{"id":25117,"date":"2022-02-27T12:04:46","date_gmt":"2022-02-27T12:04:46","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=25117"},"modified":"2022-02-27T12:27:59","modified_gmt":"2022-02-27T12:27:59","slug":"isu-integriti-fgv-dato-dzulkifli-perlu-jawab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=25117","title":{"rendered":"ISU INTEGRITI FGV: DATO DZULKIFLI PERLU JAWAB"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Selepas tiga minggu pendedahan mengenai isu pelanggaran integriti dan tadbir urus di FGV Holdings Berhad, Pengerusinya, Dato Dzulkifli Wahab terus membisu. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Entah mengapa beliau mengambil sikap sedemikian. Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan yang tersenarai di Bursa Malaysia, akauntabiliti adalah amat dituntut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">FGV bukanlah syarikat <em>enterprise<\/em> atau syarikat milik persendirian. Harap Dato Dzulkifli benar-benar faham melainkan beliau berhasrat untuk berundur segera. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Khabarnya selepas pendedahan mengenai isu pelanggaran tadbir urus di FGV, ia telah membuka mata Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara isu utama adalah Dato Dzulkifli, (Pengerusi bukan eksekutif) didakwa bertindak seolah-olah beliau Pengerusi Eksekutif dengan mencampuri hal-ehwal operasi termasuk soal kontrak, trading\/jualan minyak sawit dan pemecatan\/lanjutan kontrak pekerja. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Beliau turut berdamping rapat dengan para kontraktor yang berkepentingan dengan FGV. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi persoalan serius. Ada yang sudah terdedah, ada yang belum.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menurut ruangan surat pembaca Editor Malaysia sebelum ini, Dato Dzulkifli melantik dua kenalan rapat beliau iaitu Dato Mohd. Rafik Shah dan Kasmuri Sukardi sebagai ahli lembaga pengarah bebas. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato Mohd. Rafik turut dilantik menyandang jawatan pengerusi dua jawatankuasa di bawah lembaga iaitu Audit dan Pelantikan\/Ganjaran. Rujuk pautan; <a href=\"https:\/\/editormalaysia.com\/25012\/\">https:\/\/editormalaysia.com\/25012\/<\/a><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Persoalannya mengapa Dato Rafik menerajui kedua-dua jawatankuasa penting itu sedangkan terdapat beberapa lagi ahli lembaga yang lebih berkelayakan? <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato Rafik kemudian pula melantik Dato Dzulkifli sebagai \u2018<em>permanent invitee<\/em>\u2019 ke dalam kedua-dua jawatakuasa itu, yang statusnya sama dengan ahli jawatankuasa lain. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Keputusan itu bercanggah dengan <\/span><em style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Malaysian Code of Corporate Governance<\/em><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"> Suruhanjaya Sekuriti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain itu, Dato Dzulkifli telah <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">melantik Dato Anas Ghazali sebagai pegawai perhubungan awam iaitu jawatan yang tiada keperluan tetapi sengaja diwujudkan. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lebih menghairankan Dato Dzulkifli telah memberi mandat kepada Dato Anas untuk terlibat campur tangan dalam hal ehwal operasi. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sehingga 17 Januari 2022, tiada sebarang reaksi daripada Dato Dzulkifli mahupun pihak pengurusan FGV terhadap kesemua persoalan yang dibangkitkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Siapa sebenarnya Dato Dzulkifli?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebelum dilantik sebagai Pengerusi FGV pada 1 April 2021, beliau ada kisahnya tersendiri. Dato Dzulkifli adalah mantan Pengarah Besar Felda (tahun 2019-2012) dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF). <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berdasarkan info laporan media, beliau pernah dituduh sebagai dalang yang mahu menggagalkan usaha penyenaraian FGV di Bursa Malaysia (tahun 2012), yang menjejaskan kepentingan pemegang-pemegang taruh Felda. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada waktu itu, ramai yang boleh jangka sebabnya. Dato Dzulkifli, yang ketika itu sebagai Pengarah Besar Felda, turut menyandang jawatan Pengerusi KPF. Beliau dikatakan mahu kekal dengan status tersebut atas faktor kuasa dan kepentingan peribadi termasuk imbuhan lumayan secara tetap yang diperolehi. Pada waktu itu, Dato Dzulkifli menduduki jawatan Lembaga Pengarah di 34 syarikat Kumpulan Felda termasuk anak syarikat KPF. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Benarkah beliau dibayar RM600,000 imbuhan yuran pengarah dan gaji serta elaun mesyuarat hampir RM100,000 setahun, di samping gaji sebagai pegawai kanan kerajaan? Ini bermakna beliau meraih hampir RM1 juta dari kedudukannya dan ini tidak termasuk kemudahan kenderaan, perjalanan luar negara yang berbayar dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam kemelut menjelang penyenaraian di Bursa Malaysia, Dato Dzulkifli didakwa telah berbohong dan mengelirukan beberapa pihak termasuk para peneroka dengan akhirnya mengheret campur tangan politik pembangkang ketika itu, atas kepentingan peribadinya. Hal ini pernah dilaporkan oleh media arus perdana, blog dan portal berita. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tindakan Dato Dzulkifli mahu menggagalkan pelan penyenaraian FGV disifatkan sebagai jenayah ekonomi yang serius. Ironinya, beliau kini menjadi Pengerusi Felda (selepas dilantik pada April 2021). <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ekoran isu cubaan sabotaj penyenaraian FGV dan atas beberapa isu lain, Dato Dzulkifli telah ditukarkan sebagai atace pertanian di Kedutaan Malaysia di Rome, Itali. Ia dilihat sebagai hukuman ke atas pengkhianatan beliau. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengenai karier Dato Dzulkifli, berdasarkan laporan Berita Harian, beliau telah berkhidmat di FELDA lebih 30 tahun dan aktif dalam memberi khidmat perundingan bagi projek pembangunan tanah dan ladang di Indonesia, Afrika Selatan dan Filipina. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Terdapat juga desas-desus tentang isu hubungan akrab beliau dengan beberapa pemilik syarikat termasuk Mah Sing Group. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini ekoran satu urusan pembelian aset Mah Sing bernilai RM226 juta ketika beliau menjadi Pengerusi KPF. Begitu juga dengan beberapa urus niaga lain termasuk pelaburan KPF di bangunan The Icon di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Difahamkan The Icon bernilai RM400 juta untuk keluasan 500,000 kaki persegi dalam bangunan pejabat, yang rata-ratanya kosong. Terbukti kemudiannya, ruang-ruang komersial di bangunan itu sukar untuk disewakan. Kemungkinan besar ada pihak berkepentingan meraih keuntungan peribadi hasil pelaburan tersebut. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan perkembangan baharu di FGV ini, nampaknya Dato Dzulkifli sekali lagi menjadi perhatian dalam soal integriti. Adalah tidak adil untuk membuat rumusan yang serong terhadap beliau. Bagi mengelakkan beliau menjadi mangsa fitnah dan tohmahan, Dato Dzulkifli wajar memberikan penjelasan rasmi berhubung dakwaan terhadap beliau dalam isu melibatkan tadbir urus dan integriti di FGV mahupun isu-isu lama yang masih diperkatakan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah untuk lebih berjiwa besar, beliau boleh mengundang siasatan SPRM, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri ke atasnya. Inilah cara terbaik yang dapat membantu membersihkan namanya daripada terpalit dengan segala dakwaan dan tuduhan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan kata lain, Dato Dzulkifli tidak boleh menyorok lagi dan beliau juga ada hak untuk mempertahankan diri dengan cara terhormat. Maka menjadi harapan semua agar beliau tidak menjadi liabiliti kepada FGV mahupun kerajaan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">FGV mesti bersih dan kelihatan bersih. <\/span><\/p>\n<p><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pemerhati FGV<\/span><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kuala Lumpur<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas tiga minggu pendedahan mengenai isu pelanggaran integriti dan tadbir urus di FGV Holdings Berhad, Pengerusinya, Dato Dzulkifli Wahab terus membisu. Entah mengapa beliau mengambil sikap sedemikian. Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan yang tersenarai di Bursa Malaysia, akauntabiliti adalah amat dituntut. FGV bukanlah syarikat enterprise atau syarikat milik persendirian. Harap Dato Dzulkifli benar-benar faham melainkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":25127,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":"","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[119,212],"tags":[424,2074,1823,142],"class_list":["post-25117","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa","category-utama","tag-bursa-malaysia","tag-dzulkifli-wahab","tag-fgv","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/25117","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=25117"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/25117\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25120,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/25117\/revisions\/25120"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/25127"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=25117"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=25117"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=25117"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}