{"id":21073,"date":"2021-01-20T05:20:13","date_gmt":"2021-01-20T05:20:13","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=21073"},"modified":"2021-01-20T05:35:29","modified_gmt":"2021-01-20T05:35:29","slug":"memahami-tulisan-tun-abdul-hamid-mengenai-proklamasi-darurat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=21073","title":{"rendered":"MEMAHAMI TULISAN TUN ABDUL HAMID MENGENAI PROKLAMASI DARURAT"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Memahami tulisan Tun Abdul Hamid, Mantan Ketua Hakim Negara sama ada YDP Agong wajib mendengar nasihat Perdana Menteri atau tidak untuk mengisytiharkan darurat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">1. Tulisan ilmiah TAH berkenaan boleh dibaca di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/www.tunabdulhamid.my\/index.php\/speech-papers-lectures\/item\/1008-proklamasi-darurat-wajibkah-ydpa-mengikut-nasihat-pm?\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.tunabdulhamid.my\/index.php\/speech-papers-lectures\/item\/1008-proklamasi-darurat-wajibkah-ydpa-mengikut-nasihat-pm?<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Serta di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/www.tunabdulhamid.my\/index.php\/speech-papers-lectures\/item\/1009-sambungan-kepada-%E2%80%9Cproklamasi-darurat-wajibkah-ydpa-mengikut-nasihat-pm?%E2%80%9D\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.tunabdulhamid.my\/index.php\/speech-papers-lectures\/item\/1009-sambungan-kepada-%E2%80%9Cproklamasi-darurat-wajibkah-ydpa-mengikut-nasihat-pm?%E2%80%9D<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Artikel pertama Tun Abdul Hamid ini bertarikh 30 Oktober 2020 dan artikel kedua bertarikh 23 November 2020 iaitu 5 hari selepas YDP Agong menolak nasihat YAB Perdana Menteri pada 25 Oktober 2020 untuk mengisytiharkan darurat manakala penulisan kedua beliau dibuat selepas YDP Agong memperkenankan Nasihat YAB Perdana Menteri untuk megisytiharkan darurat di Kawasan Parlimen Batu Sapi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. Saya akan cuba sebaik mungkin membuat ringkasan kepada kedua-dua tulisan Tun Abdul Hamid berkenaan agar ilmunya dapat disebar luaskan untuk pemahaman semua tanpa mengira latar belakang pendidikan masing-masing.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>TULISAN PERTAMA TUN ABDUL HAMID\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Antara isi kandungan penting dalam penulisan pertama beliau adalah seperti berikut;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.1. Kali pertama YDP Agong memanggil Majlis Raja-Raja bersidang selepas mendapat permintaan daripada YAB Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.2. Ini menunjukkan YDP Agong tidak wajib mengikut nasihat YAB Perdana Menteri untuk mengeluarkan Proklamasi Darurat kerana jika baginda wajib mengikut nasihat Perdana Menteri dalam hal darurat, mengapa perlu lagi YDP Agong memanggil Majlis Raja-Raja bersidang secara khusus untuk membincangkan nasihat berkenaan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.3. Menurut Perkara 40 (1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan, YDP Agong wajib mengikut nasihat (atau &#8216;baca arahan&#8217; &#8211; tetapi tidak wajar perkataan tersebut digunakan) YAB Perdana Menteri kecuali dalam 3 perkara menurut Perkara 40 (2)(a)(b) dan (c) Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik Perdana Menteri, tidak memperkenankan permintaan membubarkan Parlimen dan memanggil sidang khas mesyuarat Majlis Raja-Raja.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.4. Walaubagaimanapun, ramai ahli undang-undang TERLEPAS PANDANG bahawa Perkara 40 (2)(a)(b) dan (c) berkenaan BUKAN HANYA MELIPUTI 3 PENGECUALIAN berkenaan sahaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.5. Sebenarnya terdapat PENGECUALIAN KEEMPAT dalam Perkara 40 (2) (a)(b) dan (c) berkenaan iaitu \u201c<strong><em>YDP Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini<\/em><\/strong>\u201d.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.6. Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan menggunakan perkataan \u201c<strong><em>Jika YDP Agong berpuas hati bahawa satu darurat besar sedang berlaku\u2026 maka YDP Agong boleh mengeluarkan Proklamasi Darurat<\/em><\/strong>\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.7. Disebabkan oleh penggunaan perkataan \u201cjika YDPA berpuas hati\u201d berkenaan, maka ini bermaksud YDP Agong tidak wajib mengikut nasihat YAB Perdana Menteri dan kuasa budi bicara baginda ini termaktub di dalam PENGECUALIAN KEEMPAT di dalam Perkara 40 (2)(a)(b) dan (c) Perlembagaan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.8. MALANGNYA, KITA MENGHADAPI MASALAH DENGAN 2 KEPUTUSAN MAHKAMAH TERTINGGI YANG BERTENTANGAN ANTARA SATU SAMA LAIN.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.9. Kes &#8220;<em>Stephen Kalong Ningkan v Govt of Malaysia<\/em>&#8221; yang diputuskan Mahkamah Persekutuan pada tahun 1968 menyatakan bahawa \u201c<em>YDP Agong adalah Hakim Tunggal yang berhak memutuskan sama ada darurat atau tidak dan mahkamah ini tidak boleh mempersoalkan sama ada baginda patut berpuas hati ataupun tidak<\/em>\u201d (tafsiran saya sendiri).\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.10. Manakala dalam kes &#8220;<em>Teh Cheng Poh v PP<\/em>&#8221; yang diputuskan <em>Mahkamah Privy Council<\/em> pada 1979, \u201c<em>YDP Agong hendaklah mengikut nasihat Jemaah Menteri dalam memutuskan sama ada darurat perlu diisytihar ataupun tidak<\/em>\u201d.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.11. Disebabkan <em>Mahkamah Privy Council<\/em> adalah lebih tinggi berbanding Mahkamah Persekutuan (ketika itu) maka keputusan &#8220;<em>Teh Cheng Poh v PP<\/em>&#8221; adalah mengikat mahkamah-mahkamah di Malaysia dan keputusan itu tidak lagi boleh disemak kembali dan\/atau diterbalikkan, kerana rayuan kes-kes Malaysia ke Privy Council telah ditamatkan pada 1 Januari 1985.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.12. Oleh itu, TUN ABDUL HAMID MENGHARAPKAN ADA SATU KES BARU (BERKAITAN SAMA ADA YDP AGONG WAJIB ATAU TIDAK MENGIKUT NASIHAT PERDANA MENTERI DALAM HAL DARURAT) DIRUJUK KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2021 INI DAN BELIAU MEGHARAPKAN AGAR HAKIM-HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DAPAT MENGEKALKAN KEPUTUSAN &#8220;STEPHEN KALONG NINGKAN V GOVT OF MALAYSIA&#8221; SERTA MENOLAK TAFSIRAN <em>PRIVY COUNCIL<\/em> DALAM KES &#8220;TEH CHENG POH V PP&#8221;.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.13. Ini kerana pada 15 Mei 1981, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan Perkara 150 (8) (a) dan (b) iaitu \u201cHAL PUAS HATI YDP AGONG DALAM MENGELUARKAN PROKLAMASI DARURAT TIDAK BOLEH DICABAR DI MANA-MANA MAHKAMAH ATAS APA JUA ALASAN\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.14. Disebabkan setakat hari ini tiada lagi keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak penghakiman <em>Privy Council<\/em> dalam kes &#8220;Teh Cheng Poh v PP&#8221;, maka ini bermaksud \u201cKEPUTUSAN YDP AGONG TIDAK MENDENGAR NASIHAT PERDANA MENTERI UNTUK MENGISYTIHARKAN DARURAT ADALAH BERTENTANGAN DENGAN PERKARA 40 (1) DAN (1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TETAPI WALAUPUN MENYALAHI UNDANG-UNDANG, IA TIDAK BOLEH DICABAR DI MANA-MANA MAHKAMAH MENGIKUT PERKARA 8(a) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4.15 Amalan baru YDP Agong yang berunding dengan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum baginda membuat keputusan adalah &#8216;<em>precedent<\/em>&#8216; (amalan duluan) terbaik yang boleh diteruskan pada masa-masa yang akan datang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>TULISAN KEDUA TUN ABDUL HAMID<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. Tulisan pertama beliau di atas adalah atas peristiwa YDP AGONG MENOLAK NASIHAT YAB PERDANA MENTERI UNTUK MENGISYTIHARKAN DARURAT MANAKALA TULIS KEDUA PULA SELEPAS YDP AGONG MENDENGAR NASIHAT YAB PERDANA MENTERI UNTUK MENGISYTIHARKAN DARURAT DI KAWASAN PARLIMEN BATU SAPI.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6. Tulisan Kedua Tun Abdul Hamid menyatakan seperti berikut;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6.1. Keputusan YDP Agong menolak nasihat Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat pada 25 Oktober 2020 ADALAH MENYALAHI UNDANG-UNDANG (berdasarkan kes <em>Privy Council &#8220;Teh Cheng Poh v PP&#8221;<\/em>). WALAUBAGAIMANAPUN, keputusan YDP AGONG berkenaan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah mengikut perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6.2. Satu lagi amalan baru YDP Agong adalah untuk tidak hanya mendengar nasihat Perdana Menteri tetapi baginda turut mendengar nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sebelum memberikan perkenan baginda untuk mengisytiharkan darurat di kawasan Parlimen Batu Sapi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6.3. Ini adalah juga amalan baru YDP Agong yang boleh diteruskan dalam keadaan kredibiliti atau &#8216;<em>legality<\/em>&#8216; Perdana Menteri sering tercabar atas sebab politik bilangan sokongan majoriti terhadap beliau yang mana dalam keadaan ini, (jika YDP Agong hanya mendengar nasihat Perdana Menteri seorang) maka kredibiliti nasihat Perdana Menteri berkenaan boleh menimbulkan persepsi negatif sama ada nasihat yang diberikan itu untuk menyelamatkan karier politik Perdana Menteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>KESIMPULAN<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Tulisan-tulisan saya di atas hanyalah tafsiran saya terhadap 2 tulisan Tun Abdul Hamid yang boleh dibaca di blog beliau. Disebabkan tulisan itu agak bersifat teknikal dan melibatkan penggunaan Bahasa Melayu aras tinggi, maka saya membuat ulasan saya sendiri dengan menggunakan gaya bahasa saya sendiri yang cuba landau dan santaikan laras bahasanya agar ilmu penting yang terkandung dalam kedua-dua tulisan Tun AbdulHamid berkenaan dapat dikongsi dan disebar luaskan untuk manfaat pembaca keseluruhannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semoga bermanfaat buat semua.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>(Penulis turut dikenali sebagai Buzze Azam)\u00a0<\/em><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz Memahami tulisan Tun Abdul Hamid, Mantan Ketua Hakim Negara sama ada YDP Agong wajib mendengar nasihat Perdana Menteri atau tidak untuk mengisytiharkan darurat. 1. Tulisan ilmiah TAH berkenaan boleh dibaca di pautan; https:\/\/www.tunabdulhamid.my\/index.php\/speech-papers-lectures\/item\/1008-proklamasi-darurat-wajibkah-ydpa-mengikut-nasihat-pm? Serta di pautan; https:\/\/www.tunabdulhamid.my\/index.php\/speech-papers-lectures\/item\/1009-sambungan-kepada-%E2%80%9Cproklamasi-darurat-wajibkah-ydpa-mengikut-nasihat-pm?%E2%80%9D 2. Artikel pertama Tun Abdul Hamid ini bertarikh 30 Oktober 2020 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":21075,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[688,1660,810,702,790],"class_list":["post-21073","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-buzze-azam","tag-darurat","tag-perdana-menteri","tag-tun-abdul-hamid","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/21073","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=21073"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/21073\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21076,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/21073\/revisions\/21076"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/21075"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=21073"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=21073"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=21073"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}