{"id":23167,"date":"2021-06-13T07:23:55","date_gmt":"2021-06-13T07:23:55","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23167"},"modified":"2021-06-13T07:36:44","modified_gmt":"2021-06-13T07:36:44","slug":"kuasa-tamatkan-darurat-bukan-di-tangan-jemaah-menteri-wahai-yb-takiyuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23167","title":{"rendered":"KUASA TAMATKAN DARURAT BUKAN DI TANGAN JEMAAH MENTERI, YB TAKIYUDDIN"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Oleh Isham Jalil<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semalam Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan berkata Jemaah Menteri yang akan menasihati YDP Agong dan menentukan sama ada darurat akan ditamatkan atau dilanjutkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Takiyuddin berkata, &#8220;<em>Menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untuk terus menasihati Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat<\/em>.&#8221;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Takiyuddin berkata baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri mengikut Perlembagaan seperti mana ketika baginda mengisytiharkan darurat pada Januari lepas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu, katanya, &#8220;<em>Oleh yang demikian, persoalan sama ada darurat yang akan tamat pada tarikh tersebut diteruskan atau tidak atas budi bicara Agong seperti dibangkitkan tidak seharusnya timbul<\/em>.&#8221;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang Takiyuddin kata di atas merujuk kepada Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan yang mana YDP Agong perlu bertindak di atas nasihat Jemaah Menteri atau seorang Menteri yang bertindak di atas kuasa am Jemaah Menteri (iaitu Perdana Menteri atau dalam hal darurat ini Menteri Undang-undang Takiyuddin sendiri).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maksudnya, apa yang Takiyuddin mahu sampaikan boleh dibaca kononnya YDP Agong tidak ada kuasa untuk tamatkan darurat tanpa nasihat Jemaah Menteri mengikut Perlembagaan seperti mana juga baginda telah mengikut nasihat Jemaah Menteri ketika mengisytiharkan darurat dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh kerana Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri, maka berdasarkan kepada apa yang Takiyuddin kata ini juga, secara efektifnya kuasa untuk menamatkan darurat adalah kononnya berada di tangan Perdana Menteri dan bukannya di tangan YDP Agong, yang hanya boleh bertindak atas nasihat Perdana Menteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya lihat apa yang menteri-menteri Perikatan Nasional buat ini adalah mentafsirkan undang-undang mengikut kepentingan mereka sahaja, seperti juga yang dibuat oleh Menteri Kewangan minggu lepas bila dia tidak mahu beri moratorium.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini tidak bertanggungjawab, mereka tidak boleh mentafsirkan undang-undang sesuka hati.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang Takiyuddin kata ini tidak tepat malah tidak betul.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana apabila darurat diisytiharkan, secara efektifnya Perlembagaan adalah digantung.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu kerajaan boleh menggantung dan menutup Parlimen walaupun mengikut Perlembagaan mereka tidak boleh berbuat begini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen tidak boleh ditutup tanpa persidangan melebihi enam bulan dalam sesuatu penggal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dinyatakan bahawa Proklamasi Darurat dan apa-apa Ordinan berkenaannya perlu mendapatkan kelulusan Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedua-dua perkara di atas tidak dilakukan oleh kerajaan, kerana kerajaan dan Menteri tahu bahawa dalam tempoh darurat penggantungan Perlembagaan membolehkan mereka untuk memilih untuk tidak mengikut Perlembagaan atau mengubah peruntukan Perlembagaan melalui Ordinan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila Perlembagaan digantung, maka peruntukan Perkara 40 iaitu keperluan untuk YDP Agong mendengar nasihat Jemaah Menteri juga adalah digantung.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan tidak boleh memilih-milih untuk memakai separuh-separuh peruntukan Perlembagaan yang memihak kepada mereka tetapi menggantung separuh-separuh yang lain terutama yang melibatkan kuasa YDP Agong semasa darurat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lebih-lebih lagi apabila dalam tempoh darurat kuasa diserahkan ke tangan YDP Agong dan kedudukan dan kuasa Jemaah Menteri adalah kabur.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini memandangkan semasa darurat kuasa-kuasa statutori Jemaah Menteri adalah terdatang (<em>derived<\/em>) daripada Perlembagaan yang telah digantung.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kuasa Jemaah Menteri yang tinggal hanyalah kuasa prerogatif yang terdatang (<em>derived<\/em>) daripada kuasa YDP Agong; dan dalam tempoh darurat Jemaah Menteri tidak boleh menggunakan statut (atau Perlembagaan) untuk mengatasi kuasa ini, seperti yang cuba dilakukan oleh menteri jika dia menyatakan yang YDP Agong perlu mengikut nasihat Jemaah Menteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tambahan lagi, dalam Perlembagaan tidakpun disebut tentang pengisytiharan penamatan darurat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu jika mengikut statut atau Perlembagaanpun Jemaah Menteri tidak ada kuasa untuk menasihati baginda untuk menamatkan atau menyambung darurat setelah proklamasi pertama dibuat sebelum darurat berkuatkuasa dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka, setelah darurat diisytihar, ia terserah kepada budi bicara YDP Agong untuk membuat keputusan dan bukan lagi di tangan Jemaah Menteri atau Perdana Menteri yang tidak lagi ada kuasa untuk menasihati YDP Agong.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maksudnya, YDP Agong boleh mendengar nasihat mereka atas budi bicara sahaja dan tidak perlu ikut nasihat mereka ketika darurat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;&#8230;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Satu perkara lagi, apabila kerajaan melanjutkan darurat (contohnya selama 6 bulan lagi selepas 1 Ogos 2021), kerajaan tidak perlu membentangkan Bajet 2022 pada akhir tahun ini di Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana dalam tempoh darurat, kerajaan boleh mengeluarkan Ordinan perbekalan dan meluluskan bajet mereka sendiri tanpa melalui kelulusan Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan mereka (kerajaan PN) pun masih berdegil tidak mahu buka Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu mereka boleh buat bajet sendiri, lulus sendiri, dan belanja sendiri apa yang mereka mahu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sementara itu situasi COVID-19 semakin buruk walaupun darurat telah dilaksanakan sejak awal tahun ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika kerajaan hari ini ikhlas mahu bantu rakyat dan bukannya hanya mahu kekalkan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, bukalah Parlimen segera dan tamatkan darurat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">13 Jun 2021<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/991470708275120\/?d=n\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/991470708275120\/?d=n<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Isham Jalil Semalam Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan berkata Jemaah Menteri yang akan menasihati YDP Agong dan menentukan sama ada darurat akan ditamatkan atau dilanjutkan. Takiyuddin berkata, &#8220;Menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untuk terus menasihati Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.&#8221; Takiyuddin berkata baginda bertindak atas nasihat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":23169,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[1660,500,343,309,790],"class_list":["post-23167","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-darurat","tag-isham-jalil","tag-parlimen","tag-takiyuddin","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23167","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=23167"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23167\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23171,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23167\/revisions\/23171"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/23169"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=23167"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=23167"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=23167"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}