{"id":17987,"date":"2020-10-25T02:40:51","date_gmt":"2020-10-25T02:40:51","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=17987"},"modified":"2020-10-25T07:29:15","modified_gmt":"2020-10-25T07:29:15","slug":"rasional-antara-darurat-dan-gantung-parlimen-dengan-ancaman-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=17987","title":{"rendered":"ANTARA RASIONAL DARURAT DAN GANTUNG PARLIMEN KETIKA ANCAMAN COVID-19"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">1. Memilih &#8216;darurat&#8217; daripada membubarkan Parlimen merupakan salah satu pilihan yang boleh diambil dan dibenarkan Perlembagaan terutamanya dalam menghadapi ancaman pandemik Covid-19, namun apakah bentuk darurat yang dicadangkan kerajaan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Perlu juga difahami bahawa;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">(i) <em>Tidak bersetuju dengan darurat tidak bererti bersetuju dengan pembubaran Parlimen.<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">(ii) <em>Bersetuju dengan pembubaran Parlimen tidak bererti bersetuju jika pilihan raya diadakan serta merta ketika ancaman Covid-19 masih melanda.<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. Tiada seorangpun yang waras akan memilih pilihan raya diadakan serta merta ketika ini ketika negara masih bergelut mencari jalan keluar daripada ancaman Covid-19.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sudah membuktikan bahawa rakyat menolaknya walaupun kerajaan sendiri ketika itu tidak menghalang, malah ghairah menghantar pegawai-pegawainya ke sana untuk merundingkan perkara tersebut.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. Hanya UMNO dan Tan Sri Musa Aman sahaja yang memohon penangguhan di mahkamah tetapi permohonan tersebut ditolak. Rujuk; <a href=\"https:\/\/www.astroawani.com\/berita-politik\/musa-aman-tolak-keputusan-bubar-dun-kerana-bahayakan-nyawa-rakyat-sabah-253337\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.astroawani.com\/berita-politik\/musa-aman-tolak-keputusan-bubar-dun-kerana-bahayakan-nyawa-rakyat-sabah-253337<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6. Apabila PRN Sabah tetap diadakan maka tentulah ramai ahli politik dan penyokong-penyokongnya ke sana membantu PRN tersebut, natijahnya seperti yang boleh dilihat hari ini, sehingga tiba-tiba negara dikejutkan dengan cadangan darurat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Bermula naratif bahawa sudah berpuluh negara melaksanakan darurat bagi menjustifikasikan cadangan tersebut tetapi wajar diteliti darurat apakah yang dilaksanakan di negara tersebut?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">8. Mengikut negara lain tidak bererti baik buat negara sendiri apatah lagi sekiranya ada jalan lain yang boleh diambil terlebih dahulu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">9. Perlu juga ditanya, adakah darurat di negara lain yang dibandingkan dengan negara ini membabitkan Parlimennya digantung atau melaksanakan &#8216;<em>prorogue Parliament<\/em>&#8216; atau melaksanakan darurat bencana atau kesihatan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">10. Adakah darurat keselamatan dan &#8216;<em>martial law<\/em>&#8216; dikuatkuasakan di negara tersebut dengan pihak tentera mengambil alih atau hanya &#8216;darurat bencana&#8217; atau kesihatan yang dilaksanakan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">11. Selain itu, adakah negara yang dibandingkan tersebut situasinya seperti Malaysia yang sedang berdepan dengan krisis politik dan Perdana Menterinya dipercayai tidak lagi mempunyai sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi &#8211; kerana itulah cadangan darurat ini dicurigai kerana dilihat sebagai tindakan yang bersifat politik menyelamatkan Perdana Menteri, bukannya demi menyelamatkan nyawa rakyat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">12. Lainlah jika darurat yang dicadangkan oleh Perdana Menteri sama seperti darurat yang terpaksa dilaksanakan di Thailand kerana melibatkan demonstrasi besar-besaran, ribuan demonstran turun ke jalan raya menuntut perubahan sistem DiRaja serta mendesak Perdana Menterinya yang merampas kuasa meletakkan jawatan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">13. Maka timbullah persoalan kenapakah kerajaan tidak melaksanakan &#8216;darurat bencana&#8217; mengikut daerah atau negeri terlebih dahulu dan ini bukan perkara luar biasa di mana pada tahun 2013, Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pernah melaksanakan &#8220;darurat bencana jerebu&#8221; apabila tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah melebihi tahap kecemasan &#8211; tanpa melibatkan perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan negara. Rujuk; <a href=\"https:\/\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/najib-isytihar-darurat-di-muar-dan-ledang-16954\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/najib-isytihar-darurat-di-muar-dan-ledang-16954<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8220;<em>Adalah perlu dijelaskan bahawa pengisytiharan darurat bencana jerebu ini tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan juga tiada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Persekutuan sekarang ini.<\/em>&#8220;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">14. Jika kerajaan mengikut cara yang lebih jelas, bijak dan berperingkat seperti contoh di atas, bukankah darurat bencana Covid-19 di Sabah sepatutnya sudahpun dikuatkuasakan terlebih dahulu tanpa perlu memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, kemudian dikuatkuasakan ke negeri atau daerah lain yang terkesan?\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">15. Apa yang dipertikaikan ketika ini ialah apa rasional darurat yang ingin dilaksanakan perlu melibatkan corak dan sistem pemerintahan negara, sehingga melibatkan istana dan Yang DiPertuan Agong?\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">16. Bukankah banyak lagi pilihan lain yang boleh dilaksanakan tanpa melibatkan istana contohnya &#8216;<em>full lockdown<\/em>&#8216; seperti yang berlaku di gelombang pertama yang terbukti berkesan atau kerajaan boleh juga laksanakan darurat bencana mengikut negeri atau kawasan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">17. Bahkan pimpinan tertinggi UMNO juga telah mencadangkan gencatan politik diadakan bagi menumpukan usaha kepada ancaman Covid-19 secara bersepadu &#8211; yang seharusnya disambut baik oleh semua pihak sama ada kerajaan ataupun pembangkang bagi menangani Covid-19 bersama-sama.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">18. Justeru adakah cadangan melaksanakan darurat dan sekaligus menggantung Parlimen ini boleh menjamin kestabilan ekonomi dan politik, yang menjadi punca kepada ketidakstabilan negara selama ini?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">19. Atau ia hanya akan menambah parah dan derita rakyat apabila ekonominya merudum setelah darurat dilaksanakan, tanpa ada &#8216;<em>check and balance<\/em>&#8216; dan tidak lagi boleh ditegur oleh Ahli Dewan Rakyat ketika itu?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">20. Namun apa juapun keputusan yang diambil selepas ini oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang sedang bermesyuarat dan berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu, wajar dijunjung oleh seluruh rakyat jelata yang bernaung di bawah panji-panji DiRaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Daulat Tuanku.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1. Memilih &#8216;darurat&#8217; daripada membubarkan Parlimen merupakan salah satu pilihan yang boleh diambil dan dibenarkan Perlembagaan terutamanya dalam menghadapi ancaman pandemik Covid-19, namun apakah bentuk darurat yang dicadangkan kerajaan? 2. Perlu juga difahami bahawa; (i) Tidak bersetuju dengan darurat tidak bererti bersetuju dengan pembubaran Parlimen. (ii) Bersetuju dengan pembubaran Parlimen tidak bererti bersetuju jika pilihan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17997,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[214,61],"tags":[1660,461,790],"class_list":["post-17987","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-khas","category-rencana","tag-darurat","tag-muhyiddin","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17987","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17987"}],"version-history":[{"count":17,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17987\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18038,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17987\/revisions\/18038"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17997"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17987"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17987"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17987"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}