{"id":23703,"date":"2021-08-02T07:48:22","date_gmt":"2021-08-02T07:48:22","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23703"},"modified":"2021-08-02T07:48:22","modified_gmt":"2021-08-02T07:48:22","slug":"penderhakaan-muhyiddin-siapa-bersubahat-rakyat-bangkit-di-jalanan-dan-isu-pm-interim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=23703","title":{"rendered":"PENDERHAKAAN MUHYIDDIN, SIAPA BERSUBAHAT, RAKYAT BANGKIT DI JALANAN DAN ISU PM INTERIM"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siri 9<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Aduka Taruna<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Episod politik Malaysia makin bergelora dengan nasib Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini bagai telur di hujung tanduk.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Titah amat dukacita Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat kerana membelakangkan kuasa baginda, mencetuskan ketegangan baharu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di sebalik teguran keras YDPA, Muhyiddin dan Kabinetnya mengambil langkah mempertahankan keputusan mereka, yang kini mencetuskan krisis Perlembagaan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pengurusan\u00a0 kepada kemelut ini daripada awal lagi tidak ditangani dengan baik oleh pentadbiran Muhyiddin.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kenyataan balas pejabat Perdana Menteri kepada kenyataan titah YPDA sepatutnya disampaikan dengan lebih berhati-hati dan lembut sambil memohon ampun kepada baginda.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebaliknya apa yang disampaikan menerusi kenyataan kerajaan PN itu dalam nada tidak sesuai dengan menekankan bahawa keputusan tersebut mengikut\u00a0 proses betul dan berdasarkan Perlembagaan negara.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan kata lain, Muhyiddin dan Kabinetnya mendakwa mereka berada di pihak yang benar dan memberi mesej kepada umum bahawa YDPA terkhilaf dan berada di pihak tidak benar.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini bukan kali pertama berlaku pertembungan tersebut yang mengakibatkan\u00a0 hubungan dingin antara Kabinet pimpinan Muhyiddin dan YDPA.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebelum ini YDPA telah tiga kali mengeluarkan titah berkaitan isu yang sama namun tidak diikuti pentadbiran Muhyiddin dalam semangat dan tafsiran yang diharapkan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkembangan terbaru ini membuktikan betapa YDPA konsisten membawa suara rakyat walaupun terpaksa bergelut menghalang pelanggaran kerajaan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selaku ketua negara, YDPA mempunyai hak dengan asas yang kukuh untuk menzahirkan rasa tidak senang ekoran tembelang baharu yang pecah pada hari pertama Sidang Khas Parlimen.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sidang tersebut kecoh dengan Ahli-ahli Parlimen pembangkang mengasak kerajaan dalam pelbagai isu terutama pelaksanaan darurat, penggantungan Parlimen sebelum ini dan pencabulan prinsip Parlimen yang sebenar.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lebih menggemparkan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan bahawa Kabinet telah menarik balik proklamasi darurat pada 21 Julai.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pengumuman itu bukan sahaja mengejutkan Ahli-ahli Parlimen malah rakyat yang melihat ia dilakukan secara tidak demokratik dan tidak mengikut Perlembagaan negara.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hakikatnya, pelaksanaan darurat telah diisytiharkan oleh YDPA maka bagindalah yang berhak membatalkannya. Maknanya, Perdana boleh menasihati YDPA namun YDPA yang memberi perkenan. Ia mesti dibuat atas nama YDPA dan bukannya atas nama Perdana Menteri atau Kabinet seperti pilihan yang diambil oleh pentadbiran\u00a0 Muhyiddin sekarang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini imej kerajaan PN yang sudahpun dilabel gagal semakin buruk, lebih-lebih lagi mengambil pendekatan \u2018konfrantasi\u2019 dengan YDPA.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam hubungan ini majoriti rakyat bersama-sama YDPA dan mahukan kemelut itu diselesaikan segera.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara langkah terbaik adalah Muhyiddin dan Takiyuddin selain Peguam Negara, Tan Sri\u00a0 Idrus Harun meletakkan jawatan. Ketiga-tiga mereka gagal memenuhi nasihat baginda agar Ordinan Daurat itu dibahas dan diungkai pada sidang khas itu,\u00a0 sebaliknya terus diumumkan pembatalannya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tanpa bahas dan mengungkai ordinan tersebut\u00a0 maka wujud kecacatan dan kerosakan utama pada sesi khas berkenaan mahupun pada darurat itu sendiri. Adalah satu kesilapan besar bagi Muhyiddin untuk terus bertahan kerana ia akan membawa akibat yang lebih buruk. Tindakan penderhakaan terbaru ini seolah-olah beliau telah &#8220;meracun diri sendiri&#8221; atau meletakkan jawatan secara sukarela. Pun begitu, sudah tentu Muhyiddin dinasihati orang di sekelilingnya agar tidak mengalah atas kepentingan masing-masing tanpa rasa bersalah. Selagi beliau tidak berundur selagi itu keyakinan terhadap kerajaan tidak dapat dipulihkan. Ia merupakan perkara paling asas dalam membawa pembetulan dan pemulihan. Lagipun sudah banyak petunjuk yang sepatutnya menyedarkan kerajaan PN antaranya kes kematian Covid-19 meningkat daripada 550 kes pada Januari 2021 sebelum darurat kepada lebih 9,000 kes pada akhir Julai. Jumlah kes keseluruhan turut meningkat berganda-ganda yang kini\u00a0 mencatat rekod 1, 113,000 kes.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ternyata pelbagai kelemahan dalam pengurusan pandemik itu, selain ekonomi yang\u00a0 merudum, ramai pelabur lari, hutang negara melonjak tinggi, pengangguran berleluasa, pertambahan mendadak kes bunuh diri, puluhan ribu usahawan gulung tikar dan ramai rakyat jatuh miskin.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Muhyiddin sepatutnya tahu malu dan bijak membaca isyarat untuk mengambil tanggungjawab atas kegagalan kerajaan PN.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada peringkat ini, memadai sekadar beliau dan Takiyuddin berundur, yang secara tidak langsung dapat menyelamatkan kerajaan PN daripada tumbang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lagipun Muhyiddin sendiri sudah menjadi liabiliti kepada PN dengan gelombang mendesak beliau berundur semakin kuat. Terbaru, demonstrasi aman dinamakan Lawan, yang disertai ramai anak muda mahukan beliau berundur serta-merta. Dijangka lebih banyak demonstrasi membantah seumpama itu akan diadakan dan pasti akan memberi kesan kepada kerajaan PN. Sehingga kini kerajaan pimpinan Muhyiddin kalah di media sosial dan pasti nanti tidak mampu untuk menghalang arus orang muda bangkit di jalanan, jika itu berlaku.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jenama PN sudah terjejas teruk dan sebagai nakhoda bahtera kerajaan PN, Muhyiddin tidak punya pilihan melainkan angkat bendera putih secara terhormat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tiada ruang lagi bagi beliau\u00a0 untuk bertahan kerana sudah ditolak dan dibenci oleh majoriti rakyat. Apatah lagi rakyat membantah pelbagai langkah yang beliau ambil\u00a0 untuk terus berkuasa termasuk penangguhan sesi khas Parlimen atas alasan ancaman kes Covid-19. Lalu ramai yang memberi reaksi dengan sindiran sambil mengaitkan dengan banyaknya\u00a0 kes di tempat kerja seperti di pejabat dan kilang-kilang namun ia tetap dibuka. Malangnya Parlimen menjadi sasaran kerajaan PN atas taktik politik yang kotor.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkara itu telah dijangka kerana Perdana Menteri dan Kabinetnya sudah hilang kawalan sekiranya Sidang Khas Parlimen itu diteruskan pada Isnin seperti dijadualkan. Hakikatnya jika sidang itu diteruskan, kerajaan\u00a0 tidak akan dapat mencari penyelesaian yang diharapkan iaitu perbahasan bagi pelaksanaan darurat dan ordinan darurat atas titah YDPA sedangkan itulah yang mahu dielakkan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka nanti Muhyiddin, Takiyuddin dan Kabinet PN akan menanggung malu lebih besar kerana sudah tentu kepincangan dan kegagalan mereka makin terserlah. Ramai yang melihat Muhyiddin telah melakukan banyak muslihat untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau dan kerajaan PN yang sebenarnya tidak cukup sokongan majoriti di Parlimen. Daripada pelaksanaan darurat sejak Januari lalu dan penggantungan sidang Parlimen serta banyak lagi, sehinggalah kemelut terbaru dengan YDPA &#8211; ia bertujuan untuk beliau kekal berkuasa. Kuasa politik adalah segala-galanya bagi pemimpin sama ada pemimpin yang kuat mahupun yang lemah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bukan semua pemimpin yang boleh memimpin dengan cekap dan berkesan. Lebih-lebih lagi bagi jawatan Perdana Menteri yang nampaknya tidak mampu digalas oleh Muhyiddin. Malah beliau disifatkan sebagai Perdana Menteri paling teruk dalam sejarah negara. Tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada Ahli Parlimen Pagoh itu dan hakikat ini amat disedari oleh para pemimpin serta ahli Bersatu sendiri. Persoalannya kini mampukah Muhyiddin bertahan?\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain faktor kegagalan memimpin, tindakan derhaka ke atas YDPA dan berterusan mengelirukan rakyat, adalah amat serius. Muhyiddin dijangka tidak akan dapat bertahan lama kerana kemusnahan dan kemudaratan yang beliau bawa kepada negara dan penderhakaan ke atas YDPA, tidak boleh lagi diterima. Dalam hubungan ini, para pemimpin PAS dan kelompok menteri UMNO yang pro Muhyiddin, sudah melakukan persubahatan yang merugikan negara.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka sendiri memilih untuk bersama gerakan penderhakaan atas sebab yang rapuh demi menjaga kedudukan dan kepentingan politik. Para pemimpin PAS dan UMNO dalam kerajaan PN ini telah hanyut dalam percaturan Muhyiddin dan Bersatu, yang destinasinya adalah kemusnahan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sesiapa sahaja yang melakukan penderhakaan ke atas YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu perlu ditentang dan ditolak oleh rakyat. Sebagai parti bertunjangkan Islam dan Melayu di negara ini, UMNO, PAS dan Bersatu\u00a0 seharusnya menjadi teladan yang baik dalam menjunjung tinggi Institusi Raja. Apa bezanya UMNO, PAS dan Bersatu dengan DAP yang diketahui tidak komited melindungi Institusi Raja bahkan dikaitkan dengan agenda menubuhkan republik suatu hari nanti.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Situasi terbaru ini pula berbeza apabila Ahli-ahli Parlimen DAP dan PKR kelihatan lebih lantang menyokong YDPA walau apapun tafsirannya. Setidak-tidaknya DAP dan PKR mengambil pendirian yang betul kali ini, meskipun ia juga boleh memberi keuntungan politik kepada kedua-dua parti politik itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Masalahnya Bersatu dan PAS serta sebahagian pemimpin UMNO itu sendiri memberi ruang kepada DAP dan PKR tampil berani pertahankan YDPA dan Raja-Raja. Selain itu, parti pembangkang kelihatan lebih demokratik,\u00a0 lebih bertanggungjawab dan lebih berjiwa rakyat berbanding Bersatu dan PAS. Ini disebabkan kegagalan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang sudah sesat jauh daripada matlamat asal dan diburukkan lagi dengan prestasi pentadbiran yang lemah. Setelah didakwa mendapat kuasa sebagai Perdana Menteri melalui pengkhianatan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad, memimpin secara autokratik (laksana darurat) dan akhirnya Muhyiddin melakukan kesalahan lebih besar\u00a0 &#8211; menderhaka kepada YPDA.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Belum terlewat untuk Muhyiddin dan Kabinet memohon ampun\u00a0 dan jika ada maruah, berundur secara terhormat. Ketika jangka hayat politik Muhyiddin terus diperkatakan, beberapa pihak mencadangkan pelantikan Perdana Menteri Interim sehingga berlangsungnya\u00a0 PRU-15.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara nama yang disebut-sebut adalah bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau sendiri kelihatan mengambil pendirian yang berani menolak dan mengkritik kerajaan PN secara konsisten. Keputusan beliau memohon bertukar ke kerusi wakil bebas di Parlimen adalah bukti beliau mempunyai kelas tersendiri.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seorang lagi yang terus menjadi perhatian adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beberapa lagi undian terkini minggu ini\u00a0 di media sosial memilih beliau sebagai calon paling popular meninggalkan jauh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir, Dato Seri Ismail Sabri, Muhyiddin dan Datuk Seri Hadi Awang. Entah berapa banyak undian yang telah menyaksikan Najib menjadi pilihan utama rakyat walaupun telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah kes 1MDB. Namun rakyat semakin bijak menilai bahawa pendakwaan di mahkamah itu dilakukan secara terpilih dan bermotif politik. Najib dilihat menjadi mangsa konspirasi tahap tertinggi oleh kerajaan Pakatan Harapan yang diteruskan oleh Muhyiddin dan Bersatu ketika era PN. Sebagaimana yang dinyatakan pada siri minggu lalu, PN di bawah Muhyiddin telah mengambil tindakan tidak masuk akal dengan mengarahkan Najib membayar cukai pendapatan berbilion ringgit. Inilah yang terus mengundang simpati rakyat selain Najib sendiri komited membela isu-isu kepentingan rakyat tanpa takut dan tunduk.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Disebabkan kes mahkamahnya, adalah tidak mungkin Najib dengan mudah diangkat sebagai Perdana Menteri Interim walaupun itu yang diharapkan oleh majoriti rakyat Malaysia. Realitinya selagi Najib belum menang di mahkamah atau kes beliau tidak digugurkan, beliau tidak mungkin menerajui pentadbiran negara pada masa terdekat. Inilah sebenarnya perancangan musuh-musuh politik Najib yang akan memastikan pendakwaan terpilih di mahkamah itu akan membunuh karier politik beliau agar tidak dapat bertanding pada PRU-15. Disebabkan ketabahan dan kesabarannya, Najib berjaya bangkit mendapat penghormatan semula mengatasi penghinaan ke atas beliau sebelum ini.\u00a0\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Atas kertas, Najib diharapkan kembali memimpin kerana beliau dilihat lebih efisien untuk semua kelompok rakyat berbanding Mahathir (PM7) dan apatah lagi Muhyiddin (PM8). Bagaimana pula peluang Anwar? Ketua Pembangkang ini masih mempunyai peluang untuk memenuhi impian menjadi Perdana Menteri (ke-9) yang sudah lama terpendam. Sama ada beliau akan berjaya atau\u00a0 tidak, itu tidak penting pada tahap ini tetapi imej Anwar juga diakui sedikit meningkat kebelakangan ini.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau menampakkan prestasi lebih baik sebagai ketua pembangkang pada sesi khas Parlimen. Jika percaturan Anwar berjaya dan kerajaan PN gagal membetulkan keadaan segera, peluang beliau terbentang luas.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berbanding dengan Tengku Razaleigh, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendapat sokongan jumlah Ahli Parlimen yang lebih besar. Namun dari segi moral, Tengku Razaleigh mempunyai kelebihan dan sudah sampai masanya Malaysia mendapat sentuhan &#8220;pemimpin baharu yang berimej bersih dan berpengalaman luas&#8221;. Pilihan yang lebih dekat adalah melantik\u00a0 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. Formula ini lebih mudah sambil mengekalkan kerajaan sedia ada sehingga PRU-15 supaya tidak banyak menjejaskan usaha menangani pandemik Covid-19.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini siapa bakal menjadi Perdana Menteri baharu bukan soal besar kerana\u00a0 yang lebih mendesak adalah Muhyiddin perlu berundur.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bebaskan Putrajaya daripada Muhyiddin demi selamatkan rakyat serta negara terlebih dahulu. Beliau tidak boleh selamanya berselindung di sebalik pandemik Covid-19. Cukuplah, jangan tunggu sehingga ditimpa penghinaan lebih dahsyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>(Aduka Taruna adalah penganalisis politik dan sosial yang bergaul rapat dengan semua kelompok masyarakat).<\/em><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siri-siri sebelum ini;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siri 1: \u201c<em>Kegagalan PN: Siapa yang perlu bertanggungjawab?<\/em>\u201d di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/23069\/\">https:\/\/editormalaysia.com\/23069\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siri 2. \u201c<em>Kisah anti-vaksin, isu Perdana Menteri baru dan harapan kepada YDP Agong<\/em>\u201d di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/23149\/\">https:\/\/editormalaysia.com\/23149\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siri 3: \u201c<em>Isu nama Mahiaddin, mesej Raja-Raja dan apakah nasib PM?<\/em>\u201d di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/23232\/\">https:\/\/editormalaysia.com\/23232\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siri 4: \u201c<em>Kisah mi segera, perihal Zuraida, agenda Nazri Aziz, tindak balas Zahid dan isu Parlimen serta Ivermectin<\/em>\u201d di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/23280\/\">https:\/\/editormalaysia.com\/23280\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siri 5: \u201c<em>Mahiaddin liabiliti PN, ketegasan Agong, pergolakan parti dan bom jangka<\/em>\u201d di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/23423\/\">https:\/\/editormalaysia.com\/23423\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siri 6: \u201c<em>Mampukah Muhyiddin bertahan dan kecundangkah Zahid?<\/em>\u201d di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/23554\/\">https:\/\/editormalaysia.com\/23554\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siri 7: \u201c<em>Kisah teladan menteri, PM dan Hadi terus dikecam, isu Tabung Haji, nasib Anwar dan game plan Mahathir<\/em>\u201d di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/23609\/\">https:\/\/editormalaysia.com\/23609\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siri 8: &#8220;<em>Menanti PM berundur dan kabinet mohon maaf, isu Syed Saddiq serta populariti Najib<\/em>&#8221; di pautan;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/23637\/\">https:\/\/editormalaysia.com\/23637\/<\/a><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Siri 9 Aduka Taruna Episod politik Malaysia makin bergelora dengan nasib Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini bagai telur di hujung tanduk.\u00a0 Titah amat dukacita Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat kerana membelakangkan kuasa baginda, mencetuskan ketegangan baharu.\u00a0 Di sebalik teguran keras YDPA, Muhyiddin dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":23706,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[1931,158,188,461,253],"class_list":["post-23703","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kategori","tag-aduka-taruna","tag-anwar","tag-ku-li","tag-muhyiddin","tag-najib"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23703","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=23703"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23703\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23705,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/23703\/revisions\/23705"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/23706"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=23703"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=23703"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=23703"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}