{"id":30951,"date":"2023-07-17T00:30:49","date_gmt":"2023-07-17T00:30:49","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=30951"},"modified":"2023-07-17T00:30:49","modified_gmt":"2023-07-17T00:30:49","slug":"fenomena-baru-pasca-prn-dr-ramalan-yunus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=30951","title":{"rendered":"FENOMENA BARU PASCA PRN &#8211; DR. RAMALAN YUNUS"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sudah dua minggu saya berada di luar negara. Berulang alik dari Singapura &#8211; Batam &#8211; Jakarta. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Setiap kali menemui rakan-rakan pasti ditanya mengenai perkembangan politik dan ekonomi negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Singapura sedang panas dengan kes rasuah seorang menteri dan seorang ahli perniagaan dari Malaysia. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Di Indonesia pula rancak dengan cerita-cerita pemilihan calon Presiden dan calon Wakil Presiden untuk tahun 2024.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Calon Presiden yang agak menonjol adalah Ganjar Pranowo, Gabenor Jawa Tengah selain dari Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan dan Anes Baswedan, Gabenor Jakarta. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Manakala calon Wakil Presiden yang agak menonjol pula pada kali ini adalah Erick Thohir, Menteri Badan Usaha Milik Negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saingan beliau yang paling kuat setakat ini adalah bekas rakan perniagaannya sendiri iaitu Sandiaga Uno, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila ditanya mengenai pendirian politik saya sama ada saya pro kepada kerajaan atau pro kepada pembangkang, saya memilih untuk menjawab bahawa saya pro kepada kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat Malaysia. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini kerana sebagai seorang ahli kewangan dan ahli perniagaan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat itu penting buat saya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya ditanya, apa yang akan berlaku sekiranya Kerajaan Perpaduan kalah dalam PRN nanti? <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Saya tidak ada masalah pihak mana yang akan menang atau kalah dalam PRN nanti. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Apa yang penting adalah wujud kestabilan politik dan pihak yang menang mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jawapan saya, ada dua kemungkinan. Pertama, Kerajaan Perpaduan akan terus kekal mentadbir sehingga akhir penggal biarpun kalah dalam PRN nanti. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kedua, Kerajaan Perpaduan akan tumbang kerana sudah hilang populariti selepas PRN nanti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun saya tidak fikir PN akan menggantikan Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir negara walaupun Kerajaan Perpaduan tumbang selepas PRN nanti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana berdasarkan kepada situasi politik dan ekonomi semasa yang semakin gawat, jalan terbaik adalah dengan menggantung Parlimen dan mengisytiharkan darurat kembali. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Pentadbiran negara tidak boleh dibiarkan terus berada di tangan para elit politik yang berkepentingan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sudah terbukti semenjak PRU-14 lagi, pihak manapun yang dipilih dan dilantik untuk mentadbir negara tetap gagal untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka untuk menstabilkan politik dan memulihkan kembali keadaan ekonomi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini menunjukkan bahawa proses politik yang menjadi amalan biasa tidak boleh lagi diharapkan untuk menyelesaikan pelbagai konflik dan krisis yang sedia ada. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Adalah tidak masuk akal untuk membiarkan keadaan seperti hari ini terus berlarutan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan hutang negara yang kini sudah berjumlah sebesar RM1.5 trilion, bajet defisit selama 25 tahun, pasaran saham merudum, nilai ringgit yang terus merosot dan iklim ekonomi global yang masih tidak menentu, negara sebenarnya berada dalam keadaan yang cukup kritikal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya kira pihak Istana Negara dan juga Majlis Raja-raja Melayu sedar mengenai perkara seperti ini. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Barangkali Majlis Raja-raja Melayu sendiri sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku pasca PRN.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya kira sudah sampai masanya amalan politik yang menjadi kebiasaan direhatkan buat sementara waktu. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sebuah Jawatankuasa Khas yang terdiri dari individu yang berkemampuan untuk mentadbir negara dan memulihkan kembali keadaan ekonomi harus ditubuhkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seorang tokoh negarawan yang dihormati oleh semua pihak harus dilantik untuk mengetuai Jawatankuasa Khas tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tokoh besar ini penting bukan sahaja untuk menstabilkan keadaan di dalam negara bahkan untuk memulihkan kembali keyakinan para pelabur antarabangsa terhadap negara. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Langkah-langkah pemulihan yang agak radikal, drastik dan holistik perlu diperkenalkan dan dilaksanakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana kita sedang berhadapan dengan situasi yang agak luar biasa. Maka solusinya juga harus bersifat luar biasa. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Menurut perkiraan saya dengan penumpuan yang khusus kita memerlukan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi dan membina kecemerlangan baru. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Itu kalau dengan penumpuan yang khusus, bayangkan kalau keadaan seperti hari ini dibiarkan berlarutan? <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Saya yakin kita akan menjadi sebuah negara yang gagal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apapun semua pihak tidak perlu merasa takut dan gentar dengan perkembangan yang bakal berlaku. Ini kerana negara mempunyai sumber dan potensi yang mencukupi untuk bangkit dan membina kecemerlangan baru dalam bidang ekonomi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang diperlukan pada masa ini hanyalah sebuah pasukan yang benar-benar tahu apa yang seharusnya dilakukan di dalam zaman baru ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di dalam zaman baru ini kita tidak ada pilihan lain selain dari melihat kepada model pentadbiran dan model baru ekonomi China iaitu &#8220;<em>Authoritarian Capitalism<\/em>&#8220;.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sudah terbukti dengan model tersebut hanya dalam tempoh 40 tahun sahaja China telah berjaya mengangkat 800 juta rakyatnya dari berada di bawah paras kemiskinan menjadi golongan pertengahan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini suatu pencapaian yang sangat luar biasa yang dapat dilakukan oleh sebuah negara besar seperti China. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sesuatu yang tidak akan mampu dilakukan oleh Amerika dan negara-negara Eropah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mungkin kita sudah perlu ada satu dasar luar negara yang baru iaitu dasar pandang ke China pula.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Persoalannya sekarang sama ada senario yang saya gambarkan ini boleh menjadi kenyataan ataupun tidak mungkin bergantung kepada keputusan yang bakal diperolehi pada PRN nanti.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato&#8217; Dr Ramalan Yunus<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penganalisis politik &amp; ekonomi bebas<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">17 Julai 2023<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah dua minggu saya berada di luar negara. Berulang alik dari Singapura &#8211; Batam &#8211; Jakarta. Setiap kali menemui rakan-rakan pasti ditanya mengenai perkembangan politik dan ekonomi negara. Singapura sedang panas dengan kes rasuah seorang menteri dan seorang ahli perniagaan dari Malaysia. Di Indonesia pula rancak dengan cerita-cerita pemilihan calon Presiden dan calon Wakil Presiden [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":30953,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"3","single_blog_custom":"18274","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"no-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"0","number_popup_post":"1","show_author_box":"1","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":"","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":{"id":"","hide":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[158,2225,1402,2320],"class_list":["post-30951","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-anwar","tag-dr-ramalan-yunus","tag-perikatan-nasional","tag-prn-6-negeri"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30951","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=30951"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30951\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30952,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30951\/revisions\/30952"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/30953"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=30951"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=30951"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=30951"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}