{"id":18097,"date":"2020-10-26T07:05:23","date_gmt":"2020-10-26T07:05:23","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=18097"},"modified":"2020-10-26T07:05:23","modified_gmt":"2020-10-26T07:05:23","slug":"menjunjung-kasih-kebijaksanaan-raja-raja-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=18097","title":{"rendered":"MENJUNJUNG KASIH KEBIJAKSANAAN RAJA-RAJA MELAYU"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Keputusan Yang DiPertuan Agong, setelah berbincang dengan Raja-Raja Melayu yang lain, menolak nasihat Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat pada masa ini disambut baik oleh pelbagai lapisan masyarakat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya perhatikan Raja-Raja Melayu sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah banyak memainkan peranan aktif baginda dalam menyempurnakan salah satu fungsi semak dan seimbang (<em>check and balance<\/em>) bagi mengelakkan kezaliman penindasan dan penyalahgunaan kuasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keputusan Yang DiPertuan Agong menolak nasihat Perdana Menteri ini dikatakan kali pertama berlaku dalam sejarah negara. Sebagai payung kepada rakyat, Raja-Raja Melayu menjadi benteng kepada rakyat dan negara bagi mempastikan keadilan dapat ditegakkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkembangan terbaru ini memberi isyarat yang jelas bahawa konsep Raja BerPerlembagaan ini bukanlah dekorasi atau retorik semata-mata. Ia adalah benar dan berpijak di bumi yang nyata, masih diaplikasi dalam negara, bukan sudah dihantar ke muzium sahaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkembangan ini juga sangat menarik khususnya apabila kita meneliti Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan yang sebelum ini dikatakan Yang DiPertuan Agong terikat dengan nasihat Perdana Menteri. Perkembagan ini juga akan mengajak ahli akademik, peguam dan mahkamah membaca dan mentafsir semula ratifikasi perundangan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan ini, sejauh mana nasihat Perdana Menteri mengikat Yang DiPertuan Agong dan apakah perkataan \u2018nasihat\u2019 itu perlu ditafsirkan atau diberi makna harfiahnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hal ini hanya boleh diputuskan dengan tuntas jika ia dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk pertimbangan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Darurat bukanlah pertama kali akan berlaku di Malaysia sekiranya ia dilaksanakan. Sebelum ini juga proklamasi darurat telah beberapa kali dibuat. Walaupun proklamasi darurat yang paling dimaklumi ialah Darurat 13 Mei 1969, tetapi ada juga proklamasi darurat yang berlaku di Kelantan, Sarawak dan lain-lain lagi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun saya tidak berhasrat menulis mengenai darurat kerana ia tidak diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagi mereka yang berminat mengenai isu ini boleh membaca penghakiman-penghakiman seperti di dalam kes Stephen Kalong Ningkan v<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"> Abang Openg and Tawi Sli (1968) 2 MLJ 238 dan kes Teh Poh Cheng v PP [1979] 1 MLJ 150.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagi golongan anti-monarki pasti mereka kini berada di dalam \u2018<em>conundrum<\/em>\u2019 kerana dalam mereka tidak mahu darurat diisytiharkan, mereka juga mahu Yang DiPertuan Agong terikat dengan nasihat Perdana Menteri. Mereka tidak menerima kuasa yang lebih besar dimainkan oleh Raja-Raja Melayu walaupun konsep Raja Berperlembagaan itu dijunjung. Apa yang mereka mahu ialah konsep demokrasi dilaksanakan sepenuhnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun sedarlah di Malaysia negara yang kita cintai ini, Raja-Raja Melayu adalah salah satu struktur asas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tanpa baginda Perlembagaan itu sendiri tidak dapat dilaksanakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedua-dua konsep \u2018Raja Berperlembagaan\u2019 dan \u2018Demokrasi Berparlimen\u2019 tidak disebut secara spesifik di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi hal ehwal mengenai keduanya dihurai panjang di dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa juapun konsep yang dijunjung, kesejahteraan rakyat hendaklah diutamakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebenarnya sistem perundangan di Malaysia mempunyai kaedah semak dan seimbang melalui pembahagian kuasa. Pembahagian kuasa antara pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman sangat penting untuk dilaksanakan dan tidak di campur adukkan. Di Malaysia pula, di atas ketiga-tiga agensi pemegang kuasa tersebut Raja-Raja memainkan kuasa untuk semak dan seimbang ketiga- tiga cabang tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Titah Yang DiPertuan Agong agar ahli politik mengenepikan perbezaan politik antara mereka juga perlu diberikan perhatian. Desakan agar Perdana Menteri meletak jawatan tidak selari dengan titah baginda yang mahukan tumpuan diberikan kepada melawan pandemik Covid-19, dan mempastikan kesejahteraan rakyat dengan berpolitik dengan matang dan bertanggungjawab.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Marilah kita bersama-sama membangunkan negara dan bersatu melawan pandemik Covid-19.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Begitu juga titah Baginda agar pembentangan Bajet 2021 dapat dilakukan dan diluluskan, perlu juga diberikan perhatian oleh semua ahli Parlimen. Ini adalah disebabkan jika Bajet 2021 tidak diluluskan kerajaan tidak boleh berbelanja untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat pada tahun 2021.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu pada pandangan saya Perdana Menteri tidak kalah semua, tetapi tidak juga mendapat semua yang dihajatinya. Apa yang penting ialah kesejahteraan rakyat diberikan keutamaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kemelut politik ini bukan semata-mata kerana terdapat golongan yang mahu merebut kuasa, ia juga hasil daripada kegagalan menguruskan kuasa itu sendiri. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hal ini bukan sahaja berlaku di dalam Perikatan Nasional, tetapi juga dalam Pakatan Harapan dahulu. Malah Barisan Nasional juga menghadapi masalah yang sama. Apabila sudah berada di puncak kuasa rakyat diketepikan. Pemimpin hanya mahu mendengar apa yang mereka suka dengar, bukan yang sepatutnya mereka dengar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lebih teruk lagi, mereka hanya mahu mendengar dari golongan yang sealiran dengan mereka sahaja, meminggirkan golongan profesional, NGO, alim ulama dan mereka yang tidak mempunyai kepentingan politik atau peribadi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam premis di atas, saya mengajak kepada semua ahli politik, badan profesional dan NGO, alim ulama bersama-sama mengenepikan kepentingan sendiri dan mengutamakan kesejahteraan rakyat bagi membangunkan negara yang kita cintai ini sejajar dengan titah Yang DiPertuan Agong. Berundinglah di luar Dewan dan bawalah pemuafakatan itu ke dalam Dewan demi negara yang kita cintai ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Titah baginda yang sarat dengan hikmah itu bukan sahaja mesti dibaca secara tersurat tetapi di sebalik bait-bait titah baginda terdapat ibrah yang sangat besar bagi kita fahami dan laksanakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Patik menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku. Daulat Tuanku. Allahuakbar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato Haji Zainul Rijal Abu Bakar<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Presiden<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">26 Oktober 2020<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan Yang DiPertuan Agong, setelah berbincang dengan Raja-Raja Melayu yang lain, menolak nasihat Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat pada masa ini disambut baik oleh pelbagai lapisan masyarakat. Saya perhatikan Raja-Raja Melayu sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah banyak memainkan peranan aktif baginda dalam menyempurnakan salah satu fungsi semak dan seimbang (check and balance) bagi mengelakkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":18099,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[44,212],"tags":[1660,777,790,1327],"class_list":["post-18097","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-daulat","category-utama","tag-darurat","tag-ppmm","tag-ydp-agong","tag-zainul-rijal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18097","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18097"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18097\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18100,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18097\/revisions\/18100"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18099"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18097"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18097"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18097"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}