{"id":25755,"date":"2022-04-20T04:16:56","date_gmt":"2022-04-20T04:16:56","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=25755"},"modified":"2022-04-20T04:24:12","modified_gmt":"2022-04-20T04:24:12","slug":"ridhuan-tee-lompat-katak-dan-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=25755","title":{"rendered":"RIDHUAN TEE, LOMPAT KATAK DAN BERSATU"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>SURAT PEMBACA<\/em> | M<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">embaca tulisan Mohd Ridhuan Tee Abdullah bertajuk Jasa besar \u2018katak\u2019 pada UMNO di muka surat 16 Utusan Malaysia terbitan 19 April membuatkan saya mudah membuat rumusan. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ternyata beliau masih tegar menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meskipun cuba menafikan hakikat itu dalam tulisan tersebut.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun komuniti politik Melayu tahu tentang kecenderungan politik beliau yang menyokong Bersatu sejak parti itu berada dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH). <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ridhuan Tee sama seperti seorang lagi ahli akademik, Dr. Kamarul Zaman Yusof yang telah sama-sama melompat menyokong Bersatu selepas UMNO hilang kuasa. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hujah-hujah yang digunakan oleh Ridhuan Tee dalam tulisan itu agak longgar, hambar dan tidak menyakinkan. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau menggambarkan seolah-olah UMNO berhutang besar kepada Bersatu hanya disebabkan tindakan sebahagian pemimpin Bersatu melompat parti meninggalkan gagasan PH sehingga berjaya membentuk kerajaan baru Perikatan Nasional (PN). <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sedangkan UMNO berada pada kedudukan terbaik untuk menang PRU sekiranya diadakan pada waktu itu (tanpa melalui kerajaan pintu belakang). Pellbagai pihak termasuk pemimpin PH menggesa dikembalikan mandat kepada rakyat, sebagai membantah Langkah Sheraton oleh Muhyiddin dan gengnya. Ramai meramalkan BN akan menang besar dan kembali berkuasa namun pimpinan UMNO tidak gelojoh. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lupakah Ridhuan bahawa sebelum Bersatu dan kelompok Muhyiddin meninggalkan PH, UMNO telah menang semua PRK dan berjaya meraih semula sokongan majoriti Melayu? <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) ketika itu mampu menundukkan kerajaan PH pimpinan Bersatu yang dikuasai DAP. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tanpa kuasa sebagai kerajaan dan biarpun terus dizalimi oleh pemimpin PH, UMNO kembali menjadi pilihan majoriti Melayu pada waktu itu. Sememangnya imej PH merudum sepanjang 22 bulan memerintah dan disifatkan kerajaan yang gagal. Belum pernah rakyat mengalami situasi penderitaan seperti itu terutama kesan ekonomi yang buruk. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Demonstrasi ratusan ribu rakyat di Dataran Merdeka yang digerakkan oleh NGO, UMNO dan PAS adalah mesej jelas bahawa PH dan Bersatu ditolak oleh umat Islam. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan kata lain, kelompok Bersatu pimpinan Muhyiddin sepatutnya berterima kasih kepada UMNO dan PAS kerana menerima Bersatu yang ketika itu sudah terkulai meminta nyawa. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bayangkan Muhyiddin dan team \u2018katak\u2019 tidak akan terselamat sekiranya tanpa UMNO dan PAS menghulurkan bantuan kecemasan dalam bentuk kerjasama politik baharu. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Meskipun Muhyiddin dan kelompok pemimpin Bersatu tertentu telah mengkhianati UMNO namun atas nama kepentingan politik Islam dan Melayu, UMNO telah berlapang dada menerima mereka. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Parti Bersatu yang lebih kecil daripada UMNO tetapi dapat menguasai kerajaan. Muhyiddin daripada hanya Menteri Dalam Negeri yang terpinggir suaranya dalam Kabinet, dapat menjadi Perdana Menteri. Beliau tahu hanya melalui bantuan UMNO sahaja beliau boleh menjadi pemimpin nombor satu dan sama sekali menafikan Tun Mahathir. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jangan lupa pengkhianatan Bersatu ke atas UMNO begitu besar mudaratnya sebagaimana PAS tidak boleh memaafkan Amanah. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bayangkan apa akan berlaku kepada Muhyiddin dan pelompat katak dalam Bersatu jika Langkah Sheraton tidak menjadi kenyataan disebabkan UMNO tidak menyahutnya. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sudah pasti Muhyiddin dan kelompok pelompat katak akan menjadi mangsa rakus tindak balas Perdana Menteri, Tun Mahathir dan PH. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka akan disiasat oleh SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan polis lalu akhirnya menjadi kluster mahkamah iaitu tindakan undang-undang berpilih atas konspirasi politik. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ramai yang tahu sebahagian pemimpin Bersatu mempunyai kes yang boleh dibuka semula untuk siasatan termasuk beberapa skandal seks, rasuah dan salah guna kuasa.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lagipun Ridhuan Tee harus sedar, pengkhianatan tetap pengkhianatan. Kesanggupan Bersatu untuk bersekongkol dengan PH bagi menjatuhkan kerajaan BN pada PRU-14 adalah sesuatu yang jijik. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apakah Ridhuan mahu menghalalkan faktor ini semata-mata sokongannya kepada beberapa kerat pemimpin Bersatu? Bukankah beliau begitu ultra menentang DAP tetapi boleh mewajarkan tindakan Bersatu tidur sebantal membentuk kerajaan dengan DAP?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Faktor pengkhianatan awal oleh Bersatu ini terlalu besar kesannya dan tidak boleh cuba ditutup hanya kerana Muhyiddin dan kelompoknya meninggalkan PH tidak lama kemudian. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Alasan bahawa Bersatu tidak mahu lebih lama dalam kerajaan PH yang didominasi DAP, sepatutnya tidak timbul kerana itu memang laluan yang dipilih dengan senang hati oleh Bersatu. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">UMNO pula terus mengekalkan prinsip dan jati diri dengan tidak masuk ke dalam perangkap DAP yang mahu memecahkan belah Melayu untuk kepentingan mereka. Pertama kali dalam sejarah DAP dapat menjadi kerajaan dengan pengaruh yang besar akibat pengkhianatan pemimpin Melayu sebagaimana dilakukan Bersatu kepada perjuangan bangsa. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itulah agaknya Allah SWT melemahkan Bersatu sehingga hari ini dan parti itu kalah teruk pada PRN Melaka dan Johor walaupun berganding dengan PAS. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah ramai meramalkan Bersatu menunggu masa untuk &#8216;gulung tikar&#8217; dengan arus senyap dalam kalangan ahli dan penyokongnya meninggalkan parti itu. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Isu paling besar melibatkan Bersatu adalah imej gagal Muhyiddin dan parti itu, masalah kepimpinan termasuk tiadanya pelapis yang berwibawa dan hilangnya sokongan Melayu. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan Muhyiddin merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan UMNO sejak bersama DAP sehingga ketika menjadi PM, sudah tentu majoriti dan akar umbi UMNO tidak mempercayainya lagi. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Rata-rata orang Melayu juga masih marahkan kerajaan PH yang pernah Muhyiddin dukungi kerana perit dan &#8216;hancing&#8217;nya begitu terasa sampai saat ini. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sentimen menolak Bersatu terus menyala kuat dalam kalangan orang Melayu terutama akar umbi UMNO. Mana mana pemimpin UMNO yang dilihat pro dan mesra Bersatu seperti Tan Sri Annuar Musa, Dato Seri Mahdzir Khalid, Dato Seri Shahidan Kassim, Dato Seri Tajuddin Rahman, Khairy Jamaluddin dan Dato Seri Reezal Merican akan ditolak. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sekiranya pemilihan parti diadakan minggu ini, kesemua mereka itu akan menerima padah tersingkir dengan mudah. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri perlu cermat dalam menangani hal ini agar beliau tidak sama terpinggir daripada arus sokongan akar umbi UMNO.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hikmah daripada semua ini adalah pengkhianatan dan lompatan katak oleh Bersatu telah mengundang padah kepada agama dan bangsa selama 22 bulan yang tidak boleh dimaafkan. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Juga hikmah lebih besar adalah pihak yang dikhianati iaitu UMNO yang dihina dahsyat, telah menjadi penyelamat kepada Muhyiddin dan kelompoknya daripada DAP serta PH. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di samping itu, Tun Mahathir dan parti Pejuang tentu bersorak gembira melihat nasib yang menimpa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri yang singkat dan Bersatu hampir menyembah bumi, sebagai hukum karma daripada pengkhianatannya kepada Bersatu yang asal. Muhyiddin juga tanpa malu mengkhianati mandat rakyat yang memilih PH untuk mentadbir negara melalui pilihan raya umum. Ia jelas membelakangkan prinsip demokrasi. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada Tun Mahathir, Muhyiddin dan kelompoknya adalah oportunis politik terbesar yang bijak mengambil kesempatan untuk diri sendiri atas pelbagai alasan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jadi tiada asas kuat untuk Ridhuan Tee membela Bersatu pada ketika rakyat menolak parti itu dalam semua PRK selain PRN Melaka dan Johor. Terbukti, Muhyiddin adalah Perdana Menteri paling gagal dalm sejarah negara. Malah beliau dilihat menyalahgunakan perintah darurat untuk survival politik dan kepentingan kelompok tertentu selain berlaku banyak kepincangan. Selepas tersungkur daripada jawatan Perdana Menteri, beliau tidak lagi diberikan harapan oleh rakyat yang serik dengan gaya pentadbirannya. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hakikatnya, Muhyiddin menjadi liabiliti kepada Bersatu, yang terpaksa mengheret PAS untuk menyelamatkan keadaan. Tidak cukup dengan PAS, Muhyiddin dan Bersatu amat memerlukan UMNO untuk bersama mereka dalam satu kerjasama menghadapi PRU-15. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekali lagi, UMNO yang dipijak-pijak dan dicerca oleh Bersatu sewaktu berkuasa, mahu diharapkan sebagai penyelamat kepada Bersatu. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jadi persoalannya, SIAPA YANG LEBIH BERJASA KEPADA SIAPA? Bukankah UMNO yang lebih berjasa kepada Muhyiddin dan Bersatu? Itu belum menyentuh Ahli-ahli Parlimen <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">UMNO menyokong beliau menjadi Perdana Menteri, menyokong Bajet di Parlimen, menyokong cadangan pelaksanaan darurat dan menghalang daripada percubaan undi tidak percaya kepada PM buat kali pertama.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semoga Bersatu mendapat pengajaran yang bernilai. Lompatan katak ternyata memakan diri selain menghadapi penghinaan berpanjangan yang teruk, lebih daripada yang dilalui oleh UMNO sebelum ini. Harap-harap Muhyiddin telah sedar bahawa keangkuhan dalam berpolitik termasuk beberapa ugutan beliau seperti \u2018menekan butang\u2019 untuk menarik sokongan, telah merugikan parti itu sendiri. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berbalik kepada gejala lompatan katak pemimpin Bersatu, imej itu sudah kuat melekat pada minda rakyat dan ia tidak mudah padam. Ridhuan Tee dan Kamarul Zaman tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa melainkan parti itu dibubarkan sahaja. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Zamani Zaman<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bandar Baru Bangi<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SURAT PEMBACA | Membaca tulisan Mohd Ridhuan Tee Abdullah bertajuk Jasa besar \u2018katak\u2019 pada UMNO di muka surat 16 Utusan Malaysia terbitan 19 April membuatkan saya mudah membuat rumusan. Ternyata beliau masih tegar menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meskipun cuba menafikan hakikat itu dalam tulisan tersebut.\u00a0 Namun komuniti politik Melayu tahu tentang kecenderungan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":25757,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"1","single_blog_custom":"","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"0","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":"","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[1876,1407,461,736],"class_list":["post-25755","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-kluster-lompat","tag-lompat-parti","tag-muhyiddin","tag-ridhuan-tee"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/25755","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=25755"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/25755\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25760,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/25755\/revisions\/25760"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/25757"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=25755"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=25755"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=25755"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}