{"id":22869,"date":"2021-05-16T04:51:44","date_gmt":"2021-05-16T04:51:44","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=22869"},"modified":"2021-05-16T04:51:44","modified_gmt":"2021-05-16T04:51:44","slug":"konflik-palestin-israel-penyelesaian-dua-negara-bukan-solusi-terbaik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=22869","title":{"rendered":"KONFLIK PALESTIN-ISRAEL: &#8220;PENYELESAIAN DUA NEGARA&#8221; BUKAN SOLUSI TERBAIK?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-size: 16px;\">Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penyelesaian Dua Negara yang disokong Tan Sri Muhyiddin semalam maknanya Israel dan Palestin akan wujud sebagai negara berdaulat. Dan akan diiktiraf seluruh dunia. Tetapi kalau ada hendak mengatakan kaedah ini disokong penduduk Palestin atau satu-satunya cara terbaik adalah tidak tepat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat Palestin majoritinya tidak setujupun kaedah sebegitu. Yang sokong sebenarnya adalah Yasser Arafat dan sekutunya sahaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketika itu Arafat sangat terdesak dengan populariti Jihad Islam Palestin (JIP) dan Hamas. Rakyat Palestin sedang melihat Fatah (parti Arafat) lemah dan tiada hasil yang memberangsangkan setelah berpuluh tahun berjuang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka dibuat Perjanjian Oslo 1993. Kebetulan Israel ketika itu dipimpin oleh Yitzhak Rabin yang lebih sederhana. Perjanjian inilah yang memberi persetujuan agar diwujudkan dua negara merdeka &#8211; Israel dan Palestin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai permulaan, Gaza dan Tebing Barat diserahkan kepada PLO dengan Arafat menjadi pemimpin kerajaan Palestin yang sah. Tapi 61 peratus Tebing Barat terutama di lembah Sungai Jordan akan ditadbir sepenuhnya oleh Israel dahulu (kononnya secara sementara).\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagi Arafat, walaupun perjanjian itu berat sebelah tetapi lebih baik Palestin ada kerajaan daripada tidak dapat apa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Senang cakap (mengenai) kuasalah. Hendak terus berkuasa dan nampak relevan maka terpaksa tandatangan perjanjian yang tidak munasabah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sama seperti Trump iktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel pada 2017. Itu sebab hendak mengejar <em>mid-term election<\/em> di negaranya. Atau Netanyahu bom Gaza hari ini. Itu sebab hendak tunjuk dia sahaja yang boleh jaga keselamatan Israel bila majoriti rakyatnya menolak parti Likud dalam pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perangai orang politik ini lebih kurang sahaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam perjanjian Oslo itu juga, kedudukan Baitul Maqdis Timur (yang mengandungi Al Aqsa) pula akan dirunding kemudian. Kawasan ini asalnya Jordan yang pegang sebelum Israel tawan dalam Perang 6 Hari pada tahun 1967.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keputusan inilah yang menyebabkan Yitzhak Rabin dibunuh oleh pelampau Zionis kerana dianggap menggadaikan Baitul Maqdis kepada pihak Palestin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bermula tahun 2000-an, pengaruh parti Buruh jatuh dan akhirnya Likud (Netanyahu) pula naik. Maka digerakkan penempatan haram Yahudi di Lembah Sungai Jordan tadi. Lembah ni sebenarnya penting bagi Israel sebab merupakan sumber utama air mereka. Tidak logikpun mereka mahu serah kepada Palestin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu kajian <em>Washington Institute<\/em> pada tahun lepas mendapati bahawa majoriti rakyat Palestin menolak Penyelesaian Dua Negara;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">i. 66 peratus rakyat Tebing Barat dan 56 peratus rakyat Gaza mahukan semua tanah Palestin asal dimiliki mereka semula<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ii. Hanya 14 peratus rakyat Tebing Barat dan 31 peratus rakyat Gaza mahukan Penyelesaian Dua Negara.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">iii. 9 peratus rakyat Tebing Barat dan 5 peratus rakyat Gaza mahu bergabung dengan negara jiran (Mesir \/ Jordan).\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">iv. 11 peratus rakyat Tebing Barat dan 9 peratus rakyat Gaza mahukan kewujudan negara bersama dengan Yahudi di mana setiap rakyat memiliki hak yang sama rata. Inilah yang dipanggil sebagai &#8220;<em>One State Solution&#8221;<\/em>.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>One State Solution<\/em> inipun Israel tidak mahu. Sebabnya Israel ini mengamalkan sistem <em>Proportional Representation<\/em> (PR). Dalam sistem ini, pengundi akan undi parti dan bukan calon. Selepas habis mengundi, kerusi di Knesset (Parlimen) akan dibahagikan mengikut peratusan undi yang parti itu dapat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Contohnya ada 112 kerusi Parlimen di Israel dan parti X dapat 35 peratus undi popular. Maka parti X akan dapat 35% x 112 = 39 kerusi Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Israel tidak setuju kerana populasi mereka hari ini adalah 8.8 juta orang. 75 peratus sahaja Yahudi dan selebihnya Arab (majoriti Islam). Palestin pula ada 5.5 juta rakyat yang hampir kesemuanya Arab Muslim.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya dua entiti ini digabungkan menjadi satu negara, maka peratusan Yahudi hanya akan menjadi 46 peratus. Tidak pasal-pasal Arab Muslim akan jadi Perdana Menteri negara baharu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Itu tidak ambil kira lagi fakta bahawa rakyat Palestin ini mempunyai <em>fertility rate<\/em> 3.7 &#8211; kadar kesuburan paling tinggi dalam dunia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jadi sebenarnya tidak ada penyelesaian damaipun yang Israel mahukan. Walaupun apa yang TSMY sebut itu sebenarnya adalah sesuai atas kapasiti beliau sebagai ketua kerajaan (sebab <em>two state solution<\/em> ini kerajaan Palestin sendiri yang tandatangan), tetapi dalam keadaan keganasan hari ini kenyataan itu bukanlah sesuatu yang dialu-alukan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Satu-satunya penyelesaian yang patut disebut adalah penyatuan negara Islam. Contohnya gabungan <em>aid mission<\/em> negara-negara Islam ke Gaza. Atau gabungan tentera pengaman ke kawasan konflik bagi melindungi orang awam. Atau gabungan negara Islam buat sekatan ekonomi \/ minyak kepada negara sekutu Israel.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Itu yang umat Islam mahu dengar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Contoh masa Perang Yom Kippur 1973 yang memaksa Israel menyerlahkan kembali Semenanjung Sinai kepada Mesir. Ketika tu Arab Saudi sendiri (walaupun tidak terlibat perang) melaksanakan embargo minyak sehingga Amerika Syarikat terpaksa desak Israel terima perjanjian damai yang menguntungkan negara Arab.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Buat perutusan khas, kadang-kadang kena ada <em>common sense<\/em> juga. Kalau keluar TV buat kenyataan menyakitkan hati, baik duduk diam-diam sahaja makan kuih raya.\u00a0<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya Penyelesaian Dua Negara yang disokong Tan Sri Muhyiddin semalam maknanya Israel dan Palestin akan wujud sebagai negara berdaulat. Dan akan diiktiraf seluruh dunia. Tetapi kalau ada hendak mengatakan kaedah ini disokong penduduk Palestin atau satu-satunya cara terbaik adalah tidak tepat.\u00a0 Rakyat Palestin majoritinya tidak setujupun kaedah sebegitu. Yang sokong sebenarnya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":22871,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[1154,797,461,1919,1923],"class_list":["post-22869","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-abdul-rahim-hilmi-zakariya","tag-israel","tag-muhyiddin","tag-palestin","tag-penyelesaian-dua-negara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/22869","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=22869"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/22869\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22872,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/22869\/revisions\/22872"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/22871"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=22869"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=22869"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=22869"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}