{"id":18351,"date":"2020-10-29T10:09:56","date_gmt":"2020-10-29T10:09:56","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=18351"},"modified":"2020-10-29T10:09:56","modified_gmt":"2020-10-29T10:09:56","slug":"ulasan-terhadap-kenyataan-media-ahli-parlimen-pasir-gudang-bertarikh-28-oktober-2020","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=18351","title":{"rendered":"ULASAN TERHADAP KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN PASIR GUDANG BERTARIKH 28 OKTOBER 2020"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya diminta untuk mengulas kritikan YB Hassan bin Abdul Karim terhadap titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam kenyataan Istana Negara bertarikh 28 Oktober 2020. Izinkan saya menyampaikan pandangan seperti berikut:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">1. SPB Yang Di-Pertuan Agong telah menyampaikan nasihat Baginda melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja agar Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan tidak ditolak semata-mata permainan politiking kerana itu boleh menjejaskan kepentingan rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Situasi semasa amat kritikal yang memerlukan RUU Perbekalan dibahaskan dan diluluskan dengan merit bagi menangani penularan wabak Covid-19 serta keperluan barisan depan juga pemulihan ekonomi negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Nasihat yang disampaikan oleh YDP Agong ialah susulan daripada nasihat-nasihat terdahulu atas kapasiti Baginda sebagai Ketua Utama Negara yang juga merupakan entiti tertinggi dalam Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. Pada hakikatnya negara kita tidak mengamalkan prinsip pengasingan kuasa seperti di Amerika Syarikat. Malah prinsip pengasingan kuasa sebenar-benarnya juga tidak berlaku di England. Sebaliknya prinsip Perlembagaan kita menetapkan cabang-cabang kuasa di bawah YDP Agong dan Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada cabang perundangan, eksekutif dan pentadbiran keadilan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru, kita dapat melihat fungsi YDP Agong dalam ketiga-tiga cabang kuasa tersebut dengan jelas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Nasihat YDP Agong tidak menyentuh atau menghalang penjalanan proses di bawah peruntukan-peruntukan seperti yang dibangkitkan dalam kenyataan akhbar YB Hassan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. Sebaliknya, kenyataan media YB Hassan cuba mempertikai prerogatif YDP Agong untuk menyampaikan nasihat agar prosiding Parlimen tidak diganggu semata-mata ada kepentingan yang tidak sesuai dijadikan keutamaan buat masa ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6. Tiada dalam mana-mana perenggan kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang bermaksud menghalang mana-mana Ahli Parlimen untuk berbahas dan membuat undian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Nasihat YDP Agong lahir daripada keprihatinan Baginda kepada keperluan semasa serta kegusaran Baginda jika RUU Perbekalan tidak diluluskan bukan kerana alasan merit, tetapi jika digerakkan oleh motif politiking.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Perlu ditegaskan bahawa sumpah Ahli Parlimen untuk memelihara, mempertahan dan melindungi Perlembagaan Persekutuan termasuklah kewajipan untuk menghormati prerogatif YDP Agong yang merupakan entiti tertinggi dalam Parlimen dan pemerintahan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malangnya pada hari ini integriti segelintir Ahli Dewan Rakyat mula dipertikai oleh rakyat kerana aktiviti politiking sejak akhir-akhir ini. Justeru titah nasihat YDP Agong itu tidak wajar dijadikan polemik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">8. Saya menghormati kebebasan seorang Ahli Parlimen untuk bersuara. Namun tidak adil jika kenyataan seorang Ahli Parlimen itu dibuat tanpa meneliti maksud dan tujuan titah nasihat YDP Agong. Kenyataan Istana Negara bertarikh 28 Oktober sepatutnya dihormati malah tidak sekali-kali cuba diputarbelitkan oleh mana-mana pihak sehingga boleh mencabar kewibawaan nasihat YDP Agong.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">9. Saya berpandangan bahawa perenggan akhir kenyataan media YB Hassan merupakan satu tuduhan liar yang cuba berselindung atas nama &#8220;amalan demokrasi berParlimen&#8221;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">YB Hassan mungkin terlupa bahawa YDPA merupakan bahagian tertinggi dalam institusi Parlimen bahkan Baginda mempunyai kewajipan di bawah Sumpah YDPA untuk memerintah dengan adil dan memelihara keamanan dalam negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai YDP Agong berposisi pemerintah tertinggi Persekutuan sudah pasti Baginda berhak menyampaikan apa jua nasihat yang Baginda fikirkan mustahak dan perlu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah Baginda berhak mengulangi nasihat yang sama di Parlimen di bawah Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan sebelum bermula mesyuarat ke III bagi Penggal ke III Parlimen ke 14, bulan depan jika Baginda berkenan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang jelas, YDPA hanya menzahirkan hasrat Baginda, tiada unsur paksaan atau sebarang tegahan untuk mana-mana Ahli Parlimen berbahas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Baginda boleh sahaja memperkenankan permintaan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat bagi memudahkan proses kelulusan belanjawan negara, tetapi itu tidak berlaku lagi buat masa ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru, YB Hassan dinasihati agar meneliti semula teks kenyataan Istana Negara serta bersangka baik dengan hasrat YDPA.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">DAULAT TUANKU. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kenyataan YB Hassan Karim boleh dirujuk di pautan; <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/645224285504180\/posts\/4129658643727376\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.facebook.com\/645224285504180\/posts\/4129658643727376\/<\/a><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain Saya diminta untuk mengulas kritikan YB Hassan bin Abdul Karim terhadap titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam kenyataan Istana Negara bertarikh 28 Oktober 2020. Izinkan saya menyampaikan pandangan seperti berikut: 1. SPB Yang Di-Pertuan Agong telah menyampaikan nasihat Baginda melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja agar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":18354,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[1008,1124,790],"class_list":["post-18351","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-dr-wan-ahmad-fauzi","tag-hassan-karim","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18351","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18351"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18351\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18355,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18351\/revisions\/18355"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18354"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18351"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18351"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18351"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}