{"id":27346,"date":"2022-12-29T11:01:50","date_gmt":"2022-12-29T11:01:50","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=27346"},"modified":"2022-12-29T11:01:50","modified_gmt":"2022-12-29T11:01:50","slug":"penjelasan-lhdn-mengenai-isu-penamatan-pegawai-kontrak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=27346","title":{"rendered":"PENJELASAN LHDN MENGENAI ISU PENAMATAN PEGAWAI KONTRAK"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>Cyberjaya, 29 Disember 2022<\/em> \u2013 Isu penamatan pekerja sering dan akan terjadi berikutan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pelaksanaan penstrukturan semula sesebuah syarikat mahupun organisasi bertujuan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">bagi menambah baik mutu perkhidmatannya. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sehubungan dengan itu, Lembaga Hasil <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin menarik perhatian masyarakat berkenaan isu <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">penamatan pegawai kontrak di agensi ini yang tular di beberapa saluran media sejak <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kebelakangan ini. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Secara dasarnya, HASiL menggajikan pegawai-pegawai kontrak ini <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">bagi tujuan pelaksanaan tugasan atau fungsi yang perlu diselesaikan dalam suatu <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">tempoh yang spesifik, iaitu berasaskan projek atau <em>project based<\/em>. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selaras dengan perkembangan dan pembangunan prasarana teknologi maklumat di <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">HASiL, proses kerja di agensi ini telah melalui pelbagai fasa digitalisasi yang pesat, sekali<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">gus merubah tatacara kerja di HASiL. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Transformasi pendigitalan ini membolehkan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kebanyakan tugasan dan fungsi kerja di HASiL diautomasikan seterusnya meningkatkan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kos kecekapan dalam mentadbir sistem percukaian negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selari dengan usaha digitalisasi ini, HASiL telah memperkemaskan struktur <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">organisasinya yang mana turut melibatkan penstrukturan sumber manusia. Pelaksanaan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ini turut melibatkan isu mengkaji semula keperluan untuk menggaji pegawai kontrak <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">bulanan dan harian di HASiL. Proses automasi yang dilaksanakan oleh HASiL <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">membolehkan tugasan yang selama ini dilaksanakan oleh pegawai kontrak dapat <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">diagihkan kepada pegawai tetap sedia ada dan dapat dimanfaatkan secara optimum. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sehubungan dengan itu, keputusan untuk tidak meneruskan amalan menggaji pegawai <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kontrak bulanan dan harian telah dibuat pada tahun 2018 dan diputuskan untuk <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">dilaksanakan secara sepenuhnya bermula pada 1 Januari 2023. Penamatan ini akan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">melibatkan seramai 42 orang pegawai kontrak bulanan dan 998 orang pegawai kontrak h<\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">arian. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Namun demikian, pemakluman berkenaan keputusan untuk tidak mengambil <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">pegawai kontrak ini telahpun dijelaskan seawal permulaan tahun 2022 kepada para <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">pegawai yang terlibat bertujuan memberi ruang dan masa kepada pegawai yang terkesan <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">untuk mengatur perjalanan kerjaya mereka selain mencari peluang pekerjaan di pasaran <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">terbuka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sungguhpun begitu, HASiL amat cakna dan prihatin akan situasi yang dialami oleh <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pegawai kontrak yang telah menabur bakti di agensi ini. HASiL telah mengambil inisiatif <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">membantu pegawai yang terkesan untuk mendapatkan pekerjaan melalui penganjuran <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">program bersama dengan syarikat-syarikat ejen cukai untuk memperkenalkan para <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pegawai kontrak ini dan membuat pengesyoran bagi tujuan pengambilan kepada pihak <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain itu juga, HASiL terlibat dalam penganjuran program <em>MYFutureJobs<\/em> yang <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">dilaksanakan oleh PERKESO kepada pegawai kontrak yang sedang berkhidmat di <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">HASiL. Program ini adalah salah satu kaedah pencarian kerja dalam kalangan pegawai <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kontrak yang bakal menamatkan perkhidmatan dengan HASiL pada 31 Disember 2022. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pihak PERKESO telah hadir memberikan penerangan lanjut berhubung program ini dan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">seterusnya membantu pegawai untuk mendaftar dalam sistem pencarian kerja tersebut. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hasilnya, dalam tahun 2022, seramai 59 orang pegawai kontrak telah berjaya mendapat <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pekerjaan lain dan telah menamatkan kontrak mereka dengan HASiL.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menyentuh aspek pengurusan kerjaya HASiL secara dalaman pula, penawaran lantikan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ke jawatan tetap ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat eksekutif turut diberikan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kepada pegawai-pegawai kontrak berdasarkan merit kelayakan dan kesesuaian jawatan. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walau bagaimanapun, lantikan ke jawatan tetap secara menyeluruh kepada semua <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pegawai kontrak tidak dapat dilaksanakan bagi memastikan keseimbangan peluang <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">antara calon kategori lain yang berkelayakan seperti calon dalam kalangan pegawai tetap <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">sedia ada dan calon daripada luar HASiL. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Untuk rekod, seramai 653 orang pegawai <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kontrak telahpun dilantik ke jawatan tetap bagi tempoh mulai tahun 2017 hingga 2022.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Justeru, tindakan HASiL untuk tidak meneruskan perkhidmatan pegawai kontrak ini tidak <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">didorong oleh kepentingan peribadi mana-mana pihak tetapi bertunjangkan kepada <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">hasrat meningkatkan kecekapan operasi agensi ini selain memastikan sumber kewangan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">negara digunakan secara optimum bagi mengelakkan sebarang pembaziran.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">HASiL juga ingin menyatakan bahawa hasil kutipan cukai langsung negara yang di tadbir <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">oleh HASiL tidak boleh digunakan semata-mata bagi tujuan penyambungan kontrak para <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">pegawai ini seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Sekiranya cadangan ini diambil <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kira serta dilaksanakan ia bakal mengundang perspektif negatif pihak-pihak lain. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebaliknya hasil kutipan langsung cukai negara perlu diagihkan sama rata demi <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kemakmuran serta kesejahteraan negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adalah diharapkan penjelasan ini dapat memperbetulkan kekeliruan dan salah tafsir <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">semua pihak mengenai tindakan HASiL berkenaan isu penamatan pegawai kontrak ini. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain itu juga, HASiL amat terbuka untuk menerima sebarang kritikan dan juga <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">cadangan membina daripada masyarakat demi memastikan perkhidmatan percukaian <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">yang diberikan adalah profesional seterusnya dapat meningkatkan kadar pematuhan <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">cukai di Malaysia.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cyberjaya, 29 Disember 2022 \u2013 Isu penamatan pekerja sering dan akan terjadi berikutan pelaksanaan penstrukturan semula sesebuah syarikat mahupun organisasi bertujuan bagi menambah baik mutu perkhidmatannya. Sehubungan dengan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin menarik perhatian masyarakat berkenaan isu penamatan pegawai kontrak di agensi ini yang tular di beberapa saluran media sejak kebelakangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":27350,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"3","single_blog_custom":"18274","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"no-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"0","number_popup_post":"1","show_author_box":"1","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":"","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":{"id":"","hide":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[211,212],"tags":[495,2218,2212],"class_list":["post-27346","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-laporan","category-utama","tag-lhdn","tag-myfuturejobs","tag-pegawai-kontrak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/27346","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=27346"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/27346\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27348,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/27346\/revisions\/27348"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/27350"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=27346"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=27346"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=27346"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}