{"id":24783,"date":"2021-12-22T11:25:01","date_gmt":"2021-12-22T11:25:01","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=24783"},"modified":"2021-12-23T16:14:26","modified_gmt":"2021-12-23T16:14:26","slug":"bencana-banjir-di-selangor-amirudin-buka-pekung-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=24783","title":{"rendered":"BENCANA BANJIR DI SELANGOR: AMIRUDIN BUKA PEKUNG SENDIRI?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika diteliti berita dan kenyataan yang dikeluarkan sehari dua ini oleh Datuk Seri Amirudin Shari, jelas menunjukkan bahawa Menteri Besar Selangor itu bukan sahaja tersalah memahami bidang tugas dan kuasanya selaku Menteri Besar Selangor, malah beliau sendiri telah membuka pekungnya dan secara tidak langsung mendedahkan bahawa bidang tugas dalam menyelaras dan menguruskan bencana sebenarnya berada di bawah kuasa kerajaan negeri &#8211; iaitu beliau sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka tidak hairanlah jika bantuan menyelamatkan mangsa dan harta benda terlewat sehingga menyebabkan jumlah kematian yang tinggi, kerana ia bermula dengan koordinasi kerja yang\u00a0 gagal disempurnakan dengan baik sehingga memaksa beberapa pihak termasuk angkatan tentera sendiri turun padang memainkan peranan untuk menyelamatkan mangsa banjir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain isu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan tindakan kurang cerdik menterinya seolah-olah melepaskan tangan terhadap kerajaan negeri dan pihak yang lain, isu Amirudin &#8220;tidak tahu buat kerja&#8221; dan tidak tahu mengenai punca kuasanya sendiri juga menyebabkan ramai dalam kalangan mangsa serta netizen mengecam tindakan lambat sesetengah pihak dalam menghulurkan bantuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam sidang medianya semalam, beliau dengan jelas menuding jari kepada Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor iaitu Tan Sri Noh Omar, di mana Amirudin berkata beliau mendapat panggilan daripada Majlis Keselamatan Negara yang memintanya mempengerusikan MKN Negeri Selangor. Beliau juga dipetik berkata bahawa MKN akan menguruskan bencana tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8220;<em>Pagi tadi (Selasa), Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) telah mempengerusikan satu mesyuarat MKN Khas. Ini bermakna, MKN akan menguruskan bencana ini<\/em>&#8221; &#8211; bukankah dengan jelas beliau sendiri mengatakan bahawa pihak MKN hanya akan mengambil alih tugas menguruskan bencana bermula Selasa iaitu selepas kegagalan pihaknya menyelaras dan menjalankan koordinasi efektif bagi menggerakkan semua agensi dan jentera di bawah kerajaan negeri sejak Jumaat?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau juga berkata, &#8220;<em>Saya juga telah dihubungi oleh pihak MKN untuk mempengerusikan MKN bagi pihak negeri Selangor. In sha Allah, saya akan memangil semua pihak termasuk pihak pembangkang untuk kita selaraskan (urus tadbir banjir) khususnya proses pemulihan selepas ini.<\/em>&#8220;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jelas melalui kenyataan beliau ini bahawa beliau baru mahu memanggil &#8220;semua pihak&#8221; termasuk pembangkang dan bukannya bertindak pantas ketika banjir mula berlaku pada minggu lepas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8220;<em>Jadi saya tidak boleh nak panggil polis atau tentera sebagai (Pengerusi) MKN pada tarikh tersebut (18 Disember). Jika saya ada peluang, mungkin pada 18 Disember itu saya telah menghubungi MKN. Saya bukan nak salahkan sesiapa, tetapi saya nak bagi tahu kronologi &#8211; masa untuk kita mencari dan menyelamatkan rakyat.<\/em>&#8220;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adakah kerana kedaifan atau kedunguan beliau dalam memahami punca kuasa apabila berlakunya bencana kerana menyangka ia di bawah bidang kuasa MKN? Lebih memalukan beliau cuba menyalahkan Noh Omar selaku Pengerusi MKN, walaupun berlapik kononnya hanya ingin memberitahu kronologi, sebaliknya yang terdedah hanya kesilapan beliau.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rujuk kenyataan Amirudin di pautan; <a href=\"https:\/\/www.google.com\/amp\/s\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/saya-dapat-panggilan-mkn-pengerusikan-mkn-selangor-amirudin-337682%3famp=1\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.google.com\/amp\/s\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/saya-dapat-panggilan-mkn-pengerusikan-mkn-selangor-amirudin-337682%3famp=1<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tindakannya untuk &#8220;memberitahu kronologi&#8221; ini secara tidak langsung telah mendedahkan beliau tidak menjalankan tugasnya selaku Menteri Besar apabila tidak mengarahkan serta mengerahkan pihak berwajib di bawah tanggungjawabnya untuk menyelamatkan mangsa banjir. Bahkan jika disemak di laman web Kerajaan Negeri Selangor, wujud Unit Pengurusan Bencana yang dengan jelas menyatakan fungsinya iaitu, &#8220;<em>Menyelaras laporan kaji cuaca dengan jabatan\/agensi mengenai potensi risiko bencana serta mengurangkan impak bencana, merancang serta menyelaras keperluan logistik, menyedia laporan dan menyelaras dan kebajikan mangsa bencana<\/em>&#8220;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rujuk pautan; <a href=\"https:\/\/www.selangor.gov.my\/index.php\/pages\/view\/741?mid=975\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.selangor.gov.my\/index.php\/pages\/view\/741?mid=975<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hakikatnya ketika negara masih mengalami musibah, tiada sesiapa mahu menuding jari untuk menyalahkan mana-mana pihak apatah lagi anggota keselamatan yang bertungkus lumus membantu mangsa terutamanya angkatan tentera dan pasukan bomba, namun tindakan tidak matang Amirudin ingin menyalahkan pihak lain di sebalik kegagalannya sendiri hanya memakan diri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Noh Omar juga telah menjelaskan mengenai kesilapan Amirudin di bawah Perintah 20 iaitu &#8220;Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri&#8221; di mana sekaligus ia merupakan tanggungjawab Menteri Besar Selangor dan bukannya Pengerusi MKN. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rujuk pautan; <a href=\"https:\/\/www.google.com\/amp\/s\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/noh-omar-sekolahkan-mb-selangor-pertahan-masih-pengerusi-mkn-selangor-337776%3famp=1\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">https:\/\/www.google.com\/amp\/s\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/noh-omar-sekolahkan-mb-selangor-pertahan-masih-pengerusi-mkn-selangor-337776%3famp=1<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru, muhasabah dan sudah-sudahlah Amirudin. Tindakan anda yang tidak tahu kerja dan tidak habis menyalahkan pihak lain ini tidak menguntungkan sesiapa malah merugikan semua pihak terutamanya mangsa bencana. Selain itu sangat wajar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menugaskan MKN mengambil alih pengurusan bencana kerana anda selaku Menteri Besar Selangor gagal menyelaras dan menguruskan bencana daripada awal. Apa yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah Taala namun perancangan dan usaha yang terbaik juga merupakan perintah Allah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Diharapkan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Harapan selepas ini dapat menukar kerajaan Selangor dalam PRU-15 kelak kerana jelas rakyat negeri ini semakin teruk di bawah mereka, malah isu air dan banjir yang berlaku sejak sekian lama ini masih tidak mampu diselesaikan sehingga kini. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kalilah.\u00a0<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jika diteliti berita dan kenyataan yang dikeluarkan sehari dua ini oleh Datuk Seri Amirudin Shari, jelas menunjukkan bahawa Menteri Besar Selangor itu bukan sahaja tersalah memahami bidang tugas dan kuasanya selaku Menteri Besar Selangor, malah beliau sendiri telah membuka pekungnya dan secara tidak langsung mendedahkan bahawa bidang tugas dalam menyelaras dan menguruskan bencana sebenarnya berada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":24791,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":"","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[214,119],"tags":[1624,1172,738,1939,1537],"class_list":["post-24783","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-khas","category-semasa","tag-amirudin-shari","tag-banjir","tag-mkn","tag-nadma","tag-noh-omar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/24783","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=24783"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/24783\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24793,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/24783\/revisions\/24793"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/24791"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=24783"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=24783"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=24783"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}