{"id":19071,"date":"2020-11-22T05:56:15","date_gmt":"2020-11-22T05:56:15","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=19071"},"modified":"2020-11-22T05:56:15","modified_gmt":"2020-11-22T05:56:15","slug":"waspada-cadangan-gabungan-besar-atau-grand-coalition","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=19071","title":{"rendered":"WASPADA CADANGAN GABUNGAN BESAR ATAU &#8216;GRAND COALITION&#8217;"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Saya ada terbaca berkenaan pandangan Tan Sri Annuar Musa yang inginkan gabungan besar antara UMNO, PPBM dan PAS.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Tan Sri Annuar Musa adalah sahabat saya, semasa saya di Pejabat Perdana Menteri, beliau pernah beberapa kali datang melawat saya di pejabat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Walaupun pandangannya akhir-akhir ini banyak berbeza dengan pandangan saya terutamanya tentang hubungan UMNO dengan PPBM, saya masih anggap dia sebagai kawan; dalam politik perbezaan pendapat adalah perkara biasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Pendirian saya berkenaan hubungan UMNO dan PPBM adalah jelas sejak dari mula dahulu semenjak langkah Sheraton pada bulan Mac tahun ini, iaitu kita perlu berwaspada dan berhati-hati.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Kerana apa-apa hubungan atau penyatuan yang dibuat perlulah berasaskan sebab yang &#8216;<em>genuine<\/em>&#8216; dan ikhlas, dan bukan kerana kesesuaian politik segelintir pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas keadaan semasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Penyatuan yang dibuat berasaskan kesempatan semasa tanpa keikhlasan biasanya tidak akan berkekalan dan akan merugikan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Ramai orang-orang UMNO dari akar umbi sehinggalah ke kepimpinan tertinggi yang berpengalaman mahupun yang sedar telah nampak akan hal ini, sebab itu mereka juga tidak bersetuju dengan penyatuan dengan PPBM.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Oleh itu jika hubungan dengan PPBM ini dipaksakan juga, ia akan memecahbelahkan UMNO dari dalam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Apa guna kita bergabung dengan orang lain jika disebabkan gabungan itu rumah tangga kita sendiri akan berpecah-belah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Jika sebab penyatuan dengan PPBM ini adalah kerana kononnya untuk menang bergaya dalam PRU-15, pandangan seperti ini jauh tersasar sebab jika UMNO berpecah-belah, kita akan kalah sebelum pergi berperang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Bagaimanakah kita mahu pergi berperang dan berjuang bermati-matian jika askar-askar kita di lapangan tidak percaya atau was-was kepada motif dan arah tujuan peperangan tersebut?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Apabila ini berlaku maka kita tidak boleh menang: yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran; dan yang diimpi cabut lari, yang di rumah makan diri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Saya dimaklumkan bahawa PPBM telah menyasarkan untuk bertanding di banyak kawasan-kawasan UMNO.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang kita telah kalah pada PRU-14 yang lepas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Namun kebanyakan kawasan-kawasan ini adalah kawasan tradisi UMNO yang telah kita menangi banyak kali dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini iaitu sebelum PRU-14.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Ada juga kawasan-kawasan lompat yang kita tidak pernah kalahpun namun akan terpaksa (atau dipaksa) beri laluan kepada pelompat parti dalam PPBM.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Biasanya, dalam apa-apa peperangan atau perjuangan, jika kita kalah sesuatu kawasan atau kubu, kita akan cuba mendapatkannya kembali terutamanya jika kita hanya kalah sekali sahaja di kubu kita itu sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Namun jika kita memberikan laluan kepada PPBM begitu sahaja di kawasan-kawasan ini, maka belum apa-apa lagi kita telah mengangkat bendera putih dan dengan mudah menyerahkan kubu-kubu kita ini kepada pihak yang sebelum ini menentang kita, hanya kerana kononnya mereka kini &#8220;telah berdamai dengan kita dan akan menjaga kepentingan kita&#8221;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Ini bukanlah suatu strategi dan keputusan yang waras atau bijak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Sebab itu pada hemat saya kita perlu meneliti betul-betul cadangan gabungan besar atau &#8220;<em>grand coalition<\/em>&#8221; ini secara mendalam dan tidak hanya melihat pada atas permukaan atau mengikut-ngikut apa yang pihak lain buat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Kerana jika kita silap maka UMNO akan berpecah dan jatuh, dan jika UMNO terkubur maka akan terlunjurlah jua satu faktor besar dalam perjuangan orang-orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Salam,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Isham Jalil<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Marhaen UMNO<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/863702267718632\/?d=n<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya ada terbaca berkenaan pandangan Tan Sri Annuar Musa yang inginkan gabungan besar antara UMNO, PPBM dan PAS. Tan Sri Annuar Musa adalah sahabat saya, semasa saya di Pejabat Perdana Menteri, beliau pernah beberapa kali datang melawat saya di pejabat. Walaupun pandangannya akhir-akhir ini banyak berbeza dengan pandangan saya terutamanya tentang hubungan UMNO dengan PPBM, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":19073,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[119,212],"tags":[308,1704,500],"class_list":["post-19071","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa","category-utama","tag-annuar-musa","tag-grand-coalition","tag-isham-jalil"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19071","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19071"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19071\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19074,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19071\/revisions\/19074"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/19073"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19071"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19071"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19071"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}