{"id":24051,"date":"2021-09-02T07:20:35","date_gmt":"2021-09-02T07:20:35","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=24051"},"modified":"2021-09-02T11:27:07","modified_gmt":"2021-09-02T11:27:07","slug":"panduan-dan-tips-bagi-menarik-minat-kanak-kanak-untuk-belajar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=24051","title":{"rendered":"PANDUAN DAN TIPS BAGI MENARIK MINAT KANAK-KANAK UNTUK BELAJAR"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh Dr. Intan Farahana Binti Abdul Rani<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Saya sering kali mendengar pelbagai keluhan daripada pihak guru yang risau dengan tahap motivasi dan minat kanak-kanak untuk belajar yang semakin menjadi isu di waktu Covid-19 terus-menerus menyerang negara kita. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Persoalannya, bagaimana guru boleh menyediakan proses pembelajaran untuk kanak-kanak dalam tempoh <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Fasa Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara optimum? <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Proses pengajaran dan pembelajaran yang \u2018sihat\u2019 adalah penting dan memerlukan penekanan terutamanya semasa musim PKP ini sebagai langkah memperkasakan pendidikan bagi kanak-kanak yang\u00a0 berada di rumah bersama keluarga.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Arus pendidikan telah mengalami perubahan yang sangat pesat seiring dengan cabaran utama pada masa pandemik menyerang dunia. Maka, seiring dengan perubahan ini, sewajarnya kaedah pengajaran juga harus disesuaikan dengan keperluan semasa. Cabaran ini juga termasuklah apabila mengendalikan kanak-kanak dalam sesi pembelajaran yang berlaku secara atas talian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Terdapat beberapa kaedah dan tips yang boleh digunakan untuk menarik minat kanak-kanak agar mereka dapat belajar dengan baik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">1. Fahami gaya pembelajaran kanak-kanak<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hal ini merupakan faktor yang penting untuk membantu kanak-kanak agar mereka dapat menerima apa yang disampaikan kepada mereka.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang utama iaitu visual, auditori dan kinestetik. Walaupun setiap individu mempunyai ketiga-tiga jenis gaya ini namun seseorang itu mempunyai satu gaya pembelajaran yang dominan dalam diri mereka. Setiap gaya pembelajaran ini mempunyai pendekatan yang berbeza. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka guru perlu mengenali gaya pembelajaran setiap kanak-kanak di dalam kelasnya dan menyesuaikan dengan pendekatan yang hendak digunakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">2. Penggunaan pelbagai kaedah yang berbeza<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hakikatnya daya fokus manusia kian berkurang dengan pelbagai cabaran dan gangguan di era digital ini. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hal ini juga menjadi antara faktor yang perlu diambil kira kerana akan menyebabkan kanak-kanak cepat bosan dengan apa yang dipelajari terutamanya ketika pembelajaran berlaku atas talian. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka sewajarnya dididik dengan menggunakan pelbagai medium atas talian yang berbeza. Jika sesi pembelajaran mempunyai pelbagai kaedah yang berbeza, pastinya kanak-kanak bakal teruja dan tidak sempat merasa bosan terutamaya dengan sesuatu medium yang baru diperkenalkan sebagai bahan bantu mengajar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Medium tersebut mestilah bersifat kreatif dan ceria bagi menarik minat kanak-kanak. Selain itu, masa yang diperuntukkan untuk sesuatu aktiviti tidak perlu terlalu lama. Sebaiknya diselangkan dengan masa rehat untuk mengelakkan mereka hilang tumpuan. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Guru boleh mewujudkan suasana yang berbeza dengan menggunakan aplikasi media pembelajaran dalam talian yang boleh digunakan dengan mudah (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Padlet, Google Sites, Whiteboard.Chat, Google Jamboard, Wizer.me, Blend Space<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">selain dari kepelbagaian aplikasi bagi pembinaan slaid yang menarik bagi tujuan pengajaran<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"> (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Canva, Emaze, Slidesgo, Slide Mania, Prezi, Powtoon, Google Slides<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">). Selain itu, guru juga boleh menggunakan aktiviti atau permainan dalam talian (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Kahoot, Quizlet, Quizziz, Mentimeter, Edpuzzle, Word Wall, Plickers<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">).<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">3. Penerangan tentang kepentingan maklumat yang disampaikan<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ada kemungkinan juga kanak-kanak berasa tidak minat dengan apa yang mereka pelajari adalah kerana mereka tidak mengetahui akan kepentingan atau kegunaan maklumat yang mereka pelajari. Hakikatnya, kanak-kanak mungkin telah terbiasa dengan rutin belajar yang berlaku secara dalam talian seperti mereka melalui rutin-rutin yang lain. Guru yang baik adalah guru yang mampu menjelaskan kepada kanak-kanaknya tentang aspek praktikaliti agar para kanak-kanak dapat mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Contohnya, jika kanak-kanak mengetahui dengan jelas kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat adalah penting untuk mengekalkan tahap kesihatan serta bertindak sebagai langkah mempertahankan sistem imunisasi badan pasti kanak-kanak lebih berminat dan bersemangat untuk mengetahui ilmu tersebut. Oleh itu, keadaaan di mana kanak-kanak seakan \u2018terpaksa\u2019 belajar kerana disuruh oleh ibu bapa mereka tidak akan berlaku.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">4. Strategi dengan melibatkan pengalaman sebenar<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-weight: 400; font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Guru juga boleh menerangkan isi pengajaran yang disampaikan kepada kanak-kanak dengan menghubung kaitkan maklumat dengan pengalaman yang sebenar. Pendedahan ini akan lebih membantu kanak-kanak untuk memahami berbanding dengan kanak-kanak yang hanya didedahkan dengan pembelajaran secara teoritikal sahaja. Strategi ini boleh diaplikasikan terutamanya untuk generasi kini yang membesarkan dalam era semuanya di hujung jari.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sebagai contoh untuk belajar tentang guruan pemakanan, sekiranya guru boleh meminta kanak-kanak menyediakan piramid makanan berdasarkan apa yang ada di dapur rumah masing-masing pastinya akan lebih mudah difahami, diingati dan berkesan berbanding jika guru hanya menyampaikan secara lisan. Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik jika guru berkongsi tentang guruan pemakanan sambil mendidik tentang setiap aras piramid makanan secara <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">hands-on<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">5. Mengekalkan pengetahuan atau kemahiran yang diajar.\u00a0<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><i><span style=\"font-weight: 400;\">Repetition is the mother of skill<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">. Bagi tujuan pengekalan, guru boleh mengulang isi pengajaran dengan kaedah yang berbeza. Hal ini dapat membantu kanak-kanak untuk memahami sesuatu topik dengan efektif. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Antara strategi yang boleh digunakan adalah dengan mengulangi isi pengajaran secara lisan kemudian diulangi lagi dengan menggunakan medium seperti aktiviti, kuiz, permainan atau peta minda yang menarik. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, proses <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">recap<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> juga boleh berlaku dengan membuat refleksi dengan memanggil nama kanak-kanak untuk membuat rumusan isi pembelajaran ketika kelas berlaku secara dalam talian. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">6. Memberikan dorongan kepada kanak-kanak<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jika pembelajaran disertai dengan dorongan serta ganjaran yang mampu menarik minat kanak-kanak, hal ini pastinya mengujakan. Dorongan adalah seperti pujian atau memberikan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">reward<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> yang dapat membuatkan kanak-kanak berasa gembira. Hal ini juga dapat merangsang mereka untuk terus bersemangat dalam belajar. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><i><span style=\"font-weight: 400;\">Reward chart<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> boleh digunakan sebagai dorongan selain puji-pujian. Tujuan dorongan adalah sebagai strategi bagi memberikan semangat dan dilaksanakan mengikut kesesuaian suasana.<\/span><\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>(Penulis merupakan pensyarah di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris &#8211; UPSI)<\/em><\/span><\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Dr. Intan Farahana Binti Abdul Rani Saya sering kali mendengar pelbagai keluhan daripada pihak guru yang risau dengan tahap motivasi dan minat kanak-kanak untuk belajar yang semakin menjadi isu di waktu Covid-19 terus-menerus menyerang negara kita. Persoalannya, bagaimana guru boleh menyediakan proses pembelajaran untuk kanak-kanak dalam tempoh Fasa Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":24055,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":""},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[120,61],"tags":[1995,1997,1996],"class_list":["post-24051","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pendidikan","category-rencana","tag-dr-intan-farahana-binti-abdul-rani","tag-pdp","tag-upsi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/24051","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=24051"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/24051\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24058,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/24051\/revisions\/24058"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/24055"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=24051"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=24051"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=24051"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}