{"id":18167,"date":"2020-10-27T09:33:13","date_gmt":"2020-10-27T09:33:13","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=18167"},"modified":"2020-10-27T09:35:40","modified_gmt":"2020-10-27T09:35:40","slug":"18167","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=18167","title":{"rendered":"SAYA KEMUKAKAN 3 CADANGAN DEMI KEBAIKAN PARTI, NEGARA DAN RAKYAT &#8211; NAJIB"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala tuju UMNO pasca YDP Agong dan Raja-raja Melayu menolak permintaan darurat kerajaan PN.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semua diberi peluang untuk mengutarakan pandangan masing-masing. Ini adalah amalan lazim dalam U<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">MNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara cadangan yang saya utarakan ialah untuk kerjasama bersyarat dengan Anwar tanpa DAP sehingga PRU-15.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dua lagi cadangan adalah untuk mendapat persetujuan untuk PRU diadakan pada suatu tarikh yang tetap pada masa depan setelah Covid-19 terkawal demi memulihkan kestabilan politik serta cadangan bahawa UMNO teruskan kerjasama dengan PN dengan syarat UMNO diberikan lebih peranan dalam kerajaan untuk menentukan hala tuju ekonomi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Fahamkan, ia adalah cadangan-cadangan untuk diperbincangkan. Bukan kata muktamad.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tapi ada juga netizen yang kecam saya sebab antara cadangan saya ialah kerjasama bersyarat dengan Anwar tanpa DAP sehingga PRU-15.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Turut dimainkan beberapa portal media beri gambaran ia bagai satu keputusan muktamad. Itu tidak benar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ia hak untuk netizen kecam saya. Saya faham. Dan saya tidak kata media sosial bukan level saya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Itupun cadangan untuk kita berbincang sahaja. Belum bekerjasamapun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perlu ingat juga yang pernah berpakat secara rasmi dengan Anwar termasuk:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">1. Mahathir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Muhyiddin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. Azmin Ali dan Zuraida<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Parti PAS<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. UMNO sendiri<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tujuan mesyuarat petang semalam untuk berbincang hala tuju memang untuk mencari, berbincang dan menilai pelbagai cadangan dan kemungkinan demi kepentingan parti dan kebaikan rakyat dan negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kalau bukan untuk bincang pelbagai kemungkinan, kenapa pula kita nak bermesyuarat?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bukan bermaksud kita mesti laksanakan setiap cadangan. Sebaliknya cadangan diperbincangkan dengan mendalam oleh setiap yang hadir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ada yang tuduh saya pencinta atau &#8216;BFF&#8217; Anwar. Malah ada mengeluarkan kembali foto saya menziarahi Anwar di hospital. Saya melawat ramai pemimpin politik ketika mereka sakit biarpun tidak sehaluan dalam politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ada yang tuduh saya hendak lepaskan dari kes-kes mahkamah saya. Ada yang kecam saya gila kuasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tetapi perlu ingat bahawa ramai yang kata begitu juga masa kita bersetuju untuk mewujudkan PN walaupun saya kata saya tidak mahu jawatan dan saya mahu kes-kes saya diteruskan untuk bersihkan nama saya melalui proses pengadilan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketiga-tiga cadangan saya adalah berdasarkan kepentingan parti dan kebaikan negara, yang tunjangnya adalah rakyat. Kalau saya tidak pedulikan rakyat, sudah tentu saya tidak menulis saranan-saranan demi kepentingan rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pendapat saya bahawa kita perlu terbuka untuk berbincang dengan parti-parti lain juga adalah sebagai pendirian politik kepada PN bahawa UMNO masih ada pilihan lain. Perlu diingatkan UMNO adalah sebuah parti politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika dulu UMNO tidak terbuka, tidak wujudlah Muafakat Nasional dengan PAS dan kerajaan PN dengan PPBM yang merupakan musuh kita selewat bulan Februari 2020.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malam semalam, Majlis Tertinggi UMNO telah putuskan bahawa kita teruskan kerjasama dalam kerajaan PN tetapi dengan gesaan kerjasama ini perlu berpaksikan nilai penghormatan dan <em>political consensus<\/em>. Ia juga perlu ada keseimbangan yang jelas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keputusan ini juga satu dari 3 cadangan yang saya sebut semalam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai orang parti, saya akur dengan keputusan ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tetapi jika gesaan kerjasama untuk lebih saksama ini tidak dihormati maka:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8211; Kemarahan akar umbi UMNO terhadap ketidakseimbangan kerjasama dalam PN yang memuncak pada PRN Sabah akan terus membara. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8211; UMNO turut akan terpalit sama bersama apabila ekonomi menjadi semakin parah, bantuan khusus Sabah yang amat diperlukan ketika ini masih tidak kelihatan, moratorium pinjaman yang berulang-kali digesa seluruh kepimpinan serta akar umbi UMNO tidak dilanjutkan, rancangan menyelamatkan negara tidak berkesan walaupun UMNO (dan semua parti lain dalam kerajaan PN) tidak diberi sebarang peranan. Kita bukan PM, Menteri kanan paling kanan, Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi ataupun ahli Majlis Tindakan Ekonomi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8211; UMNO turut dipersalahkan apabila penjualan aset negara yang ditolak rakyat seperti penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World serta penjualan FGV diteruskan walaupun dibantah UMNO berulang kali tetapi tidak diendahkan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8211; UMNO juga akan turut menerima kritikan apabila langkah-langkah kontroversial seperti langkah beberapa individu tertentu tiba-tiba mohon darurat diisytiharkan tanpa persetujuan dan pengetahuan UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8211; UMNO dan BN turut dipersalahkan dengan presepsi layanan dwi-standard antara pemimpin kerajaan PN dan rakyat yang langsung tidak melibatkan pemimpin BN pun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8211; Dan sudah tentu UMNO turut dipersalahkan jika keadaan Covid-19 tidak terkawal dan bertambah teruk walaupun kebanyakan kes ini berpunca dari kecuaian menjaga pusat tahanan, lokap, penjara dan pengendalian PATI yang ditahan di bawah kementerian yang bukan di bawah UMNO. Inilah yang menyebabkan Covid-19 menular semula di Sabah dan kemudiannya merebak ke seluruh negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai orang parti, saya bimbang bahawa kuasa sementara yang sedang dikongsi dan jawatan sementara yang sedang dinikmati UMNO\/BN dalam kerajaan PN akan menyebabkan kekalahan lagi teruk dalam PRU-15 sedangkan trend sebelum kita bentuk kerajaan PN ialah Muafakat Nasional akan menang besar dalam PRU-15. Malah kita sudah buktikan melalui kemenangan PRK berturut-turut BN sebelumnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">UMNO perlu sedar wujudnya risiko ini (seperti yang diulas beberapa penganalis dalam artikel pagi ini) dan ini yang saya nampak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mungkin ramai yang tidak berpendapat sebegini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ikhlas dari seorang ahli parti yang paling lantang menentang gagalkrasi PH tiap-tiap hari secara habis-habisan sepanjang 22 bulan sehingga PH tumbang tanpa meminta sebarang jawatan dalam parti atau kerajaan pada ketika hampir semua pemimpin-pemimpin lain membisu dan <em>play safe<\/em>.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala tuju UMNO pasca YDP Agong dan Raja-raja Melayu menolak permintaan darurat kerajaan PN. Semua diberi peluang untuk mengutarakan pandangan masing-masing. Ini adalah amalan lazim dalam UMNO. Antara cadangan yang saya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":18168,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":[],"jnews_primary_category":[],"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[158,253,159],"class_list":["post-18167","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-anwar","tag-najib","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18167","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18167"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18167\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18171,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18167\/revisions\/18171"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18168"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18167"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18167"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18167"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}