{"id":18007,"date":"2020-10-25T03:55:32","date_gmt":"2020-10-25T03:55:32","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=18007"},"modified":"2020-10-25T03:55:32","modified_gmt":"2020-10-25T03:55:32","slug":"isu-pencerobohan-tanah-haram-musang-king-di-mana-maruah-kerajaan-negeri-di-mana-pbt","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=18007","title":{"rendered":"ISU PENCEROBOHAN TANAH HARAM MUSANG KING: DI MANA MARUAH KERAJAAN NEGERI, DI MANA PBT?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Isu pencerobohan tanah di Raub yang melibatkan pekebun durian secara haram kini timbul kembali. Mungkin ramai yang tidak perasan atau sedar yang mereka ada berhimpun dan keluarkan kenyataan media semalam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka telah mewujudkan satu gabungan yang dinamakan <em>Save Musang King Alliance (SAMKA)<\/em> yang dianggotai oleh 204 orang bagi mempertahankan tindakan haram mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam satu laporan, SAMKA telah mendakwa bahawa kerajaan negeri sudah bersetuju untuk menghalalkan tanah ini dengan melantik pihak ketiga untuk menguruskannya. Walaupun &#8216;dihalalkan&#8217;, itu pun mereka bantah dan bawa ke mahkamah dengan pihak ketiga ini akan mengenakan bayaran yang tinggi sebaliknya mereka meminta kerajaan negeri berurusan terus dengan para pekebun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apapun yang diputuskan mahkamah nanti bukanlah menjadi isu tetapi yang menjadi persoalan kepada rakyat ialah:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">i. Benarkah kerajaan negeri menghalalkan pencerobohan ini? <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ii. Kenapa perlu pihak ketiga untuk mengambil tindakan bukan PBT? <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">iii. Apa peranan Majlis Daerah dalam hal ini? <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">iv. Adakah di sana tangan-tangan ghaib yang menjadi dalang sehingga pencerobohan ini sudah dihalalkan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">v. Apakah SPRM sendiri takut untuk buat siasatan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat pasti melihat kes ini dengan penuh kesedihan dan rasa marah. Apa tidaknya, tentera yang berkorban siang dan malam mempertahankan negara nak dapat satu ekar tanah untuk hidup pun susah. Tetapi beribu ekar diceroboh dengan senangnya mahu dihalalkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di mana maruah kerajaan negeri? Di mana kredibiliti PBT? Kenapa para pemimpin begitu takut dengan pekebun haram ini? Di mana ahli Parlimen Raub dan ADUN di sini? Adakah mereka bersekongkol sekali? Semua ini adalah persoalan-persoalan yang bermain dalam kepala rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sudah hampir pasti nampaknya penceroboh-penceroboh ini akhirnya tidak akan dikenakan apa-apa tindakan malah bebas terus bertanam dan mengutip hasil di atas tanah haram. Apa lagi yang rakyat boleh harapkan pada pemimpin politik hari ini? Sudahlah tanah rizab Melayu habis digadainya selama berpuluh tahun, inikan pula tanah kerajaan sendiripun tidak berani hendak buat apa apabila diceroboh? Pelik tetapi benar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Aminuddin Yahaya<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">25 Oktober 2020<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sumber: <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/110522647436048\/posts\/135945378227108\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.facebook.com\/110522647436048\/posts\/135945378227108\/<\/a><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu pencerobohan tanah di Raub yang melibatkan pekebun durian secara haram kini timbul kembali. Mungkin ramai yang tidak perasan atau sedar yang mereka ada berhimpun dan keluarkan kenyataan media semalam. Mereka telah mewujudkan satu gabungan yang dinamakan Save Musang King Alliance (SAMKA) yang dianggotai oleh 204 orang bagi mempertahankan tindakan haram mereka. Dalam satu laporan, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18010,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[948,947,1614],"class_list":["post-18007","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-aminuddin-yahaya","tag-isma","tag-isu-dusun-durian-haram-raub"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18007","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18007"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18007\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18011,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18007\/revisions\/18011"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18010"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18007"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18007"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18007"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}