{"id":23048,"date":"2021-06-04T12:33:53","date_gmt":"2021-06-04T12:33:53","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23048"},"modified":"2021-06-04T12:35:05","modified_gmt":"2021-06-04T12:35:05","slug":"surat-datuk-razlan-rafii-merayu-ydp-agong-menzahirkan-kebimbangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23048","title":{"rendered":"DATUK RAZLAN RAFII MERAYU, ZAHIRKAN KEBIMBANGAN KEPADA YDP AGONG"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4 Jun 2021 (Jumaat)<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">23 Syawal 1442H<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">AMPUN TUANKU<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">AL-SULTAN ABDULLAH RI&#8217;AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA&#8217;IN BILLAH<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adalah dengan penuh homat dan takzimnya, patik merafak sembah dan berdoa ke hadrat <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Allah S.W.T semoga Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri&#8217;ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta&#8217;in Billah dan Tuanku Raja Permaisuri Agong Tunku <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Iskandar Al-Haj beserta seluruh kerabat-kerabat senantiasa berada di dalam keadaan sihat <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">walafiat dan berada di bawah lindungan Allah S.W.T <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Izinkan patik menzahirkan kebimbangan rakyat rakyat di bawah naungan Tuanku yang akan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pasti mengundang kerisauan dan masyghul buat Tuanku. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menjunjung kasih, Ampun Tuanku dan mohon limpah izin di atas kebijaksanaan dan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">wewenang Tuanku, keadaan negara ini sudah tidak terkawal. Langkah berjaga-berjaga yang <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">dilaksanakan oleh kerajaan hari ini ternyata sudah tidak berjaya. YAB Perdana Menteri Tan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sri Muhyiddin Yassin yang ditabalkan sebagai ketua kerajaan telah gagal menjalankan amanah<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">dan memacu ekonomi negara ke satu tahap yang lebih baik di samping membendung <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pandemik Covid-19.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kebimbangan Pertama: Penularan Tak Terkawal Covid-19<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hari ini, banyak negara di seluruh dunia melihat penurunan kes Covid-19. Namun Malaysia <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pula tidak menjadi sebahagian daripada negara-negara tersebut. Amat menyedihkan apabila <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malaysia masih kekal dalam carta teratas yang mencatatkan kes Covid-19 tertinggi. Angka <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">jangkitan baharu dan kematian saban hari tidak menentu sekaligus telah menyebabkan rakyat <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">merasa semakin gusar dan dalam masa yang sama tiada tanda-tanda menampakkan kes akan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">berkurangan. Saban hari, rakyat diberitakan mengenai status terkini Covid-19 dan ia <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">benar-benar meresahkan rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saban hari rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara. Rakyat <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">diarahkan untuk mematuhi pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">memastikan graf jangkitan Covid-19 menurun. Namun sebenarnya kepelbagaian arahan, <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kenyataan dan perutusan yang berbeza-beza dari kepimpinan negara telah menyebabkan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">rakyat semakin keliru dan menganggap segala hal yang berlaku hanyalah bersifat politik <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">semata-mata. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Musibah pandemik Covid-19 dengan angka hampir mencecah 10,000 pesakit sehari bukanlah <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">satu angka yang hadir dengan sendiri. Ia terhasil akibat daripada kegagalan kepimpinan <\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kerajaan dalam membuat keputusan yang tepat. Seharusnya sebagai Perdana Menteri, Tan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sri Muhyiddin Yassin perlu bertindak seperti Ketua Kerajaan yang berani ke hadapan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">menerangkan dan menjawab segala pertanyaan serta kemusykilan pihak media yang <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">membawa persoalan dan kegusaran rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kebimbangan Kedua: Keadaan Ekonomi Dan Rakyat<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Patik yakin KeBawah Duli Tuanku sedia maklum mengenai kekurangan kemasukan pelabur-<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pelabur asing ke dalam negara kebelakangan ini. Perkara ini amat membimbangkan syarikat-<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">syarikat besar mahupun kecil di sini. Perkara ini diakui sendiri oleh pihak pelabur asing kerana <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">tiada jaminan kestabilan ekonomi dek disebabkan kepelbagaian tempoh PKP itu sendiri. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat dihidangkan dengan pelbagai bentuk lawatan kepimpinan negara ke luar negara tetapi <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">tiada bentuk pelaburan yang berjaya dilaporkan. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Banyak majikan diarahkan mengurangkan jumlah pekerja ke pejabat dan terdapat majikan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">yang tidak mempunyai pilihan selain menutup operasi sementara dan menamatkan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">perkhidmatan pekerja bergaji hari. Rentetan itu, ramai yang terpaksa mencari pendapatan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">lain dengan pelbagai cara demi survival diri dan keluarga. Mungkin hal ini dianggap remeh <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">oleh pihak kerajaan kerana merasakan ada Kementerian telah diperuntukkan untuk <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">membantu kebajikan rakyat namun hakikatnya bukan mudah untuk memohon bantuan di <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pelbagai agensi kerajaan. Dari karenah birokrasi sehinggalah ke sistem dalam talian pemilihan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">penerima bantuan daripada kerajaan yang tidak menentu. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tambah menyedihkan lagi, rakyat terasa dianiaya oleh kerajaan kerana telah membataskan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pergerakan melalui arahan PKP dan terpaksa duduk di rumah. Namun dalam masa yang <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">sektor perkilangan dibenarkan beroperasi dan sehingga kini sektor ini telah mewujudkan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">lebih 20 kluster di tempat kerja. Adakah ini salah rakyat yang duduk di rumah atau pekerja di <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">sektor tersebut? Perasaan rakyat menjadi serba salah kerana akur kepada kerajaan dan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">majikan. Di sini ketegasan Perdana Menteri membuat keputusan amat diperlukan namun <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">hambar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat perlukan satu bentuk jaminan di mana dalam tempoh PKP yang memerlukan rakyat <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">untuk berada di rumah, adakah kerajaan bersedia untuk memastikan nasib rakyat juga turut <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">terpelihara. Sebagai contoh moratorium bank secara automatik kepada semua rakyat untuk <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">satu tempoh tertentu dan juga menyediakan khidmat vaksinasi kepada seluruh peringkat <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">rakyat terutama untuk warga emas dan penduduk di luar bandar dengan lebih efisyen tanpa <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">perlu pendaftaran atas talian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kebimbangan Ketiga: Amalan Demokrasi<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Patik sebagai rakyat jelata telah hilang kepercayaan dengan kepimpinan Perdana Menteri hari <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ini. Beliau telah terbukti gagal sebagai Ketua Pentadbiran Negara untuk memastikan wabak <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ini dapat diselesaikan seperti yang dipersembahkan kepada KeBawah Duli Tuanku bagi <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">memohon pengisytiharan Darurat Proklamasi sebelum ini. Sumpah janji yang akan dicurah <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">dan dihasratkan oleh Perdana Menteri untuk menjaga kebajikan dan nyawa setiap rakyat <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">jelata Tuanku telah menemui jalan buntu. Lebih menyedihkan kini nyawa rakyat diperjudikan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">demi kelangsungan kuasa politik semata. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Memetik kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba bahawa sistem perkhidmatan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">menyeluruh tidak dilakukan. Kami sebagai rakyat biasa bertanya pada diri, mengapakah data-<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">data ini dibiarkan begitu sahaja tanpa ada tindakan dari Perdana Menteri semenjak awal lagi. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengapa tunggu ia sudah menjadi kucar-kacir baru mahu membuat keputusan yang <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">besar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">AMPUN TUANKU, <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat tidak tahu di mana lagi mahu mengadu nasib. Ramai ahli keluarga telah pergi <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">mengadap ilahi meninggalkan kami disebabkan Covid-19. Ya, ajal maut adalah ketentuan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Allah SWT namun kami sebagai rakyat mengharapkan ada sinar untuk kami kembali kepada <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kehidupan biasa. Bekerja, bersekolah, beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti bersama <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">keluarga tanpa bimbang. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dahulu kami rakyat yang hina ini mempunyai wakil rakyat yang membawa suara kami di <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">dalam Dewan Rakyat. Namun kini semua sudah hilang, bayang Wakil Rakyat pun tidak <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kelihatan kerana akur kepada arahan PKP dan duduk di rumah. Inilah salah satu bentuk <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2018kecekapan\u2019 Tan Sri Muhyiddin Yassin menangani krisis tanpa ada keberanian membawa hal <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">penting untuk dibahas. Bagaimana kerajaan boleh melunaskan tanggungjawab terhadap <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">rakyat tanpa memohon bantuan wakil-wakil rakyat seluruh negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tempoh darurat perlu ditamatkan segera kerana ia tidak lagi berperanan untuk <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">menangkis pandemik Covid-19. Apa yang dilihat dan difahami rakyat adalah darurat ini <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">bertujuan untuk mengukuhkan kuasa Perdana Menteri sahaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">AMPUN TUANKU,<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perdana Menteri harus diberi tekanan oleh KeBawah Duli Tuanku untuk memastikan nyawa <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">rakyat jelata dapat diselamatkan terlebih dahulu berbanding survival parti politik beliau. Patik <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ingin mencadangkan, agar KeBawah Duli Tuanku menggantung kerajaan hari ini dan melantik <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">seorang Perdana Menteri Interim yang lebih tegas, berpengetahuan luas, mempunyai <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">rangkaian hubungan baik dengan pelabur luar negara dan paling utama adalah <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">mengutamakan nyawa rakyat tanpa memikirkan kepentingan politik dan parti sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Keputusan ini amat penting bukan kepada patik seorang sahaja namun ianya meliputi semua <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">peringkat rakyat. Kebimbangan patik adalah jangan sehingga nasi menjadi bubur kerana <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kesilapan kita hari ini tiada upaya lagi untuk mengubahnya di kemudian hari.<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sempena mengambil keberkatan hari Jumaat ini, patik berharap dapat kiranya Kebawah Duli <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tuanku menerima warkah patik yang hina ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menjunjung kasih KeBawah Duli Tuanku.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">DAULAT TUANKU<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">DAULAT TUANKU<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">DAULAT TUANKU<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">DATUK MOHD RAZLAN BIN MUHAMAD RAFII J.M.W, BCM, PMW<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>4 Jun 2021 (Jumaat) 23 Syawal 1442H AMPUN TUANKU KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI&#8217;AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA&#8217;IN BILLAH AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN, Adalah dengan penuh homat dan takzimnya, patik merafak sembah dan berdoa ke hadrat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":23050,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[44,212],"tags":[1358,1660,272,790],"class_list":["post-23048","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-daulat","category-utama","tag-coronavirus","tag-darurat","tag-razlan-rafii","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23048","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=23048"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23048\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23051,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23048\/revisions\/23051"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/23050"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=23048"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=23048"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=23048"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}