{"id":18472,"date":"2020-11-02T13:25:23","date_gmt":"2020-11-02T13:25:23","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=18472"},"modified":"2020-11-04T01:53:18","modified_gmt":"2020-11-04T01:53:18","slug":"naratif-salah-cadangan-pengisytiharaan-darurat-bukan-kehendak-perdana-menteri-tetapi-nasihat-kabinet","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=18472","title":{"rendered":"NARATIF SALAH &#8220;CADANGAN DARURAT BUKAN KEHENDAK PERDANA MENTERI TETAPI ATAS NASIHAT KABINET&#8221;"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">(Disiarkan pada 2 November 2020)<\/span><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">1. Selepas cadangan darurat yang dibawa oleh Perdana Menteri tidak diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, pelbagai &#8216;cerita-cerita belakang&#8217; yang diungkit dan didengar saban hari &#8211; seolah-olah ada segelintir pihak tidak dapat menerima hakikat bahawa cadangan tersebut telah ditolak.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2.<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"> Apa yang dikhuatirkan, akan timbul pula persoalan adakah semua naratif ini sebenarnya ditimbulkan bagi me<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">letakkan kesalahan kepada menteri kabinet dan pihak-pihak yang telah &#8216;mencadangkannya&#8217;? <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">3. Jika tidak, maka adakah naratifnya ingin menunjukkan b<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">ahawa keputusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tersebut sebagai salah ataupun tidak tepat, kerana saban hari ia diungkit dan dimainkan seolah-olah tiada cara lain selain pengisytiharan darurat? <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">4. Termasuklah kenyataan terkini Perdana Menteri bahawa PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak hanya dapat ditangguhkan sekiranya diisytiharkan darurat &#8211; sedangkan masih wujud pelbagai pilihan lain yang boleh dilakukan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. Perkara sebeginilah yang tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan kerana ia akan memberi mesej yang salah kepada semua pihak, malah khuatir ia akan memberi implikasi terhadap pihak Istana, yang tidak sepatutnya berlaku kerana Titah DiRaja wajar dijunjung tinggi dan ditaati bersama.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6. Selain itu, Perdana Menteri dan pihak yang menasihatinya perlu berlapang dada dan tidak kecewa kerana sekiranya cadangan darurat yang dipersembahkan kepada YDP Agong itu adalah yang terbaik, maka mereka perlu bersyukur ia telah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab mengikut kapasiti dan peranan masing-masing &#8211; demi berkhidmat dan mencurahkan sepenuh bakti kepada kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Perlu juga diingatkan semula bahawa sebelum membuat sebarang keputusan, baginda akan meneliti sedalam-dalamnya setiap perkara yang dicadangkan dan <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">bermesyuarat terlebih dahulu bersama Majlis Raja-raja Melayu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">8.<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"> Kemudian barulah baginda Al-Sultan Abdullah bertitah iaitu &#8220;<\/span><em style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">TIADA KEPERLUAN BUAT MASA INI UNTUK SERI PADUKA BAGINDA MENGISYTIHARKAN DARURAT DI NEGARA INI ATAU MANA-MANA BAHAGIAN NEGARA MALAYSIA<\/em><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">&#8220;.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">9. Jika dirujuk kembali seluruh kenyataan 12 perenggan pihak Istana, tiada satu patah perkataanpun yang menyebut ia adalah &#8220;<em>KEPUTUSAN YANG DICAPAI OLEH MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU<\/em>&#8221; &#8211; menunjukkan ia adalah hak, tanggungjawab dan kuasa prerogatif baginda SELAKU KETUA NEGARA.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">10. Sama seperti Perdana Menteri, SELAKU KETUA KERAJAAN, selepas bermesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pelbagai pihak lain, beliau membawa cadangan darurat tersebut kepada pengetahuan Kabinet bagi berbincang, meneliti pandangan dan membuat pilihan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">11. Selepas itu, Perdana Menteri membuat keputusan sama ada wujud keperluan ataupun tidak untuk memohon perkenan YDP Agong untuk mengisytiharkan darurat. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">12. Semua pihak akur dan hormati ia sebagai keputusan yang difikirkan terbaik oleh Perdana Menteri, melalui nasihat-nasihat mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">13. Justeru adalah tidak patut dan seumpama meremehkan peranan seorang Perdana Menteri jika ada pandangan mengatakan bahawa &#8220;Bukan kehendak Perdana Menteri untuk menyelamatkan diri tetapi atas nasihat Kabinet&#8221;.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">14. Ini kerana seorang Perdana Menteri bertanggungjawab atas segala keputusan yang diambil dan beliau tidak boleh terlihat seolah-olah &#8216;dipaksa&#8217; kerana kuasa pemutus untuk membuat keputusan ada di tangannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">15. Paling utama Perdana Menteri perlu dilihat berwibawa dan mempunyai kredibiliti atas setiap keputusannya &#8211; dengan bertanggungjawab atas setiap kenyataan atau cadangan yang dikemukakan, walaupun ia salah, dilihat ingin menyelamatkan diri, ataupun tidak diterima oleh YDP Agong.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kesimpulan<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">16. Segala usaha &#8216;<em>damage control<\/em>&#8216; pihak-pihak tertentu mencari jalan mencipta naratif &#8220;ia bukan kehendak Perdana Menteri tetapi atas nasihat Kabinet&#8221; hanya sia-sia dan tidak sepatutnya dilakukan kerana hanya menimbulkan polemik berterusan, apatah lagi melibatkan Titah Diraja.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">17. Mungkin ia dilakukan dengan niat yang baik untuk menunjukkan keikhlasan Perdana Menteri dan pasukannya tetapi malangnya turut menimbulkan persoalan adakah &#8220;Perdana Menteri itu lemah dan tidak mempunyai kuasa membuat keputusan&#8221;?\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">18. S<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">ecara tidak langsung ia juga seolah-olah &#8216;membenarkan&#8217; persepsi bahawa &#8220;Perdana Menteri kerap mendapat dan mengikut nasihat yang salah&#8221; selama ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">19. Hakikatnya tidak ada sesiapapun yang menyalahkan Perdana Menteri kerana mencadangkan darurat (yang kemudiannya ditolak), asalkan keputusan dan titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong selepas itu ditaati dan tidak dipolitikkan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">20. Lebih cepat kerajaan &#8216;<em>move on&#8217;\u00a0<\/em>adalah lebih baik agar tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada Sidang Parlimen yang sedang berlangsung dan Pembentangan Belanjawan 2021 yang akan diadakan pada Jumaat depan.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>(Disiarkan pada 2 November 2020) 1. Selepas cadangan darurat yang dibawa oleh Perdana Menteri tidak diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, pelbagai &#8216;cerita-cerita belakang&#8217; yang diungkit dan didengar saban hari &#8211; seolah-olah ada segelintir pihak tidak dapat menerima hakikat bahawa cadangan tersebut telah ditolak.\u00a0 2. Apa yang dikhuatirkan, akan timbul pula persoalan adakah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":18490,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[214,61,212],"tags":[1660,810,790],"class_list":["post-18472","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-khas","category-rencana","category-utama","tag-darurat","tag-perdana-menteri","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18472","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18472"}],"version-history":[{"count":26,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18472\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18519,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18472\/revisions\/18519"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18490"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18472"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18472"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18472"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}