{"id":30962,"date":"2023-07-17T23:25:55","date_gmt":"2023-07-17T23:25:55","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=30962"},"modified":"2023-07-17T23:25:55","modified_gmt":"2023-07-17T23:25:55","slug":"dr-ramalan-yunus-malaysia-milik-melayu-tun-mahathir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=30962","title":{"rendered":"DR. RAMALAN YUNUS: MALAYSIA MILIK MELAYU &#8211; TUN MAHATHIR"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Dalam satu temu bual eksklusif, Tun Mahathir telah berhujah dan bercakap panjang lebar mengenai Malaysia bukan sebuah negara majmuk dan negara berbilang kaum. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Tetapi Malaysia adalah sebuah negara Melayu dan milik orang Melayu. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Hujah-hujah bernasnya disandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya agak terkejut dengan segala kenyataan dan hujah yang beliau kemukakan. Seolah-olah yang bercakap itu bukan Tun Mahathir. Malah kalau ada sesiapa yang bercakap seperti itu di zaman beliau menjadi Perdana Menteri sudah pasti akan dikenakan ISA.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apapun memang terang dan jelas bahawa raja, agama, bahasa, adat dan budaya orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah teras dan asas kenegaraan di negara ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Biarpun terkejut saya tetap bersetuju sepenuhnya dengan segala kenyataan dan hujah-hujah beliau dalam temu bual tersebut. Ini kerana itulah pegangan saya selama ini. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Atas dasar itu juga saya melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang keliru. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Apa yang termaktub di dalam Perlembagaan lain dan apa yang diamalkan pula lain.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai contoh, dalam Perlembagaan, Islam ialah agama negara. Ini membawa maksud bahawa cara hidup bernegara di negara ini adalah Islam. Ini bermakna syariat Islam wajib dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan bernegara. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Tetapi amalannya, kita bina dan bangunkan negara ini secara liberal dan sekular.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bahasa Melayu adalah bahasa negara namun ia masih gagal untuk menjadi bahasa pemersatu bangsa. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kerajaan menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan manakala pihak swasta pula lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adat budaya yang termaktub dalam Perlembagaan adalah adat budaya Melayu tetapi apabila tiba Tahun Baru Cina, Malaysia berubah menjadi seperti negara China. Deepavali berubah menjadi seperti India dan Christmas berubah menjadi seperti negara Kristian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ada Rukun Negara pula sekadar menjadi hafalan sahaja tetapi tidak untuk diamalkan. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sebagai contoh, Kesetiaan kepada Raja dan Negara tetapi dari segi amalan, majoriti rakyat Malaysia lebih setia kepada para pemimpin politik dan parti-parti politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Begitu juga dengan Perlembagaan Persekutuan. Pembinaan dan pembangunan negara ini seharusnya berlandaskan kepadanya. Namun dari segi amalan banyak amalan bernegara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai contoh, sistem politik sepatutnya adalah Sistem Raja Berperlembagaan dan tanpa parti-parti politik. Tetapi untuk menghalalkan kewujudan parti-parti politik maka jadilah sistem politik kita sebagai Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Sedangkan yang ada peruntukan dalam Perlembagaan adalah persatuan bukan parti-parti politik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Parti-parti politik pula beroperasi secara demokratik bukan secara Islamik. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Faktanya, tidak ada satu istilah demokrasipun dalam Perlembagaan. Jadi kenapa mahu mengamalkan sesuatu yang tiada Perlembagaan Persekutuan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sistem ekonomi kita sepatutnya sistem ekonomi Islam tetapi amalannya adalah sistem ekonomi kapitalis. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Dari segi sistem perundangan pula sepatutnya kita mengamalkan undang-undang Islam bukan undang-undang British.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Parti DAP itu ideologinya bertentangan dengan Perlembagaan tetapi diluluskan pendaftarannya dan dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah dari segi undang-undang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Berbeza benar sikap kita dengan rakyat Indonesia dalam membina dan membangunkan sebuah negara bangsa. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Di Indonesia, jangankan mahu melanggar Undang-undang Dasar, diusik sedikit sahaja Pancasila sudah kecoh satu negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita di Malaysia, jangankan langgar Rukun Negara bahkan langgar Perlembagaanpun sudah menjadi satu perkara yang biasa. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Memang jauh berbeza sikap rakyat Malaysia dan rakyat Indonesia dalam bernegara dan berbangsa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Cuma saya agak hairan kenapa baru sekarang Tun Mahathir mahu bercakap seperti itu? <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kenapa tidak dari dahulu lagi. Terutamanya sewaktu beliau sendiri menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kalau sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dan mempunyai pandangan seperti hari ini saya kira wajah Malaysia tidak seperti wajah yang kita kenali hari ini. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Adakah baru sekarang beliau baru memahami apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adakah selama menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun ditambah 22 bulan Tun Mahathir tidak faham langsung mengenai Perlembagaan Persekutuan? <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kenapa setelah tidak lagi berkuasa baru beliau mahu bangkit berjuang untuk membela nasib orang Melayu yang kononnya sedang terancam di negara sendiri?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Aneh bukan ?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apapun saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana tokoh sebesar Tun Mahathir sudah mulai sedar dan insaf bahawa Malaysia ialah negara orang Melayu walaupun pada usianya yang sudah mencecah 98 tahun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun soalan saya kepada Tun Mahathir kalau benar beliau jujur dan ikhlas dalam perjuangannya untuk membela nasib orang Melayu, kenapa masih memilih gelanggang yang salah untuk membela nasib orang Melayu? <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kenapa masih memilih politik atau gerakan massa yang begitu abstrak sifatnya sebagai arena perjuangannya? <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kenapa tidak memilih mahkamah yang lebih jelas hitam dan putihnya sebagai gelanggang untuk membela nasib orang Melayu? <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Bukankah segala hak dan keistimewaan orang Melayu itu sudah jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu saya selalu menyatakan bahawa perjuangan politik orang Melayu sudah selesai. <\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Segala yang kita inginkan sudah termaktub dalam Perlembagaan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Maka, medan perjuangan orang Melayu untuk membela dan mempertahankan hak-hak orang Melayu ialah di mahkamah. Bukan politik dan bukan pada musim PRU. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Kalau Tun Mahathir benar-benar ikhlas mahu berjuang untuk membela nasib orang Melayu, pertahankanlah hak-hak orang Melayu di mahkamah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Atas dasar itu saya sering menguji idea dan motif gerakan Proklamasi Melayu yang dipromosikan oleh beliau. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Ini kerana saya tidak melihat Proklamasi Melayu sebagai wadah penyatuan Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang saya lihat Proklamasi Melayu hanya sekadar menjadi wadah penyatuan orang-orang bengap yang masih boleh dipengaruhi oleh retorika Tun Mahathir yang sentiasa menyesatkan pemikiran bangsa. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Bagi saya Proklamasi Melayu bukan untuk membela nasib Melayu tetapi hanya untuk membela nasib dirinya dan kroni-kroninya sahaja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Psaikologi di sebalik gerakan Proklamasi Melayu Tun Mahathir ialah rasa gerun beliau kepada gandingan Dato&#8217; Seri Anwar Ibrahim dan Dato&#8217; Seri Ahmad Zahid Hamidi. <\/span><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Beliau gerun kalau terpaksa mengakhiri hayatnya di dalam penjara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dato&#8217; Dr Ramalan Yunus<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Penganalisis politik &amp; ekonomi bebas<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">18 Julai 2023<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam satu temu bual eksklusif, Tun Mahathir telah berhujah dan bercakap panjang lebar mengenai Malaysia bukan sebuah negara majmuk dan negara berbilang kaum. Tetapi Malaysia adalah sebuah negara Melayu dan milik orang Melayu. Hujah-hujah bernasnya disandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Saya agak terkejut dengan segala kenyataan dan hujah yang beliau kemukakan. Seolah-olah yang bercakap itu bukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":30963,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"source_name":"","source_url":"","via_name":"","via_url":"","override_template":"0","override":[{"template":"3","single_blog_custom":"18274","parallax":"1","fullscreen":"1","layout":"no-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_reading_time":"0","post_reading_time_wpm":"300","show_zoom_button":"0","zoom_button_out_step":"2","zoom_button_in_step":"3","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"0","number_popup_post":"1","show_author_box":"1","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}],"trending_post":"0","trending_post_position":"meta","trending_post_label":"Trending","sponsored_post":"0","sponsored_post_label":"Sponsored by","sponsored_post_name":"","sponsored_post_url":"","sponsored_post_logo_enable":"0","sponsored_post_logo":"","sponsored_post_desc":"","disable_ad":"0"},"jnews_primary_category":{"id":"","hide":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":{"override_view_counter":"0","view_counter_number":"0","override_share_counter":"0","share_counter_number":"0","override_like_counter":"0","like_counter_number":"0","override_dislike_counter":"0","dislike_counter_number":"0"},"jnews_post_split":[],"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[2225,186,703,2342,242],"class_list":["post-30962","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-dr-ramalan-yunus","tag-melayu","tag-perlembagaan","tag-proklamasi-orang-melayu","tag-tun-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30962","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=30962"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30962\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30964,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30962\/revisions\/30964"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/30963"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=30962"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=30962"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=30962"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}