{"id":23232,"date":"2021-06-19T15:16:07","date_gmt":"2021-06-19T15:16:07","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23232"},"modified":"2021-06-19T15:16:07","modified_gmt":"2021-06-19T15:16:07","slug":"isu-nama-mahiaddin-mesej-raja-raja-dan-apakah-nasib-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23232","title":{"rendered":"ISU NAMA MAHIADDIN, MESEJ RAJA-RAJA DAN APAKAH NASIB PM?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><b>Siri 3\u00a0<\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Aduka Taruna<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Belum pernah berlaku dalam sejarah negara, Perdana Menteri (PM) berdepan isu penggunaan nama samaran sebagai nama rasmi. Itulah yang berlaku dengan PM Malaysia yang selama ini menggunakan nama Muhyiddin Yassin di sebalik nama asal Mahiaddin Yassin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lagi menjadi perhatian rakyat apabila PM bertindak menukar nama kepada nama\u00a0 asalnya, Mahiaddin. Sudah tentu langkah itu dibuat kerana ia mempunyai implikasi\u00a0 perundangan apatah lagi atas jawatannya sebagai PM. Kisah nama ini menjadi perbualan rakyat dengan ramai yang sinikal dan mengkritik PM kerana dari awal tidak menggunakan nama sebenar sebagaimana tertera di surat beranak dan kad pengenalan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak pasti sejauh mana isu tersebut akan memberi kesan selepas ini tetapi sudah ada ura-ura ia akan dicabar atas asas perundangan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain isu tersebut, ada isu yang lebih panas minggu ini iaitu kenyataan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-raja Melayu berhubung pelaksanaan darurat dan Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Titah YDPA dan Raja-raja Melayu agar\u00a0 Parlimen bersidang segera dan tiada keperluan darurat diteruskan selepas tempohnya tamat, merupakan satu tamparan kepada kerajaan PN pimpinan Mahiaddin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimanapun titah tersebut dengan segera diberi tafsiran serong oleh Menteri Undang-undang, Dato Seri Takiyuddin Hassan bahawa ia tiada batas waktu atau tarikh ditetapkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun majoriti rakyat berpegang kepada tafsiran yang realistik iaitu sidang Parlimen perlu dibuka segera itu bermaksud iaitu esok, lusa atau selewat-lewatnya minggu depan &#8211; bukannya September atau Oktober.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kebelakangan ini Takiyuddin banyak mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan netizen, menjadikan beliau dalam senarai 10 pemimpin PN yang paling dibenci. Imej Pas turut terjejas teruk akibat pendirian Presidennya Dato Seri Hadi Awang dan Takiyuddin mengikut rentak Bersatu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam isu terbaru ini, ada laporan polis dibuat ke atas Takiyuddin kerana reaksi beliau kepada titah YDPA disifatkan sebagai derhaka. Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan siasatan polis akan dibuat ke atas Takiyuddin tetapi ramai berharap ia bukan satu lagi wayang politik kerajaan PN. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain reaksi Takiyuddin, turut dipersoalkan adalah kenyataan rasmi pejabat Perdana Menteri kepada titah YDPA yang disifatkan hambar dan kurang bijak. Sepatutnya PM dan Kabinet perlu menzahirkan kenyataan yang lebih positif sebagai tanda akur dan terbuka dengan titah YDPA dan Raja Raja Melayu. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Inilah masa kerajaan PN yang berdepan isu keyakinan rakyat dan populariti merudum, mengambil sikap berjiwa besar kepada\u00a0 Institusi Raja. Lebih-lebih lagi kerajaan PN dikuasai oleh parti-parti Melayu yang dipimpin Bersatu. ini bukanlah kerajaan yang dikuasai DAP sebagaimana era pemerintahan PH selama 22 bulan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Buktikanlah bahawa kerajaan PN adalah kerajaan contoh termasuk dalam mendokong Institusi Raja di negara ini dalam erti kata sebenar. Sudahlah pada persepsi rakyat kerajaan PN telah mengheret YDPA dalam pelaksanaan darurat dan penggantungan Parlimen. Akibatnya ia menjejaskan imej Institusi Raja yang makin terdedah kepada tohmahan dan kritikan meluas rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam hubungan ini, suara Majlis Raja-raja amat dihargai rakyat kerana ia membawa mesej yang lebih jelas dan kuat kepada kerajaan PN. Majlis Raja-raja ternyata &#8220;memandu dan membantu&#8221; memainkan peranan semak dan imbang ke atas kerajaan pusat. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang menjadi harapan kini adalah YDPA dan Majlis Raja-raja terus mengambil pendirian yang berorientasikan rakyat. Itulah pendekatan terbaik bukan sahaja bagi menyelamatkan negara daripada terus dirundung kegagalan bahkan bagi memelihara kedaulatan dan integriti Institusi Raja. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Konsep rakyat dan raja berpisah tiada lebih kritikal keperluannya untuk terus didukung terutama ketika situasi negara sekarang.\u00a0 YDPA dan Raja-raja Melayu tidak harus membuka kelompongan besar yang akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang mahu menghakis dan memansuhkan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jikalah YDPA dan Raja-raja boleh membaca secara langsung kandungan perbincangan kumpulan WhatsApp dan Telegram pelbagai kelompok rakyat termasuk kaum Melayu, ia pasti mengejutkan. Berbanding laman sosial seperti Facebook dan Twitter,\u00a0 komen rakyat Malaysia melalui WhatsApp dan Telegram lebih kritis, keras dan emosi. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Maka janganlah dibiarkan sentimen mengasak Institusi Raja ini berlarutan hanya disebabkan kegagalan kerajaan PN. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ketika para pemimpin PN sibuk mewajarkan pelaksanaan darurat dan penggantungan Parlimen dengan pelbagai tafsiran serong, rakyat juga mempunyai tafsiran dan bacaannya. Antara yang jelas adalah titah YDPA dan Majlis Raja-raja secara tidak langsung mencerminkan bahawa kerajaan PN sememangnya gagal. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kegagalan itu meliputi usaha menangani Covid-19, program vaksinasi, ekonomi merudum, hutang negara yang melonjak, bantuan kepada rakyat yang tidak menyeluruh dan pelaksanaan\u00a0 PKP yang bercelaru. Beberapa pemimpin Bersatu\u00a0 sendiri mengakui kerajaan PN\u00a0 gagal, lemah dan buat silap. Pelaksanaan darurat, lonjakan kes pandemik Covid-19 termasuk jumlah kematian dan pelbagai\u00a0 isu berkaitan vaksin serta penggantungan Parlimen adalah kegagalan utama. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sewaktu negara-negara lain terus memperkasakan sesi-sesi sidang Parlimen sebagai teras memelihara sistem demokrasi ketika pandemik Covid-19 melanda, kerajaan Malaysia berundur ke belakang. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Terbaru, Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Mahiaddin kurang meyakinkan dan mendapat reaksi suram. Penjelasan demi penjelasan menteri Kabinet tidak membantu selain bercelaru. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa misalnya menyatakan rakyat tidak faham bahawa darurat dan PKP tidak bermakna kes Covid-19 akan turun mendadak. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Hujah-hujah seperti ini menampakkan menteri\u00a0 Kabinet sudah tiada modal dan gagal memainkan peranan sebagai agen komunikasi yang efektif. Inikah standard seorang menteri? Samalah juga dengan standard beberapa menteri termasuk beliau yang pernah melanggar SOP tidak memakai pelitup muka tetapi rakyat ditekan agar patuh SOP PKP. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Hakikatnya, hari demi hari rakyat makin susah dan terhimpit sambil arus sentimen menolak kerajaan PN bertambah kuat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Atas tafsiran itu, ramai yang mengharapkan PM berundur agar tidak memudaratkan lagi keadaan negara.\u00a0 Undian\u00a0 melalui <em>online<\/em> sama ada Mahiaddin wajar meletakkan jawatan mendapat sambutan positif rakyat. Rasa tidak puas hati beberapa pemimpin kerajaan termasuk daripada Bersatu terhadap Mahiaddin juga sedang membara. Dengan sinikal seorang teman berkata, rakyat bukan mahu PM menukar namanya pada situasi sebegini tetapi yang perlu ditukar adalah PM itu sendiri.\u00a0 Kita tunggulah apa nasib Mahiaddin nanti dan berapa lama beliau mampu bertahan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Siri 4 minggu depan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">(Aduka Taruna adalah penganalisis politik dan sosial yang bergaul rapat dengan semua kelompok masyarakat)<\/span><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Siri-siri sebelum ini;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Siri 1: &#8220;Kegagalan PN: Siapa yang perlu bertanggungjawab?&#8221; di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/23069\/\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">https:\/\/editormalaysia.com\/23069\/<\/span><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Siri 2. &#8220;<em>Kisah anti-vaksin, isu Perdana Menteri baru dan harapan kepada YDP Agong<\/em>&#8221; di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/23149\/\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">https:\/\/editormalaysia.com\/23149\/<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Siri 3\u00a0 Aduka Taruna Belum pernah berlaku dalam sejarah negara, Perdana Menteri (PM) berdepan isu penggunaan nama samaran sebagai nama rasmi. Itulah yang berlaku dengan PM Malaysia yang selama ini menggunakan nama Muhyiddin Yassin di sebalik nama asal Mahiaddin Yassin. Lagi menjadi perhatian rakyat apabila PM bertindak menukar nama kepada nama\u00a0 asalnya, Mahiaddin. Sudah tentu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":23236,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[1931,661,1946,461,343,790],"class_list":["post-23232","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-aduka-taruna","tag-bersatu","tag-mahiaddin","tag-muhyiddin","tag-parlimen","tag-ydp-agong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23232","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=23232"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23232\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23237,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23232\/revisions\/23237"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/23236"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=23232"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=23232"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=23232"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}