{"id":30510,"date":"2023-06-26T00:06:12","date_gmt":"2023-06-26T00:06:12","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=30510"},"modified":"2023-06-26T00:06:12","modified_gmt":"2023-06-26T00:06:12","slug":"universiti-tempat-berfikir-atau-menghafal-dr-ramalan-yunus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=30510","title":{"rendered":"UNIVERSITI TEMPAT BERFIKIR ATAU MENGHAFAL? &#8211; DR. RAMALAN YUNUS"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Saya senang dengan Program Temu Anwar di mana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi bertemu dengan para pelajar di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tradisi dan budaya perbincangan secara terbuka seperti itu harus dibina dan dikembangkan oleh pihak kerajaan. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini kerana bagi saya universiti seharusnya menjadi tempat untuk orang berfikir dan menguji pemikiran mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Orang yang berfikir harus diganggu pemikiran mereka. Mereka harus bersedia agar pemikiran mereka dikritik dan diuji dengan pemikiran- pemikiran yang kontra dari pihak lain. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kalau mereka tidak mahu pemikiran mereka diganggu itu bermakna mereka bukan sedang berfikir tetapi sedang berdoa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hanya orang yang sedang berdoa sahaja yang tidak mahu diganggu. Ini kerana mereka perlu berseorangan dan perlu menumpukan sepenuh perhatiannya kepada apa yang sedang mereka didoakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Atas dasar itu budaya berdebat, berbahas dan berhujah di universiti- universiti wajar dihidupkan kembali. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\"><em>Speaker Corner<\/em> perlu dihidupkan. Para pelajar perlu diberi kebebasan untuk memberi pendapat dan mengkritik dasar-dasar kerajaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana segala dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan mereka. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Maka mereka wajar diberikan peluang untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apatah lagi apabila remaja yang berusia 18 tahun ke atas sudah dibenarkan untuk mengundi. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Jadi sebenarnya budaya berfikir itu sudah wajar diasuh di peringkat sekolah menengah lagi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Larangan menyekat para pelajar dari menyuarakan pandangan mereka dan mengkritik dasar-dasar kerajaan hanya akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk berfikir.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Inilah yang telah berlaku selama ini. Universiti tidak menjadi tempat untuk orang yang mahu berfikir tetapi hanya menjadi tempat untuk orang menghafal buku. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Akhirnya universiti hanya menjadi kilang yang memproduksi golongan masyarakat yang tidak berkualiti dari segi intelektual.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jadi tidak hairan kalau Malaysia telah menjadi juara korupsi dunia. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Mereka yang korup adalah mereka yang memiliki kualiti intelektual dan moral yang rendah. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini membuktikan bahawa Sistem Pendidikan Negara telah gagal untuk melahirkan golongan masyarakat yang berkualiti tinggi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maka saya kira wajar inisiatif yang telah dirintis oleh PMX diteruskan dan dikembangkan sehingga menjadi satu tradisi dan budaya di universiti-universiti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Universiti harus menjadi tempat orang berfikir. Bukan tempat orang menghafal buku. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai tahap intelektual yang berkualiti tinggi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Zaman <em>All Digital<\/em> adalah zaman yang lebih mencabar. Zaman yang menuntut masyarakat untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif demi kelangsungan hidup. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Di zaman<em>\u00a0All Digital<\/em>\u00a0ini peluang pekerjaan akan semakin pupus kerana diambil alih oleh teknologi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Masyarakat harus lebih kreatif dan inovatif untuk mencari sumber pendapatan dan menjana pendapatan. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya masyarakat sudah tidak lagi mampu berfikir?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang berlaku pada PRU-14 dan PRU-15 merupakan bukti kukuh bahawa rakyat Malaysia tidak mampu berfikir. Mereka begitu mudah dipengaruhi oleh permainan persepsi dan sentimen.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada PRU-14, mana mungkin kita akan maju ke hadapan apabila orang yang dipilih untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah seorang tua yang berumur 93 tahun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Manakala pada PRU-15 pula, mana mungkin kita keluar dari kemelut politik dan ekonomi apabila tidak ada satu gabungan parti-parti politikpun yang berjaya memperoleh majoriti dua pertiga untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jangankan memperoleh majoriti dua pertiga, majoriti mudah sahajapun tidak mampu diperolehi. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Jadi jangan hairan kalau negara kita masih lagi dibelenggu dengan kemelut politik dan ekonomi yang buruk.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Baik pemimpin mahupun rakyat, kedua-dua belah pihak jelas tidak mampu berfikir. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Persoalannya sekarang apa pula yang akan berlaku pada PRU-16 akan datang?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato&#8217; Dr Ramalan Yunus<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penganalisis politik &amp; ekonomi bebas<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya senang dengan Program Temu Anwar di mana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi bertemu dengan para pelajar di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Tradisi dan budaya perbincangan secara terbuka seperti itu harus dibina dan dikembangkan oleh pihak kerajaan. Ini kerana bagi saya universiti seharusnya menjadi tempat untuk orang berfikir dan menguji pemikiran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":30516,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"3","single_blog_custom":"18274","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"no-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"0","number_popup_post":"1","show_author_box":"1","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":"","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":{"id":"","hide":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[120,212],"tags":[158,2225,166,2233,2567],"class_list":["post-30510","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pendidikan","category-utama","tag-anwar","tag-dr-ramalan-yunus","tag-ipta","tag-malaysia-madani","tag-temu-anwar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30510","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=30510"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30510\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30517,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30510\/revisions\/30517"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/30516"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=30510"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=30510"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=30510"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}