{"id":17898,"date":"2020-10-24T00:44:01","date_gmt":"2020-10-24T00:44:01","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=17898"},"modified":"2020-10-24T02:00:40","modified_gmt":"2020-10-24T02:00:40","slug":"apa-akan-jadi-sekiranya-ydp-agong-tidak-perkenan-cadangan-darurat-tan-sri-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=17898","title":{"rendered":"APA AKAN JADI SEKIRANYA YDP AGONG TIDAK PERKENAN CADANGAN DARURAT TAN SRI MUHYIDDIN?"},"content":{"rendered":"<div class=\"intro-text\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Oleh Isham Jalil<\/span><\/p>\n<\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya telah mendapat khabar semalam bahawa SPB YDP Agong telah bertitah untuk membincangkan dahulu dengan Majlis Raja-raja tentang cadangan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin sebelum Baginda membuat keputusan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Langkah SPB YDP Agong ini adalah satu keputusan yang bijak dan tertib.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada hemat saya terdapat beberapa sebab mengapa YDP Agong memilih untuk memperhalusi sedalamnya cadangan darurat ini dan tidak sewenang-wenang memperkenannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PERTAMA ialah sekiranya terdapat cara atau pilihan lain yang boleh dilakukan dahulu sebelum langkah pengisytiharan darurat dibuat memandangkan ia sepatutnya menjadi pilihan terakhir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Contohnya sekiranya terdapat peruntukan undang-undang lain yang boleh digunapakai atau dikuatkuasa dengan lebih ketat untuk menangani dan mengekang ancaman wabak COVID-19 ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seperti Akta 342: Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang digunapakai kini membolehkan sesuatu kawasan jangkitan penyakit yang spesifik dikuarantin dan disita tanpa pengisytiharan darurat secara menyeluruh di seluruh negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mungkin tidak masuk akal jika kawasan-kawasan yang bebas COVID-19 di negeri yang tidak kritikalpun terpaksa melalui perintah darurat kerana peningkatan kes COVID-19 di suatu daerah wabak di negeri lain yang kritikal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini terutamanya jika negeri-negeri ini adalah berjauhan dan perintah larangan merentas sempadan negeri boleh dikenakan semula tanpa darurat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu pertimbangan perlu dibuat sama ada Perintah Kawalan Pergerakan sedia ada dan kuasa-kuasa yang tertakluk dalam Akta 342 di atas atau akta-akta lain adalah memadai untuk dikuatkuasa dengan lebih &#8216;<em>targeted<\/em>&#8216; atau bersasar dan berkesan untuk menangani kenaikan jangkitan wabak COVID-19 baru-baru ini sebelum darurat secara pukul rata di seluruh negara diisytihar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Untuk mengelak pilihan raya kecil kerana ancaman COVID-19 di sesuatu kawasan seperti di Batu Sapi, Sabah contohnya, darurat boleh diisytihar di kawasan tersebut sahaja seperti yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977 dan tidak perlu di seluruh negara dan tidak perlu menggantung keseluruhan Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">KEDUA ialah untuk mengelakkan peruntukan darurat dalam Perlembagaan disalahguna untuk kepentingan politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam sejarah dunia darurat akibat politik ini pernah berlaku namun tidak sepatutnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada 12 Jun 1975, Perdana Menteri India, Indira Gandhi telah dilucutkan jawatan Ahli Parlimen dan Perdana Menteri oleh mahkamah atas kesalahan pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada hari yang sama, untuk mengelakkan kehilangan jawatannya, Perdana Menteri Indira Gandhi telah menulis draf ordinan pengisytiharan darurat dan mengangkat cadangan ordinan ini kepada Presiden India ketika itu iaitu Presiden Fakhruddin Ali Ahmed.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keesokan harinya, atas persetujuan Presiden, Indira Gandhi telah mengisytiharkan darurat dan kekal sebagai Perdana Menteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebaik selepas pengisytiharan darurat, ramai pemimpin-pemimpin politik yang menentang Perdana Menteri telah ditangkap, kebebasan media dikekang dan penghakiman mahkamah digantung.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Setahun selepas itu pada bulan Ogos 1976 dalam tempoh darurat, Indira Gandhi telah menggubal Perlembagaan dengan Artikel 41 yang menyatakan bahawa tindakan undang-undang jenayah atau sivil tidak boleh diambil ke atas Presiden dan Perdana Menteri semasa mereka memegang jawatan atau selepas bersara selama seumur hidup mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada tahun 1977, kerana terpaksa akibat tekanan rakyat, Indira Gandhi telah membubarkan Parlimen untuk pilihan raya umum dan menamatkan darurat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada pilihan raya umum tersebut, beliau dan parti Kongres beliau telah kalah teruk dengan kehilangan hampir separuh daripada 352 kerusi yang mereka telah menangi sebelum itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat telah nampak agenda mereka dan menolak mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya SPB YDP Agong tidak memperkenankan cadangan darurat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, maka Perlembagaan dan Parlimen tidak akan digantung.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sidang Parlimen yang dijadualkan pada bulan hadapan akan diteruskan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun terdapat permohonan usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri dalam sidang Parlimen ini, usul ini besar kemungkinan tidak akan dibentang atau diundi kerana prosidur Parlimen yang membolehkan usul-usul yang bukan melibatkan urusan kerajaan (seperti usul undi tidak percaya) diletak di keutamaan terkebelakang oleh itu tidak akan sempat dibentang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun pada sidang Parlimen bulan ini akan ada pembentangan perbelanjaan kerajaan untuk Bajet 2021 yang memerlukan undian Ahli-ahli Parlimen untuk diluluskan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti dalam dewan untuk usul Bajet ini, maka ia jelas menunjukkan bahawa kerajaan dan Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila ini berlaku maka Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin tidak ada pilihan lain selain meletakkan jawatan dan\/atau menasihati SPB YDP untuk membubarkan Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan pembubaran Parlimen, SPB YDP Agong boleh melantik Perdana Menteri sementara yang lain selain Tan Sri Muhyiddin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Baginda juga boleh melantik kembali Tan Sri Muhyiddin jika Baginda perkenan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya wabak COVID-19 masih belum reda, maka tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihanraya selepas pembubaran Parlimen seperti yang termaktub dalam Perlembagaan boleh dilanjutkan dengan pengisytiharan darurat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam tempoh darurat ini kuasa adalah di tangan Perdana Menteri sementara yang baru tersebut, yang memegang kuasa-kuasa yang diwakili secara statut atau prerogatif (<em>delegated statutory or prerogative powers<\/em>) dari SPB YDP Agong semasa tempoh darurat sehingga pilihan raya diadakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Cadangan saya ialah: Untuk mengelakkan jalan yang panjang dan memakan masa tetapi dengan pengakhiran yang sama (darurat) seperti di atas, adalah lebih afdal untuk rakyat dan negara jika Tan Sri Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu dan menyerahkannya kembali kepada budi bicara dan kebijaksanaan SPB YDP Agong untuk menentukan sepenuhnya sama ada untuk melantik Perdana Menteri yang baru, membubarkan Parlimen, atau mengisytiharkan darurat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Langkah ini adalah lebih sopan dan &#8216;<em>gentleman<\/em>&#8216; iaitu dengan memberi ruang sepenuhnya kepada SPB YDP Agong untuk membuat keputusan tanpa apa-apa kekangan atau paksaan (jika ada).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">24 Oktober 2020<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/839759056779620\/?extid=0&amp;d=n\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/839759056779620\/?extid=0&amp;d=n<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Isham Jalil Saya telah mendapat khabar semalam bahawa SPB YDP Agong telah bertitah untuk membincangkan dahulu dengan Majlis Raja-raja tentang cadangan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin sebelum Baginda membuat keputusan. Langkah SPB YDP Agong ini adalah satu keputusan yang bijak dan tertib. Pada hemat saya terdapat beberapa sebab mengapa YDP Agong [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":17899,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","post_reading_time_wpm":"300","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1"}],"image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"view_counter_number":"0","share_counter_number":"0","like_counter_number":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[1660,500,461,790],"class_list":["post-17898","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-darurat","tag-isham-jalil","tag-muhyiddin","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17898","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17898"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17898\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17901,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17898\/revisions\/17901"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17899"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17898"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17898"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17898"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}