{"id":19779,"date":"2020-12-11T10:03:07","date_gmt":"2020-12-11T10:03:07","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=19779"},"modified":"2020-12-11T10:03:07","modified_gmt":"2020-12-11T10:03:07","slug":"keselamatan-kesejahteraan-dan-keharmonian-rakyat-diutamakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=19779","title":{"rendered":"KESELAMATAN, KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN RAKYAT DIUTAMAKAN"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pembatalan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi berikutan pengisytiharan darurat oleh k<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">erajaan dianggap releven demi mengekang penularan wabak COVID-19. Berikutan daripada kes C<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ovid-19 di Malaysia yang memasuki gelombang ketiga, kini menjadi satu kebimbangan bagi seluruh r<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">akyat Malaysia. Jika perkara ini dibiarkan, tidak mustahil sistem ekonomi dan sosial negara akan l<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">umpuh. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun pengisytiharan darurat di Parlimen Batu Sapi dianggap sebagai satu langkah yang b<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ijak demi menjaga keselamatan negara serta mempertahankan ekonomi penduduk setempat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seperti yang kita ketahui, pengisytiharan darurat bukanlah bermakna perintah berkurung, namun <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ia<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"> dilaksanakan demi pembatalan PRK di Parlimen Batu Sapi. Dalam erti kata l<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ain, aktiviti ekonomi berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP). <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun, ada s<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">egelintir masyarakat yang berpendapat bahawa pengisytiharan ini telah menyekat penduduk Batu S<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">api di mana tentera dikerah untuk mengawal kawasan setempat. Tuduhan itu, sama sekali tidak benar. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita haruslah mendokong usaha-usaha kerajaan dalam m<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">engekang penularan wabak ini, dan bukanlah menyebarkan berita palsu dan mencetuskan panik di k<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">alangan penduduk setempat. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika tiada pengisytiharan darurat, dikhuatiri negara akan lumpuh hanya kerana pilihan raya ini. Kita j<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">a<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">dikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lalu sebagai satu iktibar di mana Sabah m<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">enjadi kawasan zon merah selepas PRN tersebut. Walaupun data menunjukkan bahawa kes kluster di S<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">abah bermula dari kes import iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), namun tidak mustahil k<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">e<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">barangkalian penularan wabak itu akan menjadi tinggi sekiranya berlaku lagi pilihan raya di negeri i<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">tu. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana, sewaktu pilihan raya walaupun ada penetapan SOP, namun pematuhan terhadap SOP itu dikhuatiri s<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">angat lemah dan akhirnya mengakibatkan penularan berlaku dengan lebih cepat. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedua, pilihan raya j<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">uga telah mendesak orang ramai untuk merentas daerah dan membuka ruang kepada risiko penularan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tambahan pula pada 18 November yang lalu sebanyak 1,459 kes aktif COVID-19 dengan 21 kes b<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">aharu, dan lima kluster telah dikenal pasti di kawasan Batu Sapi. Sementara jumlah pengundi berdaftar p<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ula adalah sebanyak 32,962 dan 7,377 orang merupakan pengundi berumur 60 tahun ke atas di P<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">arlimen Batu Sapi, ini merupakan satu risiko yang besar di mana ia dapat mengancam nyawa pengundi t<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">er<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">sebut dan penduduk setempat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru itu, kehidupan harian penduduk di Batu Sapi yang berada di bawah pengisytiharan darurat h<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">aruslah berjalan seperti biasa dengan mengamalkan SOP di norma baharu. Tiada sekatan pergerakan y<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ang dibuat oleh kerajaan, namun rakyat perlu mematuhi SOP yang telah biasa diamalkan sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tambahan pula, kerajaan sudah memberi jaminan bahawa tiada perintah berkurung atau pemerintahan <\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ala tentera yang akan dibuat. Oleh yang demikian, menjadi keutamaan kerajaan pada masa ini untuk m<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">enjaga keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Stigma masyarakat yang selalu b<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">e<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">rpendapat negatif dalam setiap keputusan yang dilaksanakan oleh kerajaan haruslah dibuang. Perasan c<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">inta akan negara pada masa ini amat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat. Di saat getir ini, k<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">erajaan telah berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat contohnya pakej rangsangan rakyat y<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ang disalurkan serta Belanjawan 2021 yang dilihat sebagai satu sumber yang dapat membantu m<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">asyarakat menempuhi kehidupan harian. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Setakat ini, kerajaan telah menjalankan tanggunjawab yang t<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">e<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">rbaik demi mengekalkan keamanan negara. Oleh itu, rakyat juga harus memainkan peranan dalam m<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">e<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">matuhi segala perintah yang diperuntukkan kerajaan. Segala arahan dan peraturan yang dibuat ketika p<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">enularan wabak ini, tidak lain hanyalah untuk mengekang penularan wabak serta menjaga semua r<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">akyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh kerajaan ketika pandemik ini, majikan juga perlu m<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">emainkan peranan penting dalam memastikan pekerja berada dalam keadaan selamat. Amalan waktu b<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ekerja secara fleksibel dilihat pada hari ini telah menjadi norma, namun janganlah kita alpa dalam menjalankan t<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">anggunjawab sebagai seorang pekerja yang harus melaksanakan tugas dengan amanah dengan jujur. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam membina negara bangsa ketika negara dilanda wabak ini, majikan haruslah memainkan peranan p<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">enting dalam memberikan peringatan kepada pekerja dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Memang benar, di saat ini, ramai yang telah kehilangan pekerjaan, namun b<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ukanlah menjadi satu alasan kepada majikan mahupun rakyat untuk patah semangat dalam meneruskan p<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">erjuangan ini. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seperti yang telah kita ketahui, usaha kerajaan pada masa ini telah sehabis baik m<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">emenuhi kehendak semua rakyat. Belanjawan 2021 dilihat banyak membantu industri serta golongan y<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ang terjejas. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab ayuhlah kita menyokong segala peraturan d<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">an perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan dan janganlah kita berpaling pada usaha-usaha yang telah d<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">i<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">rangka demi kesejahteraan semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dr. Irza Hanie binti Abu Samah<br \/>\n<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pensyarah Kanan (Pembangunan Sumber Manusia)<br \/>\n<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Universiti Teknologi Malaysia<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pembatalan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi berikutan pengisytiharan darurat oleh kerajaan dianggap releven demi mengekang penularan wabak COVID-19. Berikutan daripada kes Covid-19 di Malaysia yang memasuki gelombang ketiga, kini menjadi satu kebimbangan bagi seluruh rakyat Malaysia. Jika perkara ini dibiarkan, tidak mustahil sistem ekonomi dan sosial negara akan lumpuh. Namun pengisytiharan darurat di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":19783,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[1665,1660,1733,1645],"class_list":["post-19779","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-bajet-2021","tag-darurat","tag-dr-irza-hanie-abu-samah","tag-prk-batu-sapi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19779","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19779"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19779\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19782,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19779\/revisions\/19782"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/19783"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19779"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19779"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19779"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}