{"id":23290,"date":"2021-06-28T11:45:24","date_gmt":"2021-06-28T11:45:24","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23290"},"modified":"2021-06-28T14:16:54","modified_gmt":"2021-06-28T14:16:54","slug":"ada-apa-dengan-vaksin-ivermectin-parlimen-dan-euro-2020","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23290","title":{"rendered":"ADA APA DENGAN VAKSIN, IVERMECTIN, PARLIMEN DAN EURO 2020?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>KEMELUT VAKSIN DAN &#8216;<em>TOTAL&#8217; LOCKDOWN<\/em><\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 amat mengharapkan kerajaan memikirkan &#8220;jalan keluar&#8221; efektif dan menyeluruh buat mereka kerana PKP dan &#8216;<em>total&#8217; lockdown<\/em>\u00a0kini sudah berlanjutan berbulan lamanya. Timbul persoalan sampai bila rakyat harus hidup dalam keadaan begini?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ia bukan sahaja mengenai isu bantuan rakyat, pembukaan masjid dan surau, persekolahan anak-anak, atau melibatkan kebenaran merentas negeri sahaja, tetapi rakyat mengharapkan &#8220;jalan keluar menyeluruh&#8221; daripada pandemik &#8211; yang dilihat gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan tidak boleh berharap semata-mata kepada &#8220;<em>herd immunity<\/em>&#8221; yang dicapai melalui pemberian vaksin tanpa memikirkan kaedah penyelesaian sepenuhnya kerana pemberian vaksin itu sendiri masih perlahan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pelan Pemulihan Negara yang di umumkan pada 15 Jun, sehari sebelum YDP Agong dan Raja-raja Melayu bersidang serta pakej PEMULIH yang baru sahaja diumumkan diharapkan dapat membantu rakyat terkesan tetapi jika kilang-kilang masih dibuka dan negara gagal mencatat kenaikan purata di bawah 4,000 sehari maka PKP 3.0 nampaknya akan terus disambung. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lebih malang, rakyat disekat keluar rumah dan pulang ke kampung, masjid surau terus ditutup tetapi kilang-kilang yang menjadi punca pandemik pula dibenarkan beroperasi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>VAKSIN DAN IVERMECTIN <\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan perlu juga mendengar pandangan awam termasuk NGO, doktor dan pengamal perubatan lainnya, bukan menidakkan terus apa yang difikirkan sesuai dan bermanfaat untuk rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika Ivermectin yang digunakan oleh negara lain terbukti berkesan maka apa salahnya jika ia digunakan di negara ini atas pilihan penggunanya sendiri?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perikatan Nasional selaku kerajaan walaupun masih mentah, tetapi apa jua pelaksanaannya tidak boleh &#8216;mentah&#8217; atau &#8220;separuh masak&#8221;. Mereka perlu pandai membezakan antara pemberian vaksin dan penggunaan ubat-ubatan seperti Ivermectin hatta pengambilan ubat-ubatan alternatif lain jika ia boleh dijadikan ikhtiar mengelakkan diri daripada pandemik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan tidak perlu gusar, kerana tiada sesiapa yang mendesak agar pemberian vaksin dihentikan walaupun Ivermectin digunakan sebagai pilihan. Ini kerana pelbagai pihak termasuk para doktor seluruh dunia yang menyokong penggunaan Ivermectin menyatakan bahawa ia paling baik digunakan sebagai pencegahan dan juga untuk rawatan awal Covid-19.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kemelut Ivermectin ini diharapkan berakhir apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkannya digunakan secara &#8220;<em>off label<\/em>&#8221; seperti beberapa ubatan lain yang digunakan untuk tujuan berbeza daripada matlamat asal ia dihasilkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rujuk pautan; <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/www.freemalaysiatoday.com\/category\/bahasa\/tempatan\/2021\/06\/25\/hospital-boleh-pohon-guna-ivermectin-secara-luar-label-untuk-rawat-covid-19-kata-kkm\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.freemalaysiatoday.com\/category\/bahasa\/tempatan\/2021\/06\/25\/hospital-boleh-pohon-guna-ivermectin-secara-luar-label-untuk-rawat-covid-19-kata-kkm\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><strong>DUA DOS VAKSIN DAN JANJI PERDANA MENTERI<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam masa yang sama, kerajaan perlu mencari jalan untuk mempercepatkan pemberian vaksin jika mereka tidak mampu memikirkan kaedah lain yang lebih efektif dan menyeluruh untuk segera keluar daripada kemelut ini &#8211; jika tidak rakyat akan terus merana dengan &#8216;<em>total&#8217; lockdown<\/em> atau PKP 3.0 yang berpanjangan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Rakyat juga tertanya-tanya adakah janji Perdana Menteri sebelum ini akan ditunaikan, kerana menurutnya jika sudah menerima dua dos suntikan maka &#8220;rakyat sudah boleh ke sana ke sini, ke sana ke sini&#8221; &#8211; seperti yang beliau katakan sendiri dalam sebuah wawancara sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">VAKSIN DAN SIDANG PARLIMEN <\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kenapa Sidang Parlimen masih digantung walaupun Ahli-ahli Parlimen semuanya telah diberikan dua dos vaksin masih menjadi misteri. Alasan &#8216;umur&#8217; dan &#8216;tua&#8217; dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen juga dangkal sedangkan mana-mana pengeluar vaksin tidak menyebut mengenai &#8216;larangan&#8217; ini. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mungkin kerajaan Malaysia perlu menyemak kembali label vaksin dan maklumkan kepada rakyat jika ada larangan tersebut untuk meyakinkan mereka bahawa kerajaan tiada niat terselindung dengan menutup Parlimen.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ISU DUA DOS VAKSIN BERLAINAN DAN DOS KETIGA<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Rakyat juga dikejutkan apabila Khairy Jamaluddin mengumumkan kerajaan &#8220;<\/span><em style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">mempertimbangkan kaedah heterologi atau campuran dua vaksin sebagai sebahagian pelaksanaan kempen vaksinasi dalam negara<\/em><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">&#8220;. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Di mana dos pertama dan kedua adalah daripada vaksin yang berlainan, sedangkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sendiri menasihatkan agar, &#8220;<\/span><em style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">lebih baik jangan campur aduk dua dos suntikan vaksin<\/em><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">&#8220;. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Rujuk pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/www.google.com\/amp\/s\/www.astroawani.com\/berita-dunia\/lebih-baik-jangan-campur-aduk-dua-dos-suntikan-vaksin-who-303909%3famp=1\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.google.com\/amp\/s\/www.astroawani.com\/berita-dunia\/lebih-baik-jangan-campur-aduk-dua-dos-suntikan-vaksin-who-303909%3famp=1<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Belum berakhir isu dua dos berlainan ini, rakyat dikejutkan pula dengan pengumuman kerajaan untuk mengkaji dos ketiga. Ini membuatkan rakyat terfikir, jika selepas ini sudah diberi tiga dos, adakah perlu lagi dos keempat atau kelima jika terdapat lagi varian baru?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ISU VAKSIN DAN EURO 2020<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di luar negara, sesiapa yang sudah menerima dua vaksin dibenarkan &#8220;ke sana ke sini&#8221; termasuk menonton Euro 2020 di stadium yang dihadiri oleh puluhan ribu penonton. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak perlu beriya diumumkan oleh Ketua Negara mereka ataupun anak Perdana Menterinya membuat lagu <em>remix <\/em>seperti di negara kita.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sungguhpun begitu mungkin kerana pendekatan kita berbeza, yang boleh &#8220;ke sana ke sini, ke sana ke sini&#8221; walaupun belum menerima vaksin sebenarnya ditujukan kepada mereka yang terkait dengan sektor perkilangan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ISU &#8220;ANTI-VAKSIN&#8221; <\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan perlu bezakan antara rakyat yang skeptikal dengan pemberian vaksin Covid-19 dan golongan anti vaksin. Tidak mahu vaksin tidak bererti mereka &#8216;anti&#8217;. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mungkin rakyat tidak nampak keperluan untuk mengambil vaksin ketika ini kerana kerajaan sendiri masih ragu-ragu dengan pelaksanaannya apabila mereka yang telah menerima dua dos masih tidak boleh ke mana-mana.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jangan hanya isytihar PEMULIH jika keyakinan rakyat sendiri gagal dipulihkan.\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam hal ini apa kata kerajaan menggunakan Menteri-menteri Kabinetnya untuk menyampaikan maklumat berkesan kepada rakyat kerana JKOM mereka asyik membuang masa menjadi <em>cybertrooper<\/em> murahan menyerang mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Setidak-tidaknya tidaklah melenting apabila digelar &#8220;makan gaji buta&#8221; oleh rakyat.\u00a0<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMELUT VAKSIN DAN &#8216;TOTAL&#8217; LOCKDOWN Rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 amat mengharapkan kerajaan memikirkan &#8220;jalan keluar&#8221; efektif dan menyeluruh buat mereka kerana PKP dan &#8216;total&#8217; lockdown\u00a0kini sudah berlanjutan berbulan lamanya. Timbul persoalan sampai bila rakyat harus hidup dalam keadaan begini? Ia bukan sahaja mengenai isu bantuan rakyat, pembukaan masjid dan surau, persekolahan anak-anak, atau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":23303,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[211,212],"tags":[1852,1950,461,1944,1661],"class_list":["post-23290","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-laporan","category-utama","tag-antivax","tag-euro-2020","tag-muhyiddin","tag-pelan-pemulihan-negara","tag-vaksin-covid-19"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23290","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=23290"}],"version-history":[{"count":11,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23290\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23302,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23290\/revisions\/23302"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/23303"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=23290"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=23290"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=23290"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}