegitu tinggi seumpama Timbalan Perdana Menteri, adalah lebih bersih dibandingkan dengan Dato&#8217; Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang tidak dilantik ke kabinet dan tidakpun mempunyai sebarang isu. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka apa yang Bersatu katakan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO seperti Zahid dan Najib langsung &#8220;tidak layak kerana tidak bersih&#8221; ini hanyalah retorik politik semata-mata.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\"><b>9. Apa yang PAS dan UMNO boleh belajar daripada &#8216;pengorbanan&#8217; di PRN Sabah?\u00a0<\/b><\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sudut positif pula, apa yang baiknya UMNO dan PAS boleh belajar daripada kesilapan ini tidak kira siapapun Ketua Menteri yang dilantik dan bekerjasama bersama lebih erat bagi menghadapi PRU-15 yang akan berlaku tidak lama lagi. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jangan lagi berkorban tidak kena tempat, kerana Ahli Parlimen Bersatu walaupun menang, tiada jaminan Ahli Parlimen mereka tidak akan melompat semula ke kem Tun Mahathir dan Pakatan Harapan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tun Mahathir juga sudah menyuarakan hasrat tidak akan bertanding pada PRU-15 kelak tetapi tetap aktif berpolitik, maka pasti beliau dan Pakatan Harapan akan mengukuhkan kedudukan masing-masing sementara masih ada ruang dan kesempatan.\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">10. Kesimpulan<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PAS dan UMNO wajar bermuhasabah dan duduk semeja bermesyuarat pasca PRN Sabah bagi membuat &#8216;<em>post mortem<\/em>&#8216; apa yang berlaku. Sekalipun Ketua Menteri dilantik daripada gabungan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, jangan terlalu gembira kerana hakikatnya ia tetap tidak menyelesaikan sebarang masalah selagi PRU-15 tidak diadakan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Jika asyik berkorban sehingga parti sendiri terkorban, lebih baik bertanding sahaja di semua 222 kerusi Parlimen yang ada.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/section>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1. Parti WARISAN mencatat jumlah kerusi tertinggi Keputusan penuh Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah ke-16 yang telah dijalankan semalam menunjukkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) mendapat sokongan tertinggi iaitu 23 kerusi diikuti oleh UMNO, 14 dan Bersatu dengan 11 kerusi. STAR pula menang di 7 kerusi diikuti dengan PBS dan DAP masing-masing [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":17252,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[214,61],"tags":[661,1576,782,823],"class_list":["post-17235","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-khas","category-rencana","tag-bersatu","tag-prn-sabah","tag-pru-15","tag-umno-pas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17235","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17235"}],"version-history":[{"count":19,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17263,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17235\/revisions\/17263"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17252"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}