{"id":23323,"date":"2021-06-29T06:34:53","date_gmt":"2021-06-29T06:34:53","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23323"},"modified":"2021-06-29T07:13:12","modified_gmt":"2021-06-29T07:13:12","slug":"mungkir-janji-terhadap-sumpah-jawatan-ku-li","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23323","title":{"rendered":"MUNGKIR JANJI TERHADAP SUMPAH JAWATAN &#8211; KU LI"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Saya merujuk kepada Perlembagaan dan Sumpah Jawatan (2) yang termaktub di dalam Jadual Keenam:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Sumpah sebagai Ahli Parlimen dan Sumpah Setia :<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u201c<em>Saya, Tengku Razaleigh Hamzah, setelah dipilih sebagai seorang ahli Dewan Rakyat dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya<\/em>.\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Seperti YB Datuk saya juga telah melafazkan Sumpah Jawatan seperti tertera di atas selaras dengan Perlembagaan sebagai pra-syarat menjadi Wakil Rakyat kawasan pilihan raya saya dan ahli Dewan Rakyat. Sumpah Jawatan tersebut memerlukan kami mempertahankan Perlembagaan dan menjunjung Kedaulatan Undang-Undang dengan setia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. Dewan Rakyat adalah paksi kepada Perlembagaan kita. Sekiranya Dewan Rakyat gagal, Perlembagaan juga akan gagal dan pastinya negara tercinta ini akan terancam. Dewan Rakyat akan gagal sekiranya ia tidak lagi dapat menjalankan tugas sebagai Dewan kepada \u201cwakil-wakil\u201d rakyat yang dipilih dan diberi mandat ketika berlangsungnya pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Wakil yang dipilih ke Dewan Rakyat diberi gelaran yang berhormat kerana mereka diharap berhemah tinggi di samping mempertahankan integriti dan menghormati janji mereka kepada pengundi. Sekiranya janji ini tidak ditepati, ia adalah penipuan terhadap Perlembagaan dan Sumpah Jawatan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. Apa yang tersebut di atas ialah asas sistem demokrasi berperlembagaan kita. Ia adalah janji kesetiaan kepada rakyat dengan jaminan terhadap penghormatan kepada Perlembagaan dan integritinya. Satu-satunya tugas penting yang diliputi janji ini ialah memastikan calon Perdana Menteri, jawatan keperlembagaan terkanan dengan pelbagai kuasa, disokong Dewan Rakyat dan bersih daripada korupsi politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6. Perdana Menteri sekarang ini tidak mempunyai mandat Dewan Rakyat untuk mendapat hak keperlembagaan terhadap jawatan beliau. Dewan Rakyat pula tidak diberi hak melaksanakan tugas keperlembagaannya untuk menentukan sama ada beliau berhak menjadi Perdana Menteri yang bersih daripada korupsi politik. Usul-usul yang dikemukakan ke Dewan Rakyat tidak berguna kerana Yang di-Pertua tidak melaksana tugasnya sebagai Speaker dengan membenar seorang menteri kabinet menentukan sama ada usul itu boleh dibahas atau tidak. Ini bermakna tugas Dewan Rakyat tidak dihirau dan sekaligus bercanggah dengan Sumpah Jawatan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Maka dengan itu timbullah kemelut lompat-melompat parti. Keadaan ini memalukan Dewan Rakyat; ia seolah-olah dipersenda. Di samping itu rakyat menganggap dewan yang mulia ini sudah kehilangan maruah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">8. Orang ramai tidak percaya wakil rakyat yang mungkir janji terhadap ikrar mereka dipilih berasaskan sesuatu sebab atau prinsip tertentu. Umum mempercayai wang dan ketakutan mempengaruhinya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">9. Keadaan Dewan Rakyat yang semakin tidak dihormati rakyat hendaklah diatasi demi maruah negara. Caranya ialah dengan memastikan Dewan Rakyat menjalani tanggungjawabnya seperti tercatat di dalam Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang memberi kuasa kepada YB Datuk sebagai Yang di-Pertua untuk mengambil tindakan penentuan sama ada ahli-ahli dewan ini bertindak bertentangan dengan Seksyen 8(d) yang menyatakan:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u201c<em>the offering to or acceptance by &#8230; be submitted to the House or any<\/em>&#8230;\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">10. Mengikut bekas Yang di-Pertua Tan Sri Dato\u2019 Mohamed Ariff Mohamed Yusof di muka surat 42, perenggan (23.023), bab 23 \u201cUndang-Undang, Prinsip dan Amalan di Dewan Rakyat&#8221;:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u201c<em>Undang-Undang amat penting ini kadangkala tidak dihirau oleh pemerhati sambil lewa Parlimen walau pun ia mengandungi kuasa luas yang diberi kepada Parlimen untuk menyokong kedudukan keperlembagaan Parlimen sebagai badan terutama dalam kerajaan.<\/em>\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">11. Saya terpanggil untuk menambah bahawa di masa-masa lampau badan kehakiman telah gagal mempertahankan proses demokratik menentukan keadaan lompat melompat parti oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah diberi kepercayaan oleh pengundi dengan memilih mereka; bahawasanya mengikut Perlembagaan Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah wakil pengundi. Malangnya pada suatu ketika dahulu badan kehakiman tidak memahaminya secara begini. Akibatnya kita kini berhadapan dengan krisis keyakinan diri berkaitan proses demokratik dan Perlembagaan. Keputusan badan kehakiman mengenai tugas Dewan Rakyat telah mengakibatkan kesan negatif. Maka itu keputusan tersebut seharusnya diterbalikkan demi memastikan demokrasi berperlembagaan Malaysia terus selamat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">12. Dalam hal ini, saya merujuk kepada kes Dewan Undangan Negeri Kelantan lawan Nordin Salleh pada 1992 yang membenarkan lompat parti dan kes Perlembagaan Perak di mana mengguna akuan berkanun itu sah. Sila maklum bahawa Akta Akuan Berkanun wujud bukan kerana maksud politik, jauh sekali berkaitan keputusan politik di Dewan Undangan Negeri, di Dewan Rakyat mahupun untuk menyelesai apa-apa isu berkaitan dengan Perlembagaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini bermakna Mahkamah telah mengesahkan penyalahgunaan akuan berkanun. Khususnya ia telah campur tangan dalam tindakan undang-undang oleh Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">a] Kes tersebut memberi pengesahan kepada proses membuat keputusan di luar Dewan Undangan. Kini ia diberi keutamaan oleh Perdana Menteri kita dalam membuat keputusan di luar Dewan Rakyat bagi isu memerlukan kelulusan Dewan. Kedua-duanya salah daripada segi perlembagaan. Undang-Undang bukannya ditentukan oleh Hakim. Ia ditentukan oleh apa yang termaktub di dalam perlembagaan atau undang-undang dan apa yang diputus oleh Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">13. [a] Khususnya saya merujuk kepada kes Dewan Undangan Negeri Kelantan lawan Nordin Salleh pada 1992. Keputusan oleh Mahkamah Persekutuan, dengan berpandukan kepada Perkara 10 Perlembagaan, membenarkan tindakan lompat parti sebagai kebebasan berpersatuan. Mahkamah tidak mengendahkan proses demokratik, mandat pengundi, mahu pun persoalan integriti politik. Keputusan tersebut juga tidak memberi pertimbangan kepada kemungkinan ia boleh meleluasakan korupsi politik dan memusnahkan sistem demokrasi berperlembagaan kita. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">[b] Satu lagi kes yang memusnah proses demokrasi kita di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat ialah kes keperlembagaan Perak yang menghalalkan, dari segi Perlembagaan, penggunaan Akuan Berkanun dan bukannya undi di Dewan Undangan Negeri dalam menentukan soal undi percaya. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">[c] Kedua-dua keputusan ini salah di sisi Perlembagaan dan telah mengkorup proses Perlembagaan demokratik serta Kedaulatan Undang-Undang Malaysia. Undang-Undang bukannya apa yang selesa kepada hakim atau apa yang dikatanya. Ia ditentukan oleh Perlembagaan, Undang-Undang sedia ada dan oleh Parlimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">[d] Proses demokrasi berperlembagaan termusnah oleh amalan politik korup atau oleh keputusan buruk bukanlah demokrasi berperlembagaan berasaskan Perlembagaan. Ia adalah demokrasi punah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">14. Sebagai ahli Dewan Rakyat sekiranya saya merasakan badan kehakiman bersalah dari segi Perlembagaan maka adalah menjadi tanggungjawab dan hak saya, berasaskan Sumpah Jawatan yang saya lafaz, untuk bersuara dan mencari jalan memperbetulkan kesalahan yang telah berlaku. Kesetiaan saya kepada Sumpah Jawatan itulah mendorong saya menulis surat ini kepada YB Datuk sebagai Yang di-Pertua dan pelindung kepercayaan kita terhadap betapa pentingnya integriti Dewan Rakyat dikekalkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">15. Saya juga berpendapat bahawa rasuah politik mengganggu tugas Dewan Rakyat. Ia juga mengganggu kedudukan dan tugas ahlinya sebagai wakil kawasan pilihan raya mereka. Gangguan ini meliputi mandat Perlembagaan dan tugas yang diamanahkan melalui mandat tersebut dengan berlakunya lompat-melompat parti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">16. Selain itu pada pandangan saya mengguna akuan berkanun salah mengikut Perkara 62(3) Perlembagaan yang menyata dengan terang bahawa \u201c<em>setiap Majlis Parlimen hendaklah, jika tidak sebulat suara, membuat keputusannya mengikut majoriti biasa ahli-ahli yang mengundi<\/em>\u201d. Tidak merujuk kepada Perkara ini ketika memilih Perdana Menteri adalah kegagalan besar Dewan Rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">17. Demokrasi berperlembagaan hanya dapat berfungsi sekiranya pengundi percaya kepada calon yang hendak menjadi wakil rakyat mereka. Rasuah politik seperti musuh dalam selimut dan lompat-melompat parti memberi kesan buruk kepada kepercayaan terhadap demokrasi berperlembagaan kita. Ia akan menjahanam negara kita dan menderitakan rakyat. Pilihan raya demokratik tanpa integriti tidak guna satu sen. Maka itu kita harus bertindak sebelum terlambat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">18. Sebagai ahli Dewan Rakyat kita berkewajipan, mengikut Sumpah Jawatan, mempertahankan Perlembagaan dan Dewan Rakyat. Sumpah Jawatan serius ini yang mendorong kita \u201cdengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan\u201d semestinya diberi makna politik sekiranya kita mahu meneruskan demokrasi berperlembagaan kita, mempertahan kedaulatan undang-undang dan integriti negara kita.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">19. Apa yang diluahkan di atas adalah permohonan saya, sebagai ahli Dewan Rakyat, kepada YB Datuk. Semua yang dinyatakan bersabit dengan keprihatinan orang ramai. Oleh itu saya berkewajipan untuk menyebar surat ini kepada semua ahli Dewan Rakyat dan orang awam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">TENGKU RAZALEIGH HAMZAH<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">25 JUN 2021<\/span><\/p>\n<p><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-23326 aligncenter\" src=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.54.54-PM-212x300.jpeg\" alt=\"\" width=\"563\" height=\"797\" srcset=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.54.54-PM-212x300.jpeg 212w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.54.54-PM-724x1024.jpeg 724w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.54.54-PM-768x1087.jpeg 768w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.54.54-PM-750x1061.jpeg 750w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.54.54-PM.jpeg 1000w\" sizes=\"(max-width: 563px) 100vw, 563px\" \/><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"wp-image-23331 aligncenter\" src=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-212x300.jpeg\" alt=\"\" width=\"557\" height=\"788\" srcset=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-212x300.jpeg 212w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-724x1024.jpeg 724w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-768x1087.jpeg 768w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-750x1061.jpeg 750w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM.jpeg 1000w\" sizes=\"(max-width: 557px) 100vw, 557px\" \/><img decoding=\"async\" class=\"wp-image-23329 aligncenter\" src=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-2-212x300.jpeg\" alt=\"\" width=\"564\" height=\"798\" srcset=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-2-212x300.jpeg 212w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-2-724x1024.jpeg 724w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-2-768x1087.jpeg 768w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-2-750x1061.jpeg 750w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-2.jpeg 1000w\" sizes=\"(max-width: 564px) 100vw, 564px\" \/>\u00a0<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-23330 aligncenter\" src=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-3-212x300.jpeg\" alt=\"\" width=\"556\" height=\"787\" srcset=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-3-212x300.jpeg 212w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-3-724x1024.jpeg 724w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-3-768x1087.jpeg 768w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-3-750x1061.jpeg 750w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-3.jpeg 1000w\" sizes=\"(max-width: 556px) 100vw, 556px\" \/><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\" wp-image-23338 aligncenter\" src=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-x-212x300.jpeg\" alt=\"\" width=\"553\" height=\"783\" srcset=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-x-212x300.jpeg 212w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-x-724x1024.jpeg 724w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-x-768x1087.jpeg 768w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-x-750x1061.jpeg 750w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-x.jpeg 1000w\" sizes=\"(max-width: 553px) 100vw, 553px\" \/><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-23333 aligncenter\" src=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-4-212x300.jpeg\" alt=\"\" width=\"556\" height=\"787\" srcset=\"https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-4-212x300.jpeg 212w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-4-724x1024.jpeg 724w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-4-768x1087.jpeg 768w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-4-750x1061.jpeg 750w, https:\/\/editormalaysia.com\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/WhatsApp-Image-2021-06-29-at-2.40.57-PM-4.jpeg 1000w\" sizes=\"(max-width: 556px) 100vw, 556px\" \/><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya merujuk kepada Perlembagaan dan Sumpah Jawatan (2) yang termaktub di dalam Jadual Keenam: 2. Sumpah sebagai Ahli Parlimen dan Sumpah Setia : \u201cSaya, Tengku Razaleigh Hamzah, setelah dipilih sebagai seorang ahli Dewan Rakyat dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":23324,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[344,305,188,703],"class_list":["post-23323","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-ahli-parlimen","tag-dewan-rakyat","tag-ku-li","tag-perlembagaan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23323","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=23323"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23323\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23339,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23323\/revisions\/23339"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/23324"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=23323"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=23323"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=23323"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}